Wednesday, October 7, 2020

Rosinah Sharan

 






Kesan Covid19

Manusia menjadi tidak tenteram. Manusia menjadi sedih. Manusia menjadi bingung. Manusia menjadi takut. Manusia menjadi pemarah. Manusia menjadi hilang sabar. Manusia menjadi penyayang. Manusia menjadi gila
.

Wednesday, August 26, 2020

Cerita kayuh basikal

 


Sejak kembali ke sekolah pada tahun 2016 ( sebelum itu bertugas di PPD ) saya mula melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal sebagai riadah atau senaman. Pada mulanya agak bosan juga apabila berkayuh seorang diri. Tapi apabila terjumpa dengan geng basikal yang kebetulan rakan-rakan guru, wow!! best giler. Mulanya berkayuh jarak dekat  ja, 5 hingga 10km. Jauh la juga kononya. Haha...last-last makin ketagih dan rasa seronok...kayuhan bertambah jauh 30 hingga 100km. Puyohh...jauh tu. Bukan apa, sejak kebelakangan ini makin ramai pula kawan-kawan seperjuangan yang dulunya senyum je bila tengok aku berkayuh petang-petang pusing pekan. Naik jambatan turun jambatan. Cerita pasal basikal ringan, tayar murah, jarak makin jauh...haha akhirnya mereka terjebak. Okey lah juga...sekurang-kurangnya hobi berbasikal ini dapat menyihatkan dan mengurangkan lemak-lemak dalam badan. Jom kita kayuh basikal. Jangan segan dan takut dikejar anjing....Salam Meredeka ke 63 'Malaysia Prihatin". Jangan lupa ikut SOP untuk memutuskan rantaian virus corona atau COVID-19. 

Thursday, April 9, 2020

Bicara Buat Corona Virus

Namamu Corona virus
ciptaan saintis bermata sepet
tiada terlawan kehebatan teknologinya
dengan izin Tuhan
kau hidup  bernyawa
bebas mengembara ke pelusuk dunia
tapi  kami tidak pernah melihat wajahmu

Corona virus
persis seorang artis terkenal
Covid-19 nama glamour yang menjadi sebutan
kau tidak menyanyi
 berlakon drama romantis jauh sekali
tapi kehadiranmu amat popular
para penggila media sosial teruja teruji
antara benar dan kepalsuan

manusia jadi panik tunggang- langgang
berbondong-bondong  mencari keperluan
kebingungan mencari jalan pulang
terkurung dalam ruang kedegilan
kehadiranmu ternyata  amat menggerunkan

Wahai Covid-19
kebijaksanaan mencabar kejahatanmu
kebodohan juga menyebar kemusnahan
kejahilan dan keinsafan mundar-mandir
ada jiwa yang sudah lama mati
ada roh yang tersesat
kini kembali ke pangkal jalan

Jupilin Rangin
Kuala Penyu,Sabah
6 April 2020

Thursday, September 19, 2019

Sekadar Pertanyaan

Jangan marah aku cuma inigin bertanya
apa khabarmu

Friday, December 28, 2018

Cikgu Jup

Oleh kerana aku bertugas sebagai seorang guru, maka kawan-kawan lebih suka dan mudah memanggil namaku Cikgu Jup. Wow! Cikgu Jup. Jarang-jarang orang pakai nama ini. Aku ok saja. Setelah tamat STPM pada tahun 1988 di Smk Menggatal, aku mula menceburkan diri dalam bidang perguruan pada tahun 1990, apabila diberi peluang menjawat jawatan GSTT di Smk Tandek, Kota Marudu. Kemudian rezeki Allah datang pada pertengahan tahun 1991, aku ditawarkan mengikut kursus perguruan asas selama dua tahun setengah  di Maktab Perguruan Gaya bagi sesi 1991/1993. Harapan untuk bertugas di daerah Tawau tidak tercapai, sebaliknya aku dihantar ke daerah Tuaran setelah tamat kursus pada penghujung tahun 1993.
Jodohku telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan gadis daerah Kuala Penyu. Maka untuk mencari kehidupan yang baharu aku pun berhijrah ke daerah Kuala Penyu pada Jun 1995.Bertugas di Smk Menumbok sehinggalah aku dapat tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Geografi/Sejarah pada April 2000. Yang seronoknya isteri pun dapat sambung belajar sekali di universiti yang sama. Susah juga belajar bila sudah berkeluarga. Gaji pula kena potong separuh. Nasib baik ada duit Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anak yang kecil terpaksa ditinggalkan di kampung. Namun berkat usaha dan keyakinan tinggi untuk mencapai cita-cita yang tertangguh, akhirnya kami berdua berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan kepujian pada penghunjung tahun 2003.Kini aku dan isteriku menyambung kembali tugas mengajar di daerah Kuala Penyu.

Saturday, November 24, 2018

ICERD : International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination



JOM BANTAH ICERD

"PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA"

JANGAN ULANG PERISTIWA 13 MEI

BAHAYA...BAHAYA...BAHAYA

MELAYU/BUMIPUTERA CINA INDIA BERSATU MEMAKMURKAN NEGARA