Wednesday, November 13, 2013

Berikan lebih kuasa kepada PPD

 


TRANSFORMASI pendidikan dan usaha mengkaji semula sistem pendidikan yang sedang giat dilaksanakan sekarang tidak hanya menjurus kepada aspek kurikulum tetapi turut melibatkan sistem penyampaian dan tadbir urus organisasi pendidikan.
Cadangan memperkasakan lebih 150 buah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilihat bergerak dan menuju ke arah tersebut.
Langkah ini dianggap sebagai sebahagian daripada usaha penting bagi memperkemas dan meningkatkan mutu perkhidmatan. Tambah beliau PPD juga perlu diperkukuh dari sudut organisasi, bidang kuasa serta prasarana bagi membolehkan institusi itu menjadi punca kepada pusat perkembangan ilmu dan pemantauan terhadap pencapaian pendidikan peringkat daerah di seluruh negara.

Saturday, October 19, 2013

Sekolah Kluster Kecemerlangan

Kementerian Pelajaran akan meningkatkan jumlah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) daripada 300 kepada 500 buah menjelang 2015.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, kini terdapat lebih daripada 500 sekolah yang telah dikenal pasti berpotensi untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
Katanya, pihak kementerian mempunyai matlamat untuk meningkatkan bilangan SKK supaya dapat dijadikan penanda aras kepada sekolah lain.
"Sehingga kini sejumlah 213 sekolah telah dinobatkan sebagai SKK. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 SKK telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
"Pada hari ini, saya bersyukur 50 buah sekolah lagi mendapat pengiktirafan untuk SKK bagi fasa ketujuh," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pengiktirafan SKK fasa ketujuh di sini hari ini.
Pada majlis tersebut seramai 29 guru besar dan 21 pengetua menerima sijil pengiktirafan SKK serta wang insentif bernilai RM250,000.
Abd. Ghafar berkata, 50 sekolah yang mendapat pengiktirafan SKK itu terdiri daripada 29 sekolah rendah dan 21 sekolah menengah.
Katanya, menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.
"Pengiktirafan tersebut juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dari dalam dan luar negara," katanya.
Antara sekolah rendah yang mendapat pengiktirafan SKK ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tebrau, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Ladang Rem, Johor; SK Kubang Kerian, Kelantan; SK Subang Jaya, Selangor; serta SK Agama Bintulu, Sarawak.
Sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, Johor; SMKA Kedah; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling Pulau Pinang dan SMKA Tok Jiring, Terengganu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130406/pe_01/Sasar-500-sekolah-kluster-menjelang-2015#ixzz2i7mN8iET
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, October 13, 2013

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.
Berdasarkan keputusan mesyuarat Pra-DTF (Delivery Task Force) bertarikh 18 September 2013, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah bersetuju bahawa PBPPP kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada tahun 2015.

 
Matlamat PBPPP adalah untuk membuat penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan keberhasilan PPP dalam usaha meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP berprestasi tinggi untuk mendukung aspirasi ke arah pendidikan berkualiti tinggi serta negara maju.
PBPPP diasaskan daripada Standard Prestasi yang merupakan dokumen piawai kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai oleh PPP mengikut bidang/tugas berdasarkan satu penanda aras yang ditetapkan.
Komponen PBPPP terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Kompetensi dan Keberhasilan. Penilaian kompetensi terdiri daripada 4 dimensi iaitu Nilai Profesional, Pengurusan Aktiviti, Sumbangan dan Kemahiran serta digabungkan dengan keberhasilan bagi melibatkan dimensi keberhasilan sahaja.

