TAHUKAH anda stres boleh memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seperti murung, menyendiri, kuat tidur atau susah tidur, kuat makan atau hilang selera makan, keadaan diri tidak terurus, masalah disiplin, kesukaran mengawal emosi dan seumpamanya?
Pendek kata, apa sahaja perubahan tingkahlaku yang di luar kebiasaan seseorang, yang ditunjukkan secara konsisten, maka ia mungkin akbat daripada stres. Orang dewasa mungkin lebih mudah menyedari kehadiran stres berbanding anak-anak. Anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan penting pastinya akan berdepan dengan stres namun mereka mungkin tidak menyedarinya. Namun, ibu bapa dapat mengesan melalui perubahan tingkahlakunya.
Ada stres yang positif. Tidak semua stres itu negatif. Dalam hidup ini kita perlukan stres positif untuk mendorong seseorang itu bertindak melakukan sesuatu dengan segera dan sempurna bagi memperolehi ganjaran diri.
Ada pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi atau mengurangkan stres. Salah satu cara yang sangat berkesan ialah dengan bersangka baik.
Jadi setiap kali berdepan dengan musibah, tekanan, peristiwa, orang, kumpulan dan sebagainya yang memberi kita stres, maka ingatlah pasti ada sesuatu disebalik semua itu. Tanya diri dengan soalan-soalan memperkasa diri seperti:
Apa hikmah disebalik semua ini?
Apa yang boleh aku pelajari darinya?
Apa keuntungan yang boleh aku perolehi?
Apa peringatan yang Allah mahu berikan?
Cara bersangka baik
1) Masalah itu sebenarnya peluang. Ada ketikanya pula masalah itu memberi peluang kita muhasabah diri dan mencari kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Kekalkan baik sangka dan terima masalah dengan hati yang terbuka.
2) Allah tidak bebankan hamba-hambanya. Setiap kali berdepan dengan masalah, diuji dan ditimpa musibah, maka ingatlah semua itu bersesuaian dengan kekuatan yang ada pada kita cuma kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya. Tetapi dengan bersangka baik, kekuatan ini boleh dibongkar dan digilap dari dalam diri.
3) Lihat sesuatu daripada sudut yang baru. Setiap peristiwa negatif yang berlaku itu perlu diberikan makna baru bagi memperkasa diri agar tidak stres. Misalnya, kita mungkin stres kerana rakan sepejabat sering curi tulang dan membebankan kerja-kerjanya ke atas kita. Maka lihatlah dari sudut baru dengan berkata, "Baguslah juga, dapat kita lakukan kerja-kerja itu dan memperolehi pengalaman. Inilah peluang untuk tunjuk rajin. Kurang seorang pesaing untuk naik pangkat".
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130630/ke_03/Kelebihan-bersangka-baik#ixzz2YDaDzTRR
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment