Monday, April 26, 2010

P94 Hulu Selangor: Kuasa Rakyat Untuk BN

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sudah pun diumumkan secara rasmi.
Kemenangan calon BN En.Kamalanathan adalah bukti kuasa rakyat khususnya para pengundi
di P94 kembali memihak kepada Barisan Nasional. Walau apapun alasan yang diberikan oleh
parti pakatan rakyat mengenai faktor kekalahan calon mereka, sesungguhnya peristiwa bersejarah ini telah membuktikan bahawa calon yang dieksploitasi untuk kepentingan peribadi, bukanlah individu yang layak menjadi wakil rakyat dan sudah semestinya ditolak oleh pengundi walau di mana kawasan pilihan raya itu diadakan. Kepada calon yang menang, laksanakanlah janji-janji yang telah dihebahkan semasa berkempen dahulu. Jangan jadi kacang lupakan kulit.
Tahniah kepada semua yang menyokong BN. Sejak merdeka 1957, hanya BN sahaja parti yang
boleh memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Sekian.

Tuesday, April 20, 2010

Lima Kesan Negatif Apabila Tidak Suka Membaca

1. Masyarakat dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya.

2. Menyebabkan kelembapan daya fikir dan gagal memahami realiti semasa.

3. Mudah meniru dan menciplak disebabkan ketiadaan ilmu, sahsiah dan rohani yang mantap.

4. Kekurangan daya yakin akan diri.

5. Bakal menjadi manusia yang paling bodoh di dunia.

Friday, April 16, 2010

Asal Usul Lagu "SABAH TANAH AIRKU"

Kita seringkali mendengar lagu kebesaran Sabah Tanah Airku dimainkan oleh pasukan Pancaragam Polis Di-Raja Malaysia Kontinjen Sabah, terutama sekali dalam upacara-upacara rasmi kerajaan negeri Sabah, lagu ini juga sering berkumandang di sekolah-sekolah bagi mengenang dan menghormati negeri kita yang tercinta ini.Seni kata lagu Sabah Tanah Airku telah dicipta begitu rupa untuk disesuaikan dengan keadaan negeri Sabah yang kian berubah lagi membangun di bawah pemerintahan pemimpin-pemimpin dan pejuang kemerdekaan yang bijaksana dan berwawasan tinggi.Senikatanya juga mempunyai unsur kesetiaan rakyat kepada negeri Sabah yang sentiasa menjadi kebanggaan rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan agama bersatu padu di bawah panji-panji kemerdekaan dan pemerintahan yang adil dan saksama untuk terus dibangunkan dengan semangat berkerjasama dan bersatu padu ke arah kejayaan.

" Sabah tanah airku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi
Semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka "

Lagu ini berunsur patriotik bagi menanam semangat kerjasama dan bersatu ke arah kemajuan di samping memperingati kemasukan negeri Sabah ke dalam gugusan merdeka bersama-sama negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia termasuklah Sarawak pada tahun 1963.

Pencpitaan lagu ini tercetus apabila Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun (Allahyarham) Donald Stephen (Allahyarham Tun Datuk Haji Mohd. Fuad Stephen) telah mengarahkan pasukan Pancaragam Polis Tentera Borneo Utara untuk mengadakan pertandingan penciptaan lagu Sabah Tanah Airku bagi persediaan menyambut hari kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia pada tahun 1963.

Sebanyak 37 ciptaan lagu telah diterima oleh pihak penganjur, namun hanya 7 ciptaan sahaja yang dipertandingkan di peringkat akhir. Para pengadil pertandingan tersebut ialah terdiri daripada Datu Mustapha Datu Harun dan Donald Stephen.

Lagu ciptaan H.B. Hermann dari Jalan Geylang, Singapura telah dipilih dan diisytiharkan sebagai pemenang. H.B. Hermann adalah seorang pemain biola profesional yang telah mendapat pendidikan awal di Warsaw, Poland dan sebelum berhijrah ke Singapura pernah mengembara ke Jerman, Russia dan Siberia untuk mengadakan pertunjukan opera dan muzik.

Di samping itu H.B. Hermann juga sering kali membuat persembahan di kelab-kelab malam di beberapa buah negara, beliau juga adalah seorang jurubahasa, ahli kimia dan ahli bintang yang terkemuka ketika itu.Lagu ciptaan H.B. Hermann telah diabadikan dan dirakam dengan iringan pancaragam Polis Borneo Utara pimpinan F.J. Brooks dan pertama kali dikumandangkan melalui radio Borneo Utama (kini Sabah) pada 19 Julai 1963.

