Langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Tinggi untuk menghadkan kemasukan pelajar asing ke Malaysia dengan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial adalah langkah yang baik serta wajar dilaksana. Peningkatan kes-kes jenayah seperti pelacuran, merompak dan penipuan wang yang dilakukan oleh "Awang Hitam' amat membimbangkan banyak pihak terutamanya masyarakat bandar. Perkembangan semasa seperti yang dilaporkan oleh media massa, ramai gadis warga China yang mengaku menjadi pelajar dalam sebuah universiti swasta di negara ini, ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran. Situasi ini perlu diambil tindakan segera kerana sudah kedengaran protes daripada mahasiswa dan mahasiswi tempatan berhubung dengan masalah tersebut. Mereka tidak mahu "akibat perbuatan pelajar asing" imej dan maruah pelajar tempatan tercemar. Budaya hidup bebas yang dibawa oleh pelajar asing juga kini semakin berleluasa. Sikap pengurusan universiti swasta (IPTS) yang lebih mengutamakan keuntungan melalui yuran pengajian, juga amat dikesali. Janganlah kerana wang, nilai moral dan tanggungjawab sosial untuk membentuk sahsiah para pelajar diabaikan.
No comments:
Post a Comment