Monday, November 26, 2012
Status Jurulatih dalam bola sepak profesional
Sukan bola sepak merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Pasukan-pasukan handalan seperti Brazil, Sepanyol, Kelab Manchester United, Barcelona dan banyak lagi. Malaysia juga sudah lama menganjurkan kejohanan liga bola sepak sendiri. Dari zaman Allahyarham Mokhtar Dahari hinggalah ke generasi Safiq Rahim. Peminat di negara ini terus menyokong pasukan kebangsaan, walaupun pencapaian pasukan negara sejak kebelakangan ini hanya peringkat Asia Tenggara sahaja. Kalau dahulu Jepun dan Korea adalah pasukan yang mudah kita kalahkan. Tapi kini gergasi Asia ini sudah jauh meninggalkan pasukan Malaysia. Dari segi ranking dunia pun kita sudah jauh ketinggalan. Diringkaskan cerita, kekalahan 3-0 kepada pasukan Singapura semalam dalam pembukaan kumpulan B Kejohanan Asia Tenggara, sungguh memalukan. Seperti biasa ada saja alasan yang diberikan oleh jurulatih. Boring...!! betul dengar alasan yang sama diulang-ulang. Berbeza dengan pasukan bertaraf dunia, bila pasukan kalah teruk jurulatih akan segera mohon maaf dan berjanji akan memperbaiki persembahan pasukan pada perlawanan yang seterusnya. Kalau kalah juga untuk kali kedua dan ketiga atau gagal mempertahankan kejuaraan, tanpa dipaksa jurulatih tersebut akan letak jawatan. Lihat saja pasukan-pasukan seperti dalam Liga Inggeris, Liga Itali atau pasukan kebangsaan Brazil, Belanda, England. Jurulatihnya letak jawatan sebaik sahaja tamat kejohanan. Kita tunggu dan lihat apakah pengurusan sukan di negara kita ini khususnya bola sepak akan bertambah profesional atau rosak sampai bila-bila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment