Friday, May 18, 2018

Cara Menjawab Soalan Esei Pengajian Am

Cara Menjawab Soalan Esei

Esei pengajian am..ada 3 soalan,jawab 2. Tapi,adakah anda tahu cara untuk menjawabnya? Saya akan bagi anda formula dulu. Ini dia..

3+2
2+3
4+1
1+4

Semuanya berjumlah 5 kan? Jadinya,untuk buat esei pengajian am..anda perlukan 5 isi. Pendahuluan dan kesimpulan tidak dikira markah,tapi wajib buat. Tak perlu nak panjang sangat. Setakat dua tiga ayat bolehlah. Sebab markah dikira berdasarkan isi dan huraian.

Contoh soalan:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

Nampak tak? Berikan 3 faktor dan 2 langkah. Ingat,panjang karangan anda mestilah antara 300-350 patah perkataan. Tak boleh lebih-lebih. Terus beri isi yang direct to the point. Tak perlu beri penjelasan yang berjela-jela tentang rasuah. Ini bukan karangan bahasa melayu. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan esei ialah 25 markah. Untuk skor A dalam pengajian am,karangan anda mestilah mendapat 15 markah ke atas(mengikut kata guru saya). Masih belum jelas lagi? Saya akan bagi tips untuk jawab soalan esei ni.

TIPS:
-Pendahuluan dan kesimpulan tak perlu panjang sangat.
-Isi-isi yang diberi mestilah relevan dan matang.
-Tak perlu nak cerita panjang lebar tentang sejarah rasuah dll.
-Jangan lupa ikut formula yang diberikan. 3+2,2+3
-Buat draf sebelum buat karangan sebenar.
-Elakkan kesalahan tatabahasa.

Ini adalah contoh karangan saya yang hanya mendapat 18 markah. Penandaan yang guru saya berikan amatlah strict.

Soalan:
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan amalan perkhidmatan awam negara tanpa rasuah,namun kejayaannya masih lagi gagal dicapai. Jelaskan.

Jawapan:
  Perkhidmatan awam negara seperti polis,kastam,dan lain-lain sesungguhnya tidak terlepas daripada amalan rasuah. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengatasi amalan rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan ini.

  Melalui penguatkuasaan undang-undang,kerajaan telah mengenakan denda serta hukuman berat kepada kakitangan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Undang-undang tetap akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan walaupun mereka mempunyai jawatan yang tinggi. Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan rasuah akan dilucutkan jawatannya. Hal ini memberi pengajaran kepada rakya

Monday, May 7, 2018

Kepentingan Mata Pelajaran Pengajian Am

Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 bagi mengambil peperiksaan STPM. Sebelum ke peringkat Ijazah, lepasan SPM diberi peluang untuk belajar di pusat-pusat pengajian yang menawarkan Program Asasi, Diploma dan STPM. Untuk melayakan pelajar-pelajar lepasan STPM membuat permohonan UPU, jangan lupa ANDA WAJIB lulus penuh iaitu sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Pengajian AM. Ertinya subjek ini sangat penting dan tidak boleh ambil sikap mudah atau asal lulus. Jadi sebelum anda memulakan pembelajaran di Tingkatan 6, saya kongsikan sedikit maklumat tentang mata pelajaran Pengajian Am STPM.

Pengenalan Subjek


Pengajian Am ialah satu mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu, dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan dalam mata pelajaran ini ialah keupayaan berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif, melaksanakan kajian saintifik, serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga menerapkan kesedaran tentang pengalaman manusia dan persekitarannya termasuk warisan sendiri. Selain itu, memupuk rasa cinta akan negara, tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, komuniti, dan masyarakat serta hormat terhadap budaya dan masyarakat lain. 
Matlamat Subjek
Sukatan pelajaran Pengajian Am berhasrat melahirkan pelajar prauniversiti yang menguasai ilmu dan mengamalkannya secara bersepadu, berfikiran matang, berkemahiran, berakhlak, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara, dan alam sejagat. 
Format Soalan STPM
1. Soalan Aneka Pilihan / Objektif , Soalan Struktur dan Soalan Esei.
Cara Belajar Pengajian Am
Oleh kerana subjek ini penting dan wajib lulus penuh, maka pelajar perlu rajin membaca. Walaupun ada banyak buku rujukan pengajian Am STPM yang boleh dibeli di kedai-kedai buku, namun pengetahuan am sangat besar pengaruhnya kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM. Bagaimana caranya, pelajar kena rajin mencari dan membaca maklumat dalam internet. Laman web rasmi kerajaan seperti Parlimen, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan, dan sebagainya. Selain itu majalah-majalah akademik yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Kosmik. Begitu juga maklumat-maklumat yang disiarkan dalam TV atau Radio. Contoh-contoh kajian ilmiah atau disebutkan juga penyelidikan ilmiah, perlu dibaca oleh para pelajar kerana pada penggal 2 nanti, pelajar akan melakukan kerja kursus. 
"Alang-alang belajar di Tingkatan 6, biar dapat keputusan cemerlang, jangan amalkan sikap asal lulus sahaja".
Belajarlah sampai ke menara gading. Target STPM dapat PNGK 3.00 ke atas..


Saturday, May 5, 2018

Pengajian Am : Sistem Politik Malaysia


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewanDewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyai mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, pengangkutan, dan hal-hal lain