Monday, December 27, 2010

PMR : Penilaian Menengah Rendah


Ucapan tahniah kepada semua pelajar PMR tahun 2010 yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang. Kejayaan anda adalah contoh kepada adik-adik anda, rakan-rakan anda, saudara-saudara anda dan termasuklah juga kepada mereka yang kurang cemerlang.

Setiap kejayaan yang dicapai sudah tentulah ada yang main peranan. Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar (mendidik), ibu bapa yang banyak memberi dorongan. Rasa syukur kepada Allah s.w.t juga tidak harus dilupakan, kerana sesungguhnya kejayaan dan kegagalan kita di dunia ini adalah atas ketentuanNya. Namun yang pasti... orang yang rajin berusaha pasti akan mencapai kejayaan. Kalau bukan hari ini...mungkin esok, lusa, tulat atau..???

"LULUS HARI INI TIDAK BERMAKNA AKAN LULUS JUGA HARI ESOK"
dan

"GAGAL HARI INI TIDAK BERMAKNA AKAN GAGAL JUGA HARI ESOK"

Dalam sistem persekolahan Malaysia, pelajar yang lulus atau gagal tetap akan berupaya meneruskan persekolahan ke Tingkatan Empat. Kemudian pelajar akan mengambil pula peperiksaan SPM ketika di Tingkatan Lima. Jadi adakah anda akan terus cemerlang atau akan terus kurang cemerlang dalam SPM nanti, inilah maksud kata-kata di atas. Fikir-fikirkanlah.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2011.








Sunday, December 26, 2010

Tidak minta lahir begitu

PAPARAN kisah Mashalizah minggu lalu menarik perhatian seorang guru dari kawasan luar bandar untuk turut memberikan pandangan tentang masalah anak tidak sah taraf yang ramai di sekolah-sekolah sekarang ini.

Cikgu Nordarlina dalam e-mel yang dikirimkan dan ketika kami berbual panjang di telefon Isnin lalu turut melahirkan harapan agar pihak tertentu terutama ibu, penjaga, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara turut memberi perhatian serius terhadap isu ini.

"Saya mengajar di luar bandar. Setiap tahun terdapat seorang, dua mungkin juga tiga orang murid yang tak sah taraf didaftar oleh penjaga di sekolah. Biasanya oleh nenek dan ibu kandung. Kita tahu anak-anak ini menerusi status maklumat tentang nama ayahnya, pekerjaan dan kad pengenalan yang ditulis "tidak diperolehi".

"Benar kata Mashalizah murid ini akan memencilkan diri, tidak berkawan dan bila ini terjadi sudah pasti pembelajaran mereka amat lemah. Bukan dia tak mahu berkawan, tetapi kawan-kawan yang menjauhkan diri daripadanya. Mungkin mereka sekampung atau kampung berhampiran dan kenal satu sama lain. Apabila jiran tetangga bersikap meminggirkan keluarga mereka secara tidak langsung ia menjadi ikutan.

"Lebih teruk lagi apabila nasib anak-anak malang ini juga menjadi bualan dan cemuhan masyarakat setempat.

"Jadi apabila di sekolah terpulanglah kepada guru-guru untuk mendekati, mendidik, merangsang dan mengasah potensi anak-anak ini. Mereka bukan bodoh, tetapi terpinggir dan tidak dipedulikan menyebabkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Yang sedihnya ada kalangan guru sendiri memburukkan keadaan langsung tidak bersimpati, mencemuh dan membiarkan mereka duduk bersendirian di belakang kelas dan melabelkan anak itu bodoh.

"Sebagai contoh seorang guru di sekolah saya bukan sahaja mencerca murid tak sah taraf ini, malah menghebahkan keburukan ibu dan keluarganya kepada guru-guru lain dengan menggelarkannya "anak harimau". Secara kebetulan beliau kenal dengan keluarga anak tersebut. Maka perasaan buruk sangka dan melabelkan anak itu bodoh dan tak berguna tertanam di minda guru-guru.

"Saya pernah menasihatkan guru tersebut supaya berhenti memburukkan anak malang itu.

"Tidak dinafikan memang anak-anak ini lembap dalam pelajarannya, mungkin kerana tidak dibimbing dengan baik oleh ibu atau penjaganya. Mungkin ibu dan datuk nenek tidak dapat menerima kehadirannya menyebabkan anak ini bertambah tertekan hidupnya. Oleh kerana dia masih kecil pasti dia tidak berani meluahkan perasaan apa lagi bersuara.

"Keadaan bertambah buruk bila anak ini semakin besar dan terus naik kelas sudah pasti surat beranaknya akan berpindah dari satu guru kelas ke guru kelas yang lain. Pastilah maruahnya semakin tercemar dan mengaibkannya lagi.

"Satu masalah lagi terdapat penjaga enggan memberikan surat beranak kepada guru apabila diminta sebab malu dengan keadaan anak yang tak sah taraf selain bimbang jatuh ke tangan orang lain, sudah pasti memalukan keluarga.

"Jadi kalau boleh saya nasihatkan penjaga supaya mengubah surat beranak anak tak sah taraf ini apabila anak itu mencapai usia dua tahun atau sebelum dia masuk ke tadika.

"Kepada Jabatan Pendaftaran Negara juga janganlah menyulitkan urusan tersebut sebaik sahaja menerima permohonan daripada penjaga demi masa depan anak tersebut. Guru juga boleh memainkan peranan menasihati penjaga yang bermasalah dan memberitahu bagaimana masalah itu boleh diatasi.

"Cuba anda bayangkan jika anak ini besar masuk ke sekolah menengah, apa perasaan dia bila tahu keadaan dirinya?

"Bukankah keadaan ini lebih memalukan dan menyulitkan. Ini merupakan salah satu masalah besar yang saya lihat akan timbul dalam masyarakat satu hari nanti terutama di sekolah luar bandar. Ingatkan sekolah bandar teruk, luar bandar pun sama teruknya.

"Satu lagi masalah pemberian komputer notebook kepada pelajar. Ada satu kes, pengawas perempuan jadi kebencian pelajar kerana kuat disiplin. Dia ditangkap dan dibogelkan gambarnya diambil dan disebarkan melalui Internet. Kes itu memang boleh ditutup, dipadam dan dihapuskan dari pengetahuan umum, tetapi bagaimana pula dengan perasaan pengawas malang itu? Bagaimana dia hendak menghadapi keadaan setelah dimalukan? Macam mana dia nak berdepan dengan masyarakat, kawan-kawan sekolah termasuk juga kumpulan remaja yang menganiaya dia, yang sudah pasti diterima kembali menyambung belajar di sekolah tersebut? Sudah pasti dia menghadapi tekanan perasaan.

"Saya bukan membantah tujuan baik kerajaan, tetapi kajilah dulu baik buruknya. Sekali-sekala turun padang lihat hasil pemberian tersebut adakah menepati kehendak. Jika tidak, cari jalan lain demi kebaikan bersama.'' Demikian cerita Nordarlina panjang lebar.

Sumber dipetik dan dipinjam daripada Utusan Malaysia.

Hanya guru berkelayakan ajar BM

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud (gambar) berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan ia selari dengan kehendak pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan SJKT hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh bertutur dalam dwibahasa dan perlu mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagi Tahun Tiga hingga Enam, guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mereka yang memiliki opsyen ikhtisas Pengajian Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dipetik daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran, di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, bagi SJKC dan SJKT dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah dipilih di kalangan guru berpengalaman dan boleh bertutur dwibahasa serta mempunyai kredit Bahasa Malaysia dalam SPM.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya semasa pelaksanaan proses penempatan, pertukaran dan penempatan semula guru di SJKC dan SJKT.

Wednesday, December 15, 2010

Perangai Buruk Pelajar Lelaki

Menagih DADAH - Buat Gengster - Merempit dengan motor bapa - Malas BELAJAR - Suka ESCAPE "keluar dari sekolah" - Melepak - MEROKOK dengan kawan-kawan (beli rokok dengan duit ibu bapa).
















Monday, December 13, 2010

Pengurusan Panitia

1. Fail Induk
1.1 surat-surat perhubungan luar

2. Fail Sukatan Pelajaran
2.1 sukatan pelajaran
2.2 huraian sukatan pelajaran
2.3 rancangan pelajaran tahunan
2.4 senarai buku rujukan
2.5 pekeliling ikhtisas yang berkaitan

3. Fail Mesyuarat
3.1 surat panggilan mesyuarat
3.2 minit mesyuarat

4. Fail Program Kecemerlangan
4.1 peranangan program
4.2 perlaksanaan program

5. Fail Keputusan Ujian dan Peperiksaan
5.1 analisa keputusan peperksaan peringkat sekolah
5.2 analisa peperiksaan mata pelajaran dalam peperiksaan umum
5.3 analisa pencapaian mata pelajaran peringkat sekolah
5.4 headcount
5.5 postmortem

6. Fail Penyeliaan
6.1 Jadual penyeliaan / pencerapan
6.2 Laporan penyeliaan pengetua/guru besar
6.3 Laporan penyeliaan Guru penolong kanan
6.4 Laporan penyeliaan rakan sejawat

7. Fail Pemeriksaan Buku Latihan
7.1 Jadual pemeriksaan buku latihan

8. Fail Aktiviti Ko-Kurikulum
8.1 surat-menyurat ko-kurikulum /akademik
8.2 Laporan ringkas aktiviti

9. Fail Bank Soalan

10. Fail Maklumat Guru Mata Pelajaran

Mutiara Kata Pencetus Minda : 1

Abdullah Al-Mubarak

  • Bijak atau bodoh bukanlah ukuran untuk kita mencapai kejayaan.

  • Empat individu yang dikenali dengan empat:
  1. Pengarang kerana karangannya
  2. Orang alim kerana jawabnya
  3. Orang bijaksana kerana perbuatannya
  4. Orang tabah kerana kesanggupannya bertahan

Kenapa Hitler Menghapuskan Bangsa Yahudi : 1


Maaf,mungkin anda tertanya-tanya tajuk di atas yang boleh menimbulkan kontroversi.

Tujuan saya menulis bukan bertujuan untuk mengagung-agungkan Adolf Hitler. Cuma memberi sedikit perkongsian yang saya kutip dari blog rakan-rakan untuk dikongsikan kepada anda semua.Jika anda seorang muslim yang taat pada perintah Allah Taala. Bezakan tindakan dan akhlak kehidupan anda sekarang berbanding dengan seorang yang memang terkenal di seluruh dunia sebagai penjenayah dan pengganas sepanjang zaman.Hanya Allah yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan sesuatu yang menjangkaui akal fikiran manusia.

Kebanyakan kita memang dan terkena tempias-tempias 'fitnah' dari barat yang sememangnya dikuasai oleh satu kekuasaan yang diberi izin Allah iaitu 'Fitnah Dajjal' umumnya yang dipelopori barat khasnya.Dan kehidupan kita sememangnya telah di 'program' untuk mengikut dan mengiyakan segala apa yang ditelunjuk oleh pihak barat yang sememangnya ego dan sombong tetapi secara senyap-senyap.Jika mereka hebohkan sudah pasti segala perancangan mereka tidak akan memberi hasil.

Assalamulaikum wbt..

Saya dapat artikal ni dari laman web. Menarik utk dibaca siapa Hitler sebenarnya yg selama ini kita ditipu oleh barat. Kisah Hitler ini dikirimkan dalam bentuk email menurut penulis laman web yang dirahsiakan atas sebab menjaga keselamatannya.


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"


Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Kenapa Hitler Menghapuskan Bangsa Yahudi : 2


Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Kenapa Hitler Menghapuskan Bangsa Yahudi : 3


Hitler sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir pasukan tentera. Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Sunday, December 12, 2010

Selepas Peperiksaan STPM : Apa Nak Di Buat?



"Aku mau relaks, aku mau makan angin, aku mau cari kerja....." masing-masing pasang niat selepas habis peperiksaan. Apa juga niat yang ingin dilakukan selepas ini atau lebih tepat sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan pada bulan Mac 2011, yang penting lakukanlah niat itu dengan perasaan gembira. Setiap individu mempunyai keinginan yang menyeronokkan.

Pada saya antara aktiviti yang baik dan menguntungkan ialah kerja sementara atau belajar melakukan kerja-kerja kemahiran. Biasanya selepas "exam" ramai calon STPM bekerja di pusat membeli-belah, pam minyak, kedai buku, kedai kopi dan sebagainya. Apa pula kerja yang memerlukan kemahiran?

Kalau para pelajar ambil tahu, banyak kerja di kampung yang memerlukan kemahiran. Menangkap ikan (memukat, memancing, menjala ) adalah antara kerja-kerja tardisional yang memerlukan kemahiran. Walaupun nampak senang, namun jika seseorang itu tidak pernah turun ke laut sebagai nelayan, agak susah juga untuk diperkatakan. Mabuk laut, berhujan, berpanas, mengharungi pukulan ombak adalah permainan seorang nelayan.

Begitu juga aktiviti berkebun memerlukan kemahiran yang hanya boleh diperolehi daripada mereka yang ada kebun. Tentu seronok melihat pokok mangga yang banyak buah. Tentu seronok melihat ikan banyak dalam baldi atau berenang-renang dalam kolam.

Perkara yang benar berlaku hari ini ialah kesukaran mencari kerja. Ramai graduan universiti yang masih menganggur. Jadi jika anda mempunyai keinginan untuk memiliki wang hasil daripada titik peluh sendiri, jangan malu untuk melakukan kerja-kerja sementara atau kerja kampung. Sekian.

Thursday, December 9, 2010

Jangan jadi penderhaka dan pengkhianat bangsa


Petikan ini saya ambil daripada Utusan Malaysia (Rencana) 9 Disember 2010

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah telah memberikan peringatan yang tegas dan jelas bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka kepada bangsanya sendiri.

Persoalannya, sejauh manakah peringatan baginda ini akan difahami oleh individu dan kelompok tertentu yang kita tahu sanggup melakukan apa sahaja demi politik.

Sebenarnya, sudah acap kali puak-puak berkenaan diperingatkan supaya tidak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu tetapi semua itu tidak diendahkan.

Sebaliknya dari semasa ke semasa demi mencapai cita-cita dan matlamat politik kelompok tersebut berterusan mencabar perkara berkenaan.

Adalah sesuatu yang malang kerana orang Melayu terpaksa berhadapan dengan individu dalam kalangan mereka sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan cita-cita mereka tercapai.

Kelompok seumpama itu sudah tidak lagi memikirkan kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Mereka akan menggadaikan apa sahaja dan sesiapa juga yang cuba mempertahankan ketuanan atau keistimewaan Melayu akan dianggap rasis.

Segala-galanya kerana mereka ingin merebut kuasa politik dan mencari pengaruh daripada kaum lain.

Kegelojohan dan kerakusan ini akhirnya akan memberikan kesan yang amat buruk kepada orang Melayu.

Perasaan hormat terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan umat Islam dengan sendirinya akan luntur akibat daripada perbuatan orang Melayu sendiri.

Justeru adalah tidak keterlaluan jika dikatakan, kelompok yang berbuat demikian dengan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu bukan sahaja menderhaka malahan mengkhianati bangsa sendiri.

Apa yang anehnya, kelompok ini akan berasa marah apabila dianggap pengkhianat, sebaliknya akan memberi seribu satu alasan bagi mempertahankan tindakan mereka.

Tetapi semua orang Melayu maklum mengenai kerakusan berpolitik mereka. Apa yang mereka inginkan hanyalah kuasa.

Mereka sengaja melupakan sejarah mengenai perjuangan orang Melayu di bumi Malaysia ini dan kenapa orang Melayu diberikan hak-hak keistimewaan tertentu tetapi dalam masa yang sama tidak meminggirkan kepentingan kaum lain.

Puak inilah juga memutar-belitkan fakta sewenang-wenangnya termasuklah mewujudkan tafsiran baru mengenai ketuanan Melayu.

Walaupun sudah berkali-kali diperjelaskan mengenai apa maksud ketuanan Melayu tetapi kelompok ini sanggup menderhaka kepada bangsa sendiri.

Mereka tidak mahu mendengar hujah dan fakta pihak lain, sebaliknya menganggap tafsiran mereka sahaja yang betul.

Oleh itu, kepada kelompok berkenaan, peringatan Sultan Azlan Shah tersebut tepat dituju kepada mereka. Mahu tidak mahu, mereka harus mengakui bahawa tindakan mereka sebenarnya meletakkan orang Melayu dalam bahaya.

Kalaulah isu keistimewaan atau ketuanan Melayu ditimbulkan oleh pihak lain tidak apa, tetapi ini dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Tujuan mereka, kononnya ingin menunjukkan keterbukaan dan merekalah pejuang kepada semua kaum.

Tetapi mereka sengaja melupakan bagaimana tindakan tersebut jika tidak dibendung boleh menyebabkan satu masa nanti orang Melayu sudah tidak ada apa-apa lagi di bumi sendiri.

Bak titah Sultan Azlan Shah, jika dibiarkan bangsa (Melayu) akan menghadapi kesesalan di kemudian hari kerana ketika itu kaum Melayu telah dipinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan. Namun percayalah, puak-puak yang rakus mencari kuasa politik ini tidak akan mempedulikan itu semua.

Atas sebab itulah golongan ini perlu ditentang habis-habisan kerana mereka tidak layak berada di bumi Malaysia ini.

Ia kerana perjuangan seumpama itu bukan sahaja akan merugikan orang Melayu, malahan akan turut mengancam kestabilan kaum lain.

Oleh itu, kepada puak tersebut, janganlah terlalu ghairah melihat segala-galanya dari sudut politik, jika tidak mahu dianggap sebagai penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa sendiri. Jadikanlah ingatan Sultan Azlan Shah sebagai peringatan sebelum ia terlambat.

Tuesday, December 7, 2010

Praktik lima asas Hijrah

Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

BULAN Muharam merupakan detik permulaan kalendar baru dalam Islam. Justeru, ketibaan tarikh 1 Muharam setiap tahun semestinya menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru dalam kehidupan seorang Muslim. Ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai pencapaian peribadi selama setahun yang lalu dalam konteks melaksanakan perintah Allah SWT. Oleh itu, beberapa asas hijrah wajar dipraktikkan bagi memenuhi tuntutan hijrah masa kini yang jauh berbeza dengan hijrah era Mekah dan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.

Hijrah sikap dan perbuatan

Segelintir umat Islam masih terbelenggu dengan pelbagai sikap buruk seperti hasad dengki, dendam kesumat dan sikap suka menyalahkan orang lain. Sikap buruk sebegini jika tidak diubati dikhuatiri akan merosakkan individu dan masyarakat Islam keseluruhannya. Ia umpama api dalam sekam yang boleh membakar pada bila-bila masa. Malah jika diteliti sikap buruk seperti ini akan menyebabkan umat Islam semakin ketinggalan dalam arus globalisasi yang membadai dunia dewasa ini. Golongan seperti ini juga jauh daripada rahmat dan perlindungan Allah SWT yang sangat diperlukan bagi mengharung liku-liku hidup di dunia yang beraneka ragam.

Terdapat juga umat Islam yang boleh diibaratkan seperti cakap tak serupa bikin. Perbuatan buruk mereka jauh menyimpang daripada ajaran syariat yang sebenar. Perilaku dosa seperti minum arak, berkhalwat dan berzina, merompak, mencuri dan membunuh termasuk bayi dalam kandungan sendiri seakan menjadi amalan biasa segelintir individu Muslim. Kesemua sikap buruk dan jenayah itu memerlukan kesungguhan dan azam yang tinggi untuk berubah dan kembali ke jalan yang diredai Ilahi.

Hijrah amal dan ketaatan

Bagi membendung perilaku buruk yang tidak bertepi, umat Islam diseru kembali ke pangkal jalan dengan memperbanyak amalan yang mampu mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Bagi yang tidak solat mahupun jarang-jarang melakukannya, dinasihat supaya mula berjinak-jinak dan mendampingkan diri kepada-Nya. Umat Islam juga sewajarnya menilai segala perlakuan ibadah setahun yang lalu sambil berazam untuk mempertingkatkan amalan agar lebih sempurna dan berkualiti.

Ketibaan 1 Muharam juga boleh dijadikan landasan untuk menggembleng usaha dan tenaga berbakti kepada Ilahi. Permulaan yang baik seperti membaca doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai sama ada di rumah bersama seisi keluarga, mahupun di masjid dan surau-surau mampu memberi impak yang baik kepada amalan sepanjang tahun. Seterusnya, ia diikuti pula dengan amalan-amalan yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim seperti berbakti kepada Allah SWT dengan berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan fardu haji, selain amalan berbentuk jama'iy dan kemasyarakatan seperti berbuat baik kepada jiran, menolong dan membantu sesama manusia terutama golongan miskin dan kurang upaya. Dwi amalan yang diperintahkan ini akan mempertaut hubungan manusia dengan Allah SWT dan dalam masa yang sama mempererat hubungan sesama manusia.

Hijrah ilmu dan pencapaian

Secara umumnya, umat Islam agak ketinggalan dalam aspek ilmu dan kemajuan teknologi jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Malah, terdapat negara-negara tertentu yang boleh dicontohi seperti China dan Korea yang begitu drastik bangkit sebagai kuasa baru dunia dalam pelbagai aspek termasuk kemajuan daripada sudut sains dan teknologi.

Sehubungan itu, pelbagai lapisan masyarakat Islam hendaklah menghayati tuntutan mencari ilmu dalam apa saja kegiatan seharian. Ini kerana ilmu boleh diperoleh di mana sahaja sama ada melalui kaedah pendidikan formal seperti di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, mahupun ilmu sepanjang hayat yang ada di persekitaran hidup manusia. Malah, pengalaman manis dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang juga merupakan ilmu yang sangat berguna jika dapat dimanfaatkan dengan sempurna.

Hijrah dalam konteks ini juga dilihat mampu mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam terdahulu sehingga umat Islam hari ini disegani dan dihormati di mata dunia. Ia sekali gus berupaya menolak pelbagai fitnah dan tohmahan seperti agama ekstrem dan menaja keganasan yang biasa ditujukan kepada umat Islam sedunia.

Hijrah ekonomi dan pemilikan

Umat Islam di Malaysia secara khususnya dan di beberapa negara Islam amnya agak jauh ke belakang daripada aspek ekonomi dan pemilikan harta. Ini berlaku kerana sikap sebahagian umat Islam yang berhati-hati dan berwaspada daripada menjadi hamba duit dan harta sehingga menghalang usaha mendekatkan diri kepada Ilahi. Ia boleh juga terjadi kerana kekeliruan dalam memahami falsafah pemilikan harta yang telah digarap sempurna dalam syariat Islam. Akibatnya, umat Islam terpinggir daripada arus pemodenan dunia yang sangat diperlukan dalam konteks membina semula ketamadunan manusia.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan salah faham segelintir umat Islam yang menolak dunia dan melalui kehidupan zuhud tanpa bersandarkan kepada realiti kehidupan masa kini yang berbeza daripada zaman awal Islam terdahulu.

Justeru, penglibatan umat Islam dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta juga penting untuk direalisasikan dalam dunia kini. Walau bagaimanapun, ia wajib mematuhi garis panduan memperoleh, memanfaat dan mengagihkan harta menurut perspektif Islam. Penglibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi yang berteraskan riba' demi mencari keuntungan berlipat kali ganda adalah diharamkan. Selanjutnya, amalan buruk penipuan, berbuat zalim dan mengambil hak orang lain tanpa hak adalah tidak sesuai dengan amalan ekonomi Islam. Di samping itu juga, konglomerat Islam perlu memahami ada hak zakat yang diwajibkan dan sedekah sunat daripada harta yang perlu dilunaskan. Ini bagi mengelak kerosakan yang lebih besar kesan daripada kegiatan ekonomi yang tidak berteraskan kehendak Islam sebenar.

Hijrah kepada Islam yang syumul

Akhirnya, para Muslimin diseru menghayati ketibaan 1 Hijrah bukan dalam pengertian sambutan tahun baru yang difahami oleh golongan yang tidak mengerti agama yang syumul. Sambutan tahun baru juga bukanlah perayaan yang hanya diraikan di merata tempat. Lebih daripada itu, tuntutan melestarikan falsafah hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang sanggup bergadai nyawa dan harta demi kepentingan Islam wajib dicontohi.

Untuk tujuan itu, umat Islam hendaklah kembali melaksanakan Islam dalam segala gerak-geri kehidupan. Maknanya, seluruh kehidupan Muslim mesti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan hukum dalam menanggapi pelbagai persoalan hidup yang kompleks dan penuh cabaran dewasa ini. Syariat yang syumul sememangnya bersesuaian untuk direalisasikan dalam konteks kehidupan bernegara, bermasyarakat dan yang pasti untuk keperluan setiap individu. Persoalannya, adakah umat Islam masa kini berbangga menjadi individu Muslim lalu sanggup melaksanakan segala peraturan agama dalam segala lapangan kehidupan.

Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON

Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Sumber :Utusan Malaysia

Saturday, December 4, 2010

Adakah Anda Manusia Seperti Ini?


Sebenarnya kekayaan dan kemiskinan adalah suatu yang relatif. Tidak ada pengukur sebenar yang boleh mengukur kekayaan sebenar. Ada orang yang dikatakan kaya, pada hal dia sebenarnya seorang miskin. Ada orang lain pula, pada zahirnya miskin, tetapi dia adalah kaya. Ada orang kaya harta, tetapi miskin budi pekerti, yang lain pula kaya budi pekerti tetapi miskin harta benda. Ada orang kaya ilmu, kaya pahala, kaya kawan rakan, kaya budi, kaya pingat, kaya anak pinak dan sebagainya. Tetapi semuanya itu tidak menjadi ukuran kekayaan dan kemiskinan. Hari ini manusia lebih banyak mementingkan harta benda (dunia) sehingga sanggup melakukan apa sahaja yang boleh menjadikannya kaya di dunia.

Sunday, November 21, 2010

Yakin Boleh

Hari yang ditunggu-tunggu dan mungkin juga hari yang ditakuti akhirnya datang juga pada 23 November 2010 ini. Semua calon Peperiksaan STPM dan juga SPM akan mula menjawab soalan pada hari Selasa jam 8.00 pagi. SELAMAT MENJAWAB. Jangan risau...berkat usaha dan doa daripada semua guru serta ibu bapa, ANDA PASTI BOLEH JAWAB. InsyaAllah. Yakin Boleh!

Monday, November 8, 2010

Sejarah Wajib Lulus SPM


Isu mewajibkan lulus mata pelajaran sejarah kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seharusnya tidak membimbangkan pihak yang berpandangan negatif terhadap kerajaan khususnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Cadangkan ini sebenarnya pada saya bukanlah sesuatu yang aneh atau luar biasa. Bagi anda yang bersekolah sekitar tahun 1970-an, sudah tentu masih ingat antara mata pelajaran yang kita belajar di sekolah rendah pada waktu itu ialah SEJARAH atau juga disebut TAWARIKH. Saya masih ingat pada tahun 1979 ketika bersekolah di SRK Sembulan, Kota Kinabalu, cikgu sejarah saya pada waktu itu ialah Cikgu Wahab. Kami belajar asal-usul penduduk di Tanah Melayu seperti orang asli (Senoi dan Jakun). Pengetahuan tentang sejarah asal-usul pembukaan Melaka juga kami peroleh daripada buku ini.

Cadangan KPM memperkenalkan mata pelajaran SEJARAH kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mulai tahun 2011 seharusnya disokong oleh semua pihak. Hari ini banyak kajian yang mendapati golongan remaja di negara ini semakin lupa SEJARAH negara sendiri. Sejak kebelakanagn ini banyak peristiwa yang menunjukkan kebiadapan remaja terhadap negara sendiri boleh kita baca, lihat dan dengar dari pelbagai jenis media. Menghina lagu negaraku, memperlekehkan bendera MALAYSIA, mengutuk para pemimpin yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara, sudah menjadi perkara biasa kepada para remaja.


Friday, November 5, 2010

Terap kemahiran hidup kepada anak-anak

SEANDAINYA wujud tiga keadaan di pejabat yang mana seorang pekerja itu memiliki kelulusan tinggi dan cemerlang, tetapi apabila dia bercakap atau mengeluarkan arahan, ia membuatkan orang lain sakit hati. Kedua, seorang pekerja berpendidikan dan kemahiran tinggi, dia hanya tahu melaksanakan tugasnya dengan baik dan sering mendapat pujian dan bonus daripada majikannya. Bagaimanapun, dia kurang kebolehan bersosial. Ketiga, seorang pekerja mempunyai pendidikan dan sikap yang amat baik. Dia memiliki kemahuan belajar dan mencuba yang begitu tinggi dan mesra dengan semua orang yang bekerja dengannya.

Di antara ketiga-tiga keadaan itu, yang mana satukah kita mahu wujudkan dalam pejabat atau masyarakat kita? Sudah tentu kita menginginkan keadaan ketiga iaitu seorang insan yang baik, berpandangan positif, mahu belajar, tidak sombong dan terbuka.

Kajian yang dibuat oleh sebuah universiti terkemuka dunia, Harvard Business School mendapati kepintaran ilmu dan kemahiran hanya menyumbang kepada 10 hingga 25 peratus kejayaan sebuah institusi perniagaan. Ini bermaksud sebanyak 80 peratus kejayaan syarikat atau institusi bergantung kepada sikap pekerja yang menganggotainya.

Apa yang membezakan diri kita dengan orang lain adalah sikap. Perbezaan ketara orang-orang yang berjaya bukan sepenuhnya datang daripada pendidikan tinggi yang dimilikinya, tetapi sikap yang ada pada dirinya. Cuba kita ambil contoh ahli perniagaan berjaya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Datuk Loh Boon Siew. Mereka bukannya berpendidikan tinggi sehingga memperoleh ijazah Doktor Falsafah, tetapi kejayaan yang mereka capai amat sukar ditandingi.

Mengapa? Jawapannya adalah ‘sikap’. Sikap penentu segala-galanya kerana di dalam sikap yang mulia itu, wujud keyakinan dan kemahuan yang amat tinggi. Sikap inilah yang perlu dibentuk, bukannya kelulusan akademik semata-mata. Sekiranya hanya kelulusan akademik dan kemahiran diberi perhatian sepenuhnya dalam membentuk generasi baru, suatu hari nanti banyak penyakit sosial yang kronik akan timbul.

Maka akan lahirlah generasi pekerja yang hanya fizikalnya hadir di pejabat tetapi tidak hati nuraninya. Ini kerana hidupnya hanya semata-mata untuk keadaan dan suasana pekerjaan yang dipimpin oleh majikan atau orang-orang yang tidak memiliki sikap yang mulia.

Tidak dinafikan pendidikan itu penting kerana menerusi pendidikan, lahir kemahiran. Mauduk pendidikan subjektif sifatnya, manakala memperoleh ilmu itu sifatnya berterusan. Ini kerana proses menimba ilmu boleh berlaku melalui pembacaan, pemerhatian, perasaan, pemikiran dan sebagainya.

Bagaimanapun, penekanan terhadap pendidikan seperti di sekolah hari ini yang begitu kaku akan menyebabkan generasi masa depan hilang kemahiran hidup yang diperlukan. Kehidupan bertunjangkan ‘robot’ yang tidak ada perasaan menyebabkan perkara yang senang disusahkan dan perkara yang susah bertambah sukar sehingga timbul tekanan psikologi dan hidup.

Justeru, berlakulah satu keadaan yang pernah diutarakan oleh pemikir ulung, Jacque Rousseau bahawa ‘kemodenan membuat kehidupan kita bertambah mundur’.

San Francisco di California, Amerika Syarikat terkenal dengan The Golden Gate Bridge yang panjang dan tinggi. Namun dengan kemodenan hidup, jambatan ini jugalah menjadi tempat popular untuk orang-orang yang mengalami tekanan jiwa terjun membunuh diri. Mengapa ini berlaku dalam sebuah negara yang maju, moden dan masyarakatnya ‘terdidik’?

Hakikatnya, ramai yang menjadi mangsa tekanan hidup akibat kemodenan dan kekayaan yang menghimpit kehidupan. Corak kehidupan sebegini sudah menampakkan kelibatnya di negara-negara Asia seperti Jepun, Singapura dan China. Apakah kita mahu rakyat Malaysia berhadapan dengan corak hidup sebegini? Inilah akibatnya jika umat manusia diukur atau dibentuk berlandaskan pencapaian merit akademik semata-mata sehingga menyebabkan mereka bergantung pada satu kemahiran dan kebolehan sahaja.

Media arus perdana juga ada peranan yang perlu dimainkan. Setiap kali keputusan peperiksaan utama negara seperti SPM dan STPM, pihak media membuat liputan meluas mengenai pencapaian akademik yang cemerlang. Ini menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan budaya menekan anak-anak untuk mendapat keputusan A dalam setiap pelajaran sehingga meminggirkan fakta bahawa aspek kemahiran hidup juga penting.

Kemahiran hidup seperti kemampuan bersosial dengan sopan dan penuh tatasusila, memiliki disiplin kendiri dan sikap yang baik dipinggirkan sehingga anak-anak hanya pandai dalam kaedah atas kertas semata-mata.

Kemahiran hidup sangat penting kerana di dalamnya ada elemen tambah nilai yang boleh digunakan dan bermanfaat untuk mengimbangi kehidupan biasa seorang insan dalam hidup bermasyarakat. Maka, pendidikan nasional wajar mengimbangi pendidikan berorientasikan peperiksaan dan pemarkahan dengan pendidikan berorientasikan kebolehan dan kemahiran individu.

Kerangka pendidikan dan pengajaran ini perlu bermula sewaktu sekolah rendah lagi kerana pada masa inilah, anak-anak begitu aktif dan suka mencuba perkara baru. Pembelajaran anak-anak di sekolah rendah perlu diselitkan dengan kaedah dan bahan pengajaran yang boleh membuat mereka gembira. Lawatan sambil belajar adalah satu pendekatan yang sangat baik dengan syarat adanya tempat-tempat yang sesuai untuk proses pembentukan pembelajaran ini.

Sudah tentu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menyelitkan latihan amali sukar dibuat. Ia memerlukan penglibatan sepenuhnya oleh guru. Maka guru harus menggunakan kreativiti mereka untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini. Pihak sekolah dan kerajaan perlu memberi dorongan yang kuat kepada guru bukan setakat motivasi diri dan pelbagai kursus peningkatan diri, tetapi juga dana atau peruntukan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti-aktiviti kelas yang mendatangkan manfaat kepada anak-anak.

Sekiranya, elaun seperti elaun keraian, pengubahsuaian bilik pejabat, elaun kritikal dan sebagainya yang menelan belanja besar boleh diperuntukkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, mengapa tidak diberikan peruntukan kepada guru-guru yang bergelumang hidup dengan susah senang mengajar anak-anak kita, pelapis masa hadapan?

Ibu bapa juga wajar memahami bahawa selain pihak sekolah menyediakan prasarana untuk anak-anak menimba ilmu yang jelas condong ke arah pencapaian akademik, ibu bapa perlu mendedahkan sebanyak mungkin aktiviti-aktiviti amali yang dapat membantu anak-anak membina kemahiran hidup. Anak-anak perlu didedahkan dengan kesusahan dan berdikari menerusi penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sosial hujung minggu seperti gotong-royong kejiranan. Suasana kehidupan kampung sudah tentu dapat membantu proses ini.

Kemahiran hidup merupakan aspek penting bagi mengimbangi kehidupan pelajar. Melalui pembinaan aspek ini sahajalah maka terbentuknya keyakinan diri, kesungguhan, fokus, budi pekerti, hormat, dan kegembiraan. Dengan pendedahan kepada asas kemahiran hidup di peringkat awal pembesaran, anak-anak akan cerdas dan seronok menimba ilmu, bukan setakat pada apa yang ada dalam buku teks atau kelas semata-mata, malah mereka akan mampu menggunakan kebolehan berfikir, memerhati dan merasa apabila melakukan aktiviti luar darjah.

Dengan ini, bakat mereka akan terserlah mengikut keunikan diri masing-masing. Semoga apabila mereka dewasa, mereka tidak menyesal dengan apa yang mereka telah lalui dan peroleh di sekolah. Mereka inilah yang akan mampu mengharung tekanan hidup. Mereka jugalah yang akan sentiasa menambahbaik sistem pembelajaran sedia ada agar sesuai dengan zaman mereka.

Suzalie Mohamad

Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM

Monday, November 1, 2010

Laras Sains Pengajian Am Kertas 2

http://www.tutor.com.my/estidotmy

Pengetahuan Am khususnya tentang sains amat penting kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan STPM. Soalan bahagian B bagi mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2, mengemukakan dua soalan tentang isu-isu sains. Oleh yang demikian saya mencadangkan agar pelajar-pelajar calon STPM selalu membaca laman web seperti yang anda nampak di atas. Sekali lagi saya menyeru, gunakanlah kemudahan internet yang diberikan oleh ibu bapa atau pihak sekolah untuk meningkatkan tahap pengetahuan am anda. Selamat belajar.

Sunday, October 31, 2010

RUKUN NEGARA



Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara liveral terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut;

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Saturday, October 30, 2010

Cara Menjaga LCD Handphone


Jika handphone anda masih dalam warranty sebaiknya jangan melakukan perubahan atau dalam bahasa Inggeris "Modification". Kalau rosak tiada ganti rugi.

Pada kebiasaannya setiap handphone "touch screen" akan mengalami masalah pada bahagian LCD selepas 2 tahun digunakan. Jika demikian datanglah ke servis rasmi untuk membaikinya.

Jangan rajin goncang-goncang handphone anda. Maklumlah paparan skrin akan berubah-ubah bila digoncang. Canggihlah...katakan! LCD akan mudah rosak jika anda suka goncang-goncang handphone semata-mata nak tunjuk kecanggihannya.

Jangan gunakan kuku yang tajam (biasanya kaum perempuan) bila gunakan aplikasi "touch screen" biasakan pakai pen yang telah disediakan. Kuku yang tajam boleh mengoyakkan skrin. kalau dah koyak...abislah...LCD jadi gelaaap... saja.

Jangan dedahkan handphone anda pada cahaya matahari yang tengah panas terik. Ini akan mengurangkan kualiti kristal pada LCD.

Jangan jatuh sehingga pecah skrin handphone. Kalau suka pakai tali dan gantung pada leher. Kalau mau smart lagi...beli sarung "beg" lekat di pinggang. ceh..!!! macam pegawai koprat. Jangan jadi keparat sudah. Bergaya tapi penjahat. Perempuan kurang masalah...sebab handphone dalam beg sikut. Cuma masalahnya...dalam beg sikut tu banyak benda lain. Gincu...mekap...pencabut bulu kening...gunting bulu kaki...kacip kuku...kunci kereta...tisu...ehh!! banyaknya..sampai susah mau cari handphone bila ada call. Tapi itu aku tak hairan...biniku pun sama juga, dalam begnya macam-macam ada. Ok..lah itu saja perkongsian yang sempat saya tulis hari ini. Selamat menjaga handphone yang mahal...tu.

Friday, October 29, 2010

5 Sebab Aku Menolak

Ehmm!!! sudah seminggu aku tidak "update" blog ini. Sebenarnya aku terpilih untuk bermain golf bagi mewakili ZON SELATAN dalam MSKPPM Tahun 2010. Main di lapangan golf Dalit Tuaran, Sabah. Keputusannya sekali lagi pasukan Tawau menjadi juara keseluruhan. Tahniah! Orang Tawau bah...tu!

Sepanjang bermain golf sempat juga aku bertanya dan merisik-risik kawan-kawan yang datang dari Sandakan tentang Tongod. Ada yang jawab "ok...bah SMK Tongod tidak jauh dari Telupid". Kawan yang satu lagi cakap..."kalau setakat Ketua Bidang...inda payahlah kau pigi. Kau tunggu saja time based".

Jadi selepas beberapa hari berfikir...aku mengambil keputusan atas 5 sebab yang berikut:
1. Aku buat pinjaman bank untuk buat rumah...mestikah aku tinggalkan rumah yang baharu siap.
2. Sekolah baru (SMK Tongod) cuma gred B tiada kelas form six, sedangkan aku sudah 8 tahun mengajar kelas STPM.
3. Aku percaya kalau aku menolak pasti ada guru lain yang sanggup mengambil alih kekosongan jawatan yang ku tolak.
4. Aku tidak sanggup meninggalkan keluargaku semata-mata mengejar kenaikan gaji yang besar. Ibuku masih mengharapkan aku membawanya berjumpa doktor setiap bulan.
5. Rezeki Allah s.w.t tidak akan habis setakat tahun 2010.


Saturday, October 23, 2010

Lambaian SMK Tongod : Petang

"Seterusnya dijemput EN.Jupilin Bin Rangin dari SMK Kuala Penyu" ungkapan yang berulang-ulang dari meja pengacara majlis cuma kali ini namaku yang disebut. Dengan perasaan berdebar-debar ku angkat juga kakiku yang sejak tadi sudah tidak sabar untuk bergerak membawa diriku ke arah pegawai yang sedang memegang sampul surat rasmi tercetak "Urusan Kerajaan Malaysia".

"Terima kasih puan..!!" ucapku selamba tapi penuh hormat. Saat itu juga kedengaran suara-suara gembira dari rakan-rakan yang sudah membuka sampul suratnya. Debaran hatiku semakin laju bagaikan aku sedang berlari mengejar bola yang terlepas dari kaki pertahanan pskkps Kuala Penyu. "Aduh...!!!! matilah...aku kena di Lahad Datu" tiba-tiba mataku mencari suara gelisah yang mengeluh di sebalik tiang.

"Bah..!! Jup bukalah sampul surat tu" suara si Alfred dari daerah Keningau. Rakanku yang masih mengenali diriku. Sudah lapan tahun kami tidak bertemu sejak menamatkan pengajian di UMS. Nasib baik ada Facebook yang setia menemukan wajah-wajah yang semakin berubah.

"Bismillah" sedikit demi sedikit sampul surat ku buka. Lembaran pertama dan kedua tidak perlu ku baca. Tanganku sepantas tangan kucing menyelak lembaran yang ketiga."Aduh..!! keluhan yang kudengar tadi...rupa-rupanya terpaksa juga aku luahkan. Dengan nafas yang panjang turun naik...aku melihat dan membaca perkataan "SMK TONGOD" Telupid, Sandakan. Aku terpegun seketika. Mata tidak puas melihat perkataan SMK TONGOD. Tiba-tiba lamunanku terhenti bila si Hamidey menepuk bahuku. "Macam..Jup! mana kau posting?" Mulutku terkunci...hatiku sebak..kuhulurkan saja surat posting itu kepadanya. "SMK TONGOD" Hamidey bersuara perlahan tapi wajahnya sempat merakamkan rasa simpati kepadaku. Kami sudah kenal lama. Dia tahu siapa aku dan aku juga tahu siapa dirinya. Dia tahu aku sudah berumahtangga...isteriku juga seorang guru. Dia tahu aku ada tiga orang anak. Dia juga tahu baharu dua bulan rumahku siap di Kg.Palu-Palu, Kuala Penyu. "Fikir-fikirlah dulu..Jup!" Hamidey meredahkan perasaan sedihku.

(bersambung...)

Tuesday, October 19, 2010

Memperkasa generasi muda dalam Bajet 2011

GENERASI muda adalah tonggak dan harapan masa depan negara. Kekuatan sebuah negara bergantung kepada kecemerlangan generasi muda. Malaysia juga tidak terkecuali. Justeru, Bajet 2011 yang diumumkan pada Jumaat minggu lalu banyak menekankan mengenai strategi untuk memperkasakan generasi muda.

Strategi-strategi ini jika dapat dilaksanakan secara berkesan, hasilnya sudah tentu amat menguntungkan negara dalam tempoh jangka masa panjang. Sebagai contoh, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah, kreativiti, inovasi dan daya saing. Lima elemen ini merupakan perkara terpenting untuk memperkasakan generasi muda.

Sistem pendidikan yang sedia ada hanya mencakupi kecemerlangan pendidikan berasaskan peperiksaan semata-mata. Generasi muda perlu diasuh agar mempunyai daya pemikiran yang tajam dan dapat menyelesaikan masalah dengan segera menggunakan kaedah yang paling tepat.

Pengumuman untuk memansuhkan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2016 dan mengubah suai kaedah penilaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) agar tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata, merupakan pemangkin untuk menjadikan generasi muda lebih kritis dan mempunyai daya pemikiran yang tajam.

Suasana dan keadaan masa depan bukan ditentukan oleh sistem peperiksaan tetapi bagaimana sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan segera menggunakan segala latihan, kemahiran dan pengetahuan yang telah diberikan kepada generasi muda.

Rombakan sistem pendidikan negara mestilah disusuli dengan penerapan latihan, kemahiran dan pengetahuan terkini dari sekolah rendah lagi.

Ini akan membolehkan para pelajar mengetahui apakah bidang pilihan mereka nanti apabila berada di peringkat sekolah menengah. Tidaklah membuang masa mereka menghadapi suasana peperiksaan semata-mata, sedangkan minat mereka lebih kepada latihan dan kemahiran teknikal.

Elemen kedua pula mengenai sahsiah. Meskipun tujuan utama pendidikan untuk menjadikan seseorang pelajar bersahsiah mantap, namun apa yang kita nampak pada masa kini, generasi muda terumbang-ambing dengan pelbagai masalah sosial. Tanpa sahsiah yang mantap, cemerlang macam mana pun seseorang pelajar, mereka tidak mampu menjadi pemimpin terbaik untuk generasi mereka.

Sahsiah yang mantap termasuklah elemen integriti yang mesti ditanamkan sejak kecil lagi. Sudah tentu kita tidak mahu lihat, generasi muda akan datang amat cemerlang dalam segala bentuk tetapi kekurangan integriti sehingga terjebak dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan.

Elemen kreativiti dan inovasi pula, sesuatu yang dijangka akan ditekankan dalam Bajet 2011. Kita kekurangan masyarakat yang kreatif dan inovasi. Justeru itu, generasi muda seharusnya dipupuk agar lebih kreatif dan inovasi. Kedua-dua elemen ini merupakan tunjang kepada penciptaan dan reka bentuk terbaru. Ini sudah tentu akan memperbanyakkan lagi ekonomi baru untuk negara berbanding dengan hanya bergantung kepada ekonomi tradisional yang sedia ada.

Lebih ramai generasi muda yang kreatif dan inovasi, lagi banyaklah pembukaan industri ekonomi baru yang menguntungkan negara secara keseluruhannya.

Apabila keempat-empat elemen ini dapat diterapkan kepada generasi muda, mereka akan lebih bersedia berhadapan dengan apa sahaja. Tidak gentar atau kurang persiapan. Mampu bersaing bukan sahaja di negara sendiri tetapi di mana-mana negara di dunia.

Satu lagi elemen yang sewajarnya diterapkan kepada generasi muda adalah berkaitan dengan jati diri mereka. Kelima-lima elemen yang disebut di atas sememangnya dapat memperkasakan generasi muda.

Tetapi tanpa jati diri yang jitu, mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan budaya asing. Bahkan, tanpa jati diri yang kuat, generasi muda akan mudah melupakan asal usulnya. Mereka lebih senang mengamalkan budaya luar yang kurang manis berbanding budaya sendiri.

Lebih teruk lagi jika mereka berbangga dengan budaya luar sehingga memperlekehkan budaya sendiri, kononnya ketinggalan zaman atau tidak mengikut arus pemodenan. Generasi muda perlu diasuh dengan jati diri yang mantap. Tidak mudah diusik dengan pelbagai perubahan dan peredaran semasa atas slogan pemodenan sehingga menyebabkan mereka mudah untuk dipengaruhi.

Kita sudah tentu tidak mahu negara kita dipimpin oleh generasi masa depan yang mudah terpengaruh dengan budaya asing. Memang benar bukan kesemua arus pemodenan dan perubahan perlu ditolak mentah-mentah.

Namun, itu tidak bermakna apa sahaja yang diperkenalkan oleh negara asing diterima sebagai budaya terkini. Jika ini diamalkan, nescaya pemimpin masa depan negara hanya mengamalkan gaya kepimpinan ikut-ikutan sahaja.

Apa yang sebaiknya adalah jati diri dan sikap cintakan negara tanpa berbelah bagi diterapkan kepada generasi muda negara. Apabila ini dapat diterapkan, tidak kira sekuat mana arus perubahan dan peredaran semasa, mereka tetap memikirkan bagaimana untuk mempertahankan dan berbakti untuk negara mengikut acuan dan budaya sendiri bagi menjadikan negara ini tetap unggul setiap masa.

Rohami Shafie

Kolej Perniagaan (COB)

Universiti Utara Malaysia

Sunday, October 17, 2010

Fungsi dan Peranan Pemimpin Sekolah

  • Menentukan arah dan matlamat
  • Mencipta wawasan
  • Menggembleng sumber manusia
  • Berkomunikasi dengan individu yang penting
  • Menurunkan kuasa
  • Menjadi sumber ilham
  • Memberi dorongan
  • Memupuk semangat
(Sumber:Majalah Pendidik Julai 2010)

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011 : Majlis Konsultasi Gaji Negara

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara yang menjadi platform utama dalam penetapan gaji minimum.

Beliau berkata, majlis tersebut akan dianggotai oleh majikan, kesatuan pekerja, kumpulan pekerja tanpa persatuan, agensi kerajaan, ahli akademik, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu tertentu manakala Kementerian Sumber Manusia akan bertindak sebagai sekretariat.

“Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum akan ditentukan oleh Majlis Konsultasi Gaji Negara. Contohnya, pada masa ini, gaji pokok permulaan posmen telah dinaikkan kepada RM710 sebulan pada 1 Julai 2010 berbanding RM610 (sebelumnya).

“Dengan kenaikan ini, upah keseluruhan posmen meningkat daripada RM1,035 sebulan kepada RM1,285 termasuk elaun tetap,” katanya sewaktu membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menguatkuasakan gaji pokok minimum pengawal keselamatan antara RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan berbanding RM300 hingga RM400 pada masa ini.

“Dengan kenaikan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan, termasuk elaun adalah melebihi RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuat kuasa mulai Januari 2011,” katanya.

Turut diumumkan Perdana Menteri ialah pelancaran Dana Pencen Swasta pada tahun 2011 untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Katanya, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri.

“Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, Program Latihan 1Malaysia akan dilaksanakan bermula Januari 2011 dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Beliau berkata, program latihan itu mempunyai tiga komponen dengan yang pertama membabitkan kos RM200 juta untuk latihan sambilan pada sebelah malam dan hujung minggu di pusat latihan terpilih.

Katanya, ia akan dikendalikan oleh Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat GiatMara dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) dengan kemudahan sedia ada.

“Antara kursus yang ditawarkan pada sebelah malam adalah kursus Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan kelas muzik.

“Pada hujung minggu pula, kursus berbentuk kemahiran dan teknikal akan dilaksanakan termasuk bakeri, menjahit, spa, mekanik, elektrik dan kimpalan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Program Latihan 1Malaysia juga meliputi peruntukan RM200 juta daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang membolehkan syarikat membiayai program latihan khusus bagi pekerja mereka.

Selain itu katanya, Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan RM100 juta untuk membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal.

Tuesday, October 12, 2010

Usaha Tangga Kejayaan


“Usaha Tangga Kejayaan” kata-kata ini sudah banyak kali kita dengar. Setiap mereka yang telah mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi, pastinya ungkapan kata-kata bestari yang diwarisi sejak zaman-berzaman ini menjadi azimat dan panduan kepada setiap insan yang inginkan kejayaan. Hari ini apabila aku melawat laman web social Facebook, banyak gambar majlis konvokesyen dihantar oleh rakan-rakan dan bekas pelajar . Ucapan spontan yang terdengar dari hatiku pada saat melihat gambar-gambar para graduan ialah “Tahniah”. Lalau sepantas itu ku rakamkan ucapan ikhlas tadi kepada mereka yang berjaya menamatkan pengajian sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah. Walau apapun jenis Ijazah yang berjaya digapai, perasaan syukur kepada Tuhan dan ucapan terima kasih haruslah diberikan kepada mereka yang telah banyak berkorban sehingga anda berdiri megah di atas pentas menerima skrol dan tersenyum lebar menghadap lensa kamera yang datang dari pelbagai sudut. Waahh!! bagai bintang popular rasanya.

“Usaha Tangga Kejayaan” memang telah banyak dibuktikan oleh mereka yang telah terdahulu mencapai kecemerlangan dalam hidup. Ramai tokoh akademik, usahawan, pemimpin politik, para saintis, pakar-pakar motivasi menggunakan kata-kata hikmat ini apabila mereka berbicara tentang kejayaan kepada masyarakat di sekelilingnya. Seorang ibu sejak anaknya lahir kata-kata perangsang seperti “Nak! Kalau sudah besar pergi sekolah, belajar rajin-rajin supaya boleh masuk ke univerisiti” Si Bapa pula sentiasa menjanjikan hadiah yang mahal sebagai perangsang kepada anak-anak kesayangannya,untuk belajar bersungguh-sungguh agar apabila dewasa tidak hidup dalam kemiskinan. Seorang guru walau apapun warna kulitnya, bangsanya serta agamanya, kejujuran dan keikhlasan mendidik sentiasa menjadi keutamaan dengan harapan anak-anak didiknya berjaya dalam pelajaran sehingga ke puncak menara gading.

“Usaha Tangga Kejayaan” bukan untuk orang bandar tapi juga untuk orang yang tinggal di kampung. “Usaha Tangga Kejayaan” bukan untuk anak-anak pegawai kerajaan sahaja tapi untuk anak-anak petani dan nelayan juga. Sesungguhnya kejayaan dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada semua manusia, kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaanNYA. Gunakanlah akal dan fikiran yang waras untuk perkara-perkara yang baik sementara nyawa masih dikandung badan.

Monday, October 11, 2010

Pengajian Am kertas 2 STPM

Sedar tak sedar rupa-rupanya esok budak-budakku dah duduk exam STPM.Tapi bukan subjek pengajian am kertas 2, esok STPM bermula dengan MUET (Malaysian University English Test).
Ehmm!!! kena cakap orang putihlah budak-budak tu. "Good morning sir". Apa pun topik yang akan dibincangkan kelak, para pelajar sudah tentu sedia maklum bahawa MUET juga mempunyai persamaan dengan subjek pengajian am kertas 2. Banyak isu-isu semasa yang boleh dibincangkan di dalam kelas, cuma bezanya penggunaan bahasa inggeris dan Bahasa Malaysia.

Ok...saya nak ulang semula tentang subjek yang saya ajar nie. Pengajian am kertas 2 STPM terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

Bahagian A Karangan Laras Sastera
Bahagian B Karangan Laras Sains
Bahagian C Kefahaman Petikan Laras Sastera dan Laras Sains
Bahagian D Melukis Graf atau Carta
Bahagian E Mengulas atau mentafsir Data dalam jadual atau Carta Aliran

Berdasarkan pengalaman mengajar dan menghadiri kursus subjek pengajian am kertas 2 STPM, kebanyakan soalan yang ditanya kepada calon berkaitan dengan isu-isu semasa yang ada dalam negara kita. Dan selalunya isu-isu yang hangat dalam media massa menjadi idea kepada penggubalan soalan pengajian am kertas 2. Misalnya isu perpaduan kaum, masalah sosial di kalangan remaja, isu alam sekitar, isu kenaikan harga barang, tanah runtuh, kepentingan biodiversiti, isu penyakit merbahaya seperti demam denggi dan sebagainya.

Jangan panik, masa untuk membaca masih ada. Kemudahan internet hari ini sungguh memudahkan para pelajar untuk membaca pelbagai jenis isu. Selebihnya berserahlah kepada ketentuan Allah s.w.t...banyak-banyak sembahyang dan berdoa memohon ketenangan untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tiba. Selamat belajar.

Saturday, October 9, 2010

Siput "Tuntul"











Gambar yang anda lihat di atas adalah satu lagi jenis siput yang jarang ditemui di kawasan lain khususnya di Negeri Sabah. Siput ini dipanggil "Tuntul" oleh masyarakat yang mendiami Daerah Kuala Penyu, Membakut, Beaufort dan Sipitang. Ia hidup di persekitaran pantai kg.Palu-palu Kuala Penyu hingga ke pantai kg.Kuala Binsuluk, Membakut. Tempat lain mungkin ada tapi namanya juga mungkin berbeza. Siput Tuntul ini boleh dimakan (kalau air laut tidak tercemar) bersama nasi atau makan saja dengan sambal. Resepinya ikut kesukaan si pemasak. Rebus air pun boleh, masak kicap pun boleh. Ada lagi...masak kari pun sedaapp!!

Tapi sebelum dapat merasa siput istimewa ini, kenalah turun ke pantai. Jangan lupa pakai kasut, hujung siput ini sangat tajam. Kalau setakat selipar Jipun...ehmmm!! alamat siput bercampur dengan darah. Tajammm...oohhh!! jangan main-main. Kalau takut luka...don't worry datang saja ke pasar pekan Kuala Penyu harganya murah saja RM2.00 sebungkus. Cuba jangan tak cuba. Kalau pembaca ada info tentang jenis siput ini di tempat lain...bolehlah kita kongsi pengetahuan.
Email atau komen.

