Jangan marah aku cuma inigin bertanya
apa khabarmu
Thursday, September 19, 2019
Friday, December 28, 2018
Cikgu Jup
Oleh kerana aku bertugas sebagai seorang guru, maka kawan-kawan lebih suka dan mudah memanggil namaku Cikgu Jup. Wow! Cikgu Jup. Jarang-jarang orang pakai nama ini. Aku ok saja. Setelah tamat STPM pada tahun 1988 di Smk Menggatal, aku mula menceburkan diri dalam bidang perguruan pada tahun 1990, apabila diberi peluang menjawat jawatan GSTT di Smk Tandek, Kota Marudu. Kemudian rezeki Allah datang pada pertengahan tahun 1991, aku ditawarkan mengikut kursus perguruan asas selama dua tahun setengah di Maktab Perguruan Gaya bagi sesi 1991/1993. Harapan untuk bertugas di daerah Tawau tidak tercapai, sebaliknya aku dihantar ke daerah Tuaran setelah tamat kursus pada penghujung tahun 1993.
Jodohku telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan gadis daerah Kuala Penyu. Maka untuk mencari kehidupan yang baharu aku pun berhijrah ke daerah Kuala Penyu pada Jun 1995.Bertugas di Smk Menumbok sehinggalah aku dapat tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Geografi/Sejarah pada April 2000. Yang seronoknya isteri pun dapat sambung belajar sekali di universiti yang sama. Susah juga belajar bila sudah berkeluarga. Gaji pula kena potong separuh. Nasib baik ada duit Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anak yang kecil terpaksa ditinggalkan di kampung. Namun berkat usaha dan keyakinan tinggi untuk mencapai cita-cita yang tertangguh, akhirnya kami berdua berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian pada penghunjung tahun 2003.Kini aku dan isteriku menyambung kembali tugas mengajar di daerah Kuala Penyu.
Saturday, November 24, 2018
ICERD : International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
JOM BANTAH ICERD
"PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA"
JANGAN ULANG PERISTIWA 13 MEI
BAHAYA...BAHAYA...BAHAYA
MELAYU/BUMIPUTERA CINA INDIA BERSATU MEMAKMURKAN NEGARA
Saturday, September 22, 2018
SMK Kuala Penyu
Kenangan menyertai sambuntan Hari Kebangsaan 2018
peringkat Daerah Kuala Penyu
(Guru-guru Tingkatan 6 )
Friday, August 31, 2018
5 sebab untuk anda mulakan bisnes online pada tahun 2018
selain itu, banyak usahawan muda telah
berjaya dengan hanya menggunakan platform online ini.
Perniagaan online sangat mudah untuk
diuruskan kerana setiap urusan hanya atas talian dan tidak memerlukan untuk
berada pada sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.
Ini menyebabkan ramai pelajar dan suri
rumah menceburkan diri dalam bisnes online.
Berikut adalah antara 5 sebab untuk
anda mulakan bisnes online pada tahun 2018 ni.
- · Tidak perlukan modal yang besar
- · Tidak perlu pendidikan yang tinggi
- · Boleh dilakukan di mana saja
- · Risiko yang rendah
- · Bebas masa
Ini bermaksud kita hendaklah bijak menggunakan peralatan digital yang bersambung dengan internet untuk menjana sumber pendapatan sampingan atau tambahan. Hari ini ramai dalam kalangan kita khususnya yang celik IT lebih gemar bermain permainan video seperti Mobile Legends daripada berusaha untuk mahir menggunakan telepon bimbit untuk mencari duit sampingan. Walaupun sudah maju namun pemikiran masih mundur, lebih suka membuang masa dengan bermain game yang membawa 'Syok Sendiri". Sikap malas mencari kerja menguatkan lagi kegilaan kepada permainan digital. Bila tiada kerja, kerajaan dipersalahkan kerana kononnya tidak menyediakan banyak peluang pekerjaan. Marilah berubah seiring dengan usia negara yang sudah merdeka selama 61 tahun. Salam MERDEKA...SAYANGI MALAYSIAKU.
Sunday, June 17, 2018
Bola, Raya dan Harapan Rakyat Malaysia
Salam aidilfitri semua..wah! siok pula raya tahun ini. Kemeriahan hari raya disambut dengan pelbagai karektor di sana-sini. Saya yakin dan percaya para penyokong Pakatan Harapan (PH) dan WARISAN sangat gembira dengan keputusan PRU14 yang lalu. Ada yang menganggapnya sebagai hadiah paling istimewa raya tahun ini. Apa tidaknya..selama 60 tahun Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan akhirnya tumbang, kalah, tewas, kecundang, rebah..yang tak tahan mendengar..menyakitkan hati para penyokong BN apabila perkataan hancus, innahlillah juga kedengaran...aduh! cukuplah wahai penyokong parti... yang menang bersyukur dan yang kalah muhasabah diri. Mari kita rapatkan kembali barisan yang seketika longgar akibat perbezaan politik. Kita adalah rakyat Malaysia. Kita adalah warganegara Malaysia. Syukur kepada Allah s.w.t kerana negara kita masih aman damai. Jangan lupa ada negara yang musnah akibat perbalahan rakyatnya sesama sendiri gara-gara taksub kepada pemimpin yang korupsi. Kepada pemimpin Pakatan Harapan dan Warisan, tahniah dan teruskan perjuangan kalian yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat. Buktikan PH lebih baik daripada BN, buktikan WARISAN lebih baik daripada UMNO kerana tempoh lima tahun untuk menghadapi PRU15 bukanlah lama sangat. Rakyat tahu pemimpin yang ada dalam PH dan WARISAN dahulunya adalah pemimpin UMNO orang Melayu, orang Sabah.. yang dalam BN kalah pun adalah orang Melayu,orang Sabah juga bah! Orang yang sama tapi baju,kereta,rumah sudah tukar. Harap pemikiran pun sudah berubah jangan macam dulu juga..
Cerita pasal Bola pula..ehmm memang tahun ini kira meriah sungguh hari raya. Aktiviti berkunjung ke rumah saudara-mara, sahabat handai terus menjadi tradisi rakyat Malaysia. Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin memenuhi ruangan status Facebook masing-masing. Ada yang tambah ucapan kosong-kosong (0 - 0) haha...ngam pula tahun ini ada World Cup Russia 2018. Brazil..brazil..Germany..germany..haha..kita seronok menyokong team yang dibarisi pemain-pemain bertaraf bintang seperti Neymar, Messi, C.Ronaldo..tapi malang sungguh team football Harimau Malaya tidak pernah beraksi di pentas Piala Dunia. Bila agaknya..mungkin 2036..mungkin..??
Ok...salam aidilfitri daripada saya. Mohon maaf kalau entry hari ini menyinggung perasaan. Semoga negara kita Malaysia terus maju dan aman damai..1Malaysia..opps! jangan marah..masih ingat dengan slogan lama..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Bossku (Dato Sri Najib Razak)
Pembebasan DSNR dari tahanan dalam penjara ke tahanan dalam rumah, adalah satu kejayaan peribadi Bossku. Ramai penyokong Bossku tidak kira l...
-
Cadangan waktu kerja guru 9 jam yang akan bermula pada tahun 2012, harus dikaji semula. Mungkin masih ramai yang tidak jelas waktu kerja gur...
-
Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneru...
-
1. Masyarakat dilanda masalah kekeringan idea dan ketandusan daya cipta sehingga tidak mampu berkembang dan memanfaatkan potensinya. 2. Meny...





