Friday, October 26, 2012
Selamat Hari Raya Aidil Adha
PENGORBANAN...sering dirujuk setiap kali kita menyambut hari raya haji atau aidil adha. Ada pelbagai cara suatu pengorbanan itu kita lakukan. Terserah kepada niat dan pelaksanaannya.
Monday, October 22, 2012
Akhirnya Aku Berjaya...
Setiap hujung tahun, banyak majlis "Konvokesyen" dilangsungkan bagi memberi penghormatan kepada semua pelajar universiti menerima Ijazah masing-masing. Setelah bertungkus lumus bersengkang mata menyiapkan tugasan, siang dan malam menghadiri kuliah, akhirnya hari yang dinanti-nantikan muncul dihadapan mata. Kejayaan diraikan bersama ahli keluarga yang tersayang, tentunya kedua ibu bapa, isteri, tunang, teman istimewa 'boy and girlfriend" anak-anak dan juga tidak ketinggalan saudara mara serta sahabat handai. Semua gembira dan bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan yang dicapai. Episod kegembiraan ini sudah tentulah menjadi idaman dan cita-cita semua insan di dunia ini. Namun setiap kejayaan yang dicapai memerlukan banyak pengorbanan. Tidak semua orang mampu berjaya dan merasai suasana majlis konvo. Hanya mereka yang rajin berusaha sahaja mampu mencapai kejayaan.Tahniah kepada anda yang telah menghadiri majlis konvokesyen, tak kisahlah universiti mana anda belajar. Kejayaan anda sudah pasti menjadi kebanggaan kepada semua yang mengenali anda. Tahniah...bro!
Monday, October 8, 2012
Hadiah tokoh guru tidak berbaloi
JERANTUT 7 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengkaji hadiah yang diberikan kepada Tokoh Guru Kebangsaan kerana didapati tidak berbaloi dengan pengorbanan dan jasa mereka dalam dunia pendidikan negara.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, berbanding dengan penerima lain, hadiah kepada tokoh sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan hanya membawa pulang wang tunai RM10,000, pingat emas dan sijil sahaja.
"Tokoh Guru Kebangsaan merupakan anugerah besar dan ganjaran juga seharusnya setimpal. Jika dilihat dengan apa diberikan sekarang tidak memadai sedangkan pengorbanan warga pendidik terlalu tinggi malah mengatasi segala-galanya.
"Kerajaan mampu menyediakan hadiah besar kepada seorang atlet sukan dan penyanyi tetapi mengapa tidak pada seorang guru yang banyak berjasa kepada negara untuk melahirkan modal insan serta generasi berjaya dalam semua aspek," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Keguruan Zon Timur sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut di sini semalam.
Omar berkata, penerima anugerah itu sepatutnya memperoleh ganjaran wang tunai antara RM50,000 dan RM100,000 serta hadiah sampingan lain seperti tiket mengerjakan umrah sebagai pengiktirafan sebenar.
"Sijil yang diberikan pula sebaiknya ditandatangani Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran agar menjadi satu kenangan amat dihargai dan pihak swasta juga diminta tampil menaja hadiah bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan golongan tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi KKGLMSM (M) Berhad, Awang Mohmad berkata, beliau agak terkilan kerana hadiah yang diterima oleh tokoh guru tidak setimpal dengan jasa dan pengorbanan warga pendidik sedangkan golongan tersebut mendapat pengiktirafan tertinggi.
"Pemenang pertandingan realiti televisyen dan penerima anugerah dunia hiburan mampu membawa pulang wang tunai lebih RM100,000, sebuah rumah dan kereta serta barang kemas puluhan ribu ringgit. Sedangkan insan yang menjana kejayaan hari ini hanya menerima RM10,000," katanya.
Katanya, kerajaan perlu sedar dengan matlamat pemberian anugerah tersebut iaitu mengiktiraf warga pendidik yang telah menabur jasa dan pengorbanan untuk kecemerlangan generasi.
Sumber : Utusan Malaysia 2012Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my
Thursday, October 4, 2012
Pantun Melayu
air surut di pengkalan chepa
banyak ikan terdampar di darat
turutlah nasihat ibu dan bapa
supaya hidup kita akan selamat
pergi ke pasar membeli ikan
ikan dibawa di dalam guni
orang yang tidak berpendidikan
umpama kapal tidak berkemudi
banyak ikan terdampar di darat
turutlah nasihat ibu dan bapa
supaya hidup kita akan selamat
pergi ke pasar membeli ikan
ikan dibawa di dalam guni
orang yang tidak berpendidikan
umpama kapal tidak berkemudi
Sunday, September 30, 2012
BAJET 2013 : Apa yang paling saya suka
Sebagai kakitangan kerajaan secara jujurnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abd Razak atas pengumuman bajet 2013. Berikut antara kandungan bajet yang paling saya suka:
1. BONUS 1 bulan setengah untuk kakitangan kerajaan
2. BANTUAN RM100 untuk pelajar sekolah
3. BR1M RM500 untuk isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000
4. BAUCER BUKU RM250 untuk pelajar IPT dan Tingkatan Enam
5. CUKAI INDIVIDU pengurangan 1% kadar cukai pendapatan
6. PINJAMAN PTPTN 20% diskaun untuk bayaran sekali gus dan 10% untuk bayaran secara konsisten
7. RM1.9 bilion untuk projek rumah mampu milik
TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN MESTI DAPAT LAGI
1. BONUS 1 bulan setengah untuk kakitangan kerajaan
2. BANTUAN RM100 untuk pelajar sekolah
3. BR1M RM500 untuk isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000
4. BAUCER BUKU RM250 untuk pelajar IPT dan Tingkatan Enam
5. CUKAI INDIVIDU pengurangan 1% kadar cukai pendapatan
6. PINJAMAN PTPTN 20% diskaun untuk bayaran sekali gus dan 10% untuk bayaran secara konsisten
7. RM1.9 bilion untuk projek rumah mampu milik
TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN MESTI DAPAT LAGI
Sunday, September 23, 2012
Demam Iphone 5
BARU-BARU ini, pengeluar jenama iPhone, Apple mengumumkan model
iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 5 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh
peminat di seluruh dunia.
Namun, apakah ciri-ciri menarik yang ditampilkan oleh iPhone 5
berbanding model sebelum ini iPhone 4s? Adakah harga yang akan diumumkan kelak
di Malaysia boleh dimiliki oleh peminatnya di sini atau terlalu mahal untuk
sebuah telefon pintar.
Apakah ciri-ciri menarik yang terdapat dalam iPhone 5 ini? Apakah
kelebihan dan kekurangan yang mungkin terdapat dalam telefon kegilaan ramai
ini?
iPhone 5 menampilkan rekaan yang jauh lebih ringan, nipis dan
pantas berbanding model sebelum ini dengan hanya memiliki ketebalan 7.6 mm dan
berat 112 gram.
Sistem operasi turut dinaik taraf oleh Apple dengan memperkenalkan
iOS6 bagi menggantikan iOS5 sebelum ini yang turut disertakan dengan 200
ciri-ciri tambahan lain dalam iPhone 5.
Selain itu, ciri lain yang ditambah dalam iPhone 5 adalah seperti
kamera bersaiz 8 megapiksel dengan mode panorama dan mengambil gambar ketika
kurang pencahayaan.
Apple juga memperkenalkan cip terbaru mereka A6 yang menggantikan
cip A5 sebelum ini yang memberi dua kali kuasa kelajuaan dan 22 peratus lebih
kecil berbanding cip sebelum ini.
Bagi menyaingi model-model pesaingnya yang tampil dengan paparan
yang lebih besar, iPhone 5 turut memperkenalkan paparan Retina bersaiz 4 inchi
(10.16cm) dengan resolusi 1136x640.
Bagi kelajuan capaian Internet pula, Apple turut memperkenalkan
LTE dalam iPhone 5 keluaran mereka ini membolehkan pengguna melayari Internet
dengan lebih pantas dengan iPhone mereka.
Selain itu, ciri-ciri baru yang ditampilkan oleh iPhone 5 adalah
kamera iSight, paparan peta 3 dimensi, penambahan jawapan bagi Siri dan
penggunaan penyambungan Lightning.
Bagi penyambungan Lightning pengguna dapat menggunakan kedua-dua
bahagian ketika proses pemindahan data mahupun mengecas bateri berbanding satu
permukaan pada penyambungan 30 pin yang lama.
Namun begitu, bagi pengguna iPhone sebelum ini yang mempunyai
kemudahan mengecas ataupun pemain iPod di kereta atau di rumah terpaksa membeli
penyambungan tambahan menyebabkan pengguna iPhone 5 terpaksa mengeluarkan
belanja tambahan.
Sementara itu, disebabkan oleh reka bentuknya yang nipis, Apple
turut memperkenalkan kad sim nano yang mana ia 40 peratus lebih kecil
berbanding kad sim mikro yang diperkenalkan dahulu.
Ini akan memberi pro dan kontra kepada pemilik iPhone apabila
terpaksa menukar kad sim mereka apabila hendak menggunakan iPhone 5 ini.
Secara keseluruhannya, iPhone 5 tidak banyak memberi ciri-ciri
menarik yang diharapkan, namun ia masih lagi sebuah telefon pintar yang dapat
memberi kepuasan kepada peminatnya.
Harga di Amerika Syarikat adalah USD199 (RM610) dengan penggunaan
plan syarikat telekomunikasi di sana dan mari kita tunggu harga dari syarikat
telekomunikasi di Malaysia pula.
Monday, September 17, 2012
Kebebasan bersuara AS tak boleh diterima
Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton yang mendakwa negaranya tidak berupaya bertindak terhadap pihak yang mencetuskan keganasan anti-Islam atas alasan kebebasan bersuara tidak boleh diterima umat Islam di seluruh dunia. pembikinan filemInnocence of Muslims itu bukan lagi tertakluk dalam konteks kebebasan bersuara tetapi telah menyalahgunakan kebebasan tersebut untuk menghasilkan filem bertujuan menghina agama Islam. Kebebasan bersuara ada hadnya dan bukannya bermaksud kita boleh sesuka hati menghina, memperlekeh dan membuat fitnah terhadap orang lain. Apatah lagi ia menghina ketokohan Nabi Muhammad SAW dan Islam. Kebebasan bersuara sepatutnya digunakan untuk melahirkan pandangan dan pendapat untuk kebaikan dan bukannya memperlekehkan agama dan bangsa lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)
Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira l...
-
Cadangan waktu kerja guru 9 jam yang akan bermula pada tahun 2012, harus dikaji semula. Mungkin masih ramai yang tidak jelas waktu kerja gur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...
-
1. Masyarakat dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya. 2. Meny...


