Thursday, March 31, 2011

Facebook : Majalah Dewan Masyarakat


"Pembelajaran Sepanjang Hayat kini bertambah seronok dengan kemajuan Teknologi ICT. Semua orang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan walau di mana merela berada, yang penting sikap ingin maju dan bijaksana itu harus tumbuh subur dalam sanubari diri kita masing-masing.

Hari ini seperti biasa keinginan untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain terutamanya para pelajar, saya "terakses" maaf kalau perkataan ini belum wujud dalam kamus Dewan Bahasa., terakses domain "Facebook Majalah Dewan Masyarakat". Saya sangat berterima kasih kerana wujudnya laman sosial yang sangat berguna sebagai bahan rangsangan minda kepada para pelajar khususnya calon-calon peperiksaan SPM dan STPM. Gunakanlah laman facebook ini untuk membaca seberapa banyak pengetahuan yang anda suka. "Rajin Membaca Luas Pengetahuan". Semoga perkongsian ilmu ini meningkatkan lagi penggunaan ICT (facebook) sebagai medium kecemerlangan akademik generasi pelajar di negara ini.

Aku dan Feri Kuala Penyu


Sejak tahun 1995 aku bertugas di daerah ini (Kuala Penyu), jadual harian penduduk yang tinggal di Kg.Palu-Palu termasuklah aku sendiri terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap menunggu giliran naik feri sebelum jam 6.00 pagi. Kelewatan akan menyebabkan aku lewat juga hadir ke sekolah. Jika dipandang dengan mata yang sihat, lebar sungai sitompok yang memisahkan Kg.Palu-Palu dengan deretan kedai-kedai sedco yang kecil cuma lebih kurang 200 meter. Tapi dengan menggunakan feri percuma ini termasuklah masa giliran untuk naik feri, paling cepat 30 minit untuk sampai ke seberang. Bayangkan kalau giliran anda yang kedua atau ketiga, masa yang sepatutnya 2 minit untuk menyeberangi sungai, akan menjadi 30 - 60 minit malah kadang-kadang lebih daripada 120 minit. Selagi jambatan belum siap (janjinya bulan Jun 2011 siap) aku akan terus tidur malam tidak menentu tapi bangun awal sudah tentu seawal jam 4.30 pagi setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad. "Apa boleh buat....nasib badannnnn".

Tuesday, March 29, 2011

What Makes a Great Teacher?


What makes a great teacher? Teaching is one of the most complicated jobs today. It demands broad knowledge of subject matter, curriculum and standards; enthusiasm, a caring attitude and a love of learning; knowledge of discipline and classroom management techniques; and a desire to make a difference in the lives of young people. With all these qualities required, it's no wonder that it's hard to find great teachers.

Here are some characteristics of great teachers:

Great teachers set high expectations for all students. They expect that all students can and will achieve in their classroom, and they don't give up on underachievers.

Great teachers have clear, written-out objectives.Effective teachers have lesson plans that give students a clear idea of what they will be learning, what the assignments are and what the grading policy is. Assignments have learning goals and give students ample opportunity to practice new skills. The teacher is consistent in grading and returns work in a timely manner.

Great teachers are prepared and organized. They are in their classrooms early and ready to teach. They present lessons in a clear and structured way. Their classrooms are organized in such a way as to minimize distractions.

Great teachers engage students and get them to look at issues in a variety of ways. Effective teachers use facts as a starting point, not an end point; they ask "why" questions, look at all sides and encourage students to predict what will happen next. They ask questions frequently to make sure students are following along. They try to engage the whole class, and they don't allow a few students to dominate the class. They keep students motivated with varied, lively approaches.

Great teachers form strong relationships with their students and show that they care about them as people. Great teachers are warm, accessible, enthusiastic and caring. Teachers with these qualities are known to stay after school and make themselves available to students and parents who need them. They are involved in school-wide committees and activities, and they demonstrate a commitment to the school.

Great teachers are masters of their subject matter. They exhibit expertise in the subjects they are teaching and spend time continuing to gain new knowledge in their field. They present material in an enthusiastic manner and instill a hunger in their students to learn more on their own.

Great teachers communicate frequently with parents. They reach parents through conferences and frequent written reports home. They don't hesitate to pick up the telephone to call a parent if they are concerned about a student.

Monday, March 28, 2011

Graf Garis Memesong


Graf garis memesong digunakan bagi menunjukkan adanya perubahan pembolehubah yang mempunyai nilai positif dan nilai negatif dalam sesuatu jangka masa yang tertentu.