Sunday, September 22, 2013

Menjana kepakaran guru

Pada alaf ini, pendidikan di sekolah tidak harus memencilkan diri dan bergerak tanpa hala tuju yang jelas dan selaras. Sekolah perlu melihat kejayaan sekolah lain untuk dijadikan model melalui perkongsian bestari.
Demikian juga, guru sebagai petugas pendidikan tidak seharusnya berpuas hati dengan kemahiran yang diterima semasa di kampus. Sebaliknya, mereka perlu menggali dan mencari kepakaran dalam bidang mereka melalui perkongsian bestari.
Mereka boleh membentuk kumpulan rakan sekerja untuk membangunkan program di sekolah. Aktiviti ini dapat meningkatkan kepakaran mereka dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.
Setiap sekolah mudah mengakses maklumat daripada pelbagai sumber untuk mendapat maklumat. Pengetua atau guru besar selaku pengurus sekolah mempunyai peranan penting untuk memilih hala tuju masing-masing dan tidak hanya menunggu arahan daripada pihak lain.
Pengetua atau guru besar harus melakukan perkongsian bestari di sekolah dengan institusi pendidikan di tempat lain.
Perkongisn bestari dapat difahamkan sebagai pertukaran pendapat, program, modul, aktiviti dan sebagainya di sekolah atau tempat lain untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.
Program perkongsian ilmu dapat dilaksanakan oleh kumpulan pemimpin dan pelaksana pendidikan di sekolah. Tegasnya, mereka tidak boleh berseorangan untuk membina kecemerlangan sekolah.
Perkongsian bestari harus dimulakan secara mikro hingga peringkat makro.
Mikro melibatkan sekumpulan guru di sekolah. Contohnya program lesson study iaitu sekumpulan guru yang merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama-sama.
Akhirnya, mereka bukan sahaja mendapat hasil yang cemerlang, malah memperoleh kepakaran yang menjadi rujukan pihak lain.
Sementara program makro melibatkan guru dan pelajar di sekolah dengan guru-guru sekolah lain di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Selain mengakses media massa, mereka boleh mengadakan lawatan ke negara lain untuk mengadakan perkongsian bestari. Langkah ini membolehkan mereka melihat sendiri dan merasai pengalaman orang lain.
Sekolah telah melaksanakan program Kumpulan Mutu Kerja (KMK), kajian tindakan dan sebagainya yang diubah suai dengan ukuran pendidikan untuk mencari jalan meningkatkan kecemerlangan di sekolah.
Mereka membuat kajian serta pelaksanaan aktiviti di sekolah berdasarkan kekuatan dan ancaman yang terdapat di sekolah. Penemuan mereka sudah pasti boleh menjadi rujukan guru-guru lain atau sekolah-sekolah lain.
Sekolah juga boleh membuat perkongsian bestari dengan sekolah berhampiran. Mereka duduk bersama dengan mengadakan seminar, pembentangan kertas kerja atau sebagainya. Mereka boleh memanfaatkan guru cemerlang di sekolah masing-masing atau menggunakan kepakaran dan kejayaan sekolah untuk dikongsi bersama dengan sekolah berhampiran.
Sekolah juga boleh mengadakan lawatan penanda aras di sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan program mereka. Lawatan tersebut boleh dijadikan asas untuk dilaksanakan di sekolah mereka selaras dengan keperluan dan kekuatan yang ada di sekolah masing-masing.
Sementara sekolah yang telah terbukti dan diiktiraf mencapai kecemerlangan dengan penganugerahan sekolah bestari, sekolah berprestasi tinggi atau sekolah yang mendapat bai'ah, seharusnya menguar-uarkan program mereka melalui media massa atau blog agar dapat dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah lain.
Sekolah kluster cemerlang ini boleh menjemput sekolah lain untuk datang ke sekolah mereka bagi melihat program yang telah dilaksanakan. Langkah ini secara tidak langsung membantu negara untuk meningkatkan mutu pendidikan.
Guru yang kreatif boleh merancang dan melaksanakan program kecemerlangan dengan memilih aktiviti yang sesuai di sekolah masing-masing berdasarkan latar belakang dan persekitaran sekolah.
Situasi sekolah di bandar berbeza dengan sekolah di luar bandar, sekolah asrama, sekolah berprestasi tinggi dengan sekolah harian. Kepakaran guru di sekolah berkenaan masih boleh diterapkan di sekolah lain melalui usaha kreatif guru.
Melalui perkongsian bestari dapat membuka minda guru melaksanakan sesuatu di sekolah serta meningkatkan kepakaran mereka. Langkah ini amat dituntut demi melahirkan lebih ramai guru yang benar-benar menguasai pedagogi pendidikan. Pengalaman mereka amat diperlukan untuk melaksanakan program Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang akan dilaksanakan menjelang 2014.
SMK Ledang, Johor


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130916/pe_01/Menjana-kepakaran-guru#ixzz2faLMm5Dg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, August 16, 2013

Soalan peperiksaan tahun SPM dan STPM 2013

Kalau anda ikut perkembangan sejak tahun 2011 hingga kini 2013, antara isu-isu sosial yang mendapat liputan meluas dalam akhbar tempatan ialah :

  • Perpaduan kaum di Malaysia semakin tergugat
  • Keruntuhan institusi keluarga akibat tekanan hidup
  • Perhimpunan haram menjejaskan keharmonian dan keselamatan penduduk bandar
  • Kebanjiran pendatang asing meningkatkan kes jenayah
  • Bebanan hidup penggguna akibat kenaikan harga barangan keperluan harian
  • Penyalahgunaan media laman sosial facebook dan youtube

Thursday, August 8, 2013

Saya Bangga Menjadi Warganegara Malaysia.

Sebulan berpuasa kini umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Malah bagi negara yang mengumumkan hari raya sama dengan Malaysia, sudah tentulah kegembiraan terpancar pada wajah umat Islam seluruhnya. Semoga tahun ini rakyat Malaysia akan lebih aman damai. Sikap toleransi yang diamalkan selama ini harus dipertahankan. Semua kaum tidak kira bangsa, agama dan keturunan, kaya atau miskin harus saling hormat menghormati. Tabiat suka menghina agama orang lain harus disingkirkan dalam pemikiran yang waras. Tidak ada untungnya jika rakyat Malaysia berpecah belah. Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Agama lain bebas diamalkan oleh pengikutnya sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
SELAMAT HARI RAYA, SAYA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA.

