Saturday, December 31, 2011
Selamat Tahun Baru
...SEMOGA KITA TERUS HIDUP AMAN DAMAI DI BUMI MALAYSIA...
Monday, December 26, 2011
Kecemerlangan Bukan Sekadar Akademik
TAHNIAH kepada 34,271 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu A dalam semua mata pelajaran. Demikian juga kepada pelajar lain yang mendapat sekurang- kurangnya beberapa A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini.
Kepada mereka yang tidak cemerlang atau tidak mendapat satu A pun janganlah kecewa dan berputus asa kerana dunia masih belum lagi berakhir.
Ada banyak lagi perkara yang perlu anda fikirkan dalam hidup ini dan kejayaan masa depan bukan semata-mata bergantung kepada kecemerlangan akademik tetapi melibatkan beberapa kriteria lain.
Kepada ibu bapa janganlah menunjukkan sikap marah atau mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati anak sekiranya mereka tidak mendapat keputusan cemerlang. Elakkan suka berleter atau menyindir kerana ia boleh mengecilkan hati anak.
Ada juga ibu bapa yang sengaja membandingkan dengan anak jiran atau sanak saudara lain yang mendapat keputusan lebih baik.
Pada ketika ini apa yang perlu dilakukan ialah memberi mereka kekuatan semangat atau kata-kata galakkan supaya membuat penilaian atau muhasabah diri dan berusaha lebih keras agar mendapat keputusan lebih baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan ditempuhi dua tahun lagi.
Tidak dapat dinafikan fenomena dalam setiap kali peperiksaan sama ada di peringkat rendah atau menengah ibu bapalah yang paling sibuk jika dibandingkan dengan anak yang mengambil peperiksaan. Sebelum tarikh peperiksaan bermula pergerakan anak sentiasa dikawal.
Ada di antara ibu bapa yang tidak membenarkan anak mengikuti aktiviti kokurikulum dan permainan di sekolah kerana dikatakan akan mengganggu rentak mereka membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
Kelas-kelas tuisyen sudah menjadi kemestian, tidak cukup di sebelah petang maka waktu malampun terpaksa menghadiri kelas tersebut.
Bagi yang lebih prihatin akan mengambil cuti khas untuk membolehkan mereka menghantar dan mengambil anak ke sekolah sepanjang masa peperiksaan.
Debaran ibu bapa kian memuncak apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Di sesetengah sekolah bilangan ibu bapa yang hadir melebihi bilangan calon yang mengambil peperiksaan.
Bila keputusan diumumkan ibu bapa akan tersenyum lebar sekiranya anak mendapat keputusan cemerlang tetapi akan masam mencuka jika keputusan sebaliknya.
Ada juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan lantas berjumpa pengetua untuk mengisi borang bagi menyemak semula keputusan peperiksaan yang baru diumumkan itu.
Turut terdapat kes yang keterlaluan iaitu dengan marah-marah dan menyalahkan guru atau pihak sekolah yang menyebabkan anaknya tidak mendapat keputusan baik.
Suasana meriah apabila keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau STPM diumumkan turut dimainkan oleh media massa. Wartawan akhbar atau televisyen bukan sahaja membuat liputan semasa pengumuman keputusan peperiksaan di Kementerian Pelajaran tetapi turut menghantar wartawan ke sekolah-sekolah tertentu.
Suasana hiruk-piruk semasa penyerahan slip peperiksaan atau ketika pelajar bersorak riang diberikan fokus utama. Gambar pelajar dijulang atau sedang menangis kegembiraan turut diberi liputan. Menjadi kebiasaan temu bual dibuat dengan pelajar cemerlang dan ibu bapa. Ironinya jarang yang memberi pujian kepada jasa dan sumbangan guru atau pengetua.
Akibat terlalu banyak liputan dan publisiti oleh media massa terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan maka ada yang bertanya adakah matlamat pendidikan seolah- olah terletak kepada keputusan peperiksaan?