Sunday, March 27, 2011

Kelas Maya Idea Cemerlang Negeri Terengganu


Usaha kerajaan negeri Terengganu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan memperkenalkan 'Kelas Maya', harus menjadi contoh dan ikutan kepada semua kerajaan negeri di Malaysia. Penggunaan komputer riba (Laptop) atau e-book, kini dilihat sebagai suatu cara terbaik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Malah kes 'Beg Sekolah Berat" akan dapat diatasi dengan penggunaan Kelas Maya ini.

Biarpun langkah merealisasikan pembelajaran kelas maya membabitkan kos tinggi, ia bukan halangan bagi kerajaan negeri membuat pelaburan besar kerana pembangunan pendidikan adalah antara agenda penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang akhirnya disasarkan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.

Saturday, March 26, 2011

Sistem Pendaftaran Peserta Olahraga


Setiap tahun terutamanya pada bulan Januari hingga April banyak aktiviti sukan seperti kejohanan padang dan balapan akan dilangsungkan oleh sekolah masing-masing. Dalam hal ini, guru yang memegang tugas sebagai Setiausaha Sukan akan menjadi pening kepala. Banyak kerja yang perlu diselesaikan misalnya mengadakan mesyuarat sukan, menyediakan gelanggang atau trek, melantik guru-guru rumah sukan, menyediakan senarai nama pelajar mengikut rumah sukan dan sebagainya.

Bagi sekolah yang tiada kemudahan Stadium atau sekolah luar bandar, padang sekolah akan menjadi gelanggang perlumbaan acara-acara olahraga. Untuk menyediakannya guru sukan perlu mengukur dan membuat garisan dengan menggunakan minyak hitam. Banyak kerja.

Perisian Sistem Pendaftaran Peserta Olahraga (SPPO) ini dihasilkan untuk mengurangkan beban tugas guru-guru yang dipertanggungjawabkan mengurus pendaftaran pelajar mengikut acara olahraga yang dipertandingkan.

Friday, March 18, 2011

Guru perlu sokong satu sama lain


Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my

ISUNYA remeh namun sikap segelintir guru subjek teras yang memandang rendah terhadap guru subjek pilihan sangat dikesali.

Meskipun kedua-duanya berperanan sama penting, sikap suka bertanding atau membeza-bezakan antara satu sama lain mampu mencetuskan konflik dan mewujudkan pertelingkahan.

Apatah lagi jika masing-masing cuba mengangkat diri sendiri seolah-olah yang terbaik hingga menjadikan pelajar mangsa keadaan dan tersepit membuat pertimbangan.

Walaupun masih belum ketara, fenomena ibarat api dalam sekam ini perlu dicantas awal supaya tidak ‘meletup’ hingga mampu menjejaskan kredibiliti warga pendidik sekali gus mencalar integriti perguruan.


Persoalannya, mengapa situasi remeh ini perlu berlaku sedangkan sekolah seharusnya menjadi institusi bersih, bebas daripada konflik dan emosi, manakala guru hanya perlu fokus terhadap pembangunan ilmu serta kejayaan pelajar.


Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata sikap suka memperlihatkan kepentingan dan keutamaan menjadi faktor kewujudan pertelingkahan meskipun semua guru berperanan sama penting dalam proses penjanaan ilmu.

Menurutnya, situasi bertambah buruk apabila ibu bapa terlebih memberi perhatian dan penghargaan kepada guru subjek teras hingga guru subjek pilihan seolah-olah guru terpinggir.

“Apabila hanya segelintir guru saja mendapat pujian, sudah tentu perasaan kurang senang wujud di kalangan guru lain. Lebih runcing jika ibu bapa hanya nampak sumbangan satu pihak yang lebih mendominasi.


“Senario ini tidak normal jika ingin menjadikan sekolah sebagai medan ilmu kerana pertembungan ketidakpuasan hati akan menimbulkan protes dan rasa persaingan tidak sihat. Masing-masing ingin membuktikan dialah yang terbaik.

“Sedangkan sumbangan semua guru sama dan perlu menyokong antara satu sama lain tanpa iri hati. Ini sekolah yang mendokong falsafah pendidikan negara, bukan medan ‘pertarungan’ untuk keluar sebagai wira,” katanya.

Tanggapan hanya subjek teras penting dalam mekanisme pendidikan negara perlu diubah kerana kini subjek pilihan turut menentukan kelayakan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi.


