Friday, November 20, 2009

Pelihara Institusi Demokrasi Berparlimen



Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN


SEWAKTU merasmikan pameran "Demokrasi Berparlimen Tonggak Pemerintahan Negara" di bangunan Parlimen pada 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, "status Parlimen kekal penting kepada tadbir urus negara". Perlembagaan Persekutuan Bahagian 4 Fasal 44 menyatakan, kuasa undang-undang Persekutuan Tanah Melayu terserah kepada Parlimen yang merangkumi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Tahun ini merupakan tahun bersejarah bagi amalan demokrasi berparlimen Malaysia. Ini kerana genap 50 tahun amalan tersebut dipertahan dan diberi pengiktirafan sewajarnya. Ia bersesuaian dengan perkara yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956.
Pembinaan negara ini walaupun tidak melalui proses pertumpahan darah, tetapi ia juga tidak datang dengan mudah.
Sejarah kelahiran demokrasi di Tanah Melayu menunjukkan ia adalah demokrasi terpimpin walaupun ada sarjana menamakannya sebagai quasi-democracy ataupun semi-democracy. Ini bermakna, demokrasi berparlimen wujud dengan adanya nilai pengorbanan, kompromi, sifat tolak-ansur, hormat dan fahami komposisi kependudukan dan alam Tanah Melayu.
Jika ideologi diutamakan, tidak mungkin Demokrasi Berparlimen akan menjadi matlamat asas penubuhan sebuah negara-bangsa berdaulat. Ideologi diketepikan agar masyarakat pelbagai kumpulan etnik dapat hidup rukun dalam satu keluarga besar.
Bagi Raja-raja Melayu yang telah menghadiahkan cokmar kepada Majlis tersebut pada 1952, ia dilihat sebagai simbol pengukuhan kerajaan berparlimen yang demokratik dan memartabatkan kedudukan Perlembagaan.
Permulaan kepada sistem kerajaan berparlimen adalah pengenalan Sistem Ahli pada 1951 yang merupakan asas kepada usaha melatih rakyat membentuk dan mentadbir kerajaan sendiri yang seterusnya membawa kepada pembubaran Majlis Perundangan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum 1959; titik permulaan sejarah Demokrasi Berparlimen dengan sidang pertama pada 12 September 1959.
Parlimen bertanggungjawab ke atas hal- ehwal penggubalan undang-undang di samping menjalankan tugas memantau perbelanjaan am kerajaan.
Kesemuanya masih berpusatkan kepada kuasa rakyat dalam menentukan jenis, bentuk dan pemerintahan yang mahu dilihat berdasarkan kepada pilihan raya yang menjadi mekanisme terpenting menentukan pentadbiran negara.
Selepas 50 tahun, adakah ia masih menjadi simbol kebanggaan? Adakah peranan Parlimen sudah berubah hari ini disebabkan kelangsungan politik? Yang nyata, demokrasi berparlimen masih merupakan sistem terbaik negara ini yang mempertahan tanggungjawab pemimpin dan hak rakyat ke atas kerajaan.
Perlembagaan menjadi dokumen terpenting mendasari hubungan ini dan lebih daripada itu, ia menjadi asas kemuafakatan masyarakat negara ini.
Demokrasi berparlimen membolehkan rakyat menyalurkan pandangan dan kritikan melalui wakil yang terpilih. Adakah wakil mereka memain peranan yang signifikan dalam konteks kemasyarakatan perlu pertimbangan sewajarnya.
Suara kepentingan ramai perlu diutamakan daripada menjadikan Parlimen sebagai perdebatan emosi. Kesucian Parlimen perlu diiktiraf sebagai ruang untuk mengelak dari membuat pembohongan, fitnah mahupun mencari kepopularan.
Pemimpin mesti bertanggungjawab ke atas hak dan kedudukan mereka. Pembunuhan karakter berlebihan dalam Parlimen boleh merencat proses perjalanan persidangan.
Demokrasi berparlimen tidak bermakna imuniti digunakan bagi meraih publisiti tetapi ia untuk memperjuang, memperkukuh dan memantapkan dasar atau hala tuju kesejahteraan masyarakat.
Demokrasi bersifat mulia dan tidak boleh dirosakkan dengan amalan rakus untuk berkuasa. Kemajuan dan demokrasi sepatutnya bergerak seiring.
Keyakinan dan kepercayaan melalui mandat sebagai wakil di Parlimen penting untuk dituruti. Kesejahteraan masyarakat tidak boleh dikompromi.
Pemimpin akan dinilai daripada kewarasan perwatakan sebagai pemimpin yang bersedia berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira batasan kepercayaan, agama, keturunan mahupun gender.
Selama 50 tahun penubuhan Parlimen, pengisian ke atasnya cukup hebat. Ia telah melihat kelahiran pemimpin yang berjiwa rakyat, juga pada waktu yang sama berjiwa emosi kepentingan diri.
Tempoh itu juga menyaksikan penerimaan negara lain ke atas sistem kita dan turut dijadikan model. Malaysia masih dihormati kerana amalan demokrasi berparlimen dianggap suatu yang workable ke atas status kependudukan. Demokrasi berparlimen harus melahirkan kerajaan yang stabil dan boleh meneruskan tradisi pembangunan, pemodenan dan industrialisasi.
Jika ada kelemahan dasar, ia boleh dibetulkan dan ruang secukupnya perlu ada untuk memperbaharui. Amalan demokrasi hanya dapat berfungsi jika ada kesungguhan dalam kalangan kesemua pihak, bukan pemimpin semata-mata.
Setiap anggota masyarakat dalam mana-mana stratifikasi sekalipun ada tanggungjawab mereka. Kita bertanggungjawab ke atas sistem yang ada. Nilai moral dan integriti menjadi persoalan asas dalam demokrasi berparlimen hari ini. Ia dapat berkembang jika dilihat secara rasional dan bukan emosional.
Selama 50 tahun Parlimen, ada kegemilangan dan ada pasang surutnya. Ada pencapaian yang mendapat pengiktirafan dan ada cabaran yang dilaluinya.
Walau apa pun, ia masih merupakan sistem terbaik dan sama ada dapat bertahan untuk 50 tahun lagi, ia bergantung kepada tahap kematangan dan kesungguhan masyarakat untuk menjamin hak dan tanggungjawab mereka.
Hubungan antara institusi raja, kerajaan, pemimpin dan masyarakat mampu memastikan Parlimen kukuh berdiri kerana tanpa Parlimen, maka akan berkubur kebebasan dan institusi yang telah membawa kedudukan Malaysia hari ini.
Kuasa rakyat menentukan ketinggian Parlimen hari ini dan ia juga merupakan kuasa yang amat besar signifikasinya kepada kemakmuran dan kesejahteraan generasi hari ini dan akan datang.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan,Pusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia

