Sempena Awal Muharam atau orang Islam di negara ini lebih suka menyebutnya Maal Hijrah, izinkan saya memetik satu petikan yang dicetuskan oleh pemikiran Dr.Danial Zainal Abidin dalam bukunya bertajuk "Tip-tip cemerlang daripada Quran". Ajaran Islam mempunyai kekuatan tersendiri. Umat Islam perlu berasa mulia dengan agamanya kerana ajaran Islam adalah ajaran yang agung, dibawa oleh seorang nabi yang agung. Gottfried Wilhelm Leibniz di dalam Theodize (1710) memuji Nabi Muhammad kerana menyebarkan agama fitrah untuk manusia sejagat. Pada tahun 1756, Voltaire menerbitkan Essai sur les Moeurs. Di dalamnya terdapat sebuah bab berkenaan Nabi Muhammad yang bertajuk de l' Arabie et de Mahomet. Beliau berpendapat, Nabi Muhammad adalah seorang yang bijaksana, mempunyai visi yang jauh serta seorang panglima perang yang agung.
Islam sudah memimpin dunia dalam bidang ilmu dan tamadun. Tanpa Islam, barat tidak dapat mengecap Era Kebangkitan atau Renaissance. Hal ini dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S. (Carly) Fiorina, mantan pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company, semasa beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology, Business and Our Way of Life: What's Next pada 26 September 2001 di Minneapolis, Minnestoa. Beliau berkata, "Pada suatu masa dahulu, wujud satu tamadun yang terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan padang pasir. Di bawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia dari pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua penggemar buku-buku motivasi. Sekian...Salam Maal Hijrah semoga hijrah kali ini membawa sejuta rahmat kepada kita semua.
Thursday, November 15, 2012
Friday, November 2, 2012
Selamat Berjuang
Mulai 5 Nov 2012 (Isnin) semua pelajar sekolah dan juga calon persendirian akan menjawab soalan peperiksaan SPM dan STPM. Selamat berjuang dan semoga anda semua tenang serta sihat fizikal dan mental. Baca betul-betul arahan soalan, jangan gelojoh bro..! fahamkan apa yang ditanya oleh soalan. Tapi kalau dah beku tak boleh fikikir lagi..."hentam saja...lah". Kalau anda yakin boleh lulus...InsyaAllah boleh lulus. Dunia belum kiamat...walaupun sudah banyak tanda-tanda kiamat berlaku. Peperiksaan adalah markah semata-mata. Kecemerlangan dalam hidup bergantung kepada kebijaksanaan akal dan usaha yang berterusan. Ok...itu saja, kepada anak-anak murid yang saya ajar...mohon maaf kalau ada tersalah ajar, terkurang ilmu...saya doakan anda semua akan lulus cemerlang. Sekian.
Utusan Malaysia, ADaP sumber rujukan tingkat prestasi akademik
Akhbar Utusan Malaysia dan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) menjadi rujukan utama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bendahara, dalam usaha meningkatkan prestasi akademik pelajarnya.
Ketua Panitia Bahasa Melayu Menengah Rendah sekolah itu, Sapiah M. Sultan berkata, penulisan berita, rencana dan artikel dalam akhbar banyak membantu memantapkan lagi penggunaan bahasa warga sekolah yang mempunyai seramai 1,203 pelajar itu.
Menurutnya, penggunaan akhbar semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) terutamanya subjek Bahasa Melayu turut menggalakkan para pelajar terutamanya calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melihat contoh untuk karangan, ulasan, berita dan sebagainya.
"Banyak maklumat dalam akhbar yang boleh digunakan sebagai rujukan para pelajar untuk mempelajari kaedah penulisan yang baik sekali gus menjadi nilai tambah kepada mereka dalam memperoleh keputusan cemerlang.
Sumber : Utusan Malaysia 2012
Friday, October 26, 2012
Selamat Hari Raya Aidil Adha
PENGORBANAN...sering dirujuk setiap kali kita menyambut hari raya haji atau aidil adha. Ada pelbagai cara suatu pengorbanan itu kita lakukan. Terserah kepada niat dan pelaksanaannya.
Monday, October 22, 2012
Akhirnya Aku Berjaya...
