Internet Adalah Medium Pengetahuan Masa Kini

Monday, August 29, 2011

Hari Raya : Buang yang keruh ambil yang jernih



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Cikgu Jup, semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah dari Allah s.w.t. Dan semoga negara yang kita cintai ini akan terus kekal merdeka dan terus aman damai dengan warga Malaysia yang berbilang kaum. Amalan berkunjung ke rumah saudara-mara, sahabat-handai, jiran-tetangga adalah perkara yang suci-murni. Perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat di negara ini begitu mengkagumkan warga antarabangsa di seluruh dunia.

Pada hari yang mulia ini diharapkan semua pemimpin politik terutamanya yang beragama Islam akan dapat bermaaf-maafan dan kembali kepada perjuangan yang asal demi untuk menjaga maruah dan kebajikan rakyat Malaysia. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Sunday, August 28, 2011

Pemikiran Manusia : Lain hulu, lain parang, lain dahulu, lain sekarang


BANYAK orang faham dan menerima bahawa zaman berubah. Pastinya apa yang ada sekarang tidak akan sama dengan dahulu. Lain hulu, lain parang, lain dahulu, lain sekarang.
Jangka hayat manusia adalah puratanya bagi lelaki sekitar 70-an tetapi banyak yang mencapai 80 tahun dan tidak kurang yang terus lanjut usia sampai berumur 90, malah mencapai 100.
Tetapi ketika mencapai separuh abad, 50 hingga 60, manusia seolah-olah tidak boleh berkembang atau berubah.
Ada orang kata dengan mencapai umur 40, seseorang tidak boleh berubah dari segi sikap dan kebiasaannya. Justeru kalau hendak taubat, lakukanlah sebelum 40.
Tetapi ada orang kata pula, lepas 40 atau 50, seseorang sudah tidak boleh berubah. Sudah liat.
Tentunya lain orang, lain ragamnya.
Justeru ada kalanya apabila seseorang berusia 50 tahun umpamanya, cara fikir dan cara lakunya terhenti ketika usia 30 dan 40 tahun. Mungkin ada orang kata, biarlah kita berjiwa muda walaupun berusia tua.
Usahlah kita ikut usia hakiki. Perasaan muda supaya kita awet muda dan dapat menikmati hidup walaupun berusia.
Tetapi apa yang hendak dikatakan di sini bukanlah soal isu itu. Apa yang hendak disentuh di sini ialah cara fikir dan cara laku seseorang terhenti ketika usia 30 atau 40-an. Maksudnya ia berfikir dan bertingkah laku menurut zaman ketika seseorang itu berusia 30 atau 40-an. Walaupun usianya sudah mencapai 50-an atau 60-an. Maknanya bukanlah ia awet muda tetapi sebenarnya ketinggalan zaman.
Sebagai contoh, jika seseorang itu berusia 50 tahun pada 2011 ini, tetapi pemikirannya tersangkut ketika ia berusia 30 atau 40-an dahulu, maknanya cara fikir dan cara lakunya membeku menurut keadaan tahun 1980-an dan 1990-an. Bukannya tahun 2000-an ini, iaitu yang sepatutnya.
Di sinilah maksudnya seseorang yang tidak menerima perubahan zaman, tetapi bernostalgia dan hidup pada zaman silam, sedangkan dunia sudah berubah banyak
Tidak ada siapa yang dapat menafikan perbezaan dekad 80-an dan 90-an dibandingkan dengan 2000-an.
Tetapi kadangkala hanya teguran dan ingatan kepada mereka yang masih terbeku dalam suasana 80-an dan 90-an dapat mengejutkan mereka bahawa suasana telah banyak berubah.
Masalah ini mungkin tidak timbul bagi orang muda sama ada yang berusia 20-an dan 30-an. Ini kerana mereka sedang berada pada zaman kemuncak kehidupannya.
Sedangkan bagi mereka yang berusia 40-an dan 50-an, kemuncak kehidupan mereka sudah berlalu. Tetapi cara fikir mereka tersangkut pada zaman kemuncak kehidupan mereka.
Untuk memahami keadaan ini cuba bayangkan tahun-tahun 90-an. Apa yang tidak ada pada masa itu, tetapi ada pada masa ini.
Kalau dahulu, apabila hendak mendapat maklumat, cukup bagi seseorang untuk memperoleh maklumat dari bahan-bahan cetak serta radio dan televisyen.
Tetapi kini banyak saluran maklumat yang ada, bukan saja laman-laman web tetapi juga facebook dan twitter.
Jika seseorang mengabaikan saluran maklumat baru ini, maka ia cuba hidup dalam tahun 2011 dengan cara fikir serta cara laku tahun 90-an.
Mengapa keadaan ini berlaku adalah kemungkinannya perubahan berlaku terlalu pesat untuk manusia mengejar. Maka adalah orang yang ketinggalan.
Mendapat dan menyebarkan maklumat adalah satu hal. Tetapi terdapat banyak lagi perubahan yang berlaku membezakan tahun 2000-an dengan 90-an. Umpamanya ialah soal hierarki yang dipatuhi dengan jelas. Kini keadaan telah berubah dengan semua orang mempunyai akses setara.
Tidak ada kaum, bangsa, agama, warna kulit, bahasa atau jantina membezakan seseorang daripada yang lain. Inilah era 2000-an.Umpamanya kalau tahun 90-an dan sebelumnya, untuk menghubungi Perdana Menteri hanya boleh dilakukan melalui pos dan telefon yang akan dijawab oleh pegawai-pegawainya.
Tetapi kini seseorang boleh terus menghubungi bukan saja perdana menteri tetapi juga Presiden Amerika Syarikat melalui facebook dan twitter.
Sememangnya para pegawainya yang akan menguruskan perkara ini tetapi beliau sendiri boleh melihat apa yang dikirim ke akaun facebook dan twiternya.
Walaupun kemudahan ini ada tetapi ia tidaklah digunakan sangat oleh seseorang yang berusia 50-an contohnya. Bagi mereka yang berusia 30-an tahun ke bawah, adalah tidak menjadi masalah untuk menggunakan kemudahan ini.
Maknanya generasi 50-an masih terperangkap dengan cara fikir dan cara laku tahun 80-an dan 90-an.
Untuk menghadapi cabaran ini, mereka yang berusia 50-an mesti lepaskan nostalgianya terhadap tahun 80-an dan 90-an.
Jika teringat zaman-zaman itu pun, jadikannya sebagai perbandingan supaya dapat dilihat perbezaannya, dan seterusnya membebaskan minda daripada terperangkap dengan cara lama.

