- Perpaduan kaum di Malaysia semakin tergugat
- Keruntuhan institusi keluarga akibat tekanan hidup
- Perhimpunan haram menjejaskan keharmonian dan keselamatan penduduk bandar
- Kebanjiran pendatang asing meningkatkan kes jenayah
- Bebanan hidup penggguna akibat kenaikan harga barangan keperluan harian
- Penyalahgunaan media laman sosial facebook dan youtube
Friday, August 16, 2013
Soalan peperiksaan tahun SPM dan STPM 2013
Kalau anda ikut perkembangan sejak tahun 2011 hingga kini 2013, antara isu-isu sosial yang mendapat liputan meluas dalam akhbar tempatan ialah :
Thursday, August 8, 2013
Saya Bangga Menjadi Warganegara Malaysia.
Sebulan berpuasa kini umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Malah bagi negara yang mengumumkan hari raya sama dengan Malaysia, sudah tentulah kegembiraan terpancar pada wajah umat Islam seluruhnya. Semoga tahun ini rakyat Malaysia akan lebih aman damai. Sikap toleransi yang diamalkan selama ini harus dipertahankan. Semua kaum tidak kira bangsa, agama dan keturunan, kaya atau miskin harus saling hormat menghormati. Tabiat suka menghina agama orang lain harus disingkirkan dalam pemikiran yang waras. Tidak ada untungnya jika rakyat Malaysia berpecah belah. Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Agama lain bebas diamalkan oleh pengikutnya sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
SELAMAT HARI RAYA, SAYA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA.
Monday, July 29, 2013
Akses Internet Membantu Mencipta Peluang Menjana Pendapatan dari Rumah
Anda gemar melayari internet? Jika anda perasan, setiap hari atau setiap minggu, banyak laman web baharu yang muncul, menawarkan pelbagai peluag menjanakan pendapatan sampingan dengan hanya berada di rumah. Hari ini terlalu banyak gadget berasaskan internet dicipta dan sudah tentu menjadi kegilaan penduduk dunia masa kini. Sebut sahaja Samsung Galaxy, Iphone 5, Blackberry, Windows 8 pasti ramai antara kita yang sudah biasa dengan alatan tersebut. Malah saya yakin ada yang sudah memilki koleksi Samsung Galaxy. Setiap kali ada gadget baharu, pasti dibeli. Harga yang mahal kemudian cerita yang penting canggih. Tapi apakah anda bijak menggunakan gadget yang mahal ini. Tepuk dahi tanya diri sendiri.Jangan marah ini peribahasa sendiri buat. Ok berbalik kepada tajuk post saya hari ini, peluang pekerjaan terbuka luas sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Semua bergantung kepada pengalaman, kepakaran, tahap pendidikan dan bidang yang diminati. Ada yang mahu menceburkan diri dalam bisnes, sama ada bisnes online atau bisnes konvensional tapi menggunakan kaedah pemasaran online yang sepenuhnya dikendalikan hanya dari rumah.
Anda berpeluang menghasilkan pendapatan tanpa had asalkan anda bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu baharu khususnya yang berkaitan dengan bisnes online. Perkembangan dunia internet yang bertambah pesat dari semasa ke semasa, menjadikan bisnes secara online sebagai alternatif kepada bisnes konvensional. Kita perlu mengambil peluang secepat mungkin bagi menceburi bidang ini kerana melalui internet, kita dapat mempromosi dan menjual barangan tanpa sempadan. Gunakan peluang keemasan ini bagi menjana seberapa banyak pendapatan kita hanya dari rumah. Ramai yang sudah berjaya melakukannya, mengapa kita perlu tunggu dan lihat lagi.
Anda berpeluang menghasilkan pendapatan tanpa had asalkan anda bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu baharu khususnya yang berkaitan dengan bisnes online. Perkembangan dunia internet yang bertambah pesat dari semasa ke semasa, menjadikan bisnes secara online sebagai alternatif kepada bisnes konvensional. Kita perlu mengambil peluang secepat mungkin bagi menceburi bidang ini kerana melalui internet, kita dapat mempromosi dan menjual barangan tanpa sempadan. Gunakan peluang keemasan ini bagi menjana seberapa banyak pendapatan kita hanya dari rumah. Ramai yang sudah berjaya melakukannya, mengapa kita perlu tunggu dan lihat lagi.
Thursday, July 25, 2013
Rahsia Simkad ToneExcel
Di dalam Program Tone Excel ini,
Pelan Pemasarannyasangat mudah dan telus, Tiada Syarat-syarat tersembunyi.
Kebanyakkan Program Affiliate yang banyak di pasaran mempunyai Pelan
Pemasaran yang sangat merumitkan dengan menetapkan pakej-pakej yang
hanya lebih kepada manipulasi wang (money game).