Lagu Sabah Tanah Airku dimainkan melalui radio pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi, 7.00 malam dan 12.00 tengahari mulai pada 18 Ogos 1963 sehinggalah pada 16 September 1963 lagu Sabah Tanah Airku dimainkan oleh Pancaragam Polis di padang Jesselton (kini Padang Merdeka) bagi meraikan upacara pengisytiharan Sabah merdeka melalui Malaysia dan upacara mengangkat sumpah oleh Allahyarham Datu Mustapha Datu Harun (Tun) sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dan Allahyarham Donald Stephen (Tun Datuk) sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Sejak daripada itu semua sekolah telah diarah untuk memainkan ataupun mendendangkan lagu tersebut di perhimpunan-perhimpunan yang diadakan di sekolah, semua pelajar juga telah digalakkan untuk menghafal lagu berkenaan untuk dinyanyikan pada masa-masa tertentu yang telah ditetapkan, sehinggalah murid-murid sekolah ketika itu lebih gemar menyanyikannya.

Orang ramai juga telah digalakkan untuk menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku bagi permulaan majlis-majlis tertentu. Lagu ini juga harus dinyanyikan secara berdiri tegak sebagai tanda penghormatan kepada negeri Sabah.Kini sudah menjadi kemestian dan peraturan semasa ketibaan dan keberangkatan balik Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah di majlis-majlis rasmi kerajaan harus diringi oleh lagu instrumental Sabah Tanah Airku, bagaimanapun sebelum itu lagu Negara Ku dimainkan terlebih dahulu oleh Pancaragam Polis Di-Raja Malaysia Kontinjen Sabah sebagai tanda penghormatan kepada negara dan Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong.

Kuala Penyu


Pusat pentadbiran daerah Kuala Penyu telah diwujudkan pada 30 Januari 1952 dengan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah di bawah kelolaan Pentadbiran Pejabat Residen Keningau ketika itu. Semasa zaman pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia kedua, pusat pentadbiran daerah ini berpusat di Mempakul.-

Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan kurang lebih 175ribu batu persegi (45,324.82 hektar) terletak di kawasan Pedalaman negeri Sabah. Ia terletak di penghujung Barat Laut Bahagian Pedalaman, bersempatan dengan daerah Beaufort ke arah Barat Laut China Selatan dan diseberangi Selat ke arah penghujung Barat Daya adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Jarak jauh daerah ini dari Kota Kinabalu ialah 130KM, dari Beaufort 45KM, Menumbok 45KM dan Membakut 30KM. Ia boleh dihubungi dengan bot laju ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui Menumbok. Hampir kesemua kampung-kampung di daerah ini dihubungi dengan jalanraya.
Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan 45,326 hektar atau 112,000 ekar. Daripada jumlah keluasan ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar atau 51% tanahnya adalah sesuai untuk diusahakan pembangunan aktiviti pertanian.

Dari segi Geografi, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali dipersisiran pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort. Rangkaian jalanraya merupakan jalan utama kepada sistem perhubungan ke kampung-kampung di daerah ini.

Buku Untuk Guru Sejarah Tingkatan 4

Masalah menyiapkan buku rekod pengajaran sering menjadi keluhan kepada guru-guru
yang mengajar di sekolah terutamanya guru sekolah menengah. Setiap guru perlu meyiapkan
fail-fail yang diamanahkan oleh pihak pentadbir. Antaranya fail panitia, fail unit beruniform,
fail persatuan akademik, fail sukan dan permainan, fail headcount, fail soalan, fail kerja kursus
dan sebagainya. Hanya Guru yang tahu! Akhirnya buku rekod pengajaran terbiar. Lazimnya bila
sudah tertinggal 3-4 minggu,,maka makin pening...lah kepala guru memikirkannya.
"DAPATKAN BUKU DIGITAL INI"
"AGAR KEPALA ANDA TIDAK PENING LAGI"
tapi dengan jujur
ANDA PERLU BUAT SEDIKIT BAYARAN
maklumat lanjut sila hubungi

Tuesday, April 13, 2010

Guru Akademik DG44 Tingkatan 6 : Penggredan yang tidak telus dan merendahkan motivasi guru.

Bermula Januari 2008 KPM memperkenalkan jawatan guru gred DG44 kepada guru-guru yang mengajar kelas Tingkatan 6. Fasa 1 telah dilantik secara KUP pada tahun 2009. Fasa 2 sedang dalam proses. Terdapat beberapa isu yang menjadi polemik di sekolah-sekolah yang tidak ada kelas Tingkatan 6. Guru-guru yang bertugas di sekolah yang hanya mempunyai kelas Tingkatan 5, tentulah merasa kecewa kerana mereka pada hakikatnya tidak berpeluang menjawat gred DG44 walaupun guru tersebut sudah lebih 10 tahun menjadi guru akademik DG41. Kedengaran suara-suara sumbang mengenai status guru-guru yang telah dilantik ke gred DG44 Tingkatan 6, yang tidak layak pada pandangan guru-guru yang mengajar kelas Tingkatan 5 atau Tingkatan 3. Bagi mereka tidak ada bezanya antara guru akademik tingkatan 6 dengan guru akademik tingkatan 5 dan 3. Dari segi pencapaian keputusan peperiksaan awam (PMR,SPM,STPM) ada sekolah yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang di peringkat PMR dan SPM, tetapi sebaliknya pencapaian pelajar-pelajar STPM berada pada tahap sederhana. Jadi adakah kerana guru yang mengajar tingkatan 6, maka mereka layak diberi gred DG44. Bagaimana dengan nasib guru-guru yang mengajar di sekolah yang tiada kelas Tingkatan 6. Bilakah mereka ini boleh dilantik ke gred DG44 guru akademik Tingkatan 5. Isu ini harus diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia demi keadilan kepada semua warga pendidik.

Monday, April 5, 2010

BEBAN TUGAS GURU

Isu beban tugas yang menimpa guru-guru di Malaysia kembali mengiasi akhbar-akhbar tempatan(Berita Harian & Utusan Malaysia). Pelbagai pendapat kedengaran daripada mereka yang faham kerana sememangnya mereka ini adalah guru, dan ada juga yang "hentam sajalah! "kerana mereka ini mungkin cemburu atau memang tidak faham dengan tugas guru yang terselindung di sebalik jadual waktu guru yang mengajar di sekolah.



Agak susah juga untuk menjelaskan hal ini secara saintifik kerana belum ada rekod atau dokumen yang benar-benar boleh dijadikan rujukan tentang beban tugas guru. Biasanya orang yang tidak terlibat secara langsung dalam profesion perguruan akan mudah memberi andaian dan pendapat yang kurang tepat. Mereka ini hanya melihat waktu bekerja guru, iaitu mula mengajar jam 7.00 pagi dan selesai jam 1.30 tengahari. Hal ini memang benar, tetapi bukan semua sekolah yang balik jam 1.30 tengahari. Ada sekolah yang mengarahkan guru-gurunya balik jam 4.00 petang.



Mungkin untuk lebih jelas kita tengok perbandingan cara bekerja guru dan mereka yang bekerja di dalam pejabat.



Guru di sekolah:

1. Mula bekerja jam 7.00 pagi ( datang ke sekolah seawal jam 6.30 pagi dan balik jam 4.00 ptg)

2. Menyampaikan ilmu pengetahuan.

3. Memeriksa buku latihan murid.

4. Memberi kelas tambahan

5. Mengawal disiplin murid

6. Menghantar murid sakit ke hospital

7. Melatih murid dalam permainan (sukan)

8. Melatih murid dalam aktiviti bahasa.

9. Menjadi guru pengiring aktiviti di luar sekolah ( duit belanja tanggung sendiri )

10. Menyiapkan laporan aktiviti sekolah ( buku rekod mengajar, fail panitia, fail kokum, dll)

11. Menghadiri / mengendalikan mesyuarat ( susah buat tuntutan elaun kerja lebih masa)

12. Menguruskan pendaftaran murid yang mengambil PMR,SPM,STPM

13. Menguruskan permohonan murid (biasiswa, insuran, buku teks, dll)

14. Menjaga keselamatan murid ketika mereka berada di sekolah atau di asrama

15. Membaiki kemudahan kelas yang rosak (kerusi,meja,papan tulis, dll)



Mereka yang bekerja di dalam pejabat:

1. Mula bekerja jam 8.00 pagi ( datang pejabat seawal 7.30 pagi balik jam 5.00 ptg)

2. Duduk dalam bilik berhawa dingin. ( Tidak berjemur selalu )

3. Menyiapkan / menyemak fail

4. Majoriti bertugas di dalam bandar.

5. Kerja-kerja pejabat jarang bawa balik rumah.

6. Tidak perlu menjaga/mengawal tingkah laku manusia bawah umur

7. Kerja dilakukan secara ikut saluran fail.

8. Masa rehat tengahari panjang 12.30 -2.00.( guru masih mengajar / bertugas di padang)
9. Urusan harian mudah diselesaikan (bayar kereta,astro,beli barang dapur,urusan bank) kerana pejabat berada di dalam bandar. Cuba bandingkan dengan guru yang bertugas di kawasan luar bandar.
10. Kurang tekanan mental.