"Aku terbaring kaku dalam kegelapan berdebu di bawah kerusi. Badanku sakit. Tiba-tiba sepasang kaki berhenti di hadapanku. Seorang murid Tingkatan satu bernama Danish ternampak aku. Matanya bersinar. "Weh! pen biru" jeritnya. Dia mengutip aku dengan kasar lalu menyumbat aku ke dalam seluarnya yang koyak. Pengembaraanku bermula. Danish bukan seperti Amir. Dia berlari laju menuju ke kantin. Melompat-lompat sehingga aku terhantuk-hantuk di dalam poket seluarnya. Danish suka menconteng, tapi kali ini bukan dinding atau meja yang dicontengnya. Tangannya yang halus dan sedikit kotor itu menjadi sasaran kegemarannya menconteng. Danish melukis satu logo yang seakan-akan kepala burung helang. "Habislah dakwatku" Aku mengeluh di hadapan Danish, tapi mujur Dia tidak dengar keluhanku. Kalau tak, pengsan si Danish. Selepas itu Danish berlari ke padang. Cikgu Zuhairi, guru PJ sudah menunggu. Larian kencangnya menyebabkan aku terpelanting ketika Danish Cuba mengelak lopak air yang bertakung di atas padang. Aku terhumban ke dalam lopak. Danish tidak lagi peduli dengan keadaan diriku. Aku menjadi takut. Selain Danish, ada ramai lagi murid lain. Kawan-kawan sekelas Danish. Sekejap lagi mereka akan bermain bola. Aku sangat takut. "Apalah nasibku ini, harap-harap Danish dan kawan-kawannya tidak pijak aku dengan kejam". Tiba-tiba...
Monday, October 5, 2026
Kembara Sebatang Pen
Hari ini aku mengajar menulis karangan cerita pendek atau disebut juga Cerpen. Pada mulanya murid-murid yang kuajar merasa bosan kerana tiada idea. Alasan yang selalu mereka berikan. Aku tidak berputus asa, sentiasa memberi semangat dan memberi bantuan idea yang mereka perlukan. Sebagai menghargai dan mahu menjadikan pengalaman mengajar yang menyeronokkan, aku kongsi satu hasil karangan (Cerpen) yang ditulis oleh seorang murid perempuan. Tak sangka murid ini ada bakat dalam penulisan Cerpen. Mari kita baca...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kembara Sebatang Pen
Hari ini aku mengajar menulis karangan cerita pendek atau disebut juga Cerpen. Pada mulanya murid-murid yang kuajar merasa bosan kerana tiad...
-
Cadangan waktu kerja guru 9 jam yang akan bermula pada tahun 2012, harus dikaji semula. Mungkin masih ramai yang tidak jelas waktu kerja gur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...