Sekolah-sekolah yang cemerlang hanya dinilai terhadap berapa peratus keputusan cemerlang dalam setiap mata pelajaran atau berapa ramai pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan tersebut.
Terlalu menekankan pencapaian dalam peperiksaan atau komponen intelek sahaja maka bidang jasmani, rohani dan emosi seolah-olah telah diabaikan. Sedangkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan menghendaki perkembangan seimbang dalam keempat komponen tersebut supaya dapat dilahirkan modal insan atau individu yang bersifat holistik dan berketerampilan sesuai dengan keperluan cabaran global dan tuntutan masa.
Jika ditanya kepada pengetua atau guru- guru mengapa mereka turut memberi penekanan kepada bidang akademik. Jawapannya telah dijangka bahawa inilah yang dikehendaki oleh ibu bapa iaitu ingin melihat anak- anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Tidak dapat dinafikan pencapaian itu pula ada kaitan dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bagi mendapat biasiswa atau bantuan pelajaran.
Ternyata bahawa peluang memasuki institusi pengajian tinggi awam yang ternama dan memilih bidang kajian yang diminati adalah banyak dipengaruhi kecemerlangan keputusan peperiksaan.
Sesungguhnya keadaan ini adalah di luar kawalan pihak sekolah dan norma itu telah lama wujud dalam masyarakat kita.
Apakah ukuran sebenar untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya di masa hadapan? Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian cemerlang dalam peperiksaan adalah salah satu kriterianya.
Walau bagaimanapun ciri-ciri lain perlu ada iaitu mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif, kemahiran berkomunikasi, kebolehan membuat keputusan, sikap berani mencuba, tidak takut gagal, rajin, ada kesungguhan, proaktif dan mempunyai tubuh badan yang sihat.
Individu yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan mempunyai kelebihan, peluang dan kekuatan selepas meninggalkan bangku sekolah.
Mereka mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan berkeupayaan bersaing dalam dunia yang kian mencabar.
Oleh itu kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas jangan merasa kecewa atau berputus asa. Cuba bermuhasabah diri dan renungkan kembali apakah sebab atau punca yang yang menyebabkan keputusan tidak menyerlah.
Ambil langkah susulan dan tindakan segera bagi memperbetulkan keadaan tersebut. Walaupun peperiksaan SPM akan menjelang dua tahun lagi tetapi buatlah persediaan awal supaya pencapaian yang akan datang lebih cemerlang.
Kepada ibu bapa pula berikan dorongan dan bimbingan agar anak sentiasa merasa lebih dihargai dan yakin dengan kebolehan diri mereka sendiri.
Selamat berusaha.
Dipetik daripada : Tan Sri Allimuddin Mohd Dom, Utusan Malaysia 2011
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 14, 2011
Penyakit dan Gaya Hidup
SETIAP hari, sebanyak 74 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia akan menghabiskan masa duduk bermula dengan menaiki kereta ke pejabat, duduk bekerja dan di rumah ketika menonton televisyen.
Gaya hidup yang dikenali sebagai sedentari itu terkenal di negara-negara maju dan kini sudah mula merebak ke negara-negara membangun seperti Malaysia. Tahukah anda bahawa gaya hidup tidak sihat itu boleh menyebabkan obesiti, diabetes dan osteoporosis?
Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang dipanggil pembunuh senyap kerana penghidapnya tidak akan dapat melihat kesan serta-merta tetapi, ia akan berlaku dalam satu tempoh masa.
Sumber :Kosmo 14 Disember 2011,Dr. Chin Chee Howe,Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Gleneagles Intan Kuala Lumpur.
Monday, December 12, 2011
Kecemerlangan Guru Malaysia
GURU Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri (SMKTBM), Kuala Lumpur, Zainuddin Zakaria mengharumkan nama negara apabila menjadi pendidik tempatan pertama memenangi tempat ketiga pada Forum Rakan Pembelajaran Global 2011 di Washington, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Zainuddin mengemukakan projek pendidikan bertajuk KODU Di Dalam Kelas Seluruh Dunia, meraih tempat ketiga bagi Kategori Anugerah Khas Penggunaan Mantap Teknologi Microsoft Dalam Pembelajaran. Pada projek berkenaan, Zainuddin melatih sekumpulan pelajar SMKTBM mencipta permainan komputer bertemakan isu alam sekitar dengan menggunakan Makmal Permainan KODU, suatu perisian pembangunan permainan oleh Microsoft khusus untuk pendidikan.Sementara itu, lima sekolah dipilih menjadi rakan kerjasama iaitu Russia State School, Russia; Milseong Jeil High School, Korea Selatan; Lawrence S Ting School, Vietnam; Odogbolu Grammar School, Nigeria dan Hawkesdale P12 College, Australia. Sekolah itu turut dilatih membangunkan permainan komputer masing-masing. Tiga permainan pendidikan terbaik dipilih daripada setiap sekolah untuk ditukar dengan permainan yang dihasilkan pelajar SMKTBM. Menurut Zainuddin yang juga guru pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), projek itu membolehkan pelajar mempelajari dan memahami nilai murni serta pengajaran yang terdapat dalam setiap permainan, seperti kepelbagaian masalah alam sekitar dan cara mengatasinya. Menerusi permainan komputer yang memang menjadi kegilaan remaja, katanya, pelajar boleh bermain sambil belajar dengan cara interaktif dan menyeronokkan. “Sebagai contoh, pelajar SMKTBM berjaya menghasilkan permainan yang mudah tetapi menyeronokkan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai masalah alam sekitar antaranya pembasmian hutan, pemburuan penyu secara haram dan kesan pencemaran alam oleh kilang. “Pelajar sekolah lain pula mengenal pasti pelbagai masalah lain berkaitan yang terdapat di negara mereka. Sambil bermain, pelajar mempelajari pengajaran yang terdapat dalam permainan itu,” katanya kepada Berita Harian. Selain itu, Zainuddin berkata, penggunaan Makmal Permainan KODU untuk mencipta permainan menggalakkan pelajar membina dan membangunkan program sendiri sejak peringkat awal selain mempelajari aspek kerjasama, logik dan kreativiti. Pada tahun ini, Forum Rakan Pembelajaran Global anjuran Microsoft yang masuk tahun ketujuh penganjurannya itu disertai kira-kira 700 pendidik daripada lebih 70 negara di seluruh dunia. Sebanyak 115 projek pendidikan terpilih ke peringkat akhir daripada lebih 200,000 penyertaan diterima pada peringkat awal. Daripada jumlah itu, hanya 18 projek pendidikan terbaik dipilih menerima anugerah bagi enam kategori yang dipertandingkan.
Selamat Tinggal Istana Negara
Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.
Keberangkatan baginda berdua diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku menteri pengiring dan isterinya, Datin Seri Che Sharifah Ismail.
Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah sebelum itu berkenan meluangkan masa bersalaman dengan kesemua 500 petugas Istana Negara, sebelum berangkat ke Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu.
Tuanku Mizan yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai ”muskat” turut menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Baginda berdua berangkat meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong diiringi seramai tujuh pengiring bermotosikal serta 12 pengiring am diraja daripada Kor Armour Diraja
Sunday, December 11, 2011
Gerhana Bulan Terakhir 2011
Gerhana bulan yang berlaku malam tadi bermula dengan fasa penuh penumbra pada pukul 7.34 malam (waktu tempatan), tetapi kesan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayangan penumbra bumi yang kurang gelap.
Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai pukul 8.46 malam sehingga gerhana maksimum pada pukul 10.32 malam.
Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 10.57 malam dan keluar sepenuhnya pada pukul 12.18 tengah malam.
Thursday, December 8, 2011
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi. Untuk maklumat yang lebih tepat sila baca dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Wednesday, December 7, 2011
Awas! Jangan Jadi Keldai Dadah
Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.