Thursday, August 25, 2011

Aidilfitri:Antara Ibadat dan Adat


DALAM tempoh beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan hari kemenangan iaitu Aidilfitri. Sudah pasti juga ketika ini ramai yang tidak sabar mahu pulang ke kampung bagi merayakan hari kemenangan ini.

Selepas sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang Ramadan diibaratkan suatu 'madrasah' atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.

Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang, malah juga apabila bersendirian.

Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat Islam seperti bersolat terawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi.

Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, kini tiba pula masa untuk meraikan Aidilfitri. Amat rugilah orang yang langsung tidak mengambil pengajaran daripada falsafah Ramadan itu sendiri.

Jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan Muslimat sekalian kerana kemenangan di hari yang mulia ini. Pelbagai persiapan diadakan bagi menyambut hari kemenangan itu. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang paling gembira ketika hari raya.

Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang, perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan hukum syarak. Namun, sudah tentulah hiba di jiwa tidak dapat dielakkan ketika menyambutnya.Mengunjungi pusara ibu bapa (arwah) khususnya menjadi kemestian di hari lebaran ini. Walaupun yang pergi tidak akan kembali sebagai tanda ingatan sekalung doa dan bacaan ayat-ayat suci dititipkan kepada mereka.

Saya sendiri akan berhari raya tanpa bonda di sisi, bukanlah bonda saya sudah meninggal,tapi untuk tahun ini dia berhari raya dengan keluarga lain di Selangor, saya pula dengan isteri dan anak-anak di Sabah.

Dalam segi bahasanya, Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah. Kita sebenarnya kembali kepada fitrah iaitu suci dan bebas daripada dosa. Tatkala Aidilfitri, umat Islam suci daripada dosa kerana madrasah Ramadan membersih segala dosa kita.

Namun, tidak kurang juga kita yang kecundang dan gagal menjadi graduan madrasah Ramadan ini apabila mereka kembali kepada fitrah sebelum Ramadan iaitu sikap negatif terlalu obses dengan hawa nafsu dan meminggirkan ibadah kepada Yang Maha Esa.

Mereka kembali kepada kehidupan penuh dosa dan menindas golongan lemah, makan makanan yang tidak tentu halal haramnya dan daripada sumber yang diragukan.

Malah fitnah memfitnah, mengadu domba dan menuduh orang lain tanpa bukti dan siasatan juga telah menjadi norma dalam kehidupan mereka. Golongan ini adalah golongan yang sangat rugi kerana tidak mengambil iktibar daripada ajaran Allah.

Pada hari kemenangan ini, jangan dilupa golongan yang tidak bernasib baik. Semangat persaudaraan Islam mesti diutamakan di samping mengeratkan silaturahim sesama ummah. Golongan kurang bernasib baik ini juga berhak merayakan Aidilfitri seadanya.

Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhi peraturan lalu lintas dan utamakan keselamatan. Moga-moga selepas berhari raya kita dapat kembali ke tempat kerja masing-masing dengan selamat.

Agama Allah memerlukan kita meneruskan perjuangan menegakkan kalimah-Nya di muka bumi ini sesuai dengan peranan sebagai khalifah.

Aidilfitri bukanlah semata-mata suatu adat, tetapi lebih kepada ibadat berasaskan sumber hukum yang jelas. Oleh kerana ia adalah suatu ibadat, hari besar ini wajar dipenuhi dengan ibadat yang dituntut Allah.

Ia tidak hanya ziarah menziarahi, tetapi mengeratkan silaturahim. Ia tidak hanya berborak-borak, tetapi menegakkan syiar dan dakwah Islamiah. Ia bukan juga hanya menyanyi kegembiraan, tetapi menambah zikir dan takbir kepada Yang Maha Esa.

Pemborosan dan pembaziran semata-mata bagi menyambut Aidilfitri sebenarnya adalah tergelincir daripada apa dianjurkan Islam. Islam menggalakkan umatnya merayakan hari kemenangan ini, tetapi dalam sukatan dan kadar tidak menjurus kepada pembaziran.

Alangkah baiknya jika wang lebihan itu digunakan bagi manfaat perjuangan Islam dan membantu golongan memerlukan.

Sunday, August 21, 2011

Bertuah jika dapat tinggal di Malaysia


WALAUPUN Kemboja merdeka pada 1953, hampir empat tahun lebih awal daripada Malaysia, rakyatnya masih belum dapat menikmati kehidupan lebih baik dan dihantui sejarah hitam pasca merdeka negara itu.

Sementara rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman damai dan kemakmuran sejak merdeka, rakyat di negara ini dibelenggu kemiskinan dan pernah menyaksikan pertumpahan darah yang dahsyat.

"Berdasarkan cerita waris di Malaysia, saya rasa lebih bertuah jika saya menjadi rakyat Malaysia berbanding hidup kami di sini yang dibelenggu kemiskinan dan kesan peninggalan perang," kata Yusof Arshad, 75, seorang penduduk Islam di Kampung Speu, Wilayah Kampong Cham, Siem Reap, Kemboja.

Beliau adalah antara ribuan Melayu Campa di wilayah itu yang pernah menjadimangsa perang saudara antara puak Khmer Rouge dan junta tentera dan yang terselamat daripada rejim kejam diktator Pol Pot (1975-1979) yang menyaksikan lebih satu juta orang dibunuh.

"Saya dengar di Malaysia penduduknya hidup aman damai walaupun dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama.

"Keperitan hidup dan kesengsaraan menyebabkan saya benci dengan peperangandan kekacauan," katanya dalam loghat Melayu Kelantan kepada Bernama.

Yusof yang pernah ke Malaysia menuntut ilmu agama di Kelantan menjelaskan kekagumannya mengenai Malaysia kepada penulis yang mengiringi lima kakitangan dan 20 penuntut Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam lawatan akademik seminggu ke Kemboja, baru-baru ini.

Rombongan UMK itu yang diketuai Dekan FTKW Prof. Madya Ab Aziz Shuaib turut meninjau sejarah tamadun Angkor Wat dan kesan perang saudara dari wilayah Siem Reap hingga ke ibu negara Phnom Penh.

Nasib penduduk Melayu Campa di wilayah Kamponcham yang terletak antara Siem Reap dan Phnom Penh mendapat perhatian pelbagai pihak di Malaysia.

Mereka adalah golongan minoriti daripada 17 juta penduduk negara itu yang majoritinya beragama Buddha.

"Saya menunggu ketibaan rombongan khidmat masyarakat dari Malaysia, yang mengadakan majlis kenduri akikah atau korban sempena Hari Raya Haji setiap tahun," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati kehidupan penduduk Islam dan penduduk agama lain di situ rata-rata miskin dan mereka masih dihantui kesan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai.

Malah, rumah beratapkan nipah dan berdinding buluh selain kehidupan penduduk yang serba daif adalah pengamatan lazim sepanjang penjelajahan UMK dari Siem Reap ke Phnom Penh.

Selain itu, kebanyakan penduduk masih menggunakan perigi dan penggait buluh atau tali untuk mencedok air di samping ternakan lembu dan kerbau berkeliaran di tengah bendang yang kering kontang.

Semasa rombongan UMK menyusuri perkampungan air Tonle Sap yang bersambung dengan Sungai Mekong, penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk merayu simpati daripada orang luar.

Seorang penduduk bersama anak kecil dan isteri yang hamil mengejar bot rombongan UMK menggunakan sampan kecil berenjin galah untuk meminta sedekah.

"Mereka tidak menghiraukan keselamatan dengan meredah ombak dan arus deras," kata Noorhafizah Abd Razak seorang penuntut dalam rombongan UMK itu.

Selain itu, sekumpulan kanak-kanak menjerit ke arah rombongan UMK "One dollar sir, one dollar, sir" selain ada juga kanak-kanak yang menjual air tin bikarbonat yang dibawa dalam raga.

Rombongan itu sempat ke perkampungan Islam di Kampung Speu, Daerah Chamkarleu, Wilayah Kampungcham, serta mengadakan pertemuan dengan Mufti Kerajaan Kamboja iaitu Kamaruddin Yusof.

Di Masjid Anniakmah Kampung Cham, rombongan UMK mengadakan majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga Islam yang diketuai Imam Masjid berkenaan, Yusof Ali.

Penuntut UMK yang menjadi anak angkat juga mengadakan program di masjid dan sekolah agama di situ. Mereka mengadakan kelas fardu ain, bahasa Inggeris, agama selain acara sukaneka melibatkan kanak-kanak usia tujuh hingga 15 tahun.

Sementara itu, Prof. Ab Aziz berkata, inilah kali pertama program lawatan seumpamanya dianjurkan UMK sejak ditubuhkan pada 2007 dan UMK adalah satu-satunya IPT yang menawarkan kursus Teknologi Kreatif dan Warisan.

Ab. Aziz berkata, lawatan ke beberapa tempat warisan bersejarah termasuk Wat Angkor, Wat Thom, Wat Banteay itu juga adalah kajian lapangan bagi penuntut FTKW.

Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, August 14, 2011

Saturday, August 13, 2011

Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna



"Menyesal Dahulu Pendapatan,Menyesal Kemudian Tidak Berguna" peribahasa ini seakan-akan sudah dilupakan oleh rakyat Malaysia. Sejak merdeka 54 tahun yang lalu (31 Ogos 1957), negara ini terkenal dengan kehidupan yang aman damai. Mungkin generasi yang hidup akhir tahun 60an pernah merasai suasana tegang yang berlaku akibat rusuhan kaum yang juga amat diingati dalam sejarah tanahair "13 Mei". Selepas itu rakyat Malaysia kembali hidup aman damai hasil usaha kepemimpinan negara yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat, berjaya mengikat kembali tali perpaduan yang sedikit longgar.

Dalam tempoh lebih 30 tahun kehidupan rakyat di negara masih harmoni, namun selepas PRU ke 12 (2008) tali perpaduan kembali longgar malah semangat perkauman dan ketegangan antara kaum kembali hidup akibat sentimen politik yang dimainkan oleh manusia yang berselindung disebalik perjuangan untuk membela nasib rakyat. Manusia yang gila kuasa ini sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri dan keluarganya. Disatu pihak pula, mereka semakin berani menyentuh hal-hal yang sensitif kepada penduduk majoriti negara ini. Mengapakah hal ini berlaku? Apakah rakyat Malaysia tidak berani menghukum manusia-manusia yang menjadi dalang permusuhan ini?

Kehidupan yang harmoni bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dipertahankan di negara ini. Ibarat tersesat dipertengahan jalan, sebelum jauh berjalan kita kembalilah ke pangkal jalan. Tidak rugi untuk kita kembali ke pangkal jalan kerana setiap langkah kemajuan harus bermula dari langkah yang jelas, langkah yang suci, agar generasi yang menyusul kelak tidak keliru dengan bekas tapak kaki yang telah kita tinggalkan.

Kegilaan dan kengkuhan ahli-ahli politik yang durjana ini bukannya susah untuk diajar atau lebih sedap lagi 'dihukum'. Sebagai rakyat yang waras dan cintakan kedamaian, kita jangan malu dan jangan takut untuk tidak memberi undi kepada mereka. Pilihan raya adalah suatu hari yang sangat mujarab untuk kita menghapuskan penyakit yang melanda calon-calon gila kuasa ini. Jangan undi mereka. Cari pemimpin yang lebih baik. Pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat, pemimpin yang benar-benar menjaga hak orang Islam. Dan jangan pula kita sewenang-wenangnya memberi undi kepada golongan yang anti Islam. Sebagai penduduk yang majoriti dan bermaruah di negara ini, kita harus sama-sama mempertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia yang beragama Islam. Melayu-Cina-India-Dusun-Murut-Bajau-Bisaya-Kelabit dan sebagainya adalah kaum yang berbeza-beza budaya hidupnya. Namun dalam Islam kita adalah bersaudara selagi kita satu agama, dan selagi kita tidak merosakkan agama sendiri. Pemimpin politik Islam yang sanggup berjuang dengan mereka yang anti Islam dan yang suka menyalahgunakan agama islam untuk kepentingan politiknya harus disingkirkan daripada pentas politik negara Malaysia. Politik kotor harus dibersihkan dalam pilihan raya ke 13 nanti. Undi adalah rahsia, namun menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Berhati-hati dengan pemimpin politik yang suka bermuka-muka.