Ia juga alternatif membantu pelajar mengenali potensi diri dan mencungkil bakat dalam bidang tertentu yang boleh membantu pemilihan kerjaya masa depan.

Beliau berkata penentuan sama ada subjek teras atau pilihan yang membantu melonjakkan prestasi pelajar adalah subjektif kerana setiap individu berbeza.

“Ada pelajar boleh cemerlang dalam akademik, ada pula sebaliknya, justeru bagaimana mungkin jika ada menyatakan hanya guru tertentu saja boleh menjana kecemerlangan pelajar?

“Subjek teras atau pilihan diwujudkan bertujuan mengimbangi keperluan pelajar supaya tahu dan mengenali potensi masing-masing. Jika guru bertelagah atau dilanda perasaan iri hati, bagaimana nasib pelajar ini yang memerlukan bimbingan?

“Sebenarnya rasa kepentingan subjek itu tidak penting kerana pengakhirannya hanya menjurus pada satu matlamat saja iaitu kecemerlangan dan kejayaan pelajar,” katanya.

Pelajar katanya akan silih berganti namun guru masih perlu menjalankan tugas hingga akhir hayat.

“Simboliknya, sama ada guru subjek teras atau tidak, mereka hanya perlu melaksanakan tugas dengan baik. Mengapa mesti ada perbalahan atau kekecohan kerana isunya sangat remeh dan memalukan.

“Guru, ibu bapa, sekolah atau masyarakat sendiri seharusnya menilai dan meletakkan matlamat bagaimana mahu menjadikan pelajar itu berjaya dalam semua bidang, bukan menjadikan mereka tersepit di tengah kemelut perbandingan,” katanya.

Meskipun mengakui kepentingan masyarakat hari ini lebih menjurus kepada akademik, beliau berkata pilihan lain juga perlu diseimbangkan.

“Bukan semua pelajar mampu berdepan tekanan atau mampu merealisasikan kecemerlangan menerusi pencapaian akademik. Subjek pilihan boleh menjadi alternatif bagi membantu meredakan tekanan.

“Malangnya masyarakat tidak faham dan tetap mahukan kecemerlangan akademik, guru pula dihambat masalah persaingan. Dihantui situasi ini, bolehkah pelajar berjaya?

“Kepentingan bukan membuat penilaian pada guru namun menjaga kebajikan pelajar selain menjadikan sekolah bebas daripada konflik,” katanya.

Pada masa sama, masyarakat terutama ibu bapa perlu mengubah mentaliti dan bersama memberi sokongan padu kepada guru tanpa perlu membuat penilaian peribadi.

Ibu bapa, katanya, perlu akur semua guru berperanan dalam melonjakkan frekuensi pelajar dan tiada mahu melihat kegagalan.

Guru pula mengetepikan perasaan cemburu atau ego dan bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab.

“Masyarakat tidak perlu memberi label tertentu kepada guru sebaliknya perlu anggap diri mereka sumber kejayaan anak. Manakala guru tidak perlu mendabik dada sebaliknya menunjukkan integriti tinggi dan profesional.

“Dengan cara ini mereka lebih dihormati. Jadikan sekolah tempat harmoni bukan meraih populariti,” katanya.

Guru muzik di SM Asma (SAS), Kedah, Khairil Fauzi Ali, berpendapat subjek pilihan juga penting bagi menceriakan pelajar sewaktu proses pembelajaran.

“Subjek pilihan boleh menjadi penawar dan boleh menjadi mekanisme meredakan tekanan. Saya berpendapat, jika pelajar seronok datang ke sekolah, masalah ponteng tidak akan berlaku.

“Di negara barat, mereka menggunakan cara ini untuk membina kemahiran diri juga sebagai persediaan menjalani kehidupan, tidak salah kalau mencontohinya,” katanya.

Sebaliknya, guru subjek teras di sebuah sekolah di Alor Star, Azahar Hashim, berkata tidak salah ibu bapa memberi sedikit kelebihan kepada guru subjek itu kerana mereka lebih tertekan.

“Kami sentiasa tertekan kerana sering dipantau pengetua mengenai pencapaian pelajar, kebanyakan ibu bapa juga lebih mementingkan akademik.

“Tidak salah, kami memperoleh lebih penghargaan daripada ibu bapa sebagai membalas usaha memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.