Bekalan dadah diambil dari Argentina dan Sepanyol dan diseludupkan ke negara ketiga. Kos membawa dadah dari Argentina ke Peru lebih murah. Hukuman hanya dipenjara 8 tahun di Peru , berbanding di Malaysia akan digantung mandatori. Mereka menggunakan dokumen dan pasport sah dengan alasan melancong , bekerja di luar negara atau melanjutkan pengajian atau diperdaya dengan tawaran percutian percuma .Sindiket akan memberi tiket sehala, menggunakan penerbangan terus ke negara transit. Mereka rela diperalatkan untuk mengejar kemewahan.
Sindiket penjenayah antarabangsa akan menggunakan laman sosial di internet untuk memperdaya wanita muda menjadi keldai dadah di Asia.Siasatan Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) mendapati sasaran utama ialah wanita dari Malaysia, Singapura , Asia Tenggara dan Asia Timur. Wanita berusia 20-30an yang tidak mempunyai rekod jenayah dan menganggur atau bekerja dalam bidang perkeranian, jualan dan perkhidmatan amat sesuai dijadikan keldai dadah.
Wanita Malaysia termasuk pelajar IPT terjebak dengan cinta warga asing terutama dari Afrika dan Iran. Pada 2006,rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mendapati 31 rakyat Malaysia termasuk 4 wanita ditahan polis negara asing kerana kesalahan mengedar dadah. Antara Januari-Mac 2008, seramai 9 rakyat Malaysia ditahan kerana mengedar dadah di luar negara. Mereka didapati mudah terjerat dengan cinta 'jejaka Lombok', 'Pak Arab' dan terkini penangan cinta 'Pak hitam'.
Sumber : wikipedia
Monday, December 5, 2011
Tiger Woods ends two-year win drought
Tiger Woods ended a frustrating victory drought of just over two years when he clinched the Chevron World Challenge 2011 which he hosts by one shot on Sunday, holing a six-foot birdie putt at the last. A stroke behind fellow American Zach Johnson overnight, Woods fired a three-under-par 69 at Sherwood Country Club to claim the 95th tournament win of his career -- but his first since the 2009 Australian Masters. Congratulations! Well done TW,,,nice to see you where you truely belong,, winning ways!!!!
Thursday, December 1, 2011
Gaya Pembacaan Tahun 2012
Membaca teks bukan pada kertas? Kelihatan biasa-biasa sahaja kerana ia membayangkan anda membaca mesej yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, akhbar dalam talian, blog atau apa juga bacaan menerusi peralatan elektronik.
Sebagai contoh, anda mungkin sedang membaca artikel ini tanpa perlu memegang sehelai kertas pun, sebaliknya dengan hanya melayari laman web Utusan Online di www.utusan.com my.
Tetapi bila disebut membaca buku tanpa kewujudan buku itu secara fizikal, bunyinya agak asing bagi kebanyakan kita khususnya yang masih canggung dengan perkembangan teknologi.
Konsep yang disebutkan sebagai buku elektronik (e-buku) dan juga buku mudah alih atau m-book itu memudahkan ‘ulat buku’ membaca bahan bacaan mereka ke mana sahaja tanpa membebankan.
E-buku membolehkan sesiapa sahaja membaca sebarang dokumen digital dalam pelbagai format fail sama ada dalam format PDF, word dan html di komputer, telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Lebih menarik, teks yang dipaparkan, turut diringi dengan imej dan warna. Malah lebih menarik, anda boleh terus melangkau atau ke bab-bab tertentu dalam buku tersebut.
Justeru, syarikat penerbitan tempatan sudah melihat akan kemungkinan anjakan konsep pembacaan daripada secara konvensional kepada elektronik yang dipelopori akhbar, majalah dan buku biasa. Apa yang penting industri ini masih memerlukan pembaca bagi memastikan ia tidak berkubur dengan pendekatan yang lebih popular dan memudahkan.