Setiap hujung tahun, banyak majlis "Konvokesyen" dilangsungkan bagi memberi penghormatan kepada semua pelajar universiti menerima Ijazah masing-masing. Setelah bertungkus lumus bersengkang mata menyiapkan tugasan, siang dan malam menghadiri kuliah, akhirnya hari yang dinanti-nantikan muncul dihadapan mata. Kejayaan diraikan bersama ahli keluarga yang tersayang, tentunya kedua ibu bapa, isteri, tunang, teman istimewa 'boy and girlfriend" anak-anak dan juga tidak ketinggalan saudara mara serta sahabat handai. Semua gembira dan bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan yang dicapai. Episod kegembiraan ini sudah tentulah menjadi idaman dan cita-cita semua insan di dunia ini. Namun setiap kejayaan yang dicapai memerlukan banyak pengorbanan. Tidak semua orang mampu berjaya dan merasai suasana majlis konvo. Hanya mereka yang rajin berusaha sahaja mampu mencapai kejayaan.Tahniah kepada anda yang telah menghadiri majlis konvokesyen, tak kisahlah universiti mana anda belajar. Kejayaan anda sudah pasti menjadi kebanggaan kepada semua yang mengenali anda. Tahniah...bro!
Monday, October 8, 2012
Hadiah tokoh guru tidak berbaloi
JERANTUT 7 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengkaji hadiah yang diberikan kepada Tokoh Guru Kebangsaan kerana didapati tidak berbaloi dengan pengorbanan dan jasa mereka dalam dunia pendidikan negara.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, berbanding dengan penerima lain, hadiah kepada tokoh sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan hanya membawa pulang wang tunai RM10,000, pingat emas dan sijil sahaja.
"Tokoh Guru Kebangsaan merupakan anugerah besar dan ganjaran juga seharusnya setimpal. Jika dilihat dengan apa diberikan sekarang tidak memadai sedangkan pengorbanan warga pendidik terlalu tinggi malah mengatasi segala-galanya.
"Kerajaan mampu menyediakan hadiah besar kepada seorang atlet sukan dan penyanyi tetapi mengapa tidak pada seorang guru yang banyak berjasa kepada negara untuk melahirkan modal insan serta generasi berjaya dalam semua aspek," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Keguruan Zon Timur sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut di sini semalam.
Omar berkata, penerima anugerah itu sepatutnya memperoleh ganjaran wang tunai antara RM50,000 dan RM100,000 serta hadiah sampingan lain seperti tiket mengerjakan umrah sebagai pengiktirafan sebenar.
"Sijil yang diberikan pula sebaiknya ditandatangani Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran agar menjadi satu kenangan amat dihargai dan pihak swasta juga diminta tampil menaja hadiah bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan golongan tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi KKGLMSM (M) Berhad, Awang Mohmad berkata, beliau agak terkilan kerana hadiah yang diterima oleh tokoh guru tidak setimpal dengan jasa dan pengorbanan warga pendidik sedangkan golongan tersebut mendapat pengiktirafan tertinggi.
"Pemenang pertandingan realiti televisyen dan penerima anugerah dunia hiburan mampu membawa pulang wang tunai lebih RM100,000, sebuah rumah dan kereta serta barang kemas puluhan ribu ringgit. Sedangkan insan yang menjana kejayaan hari ini hanya menerima RM10,000," katanya.
Katanya, kerajaan perlu sedar dengan matlamat pemberian anugerah tersebut iaitu mengiktiraf warga pendidik yang telah menabur jasa dan pengorbanan untuk kecemerlangan generasi.
Sumber : Utusan Malaysia 2012Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my
Thursday, October 4, 2012
Pantun Melayu
air surut di pengkalan chepa
banyak ikan terdampar di darat
turutlah nasihat ibu dan bapa
supaya hidup kita akan selamat
pergi ke pasar membeli ikan
ikan dibawa di dalam guni
orang yang tidak berpendidikan
umpama kapal tidak berkemudi
banyak ikan terdampar di darat
turutlah nasihat ibu dan bapa
supaya hidup kita akan selamat
pergi ke pasar membeli ikan
ikan dibawa di dalam guni
orang yang tidak berpendidikan
umpama kapal tidak berkemudi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Surat dari PPD
Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...
-
Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...