INFO

· Subjek teras merujuk kepada subjek wajib dipelajari dan diambil dalam peperiksaan. Terdapat enam subjek teras seperti tercatat dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.

· Subjek pilihan pula lebih dikenali sebagai subjek elektif yang merangkumi pelbagai subjek seperti kajian tempatan, bahasa, perakaunan, ekonomi, kemahiran hidup dan sebagainya.

Thursday, March 17, 2011

Kajian Guru Cemerlang Tentang Penulisan Berkesan

PENGAJARAN PENULISAN BERKESAN : INPUT PENYEMAKAN DAN TEGURAN GURU TERHADAP PENULISAN ESEI PELAJAR
Oleh
Dr. Dhanapal Rengasamy
Guru Cemerlang Pengajian Am
SMK Tinggi Bukit Mertajam
Pulau Pinang

ABSTRAK

Kertas kerja ini mengkaji input penyemakan dan teguran guru terhadap penulisan esei pelajar tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Seramai 54 orang pelajar telah dipilih dan diminta menulis esei jenis fakta. Tajuk esei telah meliputi laras sains dan laras sastera. Sebanyak 54 esei telah dihasilkan oleh pelajar. Kesemua esei tersebut telah menerima input penyemakan dan teguran guru-guru. Guru-guru telah disediakan satu prosedur penyemakan yang diubahsuai oleh penyelidik daripada Model Penulisan Grabe (1996), Penny (1996), Lee (2005) dan Roger (2001). Sebanyak 11 elemen kesalahan bahasa, organisasi dan mekanis penulisan telah dibina untuk membantu guru-guru menyemak esei jenis fakta Pengajian Am. Untuk tujuan kajian ini soalan Pengajian Am STPM tahun 2004 dan 2006 telah dipilih. Penyelidik telah membuat dua pemantauan ketika pengajaran penulisan berlangsung. Semasa pra pemantauan, pelajar-pelajar didapati amat lemah dalam penggunaan bahasa, organisasi karangan dan mekanisme. Setelah input penyemakan dan teguran dibuat maka terdapat perubahan dalam penulisan esei pelajar. Guru-guru menyemak hasil tulisan pelajar secara tidak langsung sebanyak dua kali. Guru-guru hanya menandakan, membulatkan dan menggariskan lokasi-lokasi kesalahan dalam esei. Pelajar-pelajar berinisiatif sendiri mencari kelemahan mereka dan menulis semula karangan tersebut. Proses ini berlaku sebanyak dua kali pada dua hari yang berbeza. Prosedur atau kaedah ini membolehkan pelajar belajar sendiri dan bersikap bangga kerana hasil tulisan mereka ditegur secara positif oleh guru. Pada akhir kajian ini, pelajar telah mengetahui gaya penulisan esei fakta yang betul dan dapat memahami ciri-ciri sebuah esei jenis fakta. Dapatan menunjukkan bahawa penyemakan dan teguran yang membina pasti membantu pelajar untuk menghasilkan penulisan esei yang mantap dan sempurna.

Keywords : Teaching Writing, Essay Assesment, Characteristics of Composition, Teachers’
Marking Procedure


1.0 Pengenalan
Pengajian Am merupakan mata pelajaran wajib bagi semua pelajar tanpa mengira jurusan pengajian. Pencapaian dalam mata pelajaran ini merupakan satu prasyarat untuk memasuki IPTA. Namun begitu kebanyakan pelajar tingkatan enam tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana mereka gagal memperoleh skor yang tinggi dalam Pengajian Am. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar masih lemah dalam menguasai pelbagai disiplin seperti sains sosial, kemanusiaan, sains tulen,sains gunaan dan perubatan dan kesihatan. Sukatan pelajaran Pengajian Am dengan jelas menggariskan bahawa pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daipada semua bidang yang dipelajari. Pengetahuan mereka tidak tertumpu pada tajuk yang dibincangkan dalam bilik darjah tetapi merangkumi pelbagai masalah dan isu yang bersifat global.
Mengikut laporan prestasi Majlis Peperiksaan Malaysia, peratusan calon yang lulus Pengajian Am pada tahun 2006 adalah 78.58% bagi kertas 1 dan 73.85% bagi kertas 2. Pada tahun 2007, 77.74% bagi kertas 1 dan 74.98% bagi kertas 2. Bagi tahun 2008, 75.54% bagi kertas 1 dan 73.55% bagi kertas 2.(Laporan Prestasi MPM, 2006, 2007 dan 2008) Data jelas menunjukkan prestasi keseluruhan calon Pengajian Am, semakin merosot. Kertas kerja ini akan mengupas prestasi pelajar dalam kertas 2. Markah yang paling banyak diperuntukkan adalah bagi Bahagian A Karangan Laras Sastera sebanyak 25% dan Bahagian B Karangan Laras Sains sebanyak 25%. Jadi jika calon lemah dalam penulisan ini akan membawa impak kepada pencapaian keseluruhan calon dalam Pengajian Am.
Antara objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina kemahiran mengeluarkan fikiran yang logik, teratur dan berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Objektif ini dapat direalisasikan oleh pelajar dalam bahagian-bahagian karangan. Pada keseluruhannya mutu jawapan calon dalam bahagian karangan adalah sederhana. Kebanyakan calon tidak berupaya mengemukakan empat idea yang relevan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kebanyakan calon hanya mampu mengemukakan dua atau tiga idea sahaja. Di samping itu huraian idea calon agak longgar dan kurang jelas. Malah dalam bahagian karangan laras sains, calon gagal mengemukakan idea sains. Idea yang dikemukakan adalah lebih berdasarkan pengalaman mereka sendiri atau keadaan semasa tanpa menjawab kehendak soalan (Laporan Prestasi MPM, 2006, 2007 dan 2008).


