Sempena Awal Muharam atau orang Islam di negara ini lebih suka menyebutnya Maal Hijrah, izinkan saya memetik satu petikan yang dicetuskan oleh pemikiran Dr.Danial Zainal Abidin dalam bukunya bertajuk "Tip-tip cemerlang daripada Quran". Ajaran Islam mempunyai kekuatan tersendiri. Umat Islam perlu berasa mulia dengan agamanya kerana ajaran Islam adalah ajaran yang agung, dibawa oleh seorang nabi yang agung. Gottfried Wilhelm Leibniz di dalam Theodize (1710) memuji Nabi Muhammad kerana menyebarkan agama fitrah untuk manusia sejagat. Pada tahun 1756, Voltaire menerbitkan Essai sur les Moeurs. Di dalamnya terdapat sebuah bab berkenaan Nabi Muhammad yang bertajuk de l' Arabie et de Mahomet. Beliau berpendapat, Nabi Muhammad adalah seorang yang bijaksana, mempunyai visi yang jauh serta seorang panglima perang yang agung.
Islam sudah memimpin dunia dalam bidang ilmu dan tamadun. Tanpa Islam, barat tidak dapat mengecap Era Kebangkitan atau Renaissance. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, mantan pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, semasa beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology, Business and Our Way of Life: What's Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnestoa. Beliau berkata, "Pada suatu masa dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia dari pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua penggemar buku-buku motivasi. Sekian...Salam Maal Hijrah semoga hijrah kali ini membawa sejuta rahmat kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment