Saturday, March 26, 2011

Sistem Pendaftaran Peserta Olahraga


Setiap tahun terutamanya pada bulan Januari hingga April banyak aktiviti sukan seperti kejohanan padang dan balapan akan dilangsungkan oleh sekolah masing-masing. Dalam hal ini, guru yang memegang tugas sebagai Setiausaha Sukan akan menjadi pening kepala. Banyak kerja yang perlu diselesaikan misalnya mengadakan mesyuarat sukan, menyediakan gelanggang atau trek, melantik guru-guru rumah sukan, menyediakan senarai nama pelajar mengikut rumah sukan dan sebagainya.

Bagi sekolah yang tiada kemudahan Stadium atau sekolah luar bandar, padang sekolah akan menjadi gelanggang perlumbaan acara-acara olahraga. Untuk menyediakannya guru sukan perlu mengukur dan membuat garisan dengan menggunakan minyak hitam. Banyak kerja.

Perisian Sistem Pendaftaran Peserta Olahraga (SPPO) ini dihasilkan untuk mengurangkan beban tugas guru-guru yang dipertanggungjawabkan mengurus pendaftaran pelajar mengikut acara olahraga yang dipertandingkan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu. Adakah sistem sppo ni cikgu masih gunakan? Saya berminat.

    ReplyDelete
  2. Sya berminat untuk mendapatkan sistem ini. bagai nak menghubungi cikgu?

    ReplyDelete