2.0 Latar belakang Kajian
Kajian ini dilakukan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar khususnya pelajaran tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pelajar-pelajar menghadapi banyak masalah dalam penulisan esei laras sains dan laras sastera dalam bilik darjah. Antara masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut.

2.1 Tidak memahami kehendak soalan karangan
Kertas kerja ini ingin menyelongkar apakah punca-punca pelajar tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang melakukan beberapa kesilapan sehingga mereka gagal memperoleh markah yang tinggi dalam karangan. Pelajar gagal mengemukakan idea berdasarkan kehendak soalan dan jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam penulisan karangan. Antaranya pelajar gagal memahami kehendak soalan. Hal ini demikian kerana pelajar tidak memahami konsep-konsep yang terdapat dalam soalan karangan. Sebagai contohnya pelajar tidak memahami maksud ‘rasional” dalam soalan. Pelajar diminta membincangkan ‘rasional’ kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Akan tetapi kebanyakan pelajar menganggap rasional sebagai matlamat atau objektif. Sebenarnya pelajar telah mempelajari matlamat PLKN dalam kertas 1 iaitu di bawah tajuk Dasar-Dasar Kerajaan. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa pelajar tidak mengambil inisiatif untuk memikirkan maksud ‘rasional’ tersebut. Begitu juga dengan soalan yang memerlukan pelajar membuat ulasan tentang keperluan Malaysia menumpukan perhatian untuk meningkatkan sektor perindustrian tanpa meminggirkan pertanian. Kebanyakan pelajar menjawab satu aspek iaitu perindustrian sahaja tanpa membincangkan sektor pertanian. Hal ini menyebabkan pelajar kehilangan banyak markah.


2.2 Tidak dapat membezakan idea sains dengan idea sastera
Pelajar-pelajar juga sering melakukan kesilapan dari segi pemilihan kata-kata khusus. Dalam bahagian B, Karangan Laras Sains, pelajar perlu mengemukakan idea yang berunsur sains. Penguasaan kosa kata yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat membezakan istilah sains dengan istilah sastera. Bagi soalan yang berkehendakan idea sains seperti alam sekitar yang kotor membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia, pelajar menulis bahawa manusia akan kehilangan mata pencarian kerana mereka tidak dapat keluar untuk mencari rezeki dan sebagainya. Soalan ini sebenarnya memerlukan pelajar menulis idea seperti manusia terdedah kepada pelbagai penyakit, manusia akan kekurangan sumber makanan yang bersih dan sebagainya. Kesilapan lazim yang didapati ialah pelajar sering menggunakan idea ‘penguatkuasaan undang-undang’dan‘kempen kesedaran’ untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat .Antara punca kelemahan ini ialah pelajar-pelajar kurang membaca rencana atau makalah tentang sains, alam sekitar, kesihatan dan sebagainya. Justeru pelajar juga kurang berminat membaca dan malas berfikir.