Friday, August 12, 2011

Bahaya Main Mercun : Sudah Terang Lagi Bersuluh



Kejadian anak-anak putus jari, mata buta, badan melecur akibat bermain mercun bukan perkara aneh di negara kita. Malah setiap kali umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan, perbuatan bodoh ini sering dilaporkan dalam media massa. Para penulis dan pelukis kartun juga menggunakan kemahirannya untuk menyindir golongan yang bodoh ini. Apa tidaknya sudah tahu mercun itu merbahaya yang boleh mencederakan anggota badan, tetap dibuat mainan. Dan yang lebih malang lagi anak-anak yang bodoh ini majoritinya anak-anak Melayu. Apakah anak-anak ini tidak dididik atau menerima pengetahuan tentang bahaya bermain mercun. Mohon maaf kalau perkataan 'bodoh' terlalu kasar untuk menunjukkan perangai anak-anak Melayu.

Saya juga keturunan Melayu dan pernah menjadi bodoh sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Tapi syukur saya tidak pernah cedera akibat bermain mercun. Ibu bapa pada zaman kanak-kanak saya dahulu, juga bising dan marah apabila melihat saya dan kawan-kawan bermain mercun. Kata-kata yang sering keluar dari mulut mereka "bah...mainlah kamu mercun, selagi tidak putus tangan kamu tu, jangan kamu berhenti main...main...main saja sampai putus tangan tu.."

Amaran oleh pihak kerajaan juga sudah lama dikuatkuasakan, sejak dahulu lagi memang sudah ada larangan bermain mercun. Jangan salah anggap dengan pihak kerajaan. Mungkin masalah yang sering diungkit oleh masyarakat sejak dahulu lagi ialah "kenapa mercun ada pada musim perayaan terutamanya penjualannya sangat berleluasa pada perayaan orang Islam iaitu Hari Raya. Orang Cina juga main mercun bila perayaan Tahun baru Cina disambut di negara ini. Orang India jarang kedengaran main mercun. Tapi anehnya amat jarang sekali laporan media yang mengatakan anak-anak Cina putus jari akibat bermain mercun di Malaysia. Kalau di negara China, mungkin yang mati akibat bermain mercun pun ada. Itu di sana bukan di sini. Asal saja menjelang Hari Raya Aidil Fitri, banyak laporan anak-anak Melayu cedera akibat bermain mercun. Kenapa mesti anak-anak Melayu. Bodoh sangatkah anak-anak Melayu, sehingga bahaya bermain mercun pun mereka tidak tahu. Salah siapa? 'Tepuk dahi tanya diri sendiri". "Sudah terang lagi bersuluh" "Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula"

"Ayah...kenapa tak boleh main mercun"...."Ibu...kenapa mercun tu bahaya" Sekali lagi saya mohon maaf kalau hasil tulisan ini menyinggung perasaan anda yang sedang membaca. Selamat Berpuasa.





Monday, August 8, 2011

Bahasa Inggeris Wajib Lulus SPM


Isu kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar (Melayu) di negara ini, bukanlah isu baharu. Dah lama dah!, isu ini sekejap timbul sekejap tenggelam. Like biscuit merry...now you see now you dont. Maaflah saya bukan mahu menyindir sesiapa. Ini adalah kenyataan, situasi yang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Dalam hal ini saya tidaklah pandai sangat bertutur dalam bahasa orang putih ni. Sikit-sikit boleh...lah.

Masalah kelemahan bahasa Inggeris yang dialami oleh pelajar-pelajar, khususnya pelajar Melayu/Bumiputera bukanlah kerana mereka tidak mahu belajar. Pada saya cara pelaksanaan mata pelajaran tersebut ketika ini agak lemah dan tidak terurus dengan baik. Pemikiran yang asyik menjurus kepada keputusan cemerlang dalam peperiksaan, menyebabkan para guru dan demikian juga pelajar ingin cepat menghabiskan sukatan pelajaran. Guru diarahkan menghabiskan sukatan pelajaran sebelum bulan Jun, manakala para pelajar tanpa segan-silu meluahkan perasaan bosan dengan cara pengajaran guru.

Pada saya aktiviti lisan itu sangat penting untuk memperbaiki kualiti pertuturan bahasa Inggeris pelajar. Aktiviti minggu bahasa Inggeris yang menarik seperti menyanyikan lagu-lagu Inggeris kegemaran pelajar harus digalakkan oleh para pentadbir sekolah. Janganlah kita asyik bertelagah dengan pemikiran yang kolot. Belajar menguasai pertuturan bahasa Inggeris bukanlah satu dosa kepada manusia. Tidak akan menjadi orang putih kalau orang Melayu belajar bahasa Inggeris. Kepentingan bahasa Inggeris dalam kehidupan kini yang penuh dengan persaingan ekonomi,harus menyedarkan kita (Orang Melayu). Sampai bila kita menjadi bangsa yang hanya tahu mengguna tapi tidak tahu mencipta, dan sampai bila kita menjadi bangsa yang hanya suka makan gaji daripada menjadi majikan yang mempunyai rakan niaga di seluruh dunia.

