Tuesday, January 22, 2013

Berfikir untuk menjadi bijak

Salam sejahtera...salam 1 Malaysia. Masalah perkhidmatan talian internet yang tidak begitu baik di kawasan tempat saya bertugas, menyebabkan blog Cikgu Jup tidak begitu aktif sejak kebelakangan ini. Apa pun pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pemberian wang bantuan persekolahan dan laptop 1Malaysia. Walaupun nilai RM100 itu tidaklah sebesar RM1000, namun jika digunakan untuk membeli peralatan sekolah anak-anak seperti buku rujukan, pakaian sekolah atau alat tulis, pastinya ia memberi kesan yang baik kepada pembentukan sahsiah dan disiplin pelajar. Sebagai ibu bapa kita hendaklah menggalakkan anak-anak menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan yang ada kaitan dengan persekolahan. Demikian juga kepada mereka yang mendapat laptop (komputer), gunalah untuk tujuan pembelajaran. Tabiat menginstall game patut dielakkan. Kalau pun anak-anak suka bermain game, janganlah sampai tidak belajar (baca buku pelajaran). Pada saya perkara yang paling baik ialah anak-anak sekolah belajar menguasai bagaimana mencipta perisian game tersebut. Kata orang tidaklah kita asyik main game ciptaan orang barat. Kan..! lebih baik anak-anak Malaysia bijak membangunkan perisian (software) komputer sendiri. Banyak maklumat yang kita boleh 'download' dalam internet tentang teknologi perkomputeran. Berfikir untuk menjadi bijak. Zaman ini kita harus berani mencipta sesuatu yang boleh mengangkat martabat orang Malaysia.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang Tahun 2013

Semoga Malaysia terus aman damai, maju dan gemilang bersama kepimpinanan yang dipilih oleh rakyat. Jom undi BN.

Wednesday, December 12, 2012

Friday, November 30, 2012

PBS: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) baru diperkenalkan dalam sistem pentaksiran pendidikan negara ini. PBS dirancang, dibina, ditadbirkan, diskor dan dilaporkan oleh guru. Perubahan kepada sistem pentaksiran ini memberikan cabaran yang besar kepada guru. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu guru menghadapi cabaran ini dalam menjalankan tugas mereka sebagai pengajar dan pentaksir dalam bilik darjah. Kandungan buku ini memperkenalkan konsep-konsep dalam PBS, iaitu kesahan, kebolehpercayaan, item, instrumen, standard pembelajaran, standard prestadi, instruksi pengajaran dan rubrik penskoran. Selain itu, guru juga dibimbing untuk merancang pengajaran dan pentaksiran terutamanya dalam kaedah pembinaan item yang sesuai untuk mentaksir murid dan mengumpulkan evidens. Melalui pendedahan ini, diharapkan guru dapat meningkatkan kualiti PBS dan membantu menjayakan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di sekolah.

Dr Zainuriyah Abdul Khatab


Wednesday, November 28, 2012

Aku bukan orang politik tapi aku suka politik

Keghairahan memberi komen politik dalam facebook semakin meningkat terutamanya individu yang suka tentang politik. Namun komen-komen yang bernas dan matang harus menjadi keutamaan kepada mereka yang gemar bercerita hal-hal politik negara. Janganlah berbalas komen dengan kata-kata yang kasar, lucah dan perkauman. Memang benar kita bebas memberi pendapat, namun kebebasan itu janganlah sampai menggugat hubungan persaudaraan sesama kita rakyat Malaysia. Keharmonian dan keamanan adalah sangat penting dikekalkan.


Monday, November 26, 2012

Status Jurulatih dalam bola sepak profesional

Sukan bola sepak merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Pasukan-pasukan handalan seperti Brazil, Sepanyol, Kelab Manchester United, Barcelona dan banyak lagi. Malaysia juga sudah lama menganjurkan kejohanan liga bola sepak sendiri. Dari zaman Allahyarham Mokhtar Dahari hinggalah ke generasi Safiq Rahim. Peminat di negara ini terus menyokong pasukan kebangsaan, walaupun pencapaian pasukan negara sejak kebelakangan ini hanya peringkat Asia Tenggara sahaja. Kalau dahulu Jepun dan Korea adalah pasukan yang mudah kita kalahkan. Tapi kini gergasi Asia ini sudah jauh meninggalkan pasukan Malaysia. Dari segi ranking dunia pun kita sudah jauh ketinggalan. Diringkaskan cerita, kekalahan 3-0 kepada pasukan Singapura semalam dalam pembukaan kumpulan B Kejohanan Asia Tenggara, sungguh memalukan. Seperti biasa ada saja alasan yang diberikan oleh jurulatih. Boring...!! betul dengar alasan yang sama diulang-ulang. Berbeza dengan pasukan bertaraf dunia, bila pasukan kalah teruk jurulatih akan segera mohon maaf dan berjanji akan memperbaiki persembahan pasukan pada perlawanan yang seterusnya. Kalau kalah juga untuk kali kedua dan ketiga atau gagal mempertahankan kejuaraan, tanpa dipaksa jurulatih tersebut akan letak jawatan. Lihat saja pasukan-pasukan seperti dalam Liga Inggeris, Liga Itali atau pasukan kebangsaan Brazil, Belanda, England. Jurulatihnya letak jawatan sebaik sahaja tamat  kejohanan. Kita tunggu dan lihat apakah pengurusan sukan di negara kita ini khususnya bola sepak akan bertambah profesional atau rosak sampai bila-bila.

Wednesday, November 21, 2012

Kejayaanmu kejayaan kami

Tahniah..! usaha dan kerajinanmu akhirnya menghasilkan satu sejarah dalam hidupmu. Kejayaan memperoleh 5A dalam UPSR amat mengembirakan kami sekeluarga. Semoga pencapaian yang cemerlang ini akan berterusan sehingga ke menara  gading. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru Sk.St.Peter Bundu Kuala Penyu atas tunjuk ajar yang telah diberikan kepada Khairina anak kebanggaan kami ini.Semoga kita semua terus cemerlang dalam profesion guru.

Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)

Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira l...