Friday, June 28, 2013

Jadilah Pemilik Telefon Pintar Yang Bijak

Sila jawab sendiri:

  • Adakah anda seorang pengguna telefon bimbit?
  • Apakah jenama telefon bimbit anda?
  • Apakah simkad yang anda gunakan?
  • Adakah telefon bimbit anda boleh menghasilkan duit?
  • Mahukah anda memiliki telefon bimbit yang boleh menghasilkan duit setiap bulan?
Ini jawapan saya:

  • Ya
  • Saya ada iphone 5 dan Samsung Galaxy s4
  • Celcom dan Digi
  • Tidak
  • Tentu sekali saya mahu. Tapi adakah telefon bimbit yang boleh menghasilkan duit?
ADA...TAPI BUKAN TELEFON SEBENARNYA...YANG ADA IALAH SIMKAD TONE EXCEL.

Kalau mahu tahu...SILA KLIK






Berkongsi Anak dengan Guru

Apabila anak mula bersekolah, ibu bapa berkongsi anak mereka dengan guru. Anak kita menjadi 'ANAK MURID" guru di sekolah, tetapi kekal sebagai anak kita sampai bila-bila. Malah, apabila kita meninggalkan anak yang soleh, mereka menjadi aset kita hingga ke hari akhirat seperti Hadis Nabi yang berbunyi, "Apabila matinya anak Adam, yang menjadi bekalan hanya tiga perkara, iaitu amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua-dua ibu bapanya."
Apabila dinyatakan berkongsi, maksudnya ibu bapa tidak terlepas daripada tugas dan tanggungjawab walaupun anak telah didaftarkan bersekolah. Cuma bezanya kini, apabila anak memulakan persekolahan, tugas membentuk anak-anak menjadi tanggungjawab bersama dengan guru dan pihak sekolah. Nisbah anak berada di rumah dan sekolah ialah 2:1, iaitu 16 jam di rumah dan 8 jam di sekolah. Berdasarkan nisbah masa, ibu bapa dan keluarga memegang saham lebih besar daripada guru dan sekolah.
Pihak sekolah memang sentiasa mengharapkan kerjasama yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah dan guru inginkan ibu bapa melibatkan diri dalam kebanyakan hal berkaitan dengan pendidikan anak-anak. Guru sentiasa berharap ibu bapa tahu dan memahami perkara yang anak-anak mereka lakukan di sekolah.
Ibu bapa harus faham dalam budaya sekolah, peraturan dan undang-undang sangat penting bagi menjaga seluruh pelajar yang bilangannya kadang-kadang mencecah ribuan orang. Kepentingan bersama bukan individu menjadi prioriti. 

Selain daripada memberikan kerjasama yang sebaik mungkin, ibu bapa juga wajib memahami visi dan misi sekolah. Dengan memahami visi dan misi sekolah, ibu bapa mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama dengan pihak sekolah. Visi dan misi ini selalunya digubal berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan aspirasi kerajaan dari masa ke semasa. Apabila ibu bapa faham visi dan misi sekolah serta falsafah pendidikan negara (FPN), ibu bapa tidak memberikan fokus kepada pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan aspek kerohanian, emosi dan moral. 
Kita tidak mahu anak-anak mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, tetapi dari segi moral dan kerohaniannya tidak stabil. Individu yang tidak stabil emosi dan rohani tidak dapat memberikan sumbangan terbaik kepada keluarga dan negara, walaupun mempunyai kelulusan atau pencapaian akademik yang cemerlang. Kita ingin menghindarkan pembentukan anak yang berilmu pengetahuan tinggi, tetapi tidak beriman, bermoral dan bermaruah.
Kerjasama dengan ibu bapa yang dalam erti kata sebenar perlu terjalin dengan pihak sekolah. Ibu bapa dan guru perlu saling bantu membantu dan saling hormat-menghormati. Yang mendapat manfaat daripada jalinan kerjasama ini ialah anak-anak kita khususnya dan masyarakat amnya.