Monday, July 29, 2013

Akses Internet Membantu Mencipta Peluang Menjana Pendapatan dari Rumah

Anda gemar melayari internet? Jika anda perasan, setiap hari atau setiap minggu, banyak laman web baharu yang muncul, menawarkan pelbagai peluag menjanakan pendapatan sampingan dengan hanya berada di rumah. Hari ini terlalu banyak gadget berasaskan internet dicipta dan sudah tentu menjadi kegilaan penduduk dunia masa kini. Sebut sahaja Samsung Galaxy, Iphone 5, Blackberry, Windows 8 pasti ramai antara kita yang sudah biasa dengan alatan tersebut. Malah saya yakin ada yang sudah memilki koleksi Samsung Galaxy. Setiap kali ada gadget baharu, pasti dibeli. Harga yang mahal kemudian cerita yang penting canggih. Tapi apakah anda bijak menggunakan gadget yang mahal ini. Tepuk dahi tanya diri sendiri.Jangan marah ini peribahasa sendiri buat.  Ok berbalik kepada tajuk post saya hari ini, peluang pekerjaan terbuka luas sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Semua bergantung kepada pengalaman, kepakaran, tahap pendidikan dan bidang yang diminati. Ada yang mahu menceburkan diri dalam bisnes, sama ada bisnes online atau bisnes konvensional tapi menggunakan kaedah pemasaran online yang sepenuhnya dikendalikan hanya dari rumah.
Anda berpeluang menghasilkan pendapatan tanpa had asalkan anda bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu baharu khususnya yang berkaitan dengan bisnes online. Perkembangan dunia internet yang bertambah pesat dari semasa ke semasa, menjadikan bisnes secara online sebagai alternatif kepada bisnes konvensional. Kita perlu mengambil peluang secepat mungkin bagi menceburi bidang ini kerana melalui internet, kita dapat mempromosi dan menjual barangan tanpa sempadan. Gunakan peluang keemasan ini bagi menjana seberapa banyak pendapatan kita hanya dari rumah. Ramai yang sudah berjaya melakukannya, mengapa kita perlu tunggu dan lihat lagi.

Thursday, July 25, 2013

Rahsia Simkad ToneExcel

Di dalam Program Tone Excel ini,
Pelan Pemasarannyasangat mudah dan telus, Tiada Syarat-syarat tersembunyi.

Kebanyakkan Program Affiliate yang banyak di pasaran mempunyai Pelan
Pemasaran yang sangat merumitkan dengan menetapkan pakej-pakej yang
hanya lebih kepada manipulasi wang (money game).

Tetapi program Tone
Excel ini sungguh telus, dimana Anda hanya perlu melakukan 2 langkah
mudah ini sahaja :

PERTAMA
TUKAR SIMKAD ANDA KEPADA TONE EXCEL

KEDUA
PERKENALKAN PROGRAM INI KEPADA RAKAN-RAKAN
Sangat mudah dan very straight forward kan..?
Semua orang boleh lakukannya..!
Anda guna produk SIMKAD PREPAID TONE EXCEL kemudian kongsi dan
promosikan produk tersebut kepada rakan-rakan Anda, dan jika mereka beli/
guna Produk tersebut, Anda akan di bayar dalam bentuk komisyen setiap
kali mereka top-up prepaid mereka, kerana usaha Anda mempromosikan
Produk tersebut..
Maknanya program ini adalah program perniagaan bukan ‘moneygame’.
Dan yang bestnya, komisyen di beri bukan hanya sekali...tetapi setiap kali
rakan tajaan anda tadi menambah topup prepaidnya seperti biasa...


Klik untuk info toneexcel seterusnya... 

Wednesday, July 24, 2013

Sekolah Bestari di Negara China

 

Kehebatan pengurusan sistem persekolahan di negara China harus dijadikan contoh oleh pengurusan sekolah di negara Malaysia. Kita jangan berbangga dengan sistem yang dipopularkan oleh negara-negara Barat.

