Internet Adalah Medium Pengetahuan Masa Kini

Monday, June 28, 2010

UPSR - PMR - SPM

Cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR di negara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada semua lapisan warganegara Malaysia. Termasuklah diri saya sendiri. Secara peribadi, saya masih kabur dan sedang berusaha untuk memahami maksud tersirat di sebalik cadangan YB Menteri Pelajaran Malaysia sejak dua minggu yang lalu.

Jika diimbas kembali kenangan zaman persekolahan dahulu, saya dan sudah tentulah anda yang dilahirkan sekitar tahun 1960an, mengalami suasana persekolahan yang begitu indah untuk dikenang. Ketika itu tiada buku-buku yang tebal dan bersaiz besar dipikul hari-hari ke sekolah. Cukup buku latihan dan bekalan air kopi bersama nasi goreng kosong. Tiada komputer, tiada 'handphone' apa lagi alat yang dipanggil MP3. Sungguh canggih anak-anak sekolah pada hari ini.

Sungguhpun dahulu tiada peralatan canggih, namun sistem persekolahan tetap mewajibkan lulus peperiksaan. Saya masih ingat, dahulu kalau tidak lulus peperiksaan penggal 2, pelajar tersebut tidak akan naik kelas atau berubah ke darjah yang lain. Dahulu ibu bapa tidak marah dan hairan jika anaknya yang gagal peperiksaan,masih kekal darjah satu sedangkan sepatutnya berubah ke darjah yang lebih tinggi.

Hari ini sungguh mudah untuk naik ke tahap kelas yang lebih tinggi. Lulus atau gagal dalam peperiksaan semester, tetap akan berpindah ke kelas baharu. Jika keputusan peperiksaan tidak menghalang pelajar itu naik ke kelas yang lebih tinggi, maka sebenarnya peperiksaan tersebut tidak membawa kepentingan yang dapat dihargai oleh ibu bapa dan anak-anak khususnya yang berada di luar bandar.

Berbeza dengan pemikiran para ibu bapa yang berada di bandar. Kecemerlangan akademik adalah sesuatu yang wajib. Keputusan peperiksaan mesti semua atau banyak dapat Gred A.
Akhirnya mentaliti 'exam orientate' bercambah dengan pantas dalam kehidupan masyarakat bandar. Keinginan dan persaingan dalam mengecapi kehidupan yang menyeronokan, dengan gaji yang lumayan, kereta sport, hiburan berpanjangan, telah mendorong manusia bandar berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pendidikan.

Sekitar tahun 1970an dan 1980an, individu yang mempunyai pelajaran tinggi (memiliki Ijazah) begitu mudah mendapat pekerjaan khusunya dalam sektor kerajaan. Maka persepsi bahawa pelajaran yang tinggi akan memudahkan mencari pekerjaan begitu kuat tertanam ke dalam minda sehingga ke hari ini. ....bersambung esok.

Teknologi Komputer : Faedah dan Kesan

1. Manfaat teknologi Pengkomputeran
(a) Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran- Hal ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.- Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang berkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.

(b) Kemajuan sektor perindustrian– Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat, tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi manusia. Ini penting terutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.- Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan. Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang dapat dilakukan oleh tenaga manusia.- Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan.

(c) Kemajuan kesihatan- Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat penyakit berkenaan.- Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.

(d) Kemajuan sains dan teknologi- Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai persekitaran bumi.Maklumat ini kemudian dianalisis dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan.- Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga yang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia.

(e) Kemajuan pendidikan- Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran. – Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu.- Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.

2. Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan (a) Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI). (b) Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian ke atas masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar – meninggikan produktiviti guru. (c) Pendidikan jarak jauh. (d) Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan seterusnya seluruh sistem pendidikan negara. (e) Perpustakaan berkomputer. (f) Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan mencari maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.

3. Kesan-kesan negatif.
(a) Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan -hilang upaya dan lekas bosan bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam.
(b) Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi.
(c) Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan dan lain-lain yang tersimpan dalam komputer itu terbocor.
(d) Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa memusnah yang besar.
(e) Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat.
(f) Komputer mengambilalih kerja orang ramai – pengangguran.
(g) Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda.