Sunday, June 16, 2013

Hutang isi rumah meningkat

PONTIAN 15 Jun - Pinjaman perumahan dan kenderaan serta penggunaan kad kredit membuatkan golongan berpendapatan rendah dan penjawat awam negara ini berada dalam nisbah hutang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan bebanan isi rumah.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, hutang isi rumah yang kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu turut disumbangkan oleh hutang berpanjangan golongan berpendapatan bawah RM3,000 yang meminjam daripada institusi bukan bank seperti koperasi.
"Walaupun belum sampai ke tahap kritikal, usaha sedang dilakukan bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kesedaran dan pendidikan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang diusahakan Bank Negara.
"Amalan gaya hidup mewah bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi negara lain, namun kerajaan melakukan pencegahan sebelum bertambah parah kerana ramai berbuat demikian walaupun mengetahui kemampuan kewangan mereka terbatas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran dan Pendidikan Kewangan, Kaunter Bergerak BNMLINK yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian di Dewan Serbaguna Benut di sini hari ini.
Yang turut hadir, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahya dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, trend gaya hidup mewah membimbangkan kerana ramai sanggup berhutang bagi mendapatkan sesuatu yang diminati seperti telefon bimbit, beg tangan, pakaian berjenama dan kenderaan mewah.
"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberikan khidmat kaunseling kepada 219,995 individu sejak 2007 dengan 89,450 kes dibawa kepada Program Pengurusan Hutang. Ini menunjukkan mereka boleh mengawal tetapi terperangkap dengan gaya hidup," katanya.
Dalam perkembangan lain, isu harga rumah yang tinggi akan dibangkitkan dalam perbincangan Bajet 2014 pada minggu hadapan melibatkan beberapa perkara seperti kos bahan binaan dan infrastruktur yang ditanggung oleh pemaju sehingga mendakwa tidak mendapat banyak keuntungan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130616/dn_05/Hutang-isi-rumah-meningkat#ixzz2WOIld5Lg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, June 15, 2013

70% guru bahasa Inggeris tidak capai tahap

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan.
Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sebilangan besar guru hanya mencapai penguasaan bahasa tahap pertengahan, Sound English Proficiency (SEP) dan tahap rendah, Low English Proficiency (LEP).
Menurut beliau, hal tersebut dipandang serius oleh kementerian yang kini giat melaksanakan inisiatif bagi membantu guru-guru terlibat meningkatkan kemahiran bahasa tersebut.
"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, guru-guru yang mencapai tahap sederhana dan rendah akan diberi kursus dan latihan bagi memperbaiki penguasaan bahasa tersebut secara menyeluruh.
"Malah, kementerian juga mendapat kerjasama daripada British Council serta Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (Padu) sebagai langkah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ke tahap lebih tinggi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kepimpinan Sekolah Pintar di Hotel Royale Bintang di sini hari ini.
Program anjuran Yayasan Pintar itu disertai seramai 35 pengetua serta guru besar sekolah di bawah yayasan tersebut bertujuan mengukuhkan kepimpinan serta pengurusan sekolah sebagai satu langkah menjamin kejayaan pelajar.
Program tersebut bermula semalam dan akan berakhir esok.
Tambah Mary, dalam usaha menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016, guru-guru harus bijak dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.
Jelas beliau, ini amat penting bagi menjamin penguasaan bahasa Inggeris yang baik sebelum diguna pakai dalam pengajaran subjek penting seperti Sains dan Matematik.
"Guru-guru boleh gunakan pelbagai cara antaranya dengan mengadakan sketsa atau pertandingan debat bahasa Inggeris bagi meningkatkan mutu bahasa dalam kalangan pelajar.
"Malah, panitia bahasa Inggeris di sekolah juga disaran untuk bergerak proaktif dalam memastikan peranan guru dalam proses pengajaran berkesan terhadap pelajar," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130615/dn_02/70-guru-bahasa-Inggeris-tidak-capai-tahap#ixzz2WEKzJe69
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, June 5, 2013

Sains Sukan

Sains Sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji tindak balas manusia terhadap aktiviti fizikal. Bidang ini merangkumi Kinesiologi, Biomekanik, Anatomi dan Fisiologi, serta bidang sains pemakanan. Seterusnya digabungkan dengan bidang pengurusan, sosiologi dan psikologi dalam sukan. Sains Sukan bukanlah satu bidang khas yang hanya melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan sesuatu aktiviti sukan, sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia terhadap organ, sistem saraf, sistem otot,dan mengenalpasti tahap tenaga yang digunakan oleh badan ketika melakukan aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, Pendidikan Jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik bersukan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu pengetahuan tentang perkaitan badan dan sukan.

Saturday, June 1, 2013

Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.