Sunday, July 21, 2013

Kepentingan vaksin rubella

Rubella atau German measles adalah jangkitan yang boleh menyebabkan ruam berwarna kemerah-merahan, bermula pada bahagian muka dan kemudiannya merebak ke bahagian badan yang lain. Simptom lain yang biasanya muncul sebelum ruam termasuk demam yang tidak begitu tinggi, konjuktivitis (inflamasi mata) dan nodus limfa membengkak.
Virus ini akan menamatkan kitarannya dalam masa kira-kira tiga hari tetapi lebih separuh daripada mereka yang dijangkiti tidak mendapat apa-apa simptom. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu bahawa mereka telah dijangkiti.
Walaupun rubella biasanya tidak membahayakan, namun berbahaya bagi wanita hamil kerana boleh menyebabkan banyak masalah kepada bayi dalam kandungan. Apabila bayi tersebut dijangkiti, iaitu apa yang dipanggil sindrom rubella kongenital (CRS), masalah-masalah berikut boleh berlaku iaitu katarak dan kecacatan mata yang lain, pekak, kecacatan jantung, kepala yang lebih kecil daripada biasa (microcephaly), tumbesaran terbantut ketika dalam kandungan dan kerosakan pada otak, hati, paru-paru dan sum-sum tulang.
ImunWanita di Malaysia bernasib baik kerana majoriti kini imun terhadap penyakit ini, sama ada melalui pelalian atau vaksinasi yang diterima semasa kanak-kanak ataupun kerana mereka telahpun menghidap rubella sebelum ini. Penyakit ini kini sangat jarang berlaku.
Pelalian terhadap rubella boleh berubah selepas satu jangka masa tertentu. Oleh itu, baik juga jika anda periksa dahulu sebelum mencuba untuk hamil, walaupun anda telah imun terhadapnya pada masa lalu. Anda boleh meminta doktor supaya menjalankan ujian darah untuk memastikan perkara ini.
Jika anda pasti bahawa anda tidak mempunyai pelalian terhadap rubella, cara terbaik adalah mendapatkan vaksinasi tersebut sebelum anda hamil, kemudian tunggu selama sebulan sebelum cuba untuk hamil. Ini dapat memberi masa yang cukup kepada badan anda untuk membunuh virus yang disuntik ke dalam badan supaya ia tidak menjangkiti bayi dalam kandungan anda.
Sekiranya ujian darah yang dilakukan pada awal kehamilan menunjukkan anda tidak imun terhadap rubella, anda perlu menunggu sehingga melahirkan sebelum boleh mengambil pelalian. Ini boleh dilakukan sebelum anda keluar dari hospital jika bersalin di hospital, atau semasa pemeriksaan selepas bersalin.
Andai kata anda mendapat pelalian dalam minggu-minggu pertama kehamilan iaitu sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil, janganlah risau. Doktor akan mengesyorkan supaya anda menjalani ujian imbasan ultrabunyi dalam minggu ke-18 hingga ke-20 untuk meneliti keadaan bayi dan semoga ini dapat memberi anda sedikit keyakinan.
Risiko Kemungkinan bayi anda dijangkiti rubella bergantung kepada tahap kehamilan anda semasa mendapat jangkitan ini. Risiko paling tinggi jika anda mendapat rubella sebelum minggu ke-11 kehamilan (sembilan daripada 10 bayi mendapatnya). Menjelang minggu ke-17, perkara ini jarang berlaku, walaupun masalah pendengaran boleh menjejaskan bayi sehingga minggu ke-20.
Oleh itu, jika anda tidak pasti mengenai status pelalian anda, cuba elakkan daripada mendekati mereka yang menghidap rubella, terutamanya dalam tempoh beberapa bulan pertama kehamilan anda
Malangnya, jika anda dijangkiti virus ini, tiada apa yang boleh dilakukan untuk melindungi bayi anda. Doktor akan berbincang dengan anda mengenai ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui kesan rubella terhadap bayi dalam kandungan anda.

Wednesday, July 17, 2013

Pemimpin Politik dan Budaya Suka Menghina

Suatu ketika dahulu peribahasa "Guru kencing berdiri, Murid kencing berlari" sinonim dengan gambaran yang merujuk kepada perbuatan atau tingkahlaku guru yang menjadi ikutan murid-muridnya. Apa saja perbuatan yang tidak baik oleh para guru akan menjadi perumpamaan apabila terdapat kes murid sekolah melakukan kesalahan disiplin atau jenayah juvana. Ibu bapa sering menuding jari kepada pihak guru jika anak-anak mereka terlibat dengan gejala buli di sekolah. Kononnya pihak pengurusan sekolah tidak bersikap tegas terhadap murid-murid yang nakal. Maka terjadilah "bangau oh bangau". Masing-masing pihak tidak menerima kelemahan diri. Dalam kes apa yang saya panggil "Budaya suka menghina" yang kini semakin berleluasa di negara ini, adalah hasil pemikiran dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin politik sejak kebelakangan ini. Saya yakin dan anda tentu pernah melihat laporan media massa yang menunjukkan perbuatan pemimpin politik yang memijak gambar pemimpin lain. Perbuatan ini pula sengaja dirakam dengan aksi wajah yang tersenyum puas, sambil menunjukkan isyarat tangan "bagus" atau "goods"dan sebagainya. Begitu juga ketika aktiviti berkempen dilakukan, terutamanya bila ada pilihan raya. Mereka tanpa segan dan bimbang ucapan yang menghina serta suka memburuk-burukkan calon yang bertanding akan menjadi ikutan orang yang mendengar. Sudah tentu selain orang dewasa, anak-anak muda yang masih belum layak mengundi turut hadir mendengar ucapan pemimpin politik yang disokong oleh ibu bapa mereka. Kemudian apabila timbul kemarahan di pihak yang lain, maka perbuatan yang lazimnya dilakukan oleh pemimpin politik yang kurang ajar ini ialah "memohon maaf". Adakah dengan ucapan "Saya mohon maaf atas perbuatan saya yang tidak disengajakan" sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Kalau budaya ini berterusan, maka saya yakin anak-anak muda akan bertambah kurang ajar dan mereka tidak akan segan silu serta takut melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan kaum di negara ini. Buat dulu, kemudian minta maaf. Hina dahulu kemudian minta maaf..selesai. Apa..kau ingat ini negara ISKETAMBOLA atau negara PASIR DUA BUTIR. Janganlah jadi Menteri FaSoLa. 