Akhirnya, saya cadangkan agar mata pelajaran bahasa Inggeris diwajibkan lulus untuk semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sunday, August 7, 2011

Masalah mata selepas usia 40 tahun


APABILA usia seseorang mencapai 40 tahun, keadaan matanya seolah-olah mengalami proses penuaan dengan cepat dan tanpa disedari perkara-perkara yang dahulunya mudah dilakukan seperti melihat paparan pada telefon bimbit atau membaca surat khabar kini menjadi semakin sukar.
Teknik-teknik pembedahan refraktif bagi mengatasi masalah penglihatan seperti rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisma telah banyak diperbaiki dan diguna pakai semenjak ia diperkenalkan seabad yang lalu. Bertahun-tahun kajian dilakukan oleh para doktor pakar sehinggalah mereka berjaya menghasilkan teknik mengatasi masalah rabun tua dan refraktif semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
Apakah presbyopia (rabun tua)?
Presbyopia berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘mata yang tua’.
Ia adalah satu keadaan yang berlaku apabila usia manusia semakin meningkat. Semua orang akan mengalaminya pada satu jangka hayat termasuklah mereka yang tidak pernah menghadapi masalah penglihatan pada usia muda.
Ia bukanlah sejenis penyakit. Berbilion penduduk dunia mengalaminya.
Semakin usia meningkat, otot-otot di sekeliling kanta mata semakin lemah dan tebal, menyebabkan ia kurang fleksibel dan efektif.
Ini menyebabkan mata hilang keupayaan untuk berubah fokus apabila melihat objek pada jarak-jarak yang berlainan. Ini menghasilkan presbyopia.
Penghidap gejala ini akan mula mengalami pandangan kabur pada jarak dekat seperti sewaktu membaca, menjahit atau berhadapan dengan komputer.
Ini lazimnya akan terjadi kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Presbyopia kadangkala mengakibatkan sakit kepala dan keletihan mata.
Psedu-Accommodative Cornea (PAC)
Ia merupakan revolusi pembedahan bagi mengatasi masalah rabun tua atau presbyopia.
Pembedahan ini adalah penyelesaian bagi presbyopia dan sekali gus membetulkan rabun seseorang (sekiranya ada). Perisian laser ini dicipta dan telah dipatenkan oleh Dr. Alain Phillippe Telandro, seorang pakar pembedahan mata berbangsa Perancis yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun.
Sebelum PAC diperkenalkan, masalah rabun tua cuma dapat dirawati dengan bantuan cermin mata atau kanta multifocal.
Perisian laser PAC digunakan bersamaan prosedur LASIK, LASEK atau EpiLASIK bagi membentuk kornea menjadi kornea yang bersifat multifokal.
Bentuk kornea menjadi lebih mendatar di tengah (memberikan penglihatan jelas pada jarak jauh) dan mencuram ke arah tepinya (memberikan penglihatan jelas pada jarak dekat).
Ini dapat mengekalkan bentuk ‘prolate’ kornea dan seterusnya mengurangkan masalah silau pada waktu malam. Selepas pembedahan laser PAC, pesakit dapat menikmati penglihatannya sehingga usia lanjut.
Lebih daripada 80 peratus pesakit tidak memerlukan pemakaian cermin mata selepas menjalani pembedahan PAC. Ia membolehkan mereka membaca seperti ketika mereka berusia 20-an. Sebilangan kecil sahaja masih bergantung kepada pemakaian cermin mata dengan power yang rendah.
Rawatan lain untuk presbyopia
Cermin mata dan kanta lekap: Seandainya anda tidak ingin menjalani pembedahan, cara yang baik adalah dengan memakai cermin mata atau kanta lekap.
Cermin mata untuk membaca dengan kanta istimewa seperti kanta bifocal (mempunyai dua titik fokus penglihatan, satu untuk jarak jauh dan satu untuk jarak dekat) dan multifokal (menyediakan peralihan pandangan yang agak licin dari jarak jauh kepada jarak dekat) yang mudah didapati di pasaran.
Jika bifocal atau multifokal tidak memberikan keselesaan, ‘monovision’ adalah satu lagi pilihan lain.
Dengan monovision, mata yang dominan (mata yang digunakan untuk memfokuskan kamera) digunakan untuk pandangan jauh, dan mata yang sebelah lagi digunakan untuk melihat objek yang dekat secara serentak.
Rawatan Keratoplasti Conduktif (CK): CK adalah satu lagi pilihan pembedahan yang disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat untuk rawatan presbyopia.
CK menggunakan tenaga frekuensi radio (RF) menggantikan laser untuk membentuk kornea dan membantu pesakit yang menghadapi masalah penglihatan dekat.
Prosedur CK dilakukan dengan penggunaan alat (probe) yang sangat halus, lebih halus daripada sehelai rambut.
Tenaga RF dihasilkan dan rawatan dilakukan mengikut lingkaran bulat di sekeliling kornea untuk pengecutan sebahagian kecil tisu-tisu kornea. Rawatan memakan masa yang singkat, lebih kurang 10 minit bagi sebelah mata.
Corak lingkaran bulatan menghasilkan jalur pengetat (seperti pengikat tali pinggang) yang mewujudkan bentuk lengkung pada kornea. Ini menambah keupayaan mata untuk melihat objek dekat dengan lebih jelas. Dengan cara itu keperluan untuk membaca dengan cermin mata dapat dielakkan.
Pesakit tidak perlu memakai pembalut mata selepas rawatan dan selalunya boleh pulang dan bertugas seperti biasa pada keesokan harinya. Kekeringan mata akan dirasai selama beberapa hari.
Penggunaan titisan air mata tiruan (artificial tears) dapat membantu mengurangkan masalah kekeringan ini.
Penglihatan mula bertambah baik dalam masa seminggu
Rawatan ini tidak memerlukan pembedahan tetapi malangnya keputusan pembetulan penglihatan melalui kaedah CK adalah sementara. Ini kerana semakin usia meningkat penglihatan pesakit semakin pudar dan berkemungkinan mereka memerlukan cermin mata rabun tua.

- Artikel daripada OPTIMAX EYE SPECIALIST CENTRE SDN. BHD.

Thursday, August 4, 2011

STATUS HUKUM INFINITY DOWNLINE & LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100



Sekadar berkongsi maklumat terkini berkenaan satu program yang sedang hangat dipromosikan oleh rakan-rakan Facebook saya dan mungkin juga rakan-rakan Facebook anda, iaitu program “Login Facebook Dapat RM100“. Saya banyak menerima pelawaan berkenaan program ini daripada rakan-rakan di Facebook, namun tidak terdetik di hati saya untuk menyertainya kerana perasaan was-was, malah program ini tidak begitu meyakinkan saya sebagaimana program yang pernah dijalankan oleh Paypal satu ketika dahulu iaitu Paypal Wishlist.
Malah, program ini juga pernah dibincangkan oleh rakan-rakan saya di Twitter dan mereka telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap program ini. Terkini, Ustaz Zaharuddin telah mengeluarkan kenyataan berkenaan hukum menyertai program ini dikalangan penganut agama Islam. Sila fahami kenyataan ini dan fahamkan, dan semestinya ini hanya membabitkan golongan yang beragama Islam sahaja. Jadi sila faham.
Saya kongsikan disini artikel yang dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin di Facebook berkenaan program ini dan penjelasan beliau mengenai hukum akan program ini disertai oleh golongan Islam.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findingsdan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut
_________________________________________________________________________
Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari’. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.
Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.
Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findingsdan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-
1. Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois‘, seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.
Domain “Whois”
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of “Infinity Downline” has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujukhttp://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)
Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.
Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.
2. Asal dan perkembangan syarikat
Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.
Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.
Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.
Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.
3. Produk yang dijual
Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio (termasuk berkenaan bible!) :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian
Berikut pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec

Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec

Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen’s Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05

Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec

Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec

Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec

Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec
Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti:-

Outsourcers Bible
Bedroom To Boardroom
You and Your Tattoo
Profitable Forex Trading
Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.
Oleh itu, saya yakin, produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti sampah yang dihias bagi mencatikan gambaran skim sahaja.
Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.
Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk.
4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)
Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.
Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .
REVERSE TWO UP SYSTEM
Yang difahami darinya :
· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)
· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)
· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun
· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)
CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.
Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa)

Level 1 – 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 – 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 – 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 – 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 – 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000
Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.
YURAN SETIAP BULAN
Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.
Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.
Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.
Penilaian saya:
Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.
Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.
Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).
Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.
Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.
KESIMPULAN AKHIR
1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. Niat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
13 Rabi’ul Awal 1431 H
27 Feb 2010
Artikel asal : http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/
Saya harap anda jelas mengenai hal ini dan saya hanya sekadar berkongsi maklumat ini dengan para pembaca laman blog ini semoga anda jelas dan faham akan program ini sebelum mengambil keputusan untuk menyertainya. Saya tahu ada yang sudah menyertainya dan bersungguh-sungguh mempromosikannya, jika anda salah seorang daripada mereka, apakah anda dapat apa yang dijanjikan dalam program ini?

Graf Garis Kompaun



Kata kunci = perubahan indeks di bursa saham Malaysia

Wednesday, August 3, 2011

Menilai ibadah puasa dari sudut rohani dan sosial


BULAN Ramadan adalah bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa. Perintah berpuasa ini disebut di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".

Menurut Allahyarham Profesor Dr. Hamka, perintah puasa seperti juga perintah Allah yang lain, bukanlah satu perintah yang kaku dan kering kerana ibadah puasa berupaya mengetuk hati, iman dan akidah. Amalan puasa dapat menyatukan akal dan perasaan, jiwa dan sanubari.

