Friday, February 18, 2022

Covid19 itu benar

Apa pun yang berlaku di dunia ini, saya yakin semuanya atas izin Allah SWT. Jangan lalai dan langgar SOP. Covid19 itu benar-benar wujud. Ia merupakan virus yang mudah berjangkit. 

Tuesday, December 28, 2021

Khairina Izzati Jupilin

Akibat PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencegah penularan Covid-19, setahun duduk di rumah mengikuti kuliah secara online. Kini bermula 13 Disember 2021 ( Tahun Dua Semester 1 ) berpeluang masuk kampus Universiti Putera Malaysia (UPM). Tahniah dan selamat belajar, semoga terus cemerlang mengejar impian.

Monday, September 6, 2021

Rakaman Mimpi Semalam

Sudah terlalu lama rasanya aku tidak bersenam mengayuh basikal. Terkurung dalam rumah membuatkan aku merasa bosan. Semoga ancaman Covid-19 berakhir...Aamin

Thursday, August 12, 2021

Covid19 dan Politik Malaysia

Kewujudan virus Corona atau popular dengan nama Covid19 amat menakutkkan. Sehingga catatan ini Malaysia sudah mencapai 1.3 juta kes sejak tahun 2020. Politik Malaysia pula sangat tidak stabil dibawah kerajaan Parikatan Nasional (PN) pimpinan TSMY. 

Saturday, April 17, 2021

Kisah Di Sebalik Interviewku

 Cerita bermula apabila aku diminta untuk kembali bertugas di ppd kerana berlaku kekosongan jawatan. Pada mulanya aku cuba menolak dengan alasan sudah merasa selesa bertugas di sekolah ketika ini. Tapi tuan ppd ketika itu sangat perlukan khidmatku memandangkan aku pernah bertugas di sektor yang telah dikosongkan oleh pegawai terdahulu. Beliau sanggup mengurus surat permohonanku ke jabatan. Sampai waktu hari 'interview' aku buat persediaan yang  terbaik kerana waktu interview berlangsung, negara berada dalam perintah kawalan pergerakan atau PKP. Semua negeri terlibat. Semua urusan kerja dilakukan dari rumah secara online menggunakan google meet. Dengan pakaian rasmi, aku menghadap komputer pada petang jam 3 hingga 5. Berpeluh juga menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh tuan penemuduga. Soalan yang tidak dapat lupakan apabila ditanya tentang hubungan aku dengan seorang wakil rakyat. Tentang persepsiku terhadap wakil rakyat tersebut. Soalan politik pula, aku fikir soalan tentang tugas yang dipohon. Aku sokong wakil rakyat yang memang perihatin dengan masalah rakyat. Tapi aku tidak sokong pemimpin yang suka lompat parti kerana ada kepentingan diri. Hari ini cakap lain esok cakap lain. Mungkin itu memang tafsiran politik bagi orang yang main politik. Kemudian timbul pula soalan tentang apa yang akan aku lakukan jika diberi jawatan tersebut..(Timbalan PPD). Sebagai penjawat awam yang akan mengisi jawatan penting, sudah tentu aku akan berkhidmat dengan baik demi kualiti perkhidmatan yang sudah agak lama terbiar di tempat yang kosong itu. Maka selesailah interview pada hari itu Rabu 16 Disember 2020. Aku fikir 50-50 juga lah harapan untuk kembali bertugas di ppd. 

    Keputusan interview belum dapat walaupun sudah 1 bulan berlalu. Waktu kerja masih lagi dari rumah memandangkan PKP disambung  selama 14 hari. Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan Negara tentang Perintah Kawalan Pergerakan menjadi aktiviti yang selalu ditunggu pada waktu petang. Sebelum itu pengumuman tentang jumlah kes Covid-19 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Setiap hari berita ini menjadi tontonan rakyat Malaysia, termasuklah aku dan ahli keluarga. Rakan-rakan di sekolah seakan sudah menerima hakikat aku akan berpindah lagi ke ppd seperti yang pernah berlaku pada Sept 2013. Guruan demi gurauan tercipta kenangan dalam facebook. Aku hanya mampu tersenyum. 

       

Handphone berbunyi....kelihatan nombor 088, "ini mesti orang jabatan call". Wa'alaikumsalam jawabku, "Cikgu..! macam ada lagi temuduga susulan". Suara pemanggil yang lemah lembut. "Pura-pura tidak terkejut, aku jawab bah...bila tu.." Baiklah saya yang menurut perintah. Hari yang ditunggu untuk interview kali kedua telah tiba. Rabu 16 Januari 2021. Aku sudah ready. Google meet telah aku setting dengan baik. Terang dan jelas suara videonya. Orang yang sama juga tukang interview. Kali ini sessi interview agak serius ke arah soalan-soalan perkhidmatan, bukan lagi soalan politik seperti interview yang pertama . Semua soalan aku jawab dengan yakin kerana aku sudah bersedia untuk disoal. Tapi agak pelik juga kenapa ada interview susulan. Kalau aku tidak layak kenapa aku diinterview lagi. Biasanya interview sekali saja. Lulus atau gagal. Mungkin ini peluang untuk aku. Di pendekkan cerita, surat keputusan interviewku sudah sampai dan lulus. Petang itu seorang pegawai dari ppd call. Alangkah terkejut aku, dimaklumkan surat itu diarahkan untuk ditarik balik tanpa sebab yang aku ketahui. Hanya tuan ppd sahaja yang tahu, tapi beliau pun tidak call untuk maklumkan hal yang sebenar. Aku redha...walapun dalam hati marah dan kecewa. Interview dua kali, surat penempatan bertugas di ppd diarahkan ditarik balik. KENAPA? Apa salahku...aku mohon ikut prosedur...bukan masuk pintu belakang atau kerana campur tangan orang politik. Maka persepsiku terhadap kisah ini "Ada unsur perkauman" dan yang paling buruk " Ketua yang lemah dan tidak jujur...hidup bermuka-muka" Tidak apalah...aku simpan sebagai kenangan dan pengalaman hidup. Aku kembali fokus dengan tugasku sebagai pendidik di sekolah. Semoga aku terus sihat menuju tahun 2026 perkhidmatan terakhirku sebagai penjawat awam.