Tetapi program Tone
Excel ini sungguh telus, dimana Anda hanya perlu melakukan 2 langkah
mudah ini sahaja :
PERTAMA
TUKAR SIMKAD ANDA KEPADA TONE EXCEL
KEDUA
PERKENALKAN PROGRAM INI KEPADA RAKAN-RAKAN
Sangat mudah dan very straight forward kan..?
Semua orang boleh lakukannya..!
Anda guna produk SIMKAD PREPAID TONE EXCEL kemudian kongsi dan
promosikan produk tersebut kepada rakan-rakan Anda, dan jika mereka beli/
guna Produk tersebut, Anda akan di bayar dalam bentuk komisyen setiap
kali mereka top-up prepaid mereka, kerana usaha Anda mempromosikan
Produk tersebut..
Maknanya program ini adalah program perniagaan bukan ‘moneygame’.
Dan yang bestnya, komisyen di beri bukan hanya sekali...tetapi setiap kali
rakan tajaan anda tadi menambah topup prepaidnya seperti biasa...
Klik untuk info toneexcel seterusnya...
Pelan Pemasarannyasangat mudah dan telus, Tiada Syarat-syarat tersembunyi.
Kebanyakkan Program Affiliate yang banyak di pasaran mempunyai Pelan
Pemasaran yang sangat merumitkan dengan menetapkan pakej-pakej yang
hanya lebih kepada manipulasi wang (money game).
Tetapi program Tone
Excel ini sungguh telus, dimana Anda hanya perlu melakukan 2 langkah
mudah ini sahaja :
PERTAMA
TUKAR SIMKAD ANDA KEPADA TONE EXCEL
KEDUA
PERKENALKAN PROGRAM INI KEPADA RAKAN-RAKAN
Sangat mudah dan very straight forward kan..?
Semua orang boleh lakukannya..!
Anda guna produk SIMKAD PREPAID TONE EXCEL kemudian kongsi dan
promosikan produk tersebut kepada rakan-rakan Anda, dan jika mereka beli/
guna Produk tersebut, Anda akan di bayar dalam bentuk komisyen setiap
kali mereka top-up prepaid mereka, kerana usaha Anda mempromosikan
Produk tersebut..
Maknanya program ini adalah program perniagaan bukan ‘moneygame’.
Dan yang bestnya, komisyen di beri bukan hanya sekali...tetapi setiap kali
rakan tajaan anda tadi menambah topup prepaidnya seperti biasa...
Klik untuk info toneexcel seterusnya...
Wednesday, July 24, 2013
Sekolah Bestari di Negara China
Kehebatan pengurusan sistem persekolahan di negara China harus dijadikan contoh oleh pengurusan sekolah di negara Malaysia. Kita jangan berbangga dengan sistem yang dipopularkan oleh negara-negara Barat.
Sunday, July 21, 2013
Kepentingan vaksin rubella
Rubella atau German measles adalah jangkitan yang boleh
menyebabkan ruam berwarna kemerah-merahan, bermula pada bahagian muka
dan kemudiannya merebak ke bahagian badan yang lain. Simptom lain yang
biasanya muncul sebelum ruam termasuk demam yang tidak begitu tinggi,
konjuktivitis (inflamasi mata) dan nodus limfa membengkak.
Virus ini akan menamatkan kitarannya dalam masa kira-kira tiga hari
tetapi lebih separuh daripada mereka yang dijangkiti tidak mendapat
apa-apa simptom. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu bahawa mereka
telah dijangkiti.
Walaupun rubella biasanya tidak membahayakan, namun berbahaya bagi
wanita hamil kerana boleh menyebabkan banyak masalah kepada bayi dalam
kandungan. Apabila bayi tersebut dijangkiti, iaitu apa yang dipanggil
sindrom rubella kongenital (CRS), masalah-masalah berikut boleh berlaku
iaitu katarak dan kecacatan mata yang lain, pekak, kecacatan jantung,
kepala yang lebih kecil daripada biasa (microcephaly), tumbesaran terbantut ketika dalam kandungan dan kerosakan pada otak, hati, paru-paru dan sum-sum tulang.
ImunWanita di Malaysia bernasib baik kerana majoriti
kini imun terhadap penyakit ini, sama ada melalui pelalian atau
vaksinasi yang diterima semasa kanak-kanak ataupun kerana mereka
telahpun menghidap rubella sebelum ini. Penyakit ini kini sangat jarang
berlaku.
Pelalian terhadap rubella boleh berubah selepas satu jangka masa
tertentu. Oleh itu, baik juga jika anda periksa dahulu sebelum mencuba
untuk hamil, walaupun anda telah imun terhadapnya pada masa lalu. Anda
boleh meminta doktor supaya menjalankan ujian darah untuk memastikan
perkara ini.