Friday, October 8, 2010

My perception about the leaders

People follow leaders they respect and leaders who are competent. Leadership is easy on a smooth-sailing journey. Respect is almost always gained on difficult grounds. There is no way of getting credibility except by overcoming difficult challenges and doing a good job. Leaders who are not capable of meeting challenges may desire respect from their people,but they rarely get it. They may get things done by exercising their positional power,but they will not earn the respect from their people. Poor leaders demand respect,competent leaders command respect.

Wednesday, October 6, 2010

Pengetahuan Sains



Hari ini saya jumpa satu lagi laman web yang sangat penting dan wajib dibaca oleh pelajar-pelajar form six. Dalam peperiksaan STPM khususnya bagi mata pelajaran pengajian am kertas 2, soalan bahagian B iaitu karangan laras sains memang menjadi masalah kepada pelajar yang kurang pengetahuan tentang sians. Jadi saya harap dengan pengumuman ini...ceh!! macamlah korang tak tahu yea.. jangan-jangan saya ni yang baru jumpa. Anywhere...jangan lupa baca laman web ini. Jangan asyik buka laman web facebook..."hai apa khabar"...."di mana sudah...berapa orang anak?...boringggg.. itu saja yang selalu korang bualkan dalam facebook. So..kalau nak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan...gunakan internet untuk perkara-perkara yang menjadikan kita cerdik dan berakhlak. klik http://www.majalahsains.com

Tuesday, October 5, 2010

Tahu Tapi Tak Buat

Hari ini kerajaan telah menaikan harga rokok sebanyak RM0.70 sen. Ini bermakna rokok yang saya hisap dah jadi RM10.00 sekotak. Ehmmm!!! mahal juga!...dulu waktu puasa bulan Ramadhan saya cuma ambil dan hisap sebatang saja. Ingatkan...boleh berhenti. Time hari raya...tabiat lama datang lagi... sampailah hari iniiii!!! Dalam hati memang ada keinginan nak berhenti merokok. Bukan pasal harga naik...tapi...tahu merokok tu membahayakan kesihatan. Masalahnya...tahu tapi tak buat. BERHENTI MEROKOK. Masa update blog ni...rokok saya dah habis. Harap-harap esok pagi tak cari rokok. Heyyyy!!!! rokok tolonglah...jangan kacau lagi. Anak-anak saya pun memang tak suka saya merokok. Kawan-kawan yang tak merokok...ada juga bagi tips cara nak berhenti merokok. Banyakkkk!!!! tapi yang paling best...hati mau kuat untuk melawan nafsu merokok. ok...la saya pun dah habis idea nak taip depan laptop ni. Kalau you all ada tips yang hebat...jangan kedekut nak share dengan saya.

"Ayam berkokok di atas batang...kalau saya merokok tolong-tolonglah ingatkan"

Sunday, October 3, 2010

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU



Sejak idea menulis minuman ajaib rakyat Malaysia minggu lalu, saya terus mencari-cari apakah idea baharu yang sesuai dikongsi bersama pembaca blog ini…itu pun kalau benar ada yang sudi membaca blog saya ini.

Ketika PJJ (Pergi Jalan-Jalan) di pusat membelih belah yang sangat popular ketika ini di Bandaraya Kota Kinabalu, apa lagi…1 Borneo…la. Saya selalu singgah ke kedai buku “Harris” kedudukan kedai ini saya tak berapa pasti tingkat berapa, tapi bagi yang biasa berkunjung ke ‘One Borneo” pasti tahu punya..la.

Apa yang saya nak kongsi hari ini bukan..la pasal 1B. Tapi saya amat tertarik dengan satu buku yang pada saya amat sesuai dibaca oleh semua orang. Tentulah orang Malaysia maksud saya. Orang Bangladesh, Indonesia, Thailand atau Philipine tak perlu baca, tapi kalau faham bahasa Melayu…sila dapatkan buku ini di kedai buku, beli dan baca.

Buku ini adalah sebahagian daripada himpunan tulisan Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Majalah Al-islam. Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara Melayu dengan bukan Melayu (Cina). Fokusnya lebih kepada nasib orang Melayu di bumi mereka sendiri. Kenapa dan mengapa orang Melayu masih ketinggalan di buminya sendiri, sedangkan sudah ada peruntukan, keistimewaan dan perlindungan dalam perlembagaan? Buku ini akan cuba untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak, termasuk ahli akademik, penuntut IPTA dan IPTS, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang berfikiran terbuka. Ia mengajak pembaca untuk berfikir sejenak dan merenung nasib kita sendiri. Lenggok bahasa yang mudah difahami, sinis dan tegas diharapkan dapat membuka jendela ilmu kepada semua pembaca untuk terus membaca.

“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”

Monday, September 27, 2010

Minuman Ajaib Rakyat Malaysia

"Nescafe Tarik Satu" "Teh Tarik Kurang Manis Satu"....ungkapan yang selalu kedengaran ketika masuk di mana-mana restoran atau warung kaki lima. Yang bestnya setiap kali minum pagi tuan kedai sudah tahu jenis minuman yang saya minta.

Cerita pasal minuman ajaib ini...yea!! memang ajaib. Satu Malaysia suka minum. Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, bahkan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak juga setiap hari ketagih minuman ini.

Ada juga yang bagi nama "Nescafe Sabun" atau "Teh Sabun" mungkin buih yang melimpah keluar dari mulut cawan seperti yang anda lihat dalam gambar ini menyebabkan perkataan sabun dijadikan antara gelaran kepada minuman istimewa ini.

Keistimewaan minuman "Satu Malaysia" ini telah menjadi indentiti masyarakat Malaysia. Sebut saja "Nescafe Tarik" atau "Teh Tarik" agak susah untuk membezakan antara golongan kaya atau miskin, orang bandar atau orang kampung, cikgu atau pelajar malah seorang pemimpin politik seperti Perdana Menteri Malaysia juga suka dengan minuman ajaib ini.

Maka tidak keterlaluan untuk saya memberi tajuk dalam penulisan blog saya hari ini "Minuman Ajaib Rakyat Malaysia".

Sunday, September 26, 2010

Menghargai Akal





Akal adalah salah satu keistimewaan yang telah dianugarahkan oleh Tuhan bagi membezakan antara diri kita sebagai manusia dengan haiwan. Cara menghargainya adalah dengan menggunakannya dan mengisinya dengan ilmu pengetahuan. Dalam kehidupan manusia hari ini, institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti merupakan tempat yang logik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada manusia yang dipanggil guru, cikgu atau pensyarah.

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang dibina untuk kemajuan masyarakat, maka keselamatan dan kesejahteraan setiap penghuni yang berada di dalamnya dilindungi oleh beberapa peraturan yang telah digubal oleh mereka yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan.

Jika ada individu atau lebih tepat lagi merujuk kepada diri pelajar, perbuatan ponteng kelas atau ponteng sekolah merupakan tingkahlaku negatif yang tidak boleh dibiarkan. Apa juga alasan yang diberikan oleh pelajar, perbuatan keluar dari sekolah pada waktu sesi pembelajaran adalah menyalahi undang-undang dan peraturan sekolah.

Akal yang waras tentu tidak dapat menerima perbuatan "menipu" apabila dilakukan oleh anak-anak yang dipelihara oleh ibu bapa sejak lahir sehinggalah berusia belasan tahun. Ibu bapa pada dasarnya sentiasa mengharapkan anak-anaknya apabila berpakaian seragam sekolah, tidak menipu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti berkumpul di dalam hutan atau lepak di kedai-kedai runcit sambil menikmati rokok yang dikongsi bersama rakan-rakan yang ponteng.

Alangkah ruginya jika daripada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari, waktu yang sepatutnya digunakan untuk membaca buku dan mengikuti pengajaran daripada guru, dibiarkan berlalu hanya kerana mengikut nafsu "MALAS" "DEGIL" "PALUI" dan "BODOH SOMBONG"

"SEMENTARA ALLAH S.W.T MASIH MEMBERI PELUANG UNTUK KITA MENIKMATI KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI, GUNAKANLAH AKAL DENGAN SEBAIK-BAIKNYA UNTUK KEHIDUPAN YANG PENUH BERKAT"