Sunday, November 15, 2009

Hampir 21,000 Dibuang Sekolah


ARKIB : 14/11/2007

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Seramai 20,627 pelajar sekolah rendah dan menengah telah dibuang sejak tahun 2003 sehingga April lalu, berikutan pelbagai kesalahan disiplin.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi berkata, ia melibatkan 5,025 pelajar yang dibuang sekolah pada tahun 2003, 5,427 orang (2004), 7,493 orang (2005) dan 2,526 orang (2006).
“Sepanjang Januari hingga April tahun ini, seramai 156 pelajar telah dikenakan tindakan yang sama,” katanya menjawab soalan Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN-Sabak Bernam) di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mat Yasir bertanya mengenai langkah yang dilakukan kerajaan bagi memastikan pelajar tidak terjebak dalam gejala negatif yang merugikan negara.
Komala Devi berkata, hukuman buang sekolah dilaksanakan berikutan salah laku berat oleh pelajar termasuk kesalahan jenayah dan ponteng sekolah.
“Tindakan buang sekolah adalah pilihan terakhir dalam proses hukuman terhadap seseorang murid setelah usaha mencegah, membimbing dan memberi nasihat dilakukan.

Saturday, November 14, 2009

Produk Getah Dari Negara China


ARKIB : 13/11/2007
Kondom terpakai dijadikan getah gelang, ikat rambut


BEIJING 13 Nov. - Kondom terpakai yang dikitar semula menjadi getah gelang dan ikat rambut dijual di bazar di selatan wilayah Guangdong pada harga 25 fen (15 sen) bagi satu paket 10.
Doktor memberikan amaran yang ia boleh menyebarkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan pelbagai penyakit berjangkit seksual lain, menurut akhbar China Daily.
“Terdapat banyak bakteria dan virus pada getah gelang dan ikat rambut yang diperbuat daripada kondom terpakai,” kata seorang pakar dermatologi di Hospital Angkatan Tentera Guangzhou.
Pakar dermatologi itu yang hanya dikenali sebagai Dong, berkata, seseorang itu boleh dijangkiti jika mereka menggunakan mulut untuk memegang barangan kitar semula itu semasa mendandan rambut mereka sebelum mengikatnya.
Pekerja kolar putih Chen Wenlan, pelanggan tetap, berasa marah apabila mengetahui getah gelang yang diberikan kepadanya oleh pekerja sebuah salon kecantikan minggu lepas diperbuat daripada kondom kitar semula.
“Ramai daripada kawan saya masih belum tahu berita ini. Ia betul-betul dahsyat,” katanya.
Sumber bagi mendapatkan kondom terpakai itu dikatakan adalah dari pusat-pusat hiburan tempatan.
Pihak berkuasa Guangzhou berkata, adalah satu kesalahan membuat barangan daripada kondom terpakai.
- Bernama

Ikan Gergasi


LONDON - Seorang pemancing, Sean Kinnear berjaya menangkap seekor ikan keli antara yang paling berat di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berumur 27 tahun dari Hitchin bergelut selama 15 minit sebelum menangkap ikan keli seberat 107.95 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.
Menurutnya, ikan itu muncul di permukaan dan kami semua terperanjat kerana ia sungguh besar.
"Ia amat berat dan batang pancing bengkok. Saya berusaha untuk menariknya manakala empat orang terpaksa menariknya ke daratan," katanya.
Sean yang memancing sejak berumur 12 tahun mengikuti bapa dan sepupunya untuk memancing dekat dengan bandar Mequinenza di Sepanyol.
Ikan itu ditimbang untuk mengetahui beratnya sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai.
Sebelum ini ikan keli paling besar pernah ditangkap ialah di Sungai Mekong, Thailand dengan beratnya ialah 293kg pada 2005. - Agensi