Jika anda pasti bahawa anda tidak mempunyai pelalian terhadap
rubella, cara terbaik adalah mendapatkan vaksinasi tersebut sebelum anda
hamil, kemudian tunggu selama sebulan sebelum cuba untuk hamil. Ini
dapat memberi masa yang cukup kepada badan anda untuk membunuh virus
yang disuntik ke dalam badan supaya ia tidak menjangkiti bayi dalam
kandungan anda.
Sekiranya ujian darah yang dilakukan pada awal kehamilan menunjukkan
anda tidak imun terhadap rubella, anda perlu menunggu sehingga
melahirkan sebelum boleh mengambil pelalian. Ini boleh dilakukan sebelum
anda keluar dari hospital jika bersalin di hospital, atau semasa
pemeriksaan selepas bersalin.
Andai kata anda mendapat pelalian dalam minggu-minggu pertama
kehamilan iaitu sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil, janganlah
risau. Doktor akan mengesyorkan supaya anda menjalani ujian imbasan
ultrabunyi dalam minggu ke-18 hingga ke-20 untuk meneliti keadaan bayi
dan semoga ini dapat memberi anda sedikit keyakinan.
Risiko Kemungkinan bayi anda dijangkiti rubella
bergantung kepada tahap kehamilan anda semasa mendapat jangkitan ini.
Risiko paling tinggi jika anda mendapat rubella sebelum minggu ke-11
kehamilan (sembilan daripada 10 bayi mendapatnya). Menjelang minggu
ke-17, perkara ini jarang berlaku, walaupun masalah pendengaran boleh
menjejaskan bayi sehingga minggu ke-20.
Oleh itu, jika anda tidak pasti mengenai status pelalian anda, cuba
elakkan daripada mendekati mereka yang menghidap rubella, terutamanya
dalam tempoh beberapa bulan pertama kehamilan anda
Malangnya, jika anda dijangkiti virus ini, tiada apa yang boleh
dilakukan untuk melindungi bayi anda. Doktor akan berbincang dengan anda
mengenai ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui kesan
rubella terhadap bayi dalam kandungan anda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130721/kn_02/Wanita-tanpa-vaksin-rubella#ixzz2ZcrgMH1Q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, July 17, 2013
Pemimpin Politik dan Budaya Suka Menghina
Suatu ketika dahulu peribahasa "Guru kencing berdiri, Murid kencing berlari" sinonim dengan gambaran yang merujuk kepada perbuatan atau tingkahlaku guru yang menjadi ikutan murid-muridnya. Apa saja perbuatan yang tidak baik oleh para guru akan menjadi perumpamaan apabila terdapat kes murid sekolah melakukan kesalahan disiplin atau jenayah juvana. Ibu bapa sering menuding jari kepada pihak guru jika anak-anak mereka terlibat dengan gejala buli di sekolah. Kononnya pihak pengurusan sekolah tidak bersikap tegas terhadap murid-murid yang nakal. Maka terjadilah "bangau oh bangau". Masing-masing pihak tidak menerima kelemahan diri. Dalam kes apa yang saya panggil "Budaya suka menghina" yang kini semakin berleluasa di negara ini, adalah hasil pemikiran dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin politik sejak kebelakangan ini. Saya yakin dan anda tentu pernah melihat laporan media massa yang menunjukkan perbuatan pemimpin politik yang memijak gambar pemimpin lain. Perbuatan ini pula sengaja dirakam dengan aksi wajah yang tersenyum puas, sambil menunjukkan isyarat tangan "bagus" atau "goods"dan sebagainya. Begitu juga ketika aktiviti berkempen dilakukan, terutamanya bila ada pilihan raya. Mereka tanpa segan dan bimbang ucapan yang menghina serta suka memburuk-burukkan calon yang bertanding akan menjadi ikutan orang yang mendengar. Sudah tentu selain orang dewasa, anak-anak muda yang masih belum layak mengundi turut hadir mendengar ucapan pemimpin politik yang disokong oleh ibu bapa mereka. Kemudian apabila timbul kemarahan di pihak yang lain, maka perbuatan yang lazimnya dilakukan oleh pemimpin politik yang kurang ajar ini ialah "memohon maaf". Adakah dengan ucapan "Saya mohon maaf atas perbuatan saya yang tidak disengajakan" sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Kalau budaya ini berterusan, maka saya yakin anak-anak muda akan bertambah kurang ajar dan mereka tidak akan segan silu serta takut melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan kaum di negara ini. Buat dulu, kemudian minta maaf. Hina dahulu kemudian minta maaf..selesai. Apa..kau ingat ini negara ISKETAMBOLA atau negara PASIR DUA BUTIR. Janganlah jadi Menteri FaSoLa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Surat dari PPD
Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...
-
Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...