Peminat novel misalnya, tidak lagi perlu membawa sekian banyak buku kesukaan mereka untuk mengisi waktu-waktu terluang sekiranya penerbit mampu menyediakan fail digital buku tersebut. Fail tersebut tentu boleh sahaja dimuat turun dalam telefon bimbit atau gajet lain yang nyata mengurangkan beban kepada peminat novel berkenaan. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos pencetakan dan mengurangkan bilangan pokok ditebang tetapi juga lebih mudah kerana ia boleh dipasarkan melalui Internet.
Pembaca yang berminat memiliki novel tersebut hanya perlu menghubungi penerbit untuk membuat tempahan dan buku tersebut boleh dimuat turun (download) atau dihantar dalam bentuk cakera padat (CD) kepada mereka. Sekali lagi, sistem atau teknologi elektronik menawarkan penyelesaian mudah bagi kumpulan ini sama seperti yang ditawarkan oleh sistem perbankan dan sistem lain-lain sedia ada.
Muat turun bahan bacaan melalui telefon bimbit begitu terkenal di Jepun dan penyelidikan di negara matahari terbit itu menunjukkan lima judul buku yang menduduki senarai teratas dalam carta pilihan penggemar adalah yang diterbitkan dalam bentuk m-buku.
Melalui kaedah m-buku, khalayak berpeluang melihat paparan grafik dan mendengar bunyi yang boleh mencetuskan kesan pembacaan lebih menarik serta memudahkan mereka memuat turun senarai terkini bahan bacaan di pasaran.
Selain itu, pembaca boleh menikmati paparan kertas hiasan, nada dering, nada dering bergambar, klip video, kad ucapan, animasi, karaoke, aplikasi Java, permainan Java, mesej bergambar, logo operator dan pesanan bersuara.
Kumpulan sasar m-buku adalah khalayak berusia 12 hingga 24 tahun kerana pada usia berkenaan mereka sudah berkemahiran menggunakan kemudahan elektronik terutama telefon genggam yang sudah menjadi budaya penting dalam masyarakat.
“Perkembangan maklumat dan ilmu yang bermula dengan kaedah cetakan pada 1400 mencatat perubahan pantas. “Daripada cetakan beralih kepada pawagam, radio dan televisyen, sebelum disusuli dengan laman web.
Syarikat peralatan elektrik dan elektronik terkenal, Sony pula menampilkan apa yang dikenali sebagai buku elektronik atau menerusi Sistem Pembaca Mudah Alih Sony atau Sony Portable Reader System. Ia mensimulasikan konsep buku yang mana anda membaca teks yang diformatkan dalam fail PDF misalnya, sama seperti anda membaca SMS. Produk PRS-500 itu menjanjikan simulasi buku sebenar dan membeli pengalaman baru dalam industri perbukuan.
Jika sebelum ini, fail dalam yang diformatkan dalam bentuk PDF itu (sebagai contoh) anda boleh membacanya dalam komputer peribadi dan pembantu digital peribadi (PDA), sistem yang ditampilkan Sony memudahkan segalanya bagi merealisasikan konsep buku elektronik (e-buku).
Dengan kapasiti penstoran 160 buku elektronik, pembaca malah mampu berfungsi sebagai perpustakaan bergerak anda. Model tersebut juga mempunyai ciri paparan beresolusi tinggi , malah menyerupai kertas secara fizikal, dengan penggunaan kuasa rendah.
Sebiji bateri sebagai pembekal kuasanya mampu menawarkan bacaan sehingga 7,500 muka surat tanpa henti. Sebagai tambahan kepada konsep buku elektronik, alat tersebut juga boleh menyimpan dan memaparkan dokumen peribadi dan perniagaan dalam format Adobe PDF, teks RTF, dan imej JPEG.
Dengan harga hampir RM1,000 dan dilengkapi dengan kabel USB perisian PC e-book dan penyelarasan warna, produk ini mungkin lebih penting daripada telefon bimbit anda pada masa akan datang. Dengan penggunaan alat sebegini, bersantailah di pusat peranginan ketika sedang bercuti atau duduk bersendirian menunggu penerbangan tanpa rasa bosan.