Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira latar belakang tinggal di kampung atau bandar, dari Perlis sampai ke Sabah mengucapkan rasa syukur "Alhamdulillah". Media sosial seperti Facebook, Instagram, dan yang paling popular TikTok, penuh dengan ucapan, gambar Bossku yang diselitkan lagu 'Kita Satu Malaysia". Sesungguhnya aura dan pengaruh Dato Sri Najib atau Bossku masih kuat dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah saya sendiri. Walaupun saya masih belum menjadi ahli mana-mana parti politik di negara ini, namun saya adalah penyokong tegar UMNO dan Barisan Nasional. Sejak zaman DR.Mahathir (PM4), Pak Lah (PM5), Najib (PM6), Tun Mahathir (PM7) Muyidin (PM8), Ismail Sabri (PM9), dan Anuar Ibrahim (PM10), saya tetap mengundi BN. Terima kasih UMNO/BN yang tetap konsisten membela nasib rakyat. Terima kasih Bossku. Semoga dipermudahkan segala urusannya. Selamat kembali ke pangkuan keluarga. Semoga ada sinar di hujung perjuangan. Najib tetap PM terbaik selepas Tun Dr.Mahathir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)
Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira l...
-
Cadangan waktu kerja guru 9 jam yang akan bermula pada tahun 2012, harus dikaji semula. Mungkin masih ramai yang tidak jelas waktu kerja gur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...
-
1. Masyarakat dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya. 2. Meny...
No comments:
Post a Comment