Ada dua sudut utama yang boleh kita lihat daripada amalan puasa ini, iaitu sudut kerohanian (agama) dan sudut sosial. Dari sudut kerohanian, ibadah puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Amalan puasa yang dilaksanakan dengan penuh penghayatan akan dapat membangun dan menyuburkan nilai ketakwaan dan kemanusian.

Dalam pengertian yang lain, puasa di bulan Ramadan adalah jalan atau cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia dapat dilakukan melalui pelbagai amalan yang digalakkan kita melakukannya di bulan Ramadan seperti bertadarus al-Quran, bertarawih, bertahajud, beriktikaf, memperbanyakkan zikir dan memperbanyakkan sedekah.

Segala bentuk amalan mulia itu dapat meninggalkan kesan positif dalam jiwa kita. Untuk menghidupkan Ramadan (ihya' Ramadan) dengan pelbagai bentuk ibadah perlukan kepada 'al-mujahadah' atau bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu.

'Al-mujahadah' dapat membantu kita ke arah pembentukan jiwa yang sentiasa takut (khauf) akan 'balasan akhirat' dan 'pengadilan Ilahi' di Padang Masyar nanti.

Berlapar dan dahaga semasa berpuasa dapat menjernihkan fikiran, mendorong kita lebih banyak beramal dan memperoleh al-hikmah (kebijaksanaan).

Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya: "Wahai anakku, jika perut terisi penuh, fikiran akan tidur, hikmah tidak akan muncul dan anggota tubuh akan malas melaksanakan ibadah".

Dari sudut sosial pula, ibadah puasa dapat mendidik kita menjadi insan yang tidak mementingkan diri sendiri. Sifat kehidupan dunia hari ini yang meletakkan hidup dalam lingkungan persaingan telah mendorong ramai di kalangan manusia menjadi individu yang egoistik dan individualistik.

Jati diri manusia mudah tenggelam di tengah-tengah keegoan dirinya sehingga penyakit rohani seperti iri hati, hasad dengki, dendam dan permusuhan sesama manusia semakin berleluasa dalam masyarakat.

Justeru, puasa yang dilakukan dengan penuh penghayatan akan membawa kita kembali untuk hidup bermasyarakat. Ketika berpuasa, semua kehendak nafsu akan dirasionalkan oleh akal sehingga lapar dan dahaga yang dirasai itu mampu menghapus rasa keangkuhan diri.

Kesedaran ini akan menumbuhkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab sosial. Sifat ini akan menjadikan kita lebih peka terhadap orang kurang bernasib baik serta mereka yang berada dalam kesulitan dan musibah.

Sifat belas ihsan ini akan mendorongnya menghulurkan pertolongan, terutamanya terhadap golongan yang hidup di bawah paras kemiskinan (fakir dan miskin).

Kesannya akan wujudlah hubungan harmonis antara golongan kaya dan golongan miskin. Ia sekali gus menolak fahaman Marxisme yang mengatakan golongan kaya dan miskin akan selalu bertentangan (bermusuhan) antara satu sama lain kerana si kaya selalunya menindas si miskin.

Hakikatnya, Islam adalah satu-satunya agama yang dapat menempatkan manusia dalam keadaan yang sama-sama lapar dan dahaga melalui ibadah puasa di bulan Ramadan.

Justeru, di bulan Ramadan yang mulia ini tunjukkanlah kemurahan dan kedermawan kita dengan mengeluarkan sedekah, infak dan zakat. Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan, tetapi puncak kedermawanan baginda adalah di bulan Ramadan.

Justeru, orang mukmin yang ikhlas hatinya akan berlumba-lumba menghulurkan pertolongan kepada golongan yang memerlukan. Hayatilah maksud firman Allah SWT, "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai." (ali-Imran :92).

Apabila kita memberi kepada seseorang maka hendaklah kita beri yang baik-baik kualitinya sesuai dengan apa yang dinyatakan al-Quran, "Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan darinya." (al-Baqarah:267).

Ibadah puasa yang dilakukan dengan penuh ikhlas dan keimanan juga akan dapat memupuk persaudaraan dan silaturahim sesama umat Islam. Inilah masanya hubungan dan perpaduan sesama umat Islam yang telah terjejas dipereratkan kembali.

Untuk mencapai semua kebaikan puasa itu maka perlulah kita laksanakan ibadah puasa kita itu dengan sempurna mengikut lunas-lunas al-Quran dan as-Sunah supaya amalan puasa Ramadan ini membawa kita kepada matlamat akhir iaitu menjadi insan yang bertakwa (al-Baqarah: 183).

Amalan puasa tidak sepatutnya dicemari dengan amalan keji seperti buruk sangka, kebencian, permusuhan, hasad dengki dan iri hati. Hendaklah kita menjauhi marah, mencaci dan mengata nista. Rasulullah SAW pernah ditanya, "Apakah yang menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia?" Lalu baginda menjawab, "bercakap dusta dan mengumpat".

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H / 2011



Selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.