Monday, July 15, 2013

Kalau Aku Kaya

"Kalau aku kaya"...lagu yang kini semakin hot di YouTube dan menjadi kegemaran orang-orang yang suka berangan-angan nak kaya. Macam saya..lah jugak! Siapa tidak mau kaya...ooiii. Tapi perkataan "Kalau...Kalau...Kalau" tu, perlu kita terjemahkan ke alam realiti. Angan-angan pasti menjadi kenyataan dengan usaha yang gigih. Jom! kita nyanyi sama-sama. "Kalau aku kaya....

Tuesday, July 9, 2013

KATA NAMA


  • Kata yang digunakan untuk menamakan manusia, binatang, tempat, benda atau konsep.
  • Kata nama terdiri daripada Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Golongan Kata

Kata dapat digolongkan kepada empat golongan iaitu, KATA NAMA, KATA KERJA, KATA ADJEKTIF dan KATA TUGAS.

Saturday, July 6, 2013

Kelebihan bersangka baik

TAHUKAH anda stres boleh memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seperti murung, menyendiri, kuat tidur atau susah tidur, kuat makan atau hilang selera makan, keadaan diri tidak terurus, masalah disiplin, kesukaran mengawal emosi dan seumpamanya?
Pendek kata, apa sahaja perubahan tingkahlaku yang di luar kebiasaan seseorang, yang ditunjukkan secara konsisten, maka ia mungkin akbat daripada stres. Orang dewasa mungkin lebih mudah menyedari kehadiran stres berbanding anak-anak. Anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan penting pastinya akan berdepan dengan stres namun mereka mungkin tidak menyedarinya. Namun, ibu bapa dapat mengesan melalui perubahan tingkahlakunya.
Ada stres yang positif. Tidak semua stres itu negatif. Dalam hidup ini kita perlukan stres positif untuk mendorong seseorang itu bertindak melakukan sesuatu dengan segera dan sempurna bagi memperolehi ganjaran diri.
Ada pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi atau mengurangkan stres. Salah satu cara yang sangat berkesan ialah dengan bersangka baik.
Jadi setiap kali berdepan dengan musibah, tekanan, peristiwa, orang, kumpulan dan sebagainya yang memberi kita stres, maka ingatlah pasti ada sesuatu disebalik semua itu. Tanya diri dengan soalan-soalan memperkasa diri seperti:
Apa hikmah disebalik semua ini?
Apa yang boleh aku pelajari darinya?
Apa keuntungan yang boleh aku perolehi?
Apa peringatan yang Allah mahu berikan?
Cara bersangka baik
1) Masalah itu sebenarnya peluang. Ada ketikanya pula masalah itu memberi peluang kita muhasabah diri dan mencari kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Kekalkan baik sangka dan terima masalah dengan hati yang terbuka.
2) Allah tidak bebankan hamba-hambanya. Setiap kali berdepan dengan masalah, diuji dan ditimpa musibah, maka ingatlah semua itu bersesuaian dengan kekuatan yang ada pada kita cuma kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya. Tetapi dengan bersangka baik, kekuatan ini boleh dibongkar dan digilap dari dalam diri.
3) Lihat sesuatu daripada sudut yang baru. Setiap peristiwa negatif yang berlaku itu perlu diberikan makna baru bagi memperkasa diri agar tidak stres. Misalnya, kita mungkin stres kerana rakan sepejabat sering curi tulang dan membebankan kerja-kerjanya ke atas kita. Maka lihatlah dari sudut baru dengan berkata, "Baguslah juga, dapat kita lakukan kerja-kerja itu dan memperolehi pengalaman. Inilah peluang untuk tunjuk rajin. Kurang seorang pesaing untuk naik pangkat".


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130630/ke_03/Kelebihan-bersangka-baik#ixzz2YDaDzTRR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, June 28, 2013

Jadilah Pemilik Telefon Pintar Yang Bijak

Sila jawab sendiri:

  • Adakah anda seorang pengguna telefon bimbit?
  • Apakah jenama telefon bimbit anda?
  • Apakah simkad yang anda gunakan?
  • Adakah telefon bimbit anda boleh menghasilkan duit?
  • Mahukah anda memiliki telefon bimbit yang boleh menghasilkan duit setiap bulan?
Ini jawapan saya:

  • Ya
  • Saya ada iphone 5 dan Samsung Galaxy s4
  • Celcom dan Digi
  • Tidak
  • Tentu sekali saya mahu. Tapi adakah telefon bimbit yang boleh menghasilkan duit?
ADA...TAPI BUKAN TELEFON SEBENARNYA...YANG ADA IALAH SIMKAD TONE EXCEL.

