Monday, August 31, 2015
Tuesday, June 23, 2015
Gempa Bumi : Ranau Panduan Keselamatan
Kejadian gempa bumi di daerah Ranau khusunya di kawasan gunung Kinabalu adalah suatu kejadian yang jarang berlaku. Namun sejak kebelakangan ini gegaran terus berulang. Meskipun gunung Kinabalu dikategorikan sebagai gunung berapi mati, namun siri gegaran yang berlaku amat merisaukan penduduk Sabah. Akibat gegaran yang masih aktif banyak bangunan yang rosak terutamanya di Pekan Ranau. Masjid dan sekolah antara yang terjejas teruk. Kini sudah sampai masanya pengetahuan tentang aspek keselamatan amat penting didedahkan kepada penduduk Sabah amnya dan khususnya kepada kalangan pelajar sekolah di daerah Ranau yang sangat dekat dengan risiko gempa bumi.
Saturday, May 16, 2015
Monday, May 4, 2015
Perkhidmatan feri ke Pulau Labuan
Hari ini saya kembali update blog Cikgu Jup yang sudah lama terbiar. Terima kasih kepada yang masih sudi membaca. Hari ini seperti biasa selepas beberapa hari cuti dan balik bermalam, anak kesayanganku Khairina Izzaty balik ke asrama Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL). Perkhidmatan Feri sudah sinonim dengan kami sekeluarga. Keadaan laut tidaklah begitu kuat ombaknya. Tenang namun demi menjaga keselamatan anak tersayang saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan feri. Biar lambat asal selamat. Lagi pun tambangnya agak murah berbanding dengan boat laju Menumbok. Cuma RM2.50 seorang.
Saturday, October 11, 2014
Tiga Peraturan Inovasi
Adalah satu kesilapan jika ada yang merasakan untuk melakukan sesuatu inovasi memerlukan teknologi. Menurut penulis tanggapan itu sebenarnya tidak benar.
Saturday, September 20, 2014
Mutiara Kata Pencetus Minda
"Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia banci padamu"
Imam Syafie
"Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal akan kebodohanku"
Iskandar Zulkarnain
"Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba"
Sunday, June 15, 2014
Ujian PT3 ganti PMR bermula 1 Julai
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Jun - Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai.
Menurutnya, ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula akan diadakan pada 12 hingga 17 Oktober depan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini.
Kita sudah buat keputusan bahawa PMR tidak diteruskan bermula tahun ini dan dalam tempoh beberapa minggu lagi akan diadakan ujian menggantikan peperiksaan awam berpusat iaitu PT3 bertujuan melihat pencapaian prestasi pelajar mengikut penilaian band 1 (paling lemah) hingga band 6 (paling baik).
Dengan pentaksiran ini kita tahu bagaimana pencapaian pelajar-pelajar bukan di akhir tahun tetapi di peringkat awal tahun lagi dan guru akan mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar dan mereka yang mundur dapat kita baiki sejak awal dan apabila di hujung tahun mereka akan lebih cemerlang, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin meminta semua pihak termasuk ibu bapa untuk memberi peluang kepada pelaksanaan sistem penarafan baharu itu selaras dengan perkembangan sistem pendidikan peringkat global yang menuntut pelajar berfikir aras tinggi iaitu bukan semata-mata menghafal.
Menurutnya, walaupun corak penilaian agak berbeza, beliau percaya sistem berkenaan mampu diadaptasi oleh para pelajar dan guru sekali gus semua pihak dapat menerima kebaikan sistem tersebut apabila tahap pencapaian pelajar akan dinilai secara lebih telus.
Ini tahun pertama dianjurkan, jadi kita faham ada pihak belum mengetahuinya dan saya sedar ibu bapa juga belum faham, tetapi kita akan memberi penjelasan berterusan melalui sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sehingga ibu bapa faham.
Saya minta ibu bapa menerima usaha sebegini, ibu bapa boleh datang ke sekolah pada bila-bila masa untuk melihat prestasi pentaksiran yang dibuat lebih telus, katanya.
Muhyiddin berkata, seramai 63,000 guru tingkatan tiga telah pun diberi latihan sewajarnya dan pihak sekolah akan diberi bantuan daripada Lembaga Peperiksaan yang akan menyediakan tabung soalan untuk dipilih oleh guru sekolah bagi menguji kecekapan pelajar.
Muhyiddin berkata, pihak lembaga seterusnya akan mengumpul maklumat serta membuat analisis pencapaian pelajar secara keseluruhan dan perkara itu akan dijadikan penanda aras baharu penilaian tingkatan tiga.
Sesetengah pihak juga ada menyatakan apabila penilaian di buat di sekolah maka berlaku ketidakadilan kerana pihak sekolah akan memberi penilaian tinggi walaupun pelajar mereka tidak cemerlang, namun perkara itu akan diatasi dengan bentuk penilaian dibuat oleh pemeriksa daripada sekolah lain supaya keputusannya selaras.
Sijil yang akan dikeluarkan pula mengikut format baharu iaitu dengan diletakkan gred band kerana peperiksaan dibuat di sekolah dan tidak lagi secara berpusat, katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140615/dn_02/Ujian-PT3-ganti-PMR-bermula-1-Julai#ixzz34i0rclqo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Surat dari PPD
Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...
-
Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...