Thursday, March 31, 2016

Gelombang Haba

Malaysia kini berdepan dengan fenomena El Nino yang menyebabkan ancaman gelombang haba apabila beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dikenal pasti telah mencapai paras ambang gelombang haba melebihi 35 darjah Celsius.
Fenomena tersebut dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini yang boleh mengakibatkan komplikasi kepada sistem badan manusia jika terdedah kepada sinaran matahari pada suatu tempoh terutamanya kepada kanak-kanak yang sering terdedah dengan cuaca panas.
Dalam tempoh tersebut, aktiviti luar yang sering dilakukan pelajar sekolah seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, bersukan, berkawad, dan beriadah perlu dielakkan kerana berisiko untuk mendapat strok haba yang jarang sekali berlaku namun berpotensi untuk berlaku berikutan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara sejak bulan Januari lagi.

Monday, March 7, 2016

Penat tapi menyeronokkan

Kayuhan sejauh 60km melalui jalan-jalan  kampung sungguh menyeronokkan. Keadaan jalan yang baik ditambah lagi dengan kurangnya kenderaan..rasa selamat berkayuh basikal dengan rakan-rakan seperjuangan yang meminati aktiviti riadah ini. Bermula dari Pekan Kuala Penyu, kami melalui jalan pantai kampung Menumpang, Kiambor, Tempurong, Mansud sehingga ke Batu Linting. Paling seronok mendaki laluan berbukit batu Luang (nama tempat). Tiupan angin laut Cina Selatan sungguh segar. Terasa hilang stress.

Thursday, March 3, 2016

Renungan Seminit

Sebelum memulakan sebarang tugas, pastikan kita tahu 'Apa, Di mana, Bila dan Bagaimana berkenaan tugas yang diambil itu.Sekiranya tidak, bimbang kita hanya membazirkan masa yang digunakan. Kita mungkin perlu melakukan tugas yang bercampur baur, sesetengahnya relevan kepada gambaran besar dan sesetengahnya tidak relevan. Pastikan kita tahu tahap kepentingan supaya dapat mengenal pasti tugasan yang tidak relevan.