CIKGU JUP
menulis blog untuk berkongsi maklumat
Saturday, September 19, 2026
Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)
Friday, September 18, 2026
SMK Kuala Penyu dan LCD di dalam Kelas
Peralatan LCD/projektor di dalam kelas sangat penting kerana membantu guru menyampaikan pengajaran secara lebih jelas, menarik dan menjimatkan masa. Dalam PdP Bahasa Melayu khususnya, LCD bukan sekadar alat untuk menayangkan nota, tetapi boleh menjadi alat rangsangan pembelajaran.
Antara
kepentingannya:
- Menarik perhatian murid – gambar, video, animasi dan paparan berwarna
biasanya lebih menarik berbanding penerangan lisan semata-mata.
- Memudahkan murid memahami konsep – guru boleh memaparkan contoh secara terus.
Misalnya, ketika mengajar ayat aktif dan ayat pasif, bahagian
pelaku, kata kerja dan objek boleh ditunjukkan satu demi satu.
- Menjimatkan masa guru – soalan, petikan, gambar atau nota boleh
terus dipaparkan tanpa perlu menulis semuanya di papan putih.
- Mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat – latihan tertentu boleh ditayangkan dan
murid menjawab dalam buku latihan. Ini sangat berguna jika bahan cetakan
terhad.
- Menyokong pembelajaran visual – murid yang sukar memahami penerangan
panjang mungkin lebih mudah belajar melalui rajah, gambar, jadual atau
contoh yang dipaparkan.
- Memudahkan aktiviti seluruh kelas – kuiz objektif, pembetulan kesalahan bahasa,
peribahasa, KOMSAS dan latihan tatabahasa boleh dibincangkan bersama-sama.
- Membolehkan penggunaan bahan multimedia – guru boleh menggunakan video pendek, audio,
gambar, PowerPoint dan bahan digital lain untuk mengaitkan pembelajaran
dengan kehidupan sebenar.
- Membantu murid yang lemah – sesuatu soalan boleh dipaparkan dan
diselesaikan langkah demi langkah bersama murid sebelum mereka
membuat latihan sendiri.
Bagi
kelas Tingkatan 3 yang agak lemah, LCD boleh digunakan dengan satu prinsip
mudah: “lihat → faham → buat bersama → buat sendiri.”
Wednesday, September 16, 2026
Guru! Hentikan Guru!
Guru! Guru! hentikan guru
kami tidak ingin berdosa
dahulu kata-kata disimpan di pentas
hari ini terbang di TikTok
dipotong, disambung dijadikan bahan ketawa
lalu sampai ke dewan politik
dengan tepukan yang panjang
Guru! Guru! hentikan guru
kami tidak ingin berdosa
cukuplah guru!
katanya ini MADANI
katanya rakyat harus mengerti
angka ekonomi naik di layar
pelaburan datang membawa khabar
tetapi di meja makan rakyat tetap menghitung
berapa yang tinggal selepas bil dibayar
Di sebelah sana
penyokong bersorak,
di sebelah sini
penyokong membalas
satu sindiran dibayar sindiran
satu TikTok dibalas TikTok
satu ucapan dipotong menjadi bahan
lalu politik kita seemakin pandai mencipta hiburan
Guru! Hentikan Guru!
Rakyat bukan anak kecil
yang hanya perlu diajar mendengar
Rakyat juga guru
yang mengajar melalui undi,
mengajar melalui teguran,
mengajar bahawa kuasa tidak pernah menjadi milik
sesiapa untuk selama-lamanya.
PMX juga manusia
menteri juga manusia
pembangkang juga manusia
dan penyokong parti
jangan sampai terlupa
merah, biru, hijau atau jingga
apabila harga barang meningkat,
dompet rakyat tidak pernah bertanya
kita mengundi siapa sebenarnya
Maka bersindirlah
kalau sindiran itu membuka mata,
kritiklah
kalau kritikan membina negara.
Tapi jangan kerana politik,
jiran menjadi musuh,
sahabat menjadi lawan,
fitnah menjadi hiburan,
dan kebencian dianggap perjuangan
Guru! Guru!
Hentikan guru..
bukan kerana kami membenci guru,
bukan kerana kami mahu menjatuhkan sesiapa
Kami cuma mahu
yang memerintah sudi mendengar,
yang membangkang tahu menawarkan,
yang menyokong berani menegur,
dan yang berbeza
masih mampu duduk semeja.
kerana pada akhirnya
PMX akan berlalu
kerajaan akan berganti
pemimpin akan datang dan pergi
parti akan kekal atau dihapuskan
tetapi Malaysia
tetap rumah kita
dan rakyatlah
murid yang paling lama belajar
daripada kesilapan guru-guru politik
tanpa rakyat politik tidak berguna
tanpa agama manusia kacau bilau
Guru! Hentikan Guru!