Kalau mahu tahu...SILA KLIK






Berkongsi Anak dengan Guru

Apabila anak mula bersekolah, ibu bapa berkongsi anak mereka dengan guru. Anak kita menjadi 'ANAK MURID" guru di sekolah, tetapi kekal sebagai anak kita sampai bila-bila. Malah, apabila kita meninggalkan anak yang soleh, mereka menjadi aset kita hingga ke hari akhirat seperti Hadis Nabi yang berbunyi, "Apabila matinya anak Adam, yang menjadi bekalan hanya tiga perkara, iaitu amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua-dua ibu bapanya."
Apabila dinyatakan berkongsi, maksudnya ibu bapa tidak terlepas daripada tugas dan tanggungjawab walaupun anak telah didaftarkan bersekolah. Cuma bezanya kini, apabila anak memulakan persekolahan, tugas membentuk anak-anak menjadi tanggungjawab bersama dengan guru dan pihak sekolah. Nisbah anak berada di rumah dan sekolah ialah 2:1, iaitu 16 jam di rumah dan 8 jam di sekolah. Berdasarkan nisbah masa, ibu bapa dan keluarga memegang saham lebih besar daripada guru dan sekolah.
Pihak sekolah memang sentiasa mengharapkan kerjasama yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah dan guru inginkan ibu bapa melibatkan diri dalam kebanyakan hal berkaitan dengan pendidikan anak-anak. Guru sentiasa berharap ibu bapa tahu dan memahami perkara yang anak-anak mereka lakukan di sekolah.
Ibu bapa harus faham dalam budaya sekolah, peraturan dan undang-undang sangat penting bagi menjaga seluruh pelajar yang bilangannya kadang-kadang mencecah ribuan orang. Kepentingan bersama bukan individu menjadi prioriti. 

Selain daripada memberikan kerjasama yang sebaik mungkin, ibu bapa juga wajib memahami visi dan misi sekolah. Dengan memahami visi dan misi sekolah, ibu bapa mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama dengan pihak sekolah. Visi dan misi ini selalunya digubal berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan aspirasi kerajaan dari masa ke semasa. Apabila ibu bapa faham visi dan misi sekolah serta falsafah pendidikan negara (FPN), ibu bapa tidak memberikan fokus kepada pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan aspek kerohanian, emosi dan moral. 
Kita tidak mahu anak-anak mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, tetapi dari segi moral dan kerohaniannya tidak stabil. Individu yang tidak stabil emosi dan rohani tidak dapat memberikan sumbangan terbaik kepada keluarga dan negara, walaupun mempunyai kelulusan atau pencapaian akademik yang cemerlang. Kita ingin menghindarkan pembentukan anak yang berilmu pengetahuan tinggi, tetapi tidak beriman, bermoral dan bermaruah.
Kerjasama dengan ibu bapa yang dalam erti kata sebenar perlu terjalin dengan pihak sekolah. Ibu bapa dan guru perlu saling bantu membantu dan saling hormat-menghormati. Yang mendapat manfaat daripada jalinan kerjasama ini ialah anak-anak kita khususnya dan masyarakat amnya.

Sunday, June 16, 2013

Hutang isi rumah meningkat

PONTIAN 15 Jun - Pinjaman perumahan dan kenderaan serta penggunaan kad kredit membuatkan golongan berpendapatan rendah dan penjawat awam negara ini berada dalam nisbah hutang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan bebanan isi rumah.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, hutang isi rumah yang kini mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu turut disumbangkan oleh hutang berpanjangan golongan berpendapatan bawah RM3,000 yang meminjam daripada institusi bukan bank seperti koperasi.
"Walaupun belum sampai ke tahap kritikal, usaha sedang dilakukan bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik melalui kesedaran dan pendidikan Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) yang diusahakan Bank Negara.
"Amalan gaya hidup mewah bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi negara lain, namun kerajaan melakukan pencegahan sebelum bertambah parah kerana ramai berbuat demikian walaupun mengetahui kemampuan kewangan mereka terbatas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran dan Pendidikan Kewangan, Kaunter Bergerak BNMLINK yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian di Dewan Serbaguna Benut di sini hari ini.
Yang turut hadir, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahya dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, trend gaya hidup mewah membimbangkan kerana ramai sanggup berhutang bagi mendapatkan sesuatu yang diminati seperti telefon bimbit, beg tangan, pakaian berjenama dan kenderaan mewah.
"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberikan khidmat kaunseling kepada 219,995 individu sejak 2007 dengan 89,450 kes dibawa kepada Program Pengurusan Hutang. Ini menunjukkan mereka boleh mengawal tetapi terperangkap dengan gaya hidup," katanya.
Dalam perkembangan lain, isu harga rumah yang tinggi akan dibangkitkan dalam perbincangan Bajet 2014 pada minggu hadapan melibatkan beberapa perkara seperti kos bahan binaan dan infrastruktur yang ditanggung oleh pemaju sehingga mendakwa tidak mendapat banyak keuntungan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130616/dn_05/Hutang-isi-rumah-meningkat#ixzz2WOIld5Lg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, June 15, 2013

