Saturday, June 15, 2013

70% guru bahasa Inggeris tidak capai tahap

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan.
Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sebilangan besar guru hanya mencapai penguasaan bahasa tahap pertengahan, Sound English Proficiency (SEP) dan tahap rendah, Low English Proficiency (LEP).
Menurut beliau, hal tersebut dipandang serius oleh kementerian yang kini giat melaksanakan inisiatif bagi membantu guru-guru terlibat meningkatkan kemahiran bahasa tersebut.
"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, guru-guru yang mencapai tahap sederhana dan rendah akan diberi kursus dan latihan bagi memperbaiki penguasaan bahasa tersebut secara menyeluruh.
"Malah, kementerian juga mendapat kerjasama daripada British Council serta Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (Padu) sebagai langkah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ke tahap lebih tinggi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kepimpinan Sekolah Pintar di Hotel Royale Bintang di sini hari ini.
Program anjuran Yayasan Pintar itu disertai seramai 35 pengetua serta guru besar sekolah di bawah yayasan tersebut bertujuan mengukuhkan kepimpinan serta pengurusan sekolah sebagai satu langkah menjamin kejayaan pelajar.
Program tersebut bermula semalam dan akan berakhir esok.
Tambah Mary, dalam usaha menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016, guru-guru harus bijak dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.
Jelas beliau, ini amat penting bagi menjamin penguasaan bahasa Inggeris yang baik sebelum diguna pakai dalam pengajaran subjek penting seperti Sains dan Matematik.
"Guru-guru boleh gunakan pelbagai cara antaranya dengan mengadakan sketsa atau pertandingan debat bahasa Inggeris bagi meningkatkan mutu bahasa dalam kalangan pelajar.
"Malah, panitia bahasa Inggeris di sekolah juga disaran untuk bergerak proaktif dalam memastikan peranan guru dalam proses pengajaran berkesan terhadap pelajar," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130615/dn_02/70-guru-bahasa-Inggeris-tidak-capai-tahap#ixzz2WEKzJe69
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, June 5, 2013

Sains Sukan

Sains Sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji tindak balas manusia terhadap aktiviti fizikal. Bidang ini merangkumi Kinesiologi, Biomekanik, Anatomi dan Fisiologi, serta bidang sains pemakanan. Seterusnya digabungkan dengan bidang pengurusan, sosiologi dan psikologi dalam sukan. Sains Sukan bukanlah satu bidang khas yang hanya melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan sesuatu aktiviti sukan, sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia terhadap organ, sistem saraf, sistem otot,dan mengenalpasti tahap tenaga yang digunakan oleh badan ketika melakukan aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, Pendidikan Jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik bersukan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu pengetahuan tentang perkaitan badan dan sukan.

Saturday, June 1, 2013

Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Tuesday, May 28, 2013

Ministry of Education plans to drop job guarantee for trainee teachers
PUTRAJAYA, May 27 – The Ministry of Education (MOE) plans to drop the job guarantee given to trainees from Teacher Training Institutes (IPG) and public institutions of higher learning (IPTA).
Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the move to be implemented in stages was to ensure that only quality trainees were offered the post of school teacher.
“Currently, trainee teachers from IPG and IPTA are quaranteed jobs as teachers without considering their performance. This time, we want to make teaching a noble profession.
“So, we have to choose the best. Only those with noble character and can produce a great society will be offered the job,” he told reporters after the 3rd convocation of IPG, here today.
Idris said the move was to ensure that only those really interested in making teaching a career were appointed as teachers, not those who had no other choice.
“In Finland for example, only the best candidates will be selected as teachers and that is why the standard of education in the country is high.”
However, the plan is still at discussion stage and requires indepth study before it can be implemented.
Some 3,988 graduates received their degrees at the three-day convocation starting today.-BERNAMA

Sunday, May 26, 2013

Nilai Waktu

Waktu adalah inti pati berputarnya dunia. Waktu bergerak maju dan tidak mungkin mundur dengan kelajuan detik yang sama. Waktu adalah catatan sejarah seseorang dan waktu adalah kesempatan. Waktu dalam bahasa Yunani mempunyai dua makna, iaitu kronos dan kairos. Kronos mengacu kepada urutan waktu yang berjalan secara kronologi, sedangkan kairos mengacu kepada hakikat waktu, saat atau detik dalam waktu, yang tidak akan pernah kembali lagi. Betapa berharganya waktu hingga John C.Maxwell menulis di dalam bukunya yang berjudul Today Matters seperti berikut :

Bagi mengetahui nilai satu tahun...tanyakanlah
kepada murid yang gagal dalam ujian akhir tahun

Bagi mengetahui nilai satu bulan...tanyakanlah
kepada ibu yang melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

Bagi mengetahui nilai satu minggu...tanyakanlah
kepada editor sebuah majalah berita minggu

Bagi mengetahui nilai satu hari...tanyakanlah
kepada buruh harian yang mempunyai enam orang anak

Bagi mengetahui nilai satu minit...tanyakanlah
kepada kekasih yang sedang menunggu waktu bertemu

Bagi mengetahui nilai satu saat...tanyakanlah 
kepada orang yang terselamat daripada kemalangan ngeri

Bagi mengetahui nilai satu milisaat...tanyakanlah 
kepada pemenang pingat gangsa dalam sukan olimpik

PARLINDUNGAN MARPAUNG
Mencari Makna Hidup
2010

 

Wednesday, May 15, 2013

Tema Hari Guru Di Malaysia

2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Saturday, May 11, 2013

Negaraku Malaysia


Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup Bersatu dan Maju
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta

Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)

Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira l...