Wednesday, November 18, 2009

Cara Mengenalpasti Jenis Media dalam Soalan Bahagian D

1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang.
Contoh soalan :Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 :
1.GRAF BAR KOMPAUN
2.GRAF BAR KOMPENEN

kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar,
graf bar komponen - kumulatif @ jumlah

Pemarkahan Bahagian C : Kefahaman Petikan dan Ulasan

Bahagian C terdiri daripada Soalan 5 dan Soalan 6.

Soalan 5 merupakan petikan kefahaman laras sastera dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 5(a) dan 5(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu soalan sahaja.

Soalan 6 merupakan petikan kefahaman laras sains dan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu 6(a) dan 6(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu sahaja.

Ini bermakna untuk bahagian C pelajar perlu menjawab:

SATU SOALAN 5(a) ATAU 5(b) DAN
SATU SOALAN 6(a) ATAU 6(b).

Di sini ada beberapa panduan untuk pelajar menjawab Bahagian C (Petikan).

1. Baca seluruh soalan dalam Bahagian ini dan kenal pasti soalan yang para pelajar dapat menjawab dengan sangat baik. Kegagalan mengenal pasti soalan yang anda yakini akan menjejaskan tumpuan para pelajar.
Contohnya tanpa membaca soalan lain dalam bahagian ini pelajar terus menjawab, katakan soalan 5(a). Apabila selepas menjawab dan kemudian membaca pula soalan 5(b), pelajar dapati dapat memberikan idea dan huraian yang lebih baik. Ini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Oleh itu sila berhati hati.

2. Setiap soalan terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu
Roman i dan Roman ii.
(a) Roman i (2 Markah)
Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja.(mencukupi dengan jumlah markah diperuntukkan).
Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai yang mempunyai maksud yang sama/seakan sama dengan perkataan asal untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

(b). Roman ii (8 Markah)
Aspek pemarkahan:
Idea(2 idea) - 2 Markah
Huraian - 4 Markah
Bahasa - 2 markah

Soalan Pengajian Am 2 STPM 2007

STPM 2007KERTAS 2 (LARAS SASTERA)

1. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan

2. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada msa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

Tuesday, November 17, 2009

Filem Animasi Malaysia




Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain).
Beberapa orang kartunis juga telah mengangkat karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Sontorian).

Sunday, November 15, 2009

Nanoteknologi


Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.
Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.


UNTUK BACAAN LEBIH LANJUT SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH INI


Peperiksaan Awam Sekolah Perlu Penilaian Semula


ARKIB : 16/11/2007


PendapatDEWASA ini, pelbagai kritikan ditujukan kepada sistem peperiksaan di negara ini tentang keupayaan sistem peperiksaan dalam menyediakan modal insan khususnya untuk menghadapi cabaran sebuah negara maju.
Matlamat dan wawasan pendidikan negara dikatakan kurang berjaya kerana terlampau menekan matlamat pencapaian peratusan akademik dalam siri-siri peperiksaan awam sekolah seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM dan sebagainya.
Kebiasaannya, pencapaian peratusan akademik inilah yang menjadi kriteria utama kepada para pendidik, institusi pelajaran dan ibu bapa.
Perubahan dalam sistem peperiksaan sangat perlu untuk membebaskan murid atau pelajar daripada belenggu budaya belajar yang sifatnya menghafal, melatih dan menguji semula apa yang dipelajari secara berulang kali.

Surat dari PPD

Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...