Kami tidak ingin berdosa
Karya : Jupilin Rangin
Kuala Penyu, Sabah
15.9.2026
Monday, September 14, 2026
Bersara Wajib 58 Tahun
Ketika ini aku masih teringat kata-kata beberapa orang kawan yang masih agak panjang tempoh perkhidmatan mereka. "Wah! bestnya tinggal 3 bulan lagi mau pencen, nda lama lagi jadi YB". Maksudnya Yang Bersara. Aku senyum dan menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata itu. Duit pun banyak. Mereka ketawa. Tapi bagi aku, yang paling penting ialah tahap kesihatan perlu dijaga. Apalah gunanya banyak duit kalau tahap kesihatan merosot dan tidak dijaga. Sekarang ini pun aku sudah ada sakit Gout. Cuma belum begitu serius. Masih lagi pada tahap rendah. Aku kena kurangkan makan makanan laut dan kurangkan mengambil minuman manis. Alhamdulillah sejak mengamalkan minum air suam setiap hari, sudah jarang dapat gout. Bercerita tentang kehidupan waktu pencen dan bersara daripada kerjaya sebagai guru, aku memang belum ada perancangan yang muktamad untuk dilakukan. Mungkin aku akan mengisi masa pencen dengan membaca buku-buku yang belum habis dibaca. Meneruskan minat dalam penulisan puisi dan mengupdate blog "Cikgu Jup" antara aktiviti yang akan aku teruskan. Yang penting aku sihat dan menjadi hamba Allah yang sedar diri tujuan hidup di dunia ini.
Wednesday, September 9, 2026
Faktor Penentu Kecemerlangan Anak Dalam Peperiksaan
Antara faktor penentu kecemerlangan anak dalam peperiksaan ialah:
- Sokongan dan dorongan ibu bapa – Ibu bapa perlu memberi motivasi, perhatian dan sokongan emosi agar anak lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.
- Disiplin diri – Anak perlu mempunyai jadual belajar yang teratur, menepati masa dan konsisten mengulang kaji pelajaran.
- Kaedah pembelajaran yang berkesan – Teknik seperti membuat nota ringkas, latihan berulang, menjawab soalan peperiksaan dan belajar secara berkumpulan dapat membantu meningkatkan kefahaman.
- Peranan guru – Guru yang prihatin, berpengalaman dan menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dapat membantu murid memahami sesuatu topik dengan lebih baik.
- Persekitaran pembelajaran – Suasana rumah dan sekolah yang tenang, selesa serta bebas daripada gangguan dapat meningkatkan tumpuan anak.
- Kesihatan fizikal dan mental – Tidur yang mencukupi, pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan pengurusan tekanan amat penting untuk memastikan anak dapat belajar dengan optimum.
- Minat dan motivasi anak – Anak yang mempunyai matlamat serta minat untuk berjaya biasanya lebih tekun dan tidak mudah berputus asa.
Kesimpulannya, kecemerlangan dalam peperiksaan bukan bergantung kepada kepandaian semata-mata. Gabungan usaha anak, sokongan ibu bapa, bimbingan guru, disiplin dan persekitaran yang baik merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan.
Wednesday, September 2, 2026
Mudahnya Update Blog Hari ini
Thursday, August 27, 2026
Wajarkah Murid Dibenarkan Membawa Telefon Pintar Ke Sekolah
Pada era teknologi dan kecerdasan buatan (AI), telefon pintar telah menjadi
alat yang penting dalam kehidupan. Oleh itu, kebenaran membawa telefon pintar
ke sekolah sering menjadi perbincangan dalam kalangan murid, ibu bapa dan guru.
Pada pendapat saya, murid wajar dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah
dengan syarat penggunaannya dikawal. Telefon pintar boleh digunakan untuk
mencari maklumat, menggunakan kamus digital dan mengakses aplikasi pendidikan.
Malah, teknologi AI dapat membantu murid mendapatkan penerangan tambahan
tentang sesuatu pelajaran. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan.”
Namun begitu, penggunaan telefon pintar tanpa kawalan boleh mengganggu
pembelajaran. Murid mungkin bermain permainan, melayari media sosial atau
merakam gambar tanpa kebenaran. Oleh itu, pihak sekolah perlu menetapkan
peraturan yang jelas. Telefon hanya boleh digunakan apabila mendapat kebenaran
guru.
Kesimpulannya, telefon pintar mempunyai kebaikan dan keburukan. Murid perlu
menggunakannya secara bijak dan bertanggungjawab kerana “ikut hati
mati, ikut rasa binasa.” Teknologi seharusnya dimanfaatkan untuk
meningkatkan ilmu, bukannya disalahgunakan.
Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)
Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira l...
-
Cadangan waktu kerja guru 9 jam yang akan bermula pada tahun 2012, harus dikaji semula. Mungkin masih ramai yang tidak jelas waktu kerja gur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...
-
1. Masyarakat dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya. 2. Meny...