e-book dan kelas maya


e-Book berkonsep 'kelas maya' bantu pelajar mangsa banjir di Terengganu


MARANG 13 Nov. - Dijangka dua atau tiga tahun lagi, semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dengan banjir di negeri ini tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah.
Ini kerana dalam tempoh tersebut, kesemua pelajar dilengkapi kemudahan buku elektronik, e-Book yang disediakan secara percuma oleh kerajaan negeri sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, para pelajar hanya perlu menggunakan e-Book untuk mengikuti pembelajaran sambil dipantau oleh guru masing-masing menerusi konsep 'kelas maya' yang bakal diwujudkan kelak.
Katanya, para pelajar boleh memilih sama ada berada di rumah yang mempunyai kemudahan jalur lebar atau ke pusat-pusat siber untuk mengikuti kelas secara jarak jauh, tanpa perlu ke sekolah ekoran banjir.
"Jika semua berjalan lancar dan pelajar sudah dibekalkan dengan kemudahan e-Book dalam dua atau tiga tahun lagi, mereka tidak perlu bersusah payah ke sekolah ketika musim banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan e-Book kepada Sekolah-sekolah Rendah DUN Alur Limbat dan DUN Bukit Payong oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di sini semalam.
Beliau seterusnya memberitahu, pada tahun depan, kira-kira 50,000 murid sekolah rendah di negeri ini bakal menerima kemudahan e-Book bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, kerajaan negeri sedang berusaha menjayakan program 'kelas maya' dengan menjadikan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir sebagai projek perintis.
Menurutnya, jika segala urusan berjalan lancar, program itu akan diperluaskan kesemua sekolah di negeri ini tahun depan.
Katanya, bagi tujuan itu, anak syarikat kerajaan negeri, Top IT Sdn. Bhd. dan syarikat yang mengedar e-Book, Intel Sdn. Bhd., akan menganjurkan kursus kepada semua guru, terutama yang mengajar murid tahun enam.
"Guru-guru ini diberi kursus dan mereka kena bersedia untuk mengajar menggunakan kaedah 'kelas maya', dan kalau berjaya, kita yang pertama laksanakan program ini," tambahnya.

Friday, November 13, 2009

Pengajian Am Laras Sains

SENARAI TAJUK LARAS SAINS


Bioteknologi
Sains sukan
Teknologi Robotik
E-dagang
Satelit RazakSAT
Keracunan Makanan
Teknologi pembikinan filem animasi
Teknik fertigasi dalam pertanian
Virus H1N1
Portal Pendidikan
Pencemaran sungai
Teknologi Nano
Penyakit Insomnia
Teknologi Tanpa Wayar (Wireless)
Buku elektronik (e-book)
Virus Komputer
Tanah Runtuh
Pemanasan Global
Pengurusan Sisa Pepejal
Akuakultur
Teknologi Hidro
Teknologi Laser
Penyakit Kencing Manis

Tips Menjawab Soalan Pengajian Am Kertas 2

BAHAGIAN A & B ( karangan 25 markah )

1. Semua soalan karangan minta calon tulis 4 idea dengan huraian/penjeasan idea.

2.Bentuk soalan 1 lapis, 2 lapis atau 3 lapis.

3.Isu / persoalan yang biasa ditanya ialah tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia. Cth : masalah jenayah, masalah kesihatan, masalah pendidikan, masalah perpaduan, masalah kemalangan, penemuan teknologi baru dalam bidang pertanian, sains perubatan, dll.

4. Jumlah perkataan tidak lebih daripada 350 patah perkataan.

5.Jangan tulis idea / isi yang sama berulang-ulang.

6.Guna bahasa Malaysia yang betul dan pengunaan istilah saina yang tepat.

BAHAGIAN C ( Petikan Teks 20 markah )

1. Baca dan fahamkan kandungan petikan teks.
2. Soalan (i) tulis jawapan "satu ayat" yang original bukan tiru ayat petikan.
3. Soalan (ii) tulis jawapan tidak lebih 50 patah perkataan dan mesti ada 2 isi.

BAHAGIAN D ( Melukis Graf / Carta : 15 markah )

1. Baca dan fahamkan kehendak soalan.
2. Garis angkubah / kata kunci soalan yang terdapat dalam petikan.
3. Jangan lupa buat jadual.
4. Jangan lupa lukis graf/carta yang diminta oleh soalan.
5. INGAT : tajuk utama di bahagian atas graf, skala untuk graf bar kompaun / graf bar komponen ( graf bar, graf garis, graf piramid )Nisbah Jejari / Jejari untuk Carta Pai (Carta Pai Tunggal, Carta Pai Bandingan, Carta Pai Bertingkat).
6. Mesti ada petunjuk.
7. Jangan lupa tulis sumber di bahagian bawah sebelah kanan pandangan anda.

BAHAGIAN E ( Mentafsir Data / Carta Aliran: 15 markah )
1. Jenis pola ( meningkat, menurun, tidak konsisten, konsisten)
2. Jenis Perbandingan Pola ( Tertingi - Terendah )
3. Alasan / sebab yang mempengaruhi perubahan pola perlu sesuai / lojik dengan data.
4. Untuk carta aliran : 2 jenis ( terikat dan bebas ) ikut anak panah.

Friday, November 6, 2009

STPM:Pengajian Am Kertas 2


eBook ini akan siap awal tahun 2010. Nantikan kemunculannya dan ia amat mudah dimiliki.

Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)

Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira l...