70% guru bahasa Inggeris tidak capai tahap

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan.
Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sebilangan besar guru hanya mencapai penguasaan bahasa tahap pertengahan, Sound English Proficiency (SEP) dan tahap rendah, Low English Proficiency (LEP).
Menurut beliau, hal tersebut dipandang serius oleh kementerian yang kini giat melaksanakan inisiatif bagi membantu guru-guru terlibat meningkatkan kemahiran bahasa tersebut.
"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, guru-guru yang mencapai tahap sederhana dan rendah akan diberi kursus dan latihan bagi memperbaiki penguasaan bahasa tersebut secara menyeluruh.
"Malah, kementerian juga mendapat kerjasama daripada British Council serta Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (Padu) sebagai langkah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ke tahap lebih tinggi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kepimpinan Sekolah Pintar di Hotel Royale Bintang di sini hari ini.
Program anjuran Yayasan Pintar itu disertai seramai 35 pengetua serta guru besar sekolah di bawah yayasan tersebut bertujuan mengukuhkan kepimpinan serta pengurusan sekolah sebagai satu langkah menjamin kejayaan pelajar.
Program tersebut bermula semalam dan akan berakhir esok.
Tambah Mary, dalam usaha menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016, guru-guru harus bijak dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.
Jelas beliau, ini amat penting bagi menjamin penguasaan bahasa Inggeris yang baik sebelum diguna pakai dalam pengajaran subjek penting seperti Sains dan Matematik.
"Guru-guru boleh gunakan pelbagai cara antaranya dengan mengadakan sketsa atau pertandingan debat bahasa Inggeris bagi meningkatkan mutu bahasa dalam kalangan pelajar.
"Malah, panitia bahasa Inggeris di sekolah juga disaran untuk bergerak proaktif dalam memastikan peranan guru dalam proses pengajaran berkesan terhadap pelajar," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130615/dn_02/70-guru-bahasa-Inggeris-tidak-capai-tahap#ixzz2WEKzJe69
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, June 5, 2013

Sains Sukan

Sains Sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji tindak balas manusia terhadap aktiviti fizikal. Bidang ini merangkumi Kinesiologi, Biomekanik, Anatomi dan Fisiologi, serta bidang sains pemakanan. Seterusnya digabungkan dengan bidang pengurusan, sosiologi dan psikologi dalam sukan. Sains Sukan bukanlah satu bidang khas yang hanya melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan sesuatu aktiviti sukan, sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia terhadap organ, sistem saraf, sistem otot,dan mengenalpasti tahap tenaga yang digunakan oleh badan ketika melakukan aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, Pendidikan Jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik bersukan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu pengetahuan tentang perkaitan badan dan sukan.

Saturday, June 1, 2013

Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Tuesday, May 28, 2013

Ministry of Education plans to drop job guarantee for trainee teachers
PUTRAJAYA, May 27 – The Ministry of Education (MOE) plans to drop the job guarantee given to trainees from Teacher Training Institutes (IPG) and public institutions of higher learning (IPTA).
Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said the move to be implemented in stages was to ensure that only quality trainees were offered the post of school teacher.
“Currently, trainee teachers from IPG and IPTA are quaranteed jobs as teachers without considering their performance. This time, we want to make teaching a noble profession.
“So, we have to choose the best. Only those with noble character and can produce a great society will be offered the job,” he told reporters after the 3rd convocation of IPG, here today.
Idris said the move was to ensure that only those really interested in making teaching a career were appointed as teachers, not those who had no other choice.
“In Finland for example, only the best candidates will be selected as teachers and that is why the standard of education in the country is high.”
However, the plan is still at discussion stage and requires indepth study before it can be implemented.
Some 3,988 graduates received their degrees at the three-day convocation starting today.-BERNAMA

Sunday, May 26, 2013

Nilai Waktu

Waktu adalah inti pati berputarnya dunia. Waktu bergerak maju dan tidak mungkin mundur dengan kelajuan detik yang sama. Waktu adalah catatan sejarah seseorang dan waktu adalah kesempatan. Waktu dalam bahasa Yunani mempunyai dua makna, iaitu kronos dan kairos. Kronos mengacu kepada urutan waktu yang berjalan secara kronologi, sedangkan kairos mengacu kepada hakikat waktu, saat atau detik dalam waktu, yang tidak akan pernah kembali lagi. Betapa berharganya waktu hingga John C.Maxwell menulis di dalam bukunya yang berjudul Today Matters seperti berikut :

Bagi mengetahui nilai satu tahun...tanyakanlah
kepada murid yang gagal dalam ujian akhir tahun

Bagi mengetahui nilai satu bulan...tanyakanlah
kepada ibu yang melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

Bagi mengetahui nilai satu minggu...tanyakanlah
kepada editor sebuah majalah berita minggu

Bagi mengetahui nilai satu hari...tanyakanlah
kepada buruh harian yang mempunyai enam orang anak

Bagi mengetahui nilai satu minit...tanyakanlah
kepada kekasih yang sedang menunggu waktu bertemu

Bagi mengetahui nilai satu saat...tanyakanlah 
kepada orang yang terselamat daripada kemalangan ngeri

Bagi mengetahui nilai satu milisaat...tanyakanlah 
kepada pemenang pingat gangsa dalam sukan olimpik

PARLINDUNGAN MARPAUNG
Mencari Makna Hidup
2010

 

Wednesday, May 15, 2013

Tema Hari Guru Di Malaysia

2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Saturday, May 11, 2013

Negaraku Malaysia


Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup Bersatu dan Maju
Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta

Saturday, March 30, 2013

Pakar pendidikan temui jawapan pelajar lelaki lemah dalam SPM


KUALA LUMPUR 29 Mac - Prestasi pelajar lelaki dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang semakin menurun sejak 15 tahun lalu dipercayai berpunca daripada bentuk soalan peperiksaan itu yang memihak kepada pelajar perempuan.
Profesor di Pusat Permata Pintar Negara, Prof. Dr. Siti Rahayah Arifin berkata, kajian pihaknya mendapati, soalan SPM ketika ini lebih menjurus kepada kemahiran menulis, teks dan linguistik sekali gus memberi kelebihan kepada pelajar perempuan.
Sebaliknya, kata beliau, pelajar lelaki lebih menguasai soalan berkaitan angka, grafik, visual, logik, matematik dan penaakulan aras tinggi iaitu elemen yang tidak ditekankan dalam SPM.
Sehubungan itu, tambahnya, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggantikan pendekatan Teori Ujian Klasik (CTT) dalam peperiksaan SPM ketika ini dengan teori yang dibangunkannya, Teori Tret Pendam (IRT).
"Menerusi IRT itu, soalan peperiksaan SPM akan direka berdasarkan kemampuan dan kemahiran pelajar lelaki dan perempuan mengambil kira perbezaan pengetahuan kedua-dua golongan berkenaan," katanya ketika berucap dalam program Syarahan Perdana Profesor Ke Arah Kesaksamaan Penilaian dan Pendidikan di sini hari ini.
Program di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut dihadiri Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan dan Pengarah Pusat Permata Pintar Negara, Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak.
Sementara itu, peserta forum, Nita Salina Abu Bakar, 35, berkata, modul pembelajaran sekarang perlu diubah supaya tidak hanya tertumpu kepada akademik tetapi turut mengetengahkan aspek kemahiran.
Katanya, perkara itu bagi memastikan kemampuan pelajar tidak hanya diukur daripada keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama seperti SPM sebaliknya dinilai berdasarkan kemahiran dimiliki.
"Corak peperiksaan yang berat sebelah memberi peluang kepada pelajar perempuan mendapat keputusan lebih baik berbanding pelajar lelaki dan ini sudah semestinya tidak adil kepada pelajar lelaki," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130330/dn_21/Pakar-pendidikan-temui-jawapan-pelajar-lelaki-lemah-dalam-SPM#ixzz2OyZOr1oC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, March 16, 2013

Bahasa Inggeris Wajib Lulus 2016

SPM: Wajib lulus BI lahir pelajar bermutu

KUALA LUMPUR 11 Mac - Pelaksanaan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016 mampu melahirkan pelajar berkualiti dalam pelbagai bidang, sekali gus membantu membangunkan negara ke arah negara maju.
Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr. Rafiah Salim berkata, tindakan tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing di peringkat global.
"Rakyat Malaysia disarankan lebih berfikiran terbuka untuk menerima sesuatu perubahan yang positif demi kebaikan negara dan bangsa dan inilah salah satu caranya iaitu menguasai Bahasa Inggeris dengan cekap.
"Walaupun sektor ekonomi terutamanya menuntut penguasaan Bahasa Inggeris, namun ini tidak bermakna kita harus mengetepikan kepentingan bahasa kebangsaan. Perlu ada keseimbangan dalam melaksanakan kedua-duanya supaya bahasa kebangsaan tidak diketepikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang berkemungkinan besar Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus SPM bermula 2016.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130312/pe_01/SPM-Wajib-lulus-BI-lahir-pelajar-bermutu#ixzz2NeljsZBE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, January 22, 2013

Berfikir untuk menjadi bijak

Salam sejahtera...salam 1 Malaysia. Masalah perkhidmatan talian internet yang tidak begitu baik di kawasan tempat saya bertugas, menyebabkan blog Cikgu Jup tidak begitu aktif sejak kebelakangan ini. Apa pun pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pemberian wang bantuan persekolahan dan laptop 1Malaysia. Walaupun nilai RM100 itu tidaklah sebesar RM1000, namun jika digunakan untuk membeli peralatan sekolah anak-anak seperti buku rujukan, pakaian sekolah atau alat tulis, pastinya ia memberi kesan yang baik kepada pembentukan sahsiah dan disiplin pelajar. Sebagai ibu bapa kita hendaklah menggalakkan anak-anak menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan yang ada kaitan dengan persekolahan. Demikian juga kepada mereka yang mendapat laptop (komputer), gunalah untuk tujuan pembelajaran. Tabiat menginstall game patut dielakkan. Kalau pun anak-anak suka bermain game, janganlah sampai tidak belajar (baca buku pelajaran). Pada saya perkara yang paling baik ialah anak-anak sekolah belajar menguasai bagaimana mencipta perisian game tersebut. Kata orang tidaklah kita asyik main game ciptaan orang barat. Kan..! lebih baik anak-anak Malaysia bijak membangunkan perisian (software) komputer sendiri. Banyak maklumat yang kita boleh 'download' dalam internet tentang teknologi perkomputeran. Berfikir untuk menjadi bijak. Zaman ini kita harus berani mencipta sesuatu yang boleh mengangkat martabat orang Malaysia.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang Tahun 2013

Semoga Malaysia terus aman damai, maju dan gemilang bersama kepimpinanan yang dipilih oleh rakyat. Jom undi BN.