Monday, May 4, 2015

Perkhidmatan feri ke Pulau Labuan

Hari ini saya kembali update blog Cikgu Jup yang sudah lama terbiar. Terima kasih kepada yang masih sudi membaca. Hari ini seperti biasa selepas beberapa hari cuti dan balik bermalam, anak kesayanganku Khairina Izzaty balik ke asrama Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL). Perkhidmatan Feri sudah sinonim dengan kami sekeluarga. Keadaan laut tidaklah begitu kuat ombaknya. Tenang namun demi menjaga keselamatan anak tersayang saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan feri. Biar lambat asal selamat. Lagi pun tambangnya agak murah berbanding dengan boat laju Menumbok. Cuma RM2.50 seorang.