Thursday, April 9, 2020

Bicara Buat Corona Virus

Namamu Corona virus
ciptaan saintis bermata sepet
tiada terlawan kehebatan teknologinya
dengan izin Tuhan
kau hidup  bernyawa
bebas mengembara ke pelusuk dunia
tapi  kami tidak pernah melihat wajahmu

Corona virus
persis seorang artis terkenal
Covid-19 nama glamour yang menjadi sebutan
kau tidak menyanyi
 berlakon drama romantis jauh sekali
tapi kehadiranmu amat popular
para penggila media sosial teruja teruji
antara benar dan kepalsuan

manusia jadi panik tunggang- langgang
berbondong-bondong  mencari keperluan
kebingungan mencari jalan pulang
terkurung dalam ruang kedegilan
kehadiranmu ternyata  amat menggerunkan

Wahai Covid-19
kebijaksanaan mencabar kejahatanmu
kebodohan juga menyebar kemusnahan
kejahilan dan keinsafan mundar-mandir
ada jiwa yang sudah lama mati
ada roh yang tersesat
kini kembali ke pangkal jalan

Jupilin Rangin
Kuala Penyu,Sabah
6 April 2020

Thursday, September 19, 2019

Friday, December 28, 2018

Cikgu Jup

Oleh kerana aku bertugas sebagai seorang guru, maka kawan-kawan lebih suka dan mudah memanggil namaku Cikgu Jup. Wow! Cikgu Jup. Jarang-jarang orang pakai nama ini. Aku ok saja. Setelah tamat STPM pada tahun 1988 di Smk Menggatal, aku mula menceburkan diri dalam bidang perguruan pada tahun 1990, apabila diberi peluang menjawat jawatan GSTT di Smk Tandek, Kota Marudu. Kemudian rezeki Allah datang pada pertengahan tahun 1991, aku ditawarkan mengikut kursus perguruan asas selama dua tahun setengah  di Maktab Perguruan Gaya bagi sesi 1991/1993. Harapan untuk bertugas di daerah Tawau tidak tercapai, sebaliknya aku dihantar ke daerah Tuaran setelah tamat kursus pada penghujung tahun 1993.
Jodohku telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan gadis daerah Kuala Penyu. Maka untuk mencari kehidupan yang baharu aku pun berhijrah ke daerah Kuala Penyu pada Jun 1995.Bertugas di Smk Menumbok sehinggalah aku dapat tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Geografi/Sejarah pada April 2000. Yang seronoknya isteri pun dapat sambung belajar sekali di universiti yang sama. Susah juga belajar bila sudah berkeluarga. Gaji pula kena potong separuh. Nasib baik ada duit Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anak yang kecil terpaksa ditinggalkan di kampung. Namun berkat usaha dan keyakinan tinggi untuk mencapai cita-cita yang tertangguh, akhirnya kami berdua berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian pada penghunjung tahun 2003.Kini aku dan isteriku menyambung kembali tugas mengajar di daerah Kuala Penyu.

Saturday, November 24, 2018

ICERD : International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination



JOM BANTAH ICERD

"PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA"

JANGAN ULANG PERISTIWA 13 MEI

BAHAYA...BAHAYA...BAHAYA

MELAYU/BUMIPUTERA CINA INDIA BERSATU MEMAKMURKAN NEGARA

Saturday, September 22, 2018

SMK Kuala Penyu



Kenangan menyertai sambuntan Hari Kebangsaan 2018 
peringkat Daerah Kuala Penyu
(Guru-guru Tingkatan 6 )

Friday, August 31, 2018

5 sebab untuk anda mulakan bisnes online pada tahun 2018



Mulakan bisnes online anda pada tahun 2018 ini kerana ia seiring dengan perkembangan dunia digital yang telah mewujudkan satu suasana perniagaan yang sangat membangun.
selain itu, banyak usahawan muda telah berjaya dengan hanya menggunakan platform online ini.
Perniagaan online sangat mudah untuk diuruskan kerana setiap urusan hanya atas talian dan tidak memerlukan untuk berada pada sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.
Ini menyebabkan ramai pelajar dan suri rumah menceburkan diri dalam bisnes online.

Berikut adalah antara 5 sebab untuk anda mulakan bisnes online pada tahun 2018 ni.

  • ·         Tidak perlukan modal yang besar
  • ·         Tidak perlu pendidikan yang tinggi
  • ·         Boleh dilakukan di mana saja
  • ·         Risiko yang rendah
  • ·         Bebas masa
    Ini bermaksud kita hendaklah bijak menggunakan peralatan digital yang bersambung dengan internet untuk menjana sumber pendapatan sampingan atau tambahan. Hari ini ramai dalam kalangan kita khususnya yang celik IT lebih gemar bermain permainan video seperti Mobile Legends daripada berusaha untuk mahir menggunakan telepon bimbit untuk mencari duit sampingan. Walaupun sudah maju namun pemikiran masih mundur, lebih suka membuang masa dengan bermain game yang membawa 'Syok Sendiri". Sikap malas mencari kerja menguatkan lagi kegilaan kepada permainan digital. Bila tiada kerja, kerajaan dipersalahkan kerana kononnya tidak menyediakan banyak peluang pekerjaan. Marilah berubah seiring dengan usia negara yang sudah merdeka selama 61 tahun. Salam MERDEKA...SAYANGI MALAYSIAKU.




Salam Merdeka 2018


Surat dari PPD

Aku tidak tahu mahu cakap apa. Pagi ini aku didatangi oleh Tuan Dr.Suntik Tuin bersama beberapa orang Staff PPD Kuala Penyu menyampaikan Sur...