Saturday, January 30, 2016

Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Kerugian lebih RM9 juta pembelian dalam Internet akibat ditipu oleh peniaga-peniaga dalam talian atau online melibatkan 2,669 mangsa sewajarnya membuka mata semua pihak terutama pihak berkuasa supaya nasib pengguna sentiasa dilindungi walaupun transaksi dilakukan di alam siber.

Keratan Utusan Malaysia semalam
Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, setiap hari sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan individu menjadi mangsa jenayah siber yang menyamar sebagai peniaga Internet.
Pendedahan ini tidak boleh dipandang sepi kerana dalam era digital hari ini proses transaksi serta urus niaga dalam talian semakin meningkat sejajar dengan pertambahan jumlah peniaga dalam talian.
Pelbagai produk dijual daripada pakaian pelbagai jenis, aksesori, barangan kulit, peralatan sukan, gajet sehinggalah produk-produk kesihatan.
Tidak dinafikan ada di antara harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding jika kita membeli produk yang sama di luar. Sebagai contoh, kita membeli beg tangan asli berjenama terkenal dari luar negara dan bukannya yang tiruan.
Kebanyakan harga yang ditawarkan dalam perniagaan dalam talian ini lebih murah dan kadang kala jauh lebih murah berbanding kita membelinya di butik atau di kedai.
Mungkin terdapat beberapa faktor mengapa peniaga-peniaga online ini mampu menawarkan harga yang lebih murah. Pertama, mereka tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyewa satu lot kedai yang mungkin boleh mencecah ribuan ringgit sebulan.
Kedua, sebahagian besar peniaga online akan mendapatkan bekalan barangan secara langsung dari rakan kongsi di luar negara atau pun mereka pergi sendiri ke Amerika Syarikat (AS) contohnya untuk membeli produk-produk yang diminati oleh para pelanggan mereka.
Di negara berkenaan mereka boleh mendapat harga yang berpatutan bagi jenama-jenama tertentu seperti Michael Kors, Coach, Kenneth Cole dan Kate Spade. Ini hanyalah sebagai contoh.
Barangan yang dibeli ini kemudiannya akan dihantar kepada pelanggan melalui Pos Laju atau syarikat kurier.
Memang tidak dinafikan pada kebiasaannya dalam transaksi sedemikian tiada masalah sekiranya pihak peniaga jujur namun pelanggan tetap terdedah dengan masalah penipuan memandangkan mereka perlu membuat bayaran terlebih dahulu secara dalam talian melalui bank.
Isunya sekarang pelanggan berpotensi untuk ditipu. Katakanlah barangan yang dibeli tidak sampai kepada pelanggan sedangkan wang telah pun dimasukkan. Bagaimanakah caranya pelanggan terbabit mahu mengesan peniaga yang seumpama ini?
Sebab itu kerajaan perlu mewajibkan secara mandatori iaitu setiap peniaga online mesti mendaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Kelmarin, saya ada terbaca yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mewajibkan peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.
Tujuannya bagi mengelakkan wujud kes penipuan melibatkan pengguna ekoran terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan menipu pembeli dengan menjual barangan tiruan.
Diharap melalui pihak KPDNKK selepas ini mengambil tindakan proaktif khususnya memburu peniaga-peniaga online yang tidak berdaftar dalam usaha memastikan kepentingan pengguna sentiasa dilindungi. Jika berlaku penipuan tindakan susulan mudah diambil
Peniaga-peniaga dalam talian pula tidak harus menganggap peraturan ini membebankan kerana untuk mendaftarkan syarikat yang berstatus enterprise dengan SSM tidak begitu sukar.
Bayaran pendaftaran yang dikenakan juga tidak mahal. Lainlah jika syarikat mereka berstatus sendirian berhad.
Malah seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan pernah berkata, langkah peniaga online mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM akan membuatkan syarikat-syarikat mereka dilihat lebih kredibiliti.
Selain itu tindakan itu juga dapat melindungi perniagaan online yang telah didaftarkan itu daripada menjadi mangsa sabotaj pihak lain terutama mereka yang mempunyai ramai pelanggan.
Sebenarnya dengan mendaftarkan perniagaan online dengan SSM banyak kelebihan yang akan diperoleh oleh para peniaga terbabit. Syarikat mereka akan lebih kredibiliti selain kebolehpercayaan orang ramai terhadap syarikat-syarikat ini akan lebih tinggi.
Saya yakin dengan langkah itu juga akan membuatkan jumlah pelanggan mereka boleh bertambah sekali ganda dan bukan setakat dari negara ini sahaja bahkan mungkin daripada Singapura dan Brunei.
NUR FATIHAH
Kuala Terengganu
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/peniaga-i-online-i-8232-wajib-daftar-ssm-1.183907#sthash.oUnx5Omg.dpuf

Friday, January 29, 2016

Berbasikal Untuk Kesihatan

Aktiviti berbasikal sejak kebelakangan ini semakin popular dalam kalangan penduduk Malaysia. Sungguhpun bermain basikal bukanlah perkara yang mengejutkan mata memandang kerana setiap daripada kita sudah tentu pernah memiliki basikal pada zaman kanak-kanak. Sebut saja basikal BMX, atau Chopper ramai yang tersenyum mengenagkan zaman kanak-kanaknya bermain basikal dengan kawan-kawan dari hujung kampung hingga ke hujung kampung yang lain. Bagi golongan dewasa atau yang lahir tahun 50an hingga tahun 70an basikal tua atau lebih dikenali dengan nama Basikal S26 tentu mengamit kenangan.
Hari ini aktiviti berbasikal sudah berubah fokus. Tidak lagi sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja atau ke sekolah. Anak-anak sekolah hari ini ramai sudah dihantar menggunakan kereta oleh ibu bapanya. Berbasikal merupakan aktiviti senaman yang menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan keluarga dan sahabat handai. Sejak berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal, saya merasa gembira dan cergas berbanding dahulu. Gembira dapat berbasikal dengan anak-anak dan kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama. Hilang rasa stress.

Saturday, January 16, 2016

Mutiara Kata Pencetus Minda

Abraham Lincoln pernah betkata...
# Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.
# Jangan bersedih kerana tidak memegang jawatan yang tinggi, lebih baik memikirkan cara memegang peranan yang sesuai dengan keperibadianmu.

Monday, January 11, 2016

Kembali Ke Sekolah 2016

Selamat datang Cikgu Jup...wellcome back Cikgu Jup...Hai Cikgu...
Indahnya gelaran CIKGU...walaupun hampir 3 tahun bertugas di PPD Kuala Penyu (Sept 2013-2015) gelaran dan panggilan CIKGU tetap hadir dalam diriku. Terima kasih semua. Itulah istimewanya menjadi CIKGU. Pencen pun nanti insyaAllah tetap juga dipanggil CIKGU.