Saturday, June 26, 2010

Pengajian Am Kertas 2 :Cara Menjawab Soalan Bahagian C

Soalan bahagian C mengandungi empat soalan kefahaman dan ulasan petikan teks. Biasanya nombor soalan bermula dengan :

5 (a) "Petikan teks..........................................................."

i. Soalan........................
ii. Soalan.......................

atau
(b) "Petikan teks........................................................"
i. Soalan.......................
ii. Soalan.......................
6 (a) "Petikan teks......................................................"
i. Soalan.....................
ii. Soalan.....................
atau
(b) "Petikan teks...................................................."
i. Soalan.....................
ii. Soalan....................
Nota: Calon hanya perlu menjawab dua soalan, iaitu satu soalan pada pilihan nombor 5 dan satu soalan lagi pada pilihan nombor 6.

Wednesday, June 16, 2010

RISIKO MEMBELI-BELAH SECARA ONLINE

MEMBELI-BELAH secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay, Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.

Namun, sejauh mana pula ketelusan keselamatan pembelian secara online itu sehingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan kebanyakan pengguna? Ketika ada pengguna yang bimbang dengan isu keselamatan itu tapi tidak pula mengambil pendekatan sewajarnya, ada pula segelintir manusia pandai mengambil kesempatan di atas kealpaan itu.
Ia turut dikaitkan dengan kehidupan sosial masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster yang menjadi antara penyumbang wujudnya pelbagai gejala sosial di Internet. Malah, penipuan itu turut berakhir di luar yang menyaksikan ramai pengguna internet terjerat dengan pelbagai jenis penipuan.

Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai.
Buktinya, 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama 2009.
Pusat Keselamatan Siber Malaysia pula mengandaikan penipuan melalui Internet dijangka terus meningkat berdasarkan kepada statistik semasa yang menunjukkan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.

Kedua-dua aspek berkenaan menyingkap masalah penipuan perbankan Internet yang dianggap semakin menjadi-jadi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Antara gejala paling popular adalah ‘phishing’ yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata laluan.

Penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan Internet dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber. Kerugian bukan saja dialami pengguna, malah pihak institusi kewangan turut terkena tempias sekiranya penipuan terbabit berlaku di pihak mereka.
Penulis cuba mendapatkan komen dan nasihat institusi kewangan mengenai kes yang banyak diperkatakan ini, namun hampa kerana kurang mendapat kerjasama kerana mereka bimbang hilang kepercayaan pelanggan.

Jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, kerugian menerusi penipuan Internet bank dikenal pasti menyumbang sebanyak 0.00002 peratus daripada jumlah transaksi menerusi Internet mana-mana bank pada 2008.

Merujuk kepada masalah global hari ini, phishing masih dikategorikan sebagai pengancam utama kepada industri perbankan Internet di Malaysia iaitu sebanyak 94 peratus aduan diterima. Usaha berterusan diambil semua bank di Malaysia bagi mengatasi masalah penipuan perbankan Internet seumpama ini.

Pada 2004, Internet Banking Taskforce (IBTF) dilaksanakan BNM bagi mewujudkan industri perbankan yang tersusun, bijak dan bekerjasama dengan agensi berkaitan agar mampu mengawal masalah keselamatan perbankan Internet.

IBTF yang diwakili agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Keselamatan Siber Negara (Cyber Security) serta bank di seluruh Malaysia, berusaha mencari penyelesaian dalam mengatasi isu keselamatan perbankan Internet, namun pada masa sama sentiasa memberi kesedaran dan maklumat semasa kepada pelanggan bank agar berhati-hati dengan pelbagai taktik penipuan.

Malayan Banking Berhad (Maybank) antara bank ternama di negara ini giat memantau dan sentiasa bekerjasama dengan pelanggannya agar berhati-hati dengan penipuan perbankan Internet. Pihak Maybank mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon daripada bank meminta pelanggan mengemas kini kata laluan dan nama pengguna atau memberi maklumat ‘transaction authorisation code’ (TAC).

Pelanggan dinasihatkan agar tidak mendedahkan sebarang maklumat dan pihak bank sama sekali tidak akan berurusan dengan pelanggan dengan meminta maklumat berkaitan.
Sekiranya pelanggan diperdayakan dan memberi maklumat terbabit menerusi telefon atau pelanggan klik sebarang ‘link’ di dalam e-mel, pelanggan perlu memaklumkan secepat mungkin kepada pihak bank bagi tujuan keselamatan.

MASALAH SAMA…semua bank di Malaysia tidak lari daripada isu pemalsuan e-mel.

MANGSA…antara e-mel yang cuba memperdaya pengguna akaun bank.
Mesej amaran seperti Amaran Polis, masalah teknikal pengeluaran wang atau masalah sistem perbankan Internet sama sekali TIDAK akan dihantar oleh pihak bank menerusi e-mel kerana pihak Maybank hanya memberi amaran kepada penggunanya menerusi gerbang Maybank2u.com.

Isu mengenai e-mel palsu serta phishing bukanlah perkara baru di negara kita. Pelanggan seharusnya memahami polisi pihak bank dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat sendiri kepada sesiapa pun.

Pihak bank sentiasa peka dalam melindungi pengguna agar kepercayaan pelanggan tidak terjejas dengan perkhidmatannya. Maka, bank mengguna pakai ciri keselamatan berdasarkan garis panduan BNM iaitu PIN dan biometrik.

Di bawah Akta Tanda Tangan Digital 1997, DigiCert mengeluarkan produk keselamatan yang dibekalkan kepada institusi kewangan, badan berkanun, pihak swasta dan kerajaan yang bertujuan melindungi pihak terbabit bagi sebarang perkara yang berkaitan dengan digital.
Bersesuaian dengan akta ini, DigiCert masih dalam penyelidikan untuk mengeluarkan sijil digital yang bakal dikembangkan menerusi aplikasi dalam telefon yang bertujuan untuk melindungi orang ramai.

Pengguna internet dinasihatkan agar sentiasa mengguna pakai perisian antivirus, antispyware dan firewall yang sentiasa dikemas kini di samping mengikuti perkembangan semasa mengenai penipuan perbankan Internet yang sering terjadi.

Usaha dan penilaian perlu dilakukan berterusan bagi memantau keselamatan pengguna perbankan Internet seperti menyekat terus alamat e-mel palsu yang menggunakan nama bank, sistem keselamatan tandatangan digital di laman web perlu ditingkatkan lagi dari segi penggunaan kod PIN dan soalan untuk ‘hint’ kata laluan seperti “Apakah nama ibu anda?, “Apakah makanan kegemaran anda?” atau “Apakah rancangan TV kegemaran anda?”. Ia dianggap antara soalan lazim dan mudah diteka. Oleh itu, perlunya perubahan yang lebih bersifat pemikiran yang kritis. Sekian, selamat maju jaya untuk semua pengguna internet di Malaysia.

Tuesday, June 15, 2010

Nasihat Daripada Seorang Jutawan Internet


Jupilin,

Seringkali saya di Tanya. "Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?"
Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

Pakar kewangan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan "Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?". Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.
Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.
Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?
Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.

Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik - ilmu diperlukan!
Jupilin, pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.




Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?

Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!

Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

Cara-cara mencari ilmu :

1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!
Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah, ilmu perniagaan Internet yang sebenar adalah amat penting. Saya sendiri telah gagal dalam perniagaan Internet pada tahun pertama menjalankan perniagaan (10 tahun lalu) oleh kerana kurangnya ilmu, dan yang penting sekali, memounyai ilmu perniagaan yang SALAH!

Pastikan anda memulakan apa sahaja perniagaan, sama ada perniagaan melalui Internet atau perniagaan konvensional dengan ilmu yang betul supaya anda boleh mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat dan berkesan.


Sekiranya berminat menjalankan perniagaan, anda dijemput menyertai antara seminar perniagaan Internet yang dianjurkan di bawah untuk menambahkan lagi ilmu anda dalam menjana pendapatan melalui Internet dari rumah...

Monday, June 14, 2010

Pengajian Am : Cara Menyemak Jawapan Calon Dalam Bahagian Graf

Bahagian D

Teknik yang paling cepat menyemak dan memberi markah kepada jawapan pelajar ialah:

SALAH MEDIA potong 14 markah

TIADA/SALAH TAJUK potong 9 markah

TIADA / SALAH PETUNJUK potong 9 markah

TIADA NILAI % / SALAH NILAI potong 9 markah

TIDAK SIAP MEDIA potong 12 markah

Tidur Makan Tengok Bola


Selama satu bulan bermula pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010, semua peminat bola sepak akan tidur makan tengok bola. Kali ini Afrika Selatan menjadi gelanggang pertarungan bintang-bintang bola sepak dari seluruh dunia. Pasukan pilihan untuk merangkul piala dunia 2010 bukan lagi milik mutlak pasukan Brazil. Ramai pemerhati bola sepak meramalkan edisi yang ke 19 ini akan menjadi milik pasukan Sepanyol, Argentina, Jerman dan juga England. Pasukan dari benua Afrika seperti Ghana, Ivory Coast dan tuan rumah Afrika Selatan tidak harus diketepikan untuk mencipta kejutan. Begitu juga pasukan Korea Selatan dan Jepun pernah menjadi tuan rumah bersama pada tahun 2002. Paling membanggakan ialah pasukan Korea Selatan yang dibarisi oleh pemain hebat Park Ji Sung, pemain Asia yang telah banyak mengecapi kejayaan bersama pasukan Manchester United. Jom kita sama-sama saksikan kemeriahan World Cup 2010.

Sunday, June 13, 2010

Filem Hebat Tahun 2010




"The Karate Kid" filem yang amat sesuai ditonton bersama keluarga, terutamanya pada musim cuti sekolah. Walaupun filem ini mempunyai tajuk yang sama dengan filem lakonan Ralf Machio sekitar tahun 1980-an dahulu, namun kehebatan filem ini terserlah melalui gandingan pelakon utamanya yang nampak begitu serasi walaupun baru pertama kali digandingkan. Kehebatan Jacky Chan tidak perlu didebatkan lagi, lagenda filem Hong Kong ini memang hebat setiap kali muncul dalam filem apatah lagi aksi-aksi pertarungan seni mempertahankan diri. Menonton filem ini seolah-olah anda sedang melancong ke negara China. Adegan Xiao Dre berlatih di Tembok Besar China begitu indah sekali pemandangannya. Begitu juga suasana penduduk China yang sedang lepak di taman-taman permainan. Ada yang bermain bola keranjang, bertaichi, bermain ping-pong dan berjoging. Satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah bagaimana pelajar-pelajar sekolah di negara China begitu seronok datang ke sekolah kerana wujud sistem pembelajaran yang tidak membosankan. Keadaan ini berbeza dengan negara kita yang asyik menekankan lulus peperiksaan dengan membaca buku. Buku..buku..buku. Tapi membaca buku secara online ok juga kan! taklah boring sangat. Bagi anda yang belum tengok filem ini, saya syorkan sementara cuti sekolah masih ada, belanjalah anak-anak tengok wayang sekali-sekala. Seronok..!! Selamat Menonton.

Wednesday, June 9, 2010

PERTAMA DI DUNIA


"Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."


PERTAMA DI DUNIA
- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an - mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini
Kelebihan Tafsir Quran Per Kata
- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar
- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
- Dilengkapi juga dengan terjemahan.
- Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang
Untuk malkumat lanjut sila ke laman web berikut http://www.bacaquran2u.com/index.php?ref=Jupilin

Tuesday, June 8, 2010

Jadual Spesifikasi Ujian

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta
memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Kepentingan JSU
􀀹 Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat
dilakukan secara terancang dan rapi.
􀀹 Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan
pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
􀀹 Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
􀀹Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
􀀹 Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke
setahun.
􀀹 Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Tuesday, June 1, 2010

NKRA PENDIDIKAN

NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
• Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.