2.3 Tidak dapat membezakan idea dengan huraian
Keadaan ini sering berlaku apabila pelajar-pelajar memasukkan idea dalam bentuk huraian. Adakalanya pelajar menghuraikan sesuatu pendapat secara umum dan dalam huraian umum tersebut terselitnya pula idea yang sepatutnya dikehendaki oleh soalan. Apabila ditegur pelajar menjawab bahawa mereka menyangka huraian tersebut boleh diterima sebagai idea. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak dapat membezakan antara gagasan pusat dengan huraian. Gagasan pusat ialah tema yang mengandungi sesuatu permasalahan yang ditugaskan kepada pelajar untuk menulis. Pelajar menulis begini,”salah satu sebab berlakunya jenayah di negara kita ialah orang yang tidak bekerja ingin mencari makan. Untuk mendapatkan makanan, pakaian dan perlindungan mereka terpaks mencuri di taman-taman perumahan. Mereka mencuri barang-barang yang sempat dicuri di rumah orang untuk mengalas perut. malah ada yang tidur di koriodor rumah orang.” Dalam contoh huraian ini, pelajar tidak menulis idea secara jelas. Sebenarnya pelajar ingin menulis idea begini,”jenayah dilakukan untuk menampung keperluan hidup”. Jadi situasi ini jelas menunjukkan pelajar tidak dapat membezakan atau memisahkan idea daripada huraian.


2.4 Tidak menggunakan olahan atau pemerengganan yang betul
Memang menjadi amalan pelajar iaitu pelajar tidak menggunakan bilangan baris yang seimbang bagi keempat-empat idea yang dikemukakan. Pelajar lebih bias pada idea yang diminati dan disenanginya sahaja. Jika pelajar mempunyai pembacaan yang banyak tentang sesuatu idea, maka pelajar menulis huraian yang panjang. Jika idea tersebut sukar difahami maka pelajar menulis huraian yang agak pendek. Hal ini menunjukkan pembacaan mereka terbatas kepada bahan-bahan yang menjadi tarikan mereka sahaja. Dalam peperiksaan keadaan seumpama ini menyebabkan pelajar kehilangan markah ‘impak’.Dalam tajuk karangan ini, “kelebihan negara-negara membangun mewujudkan proses urbanisasi”, rata-rata pelajar mengemukakan dua idea iaitu, ‘proses urbanisasi dapat menjamin pekerjaan’ dan ‘meningkatkan taraf hidup rakyat’. Bagi idea yang pertama, pelajar telah menghuraikan banyak aspek seperti sektor perkilangan, perkhidmatan, pusat pentadbiran dan pusat beli-belah kerana kesemua kemudahan ini memerlukan banyak guna tenaga. Manakala bagi idea yang kedua pula, pelajar tidak dapat menghuiraikan lebih lanjut. Mereka menulis, “ taraf hidup rakyat meningkat kerana mereka sudah mempunyai peluang pekerjaan”. satu lagi kelemahan yang tertera di sini ialah pelajar mengulangi fakta yang disebut dalam idea pertama.


2.5 Tidak menggunakan bahasa yang gramatis
Mengikut pengalaman penyelidik, pelajar-pelajar yang memperoleh gred C dan ke bawah dalam bahasa Melayu di peringkat SPM, tidak menggunakan bahasa yang gramatis dalam penulisan. Mereka sering terpengaruh oleh bahasa ibunda dan bahasa basahan serta bahasa pasar. Antara kesilapan yang kerap dilihat ialah struktur ayat yang meleret panjang tanpa tanda bacaan yang betul, menggunaklan ejaan yang salah dan penggunaan diksi yang tidak betul. Pelajar menulis begini,” …adalah menjadi satunya sebab mengapa Malaysia boleh dikatakan negara maju kerana alam semuladinya belum dibuka habi-habis”. Contoh ini mempamerkan kedangkalan pengetahuan pelajar dalam penggunaan kata, istilah, tanda baca dan struktur ayat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang salah boleh menjejaskan pengungkapan makna. Penyelidik tidak memahami dengan tepat apakah yang ingin disampaikan oleh pelajar ini. Ayat ini sepatutnya, “… Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang maju jika sumber-sumber alam dapat diterokai sepenuhnya…” Satu lagi kesilapan yang menjadi trend sekarang ialah pelajar hanya menulis sebaris ayat sahaja untuk pendahuluan dan penutup. Pelajar harus ingat bahawa karangan ialah satu set wacana. Wacana ialah satu unsur bahasa melebihi satu ayat. Jika pelajar menulis sebaris ayat sahaja, maka pelajar gagal menulis wacana yang betul. Dalam hal ini markah bahasa pelajar berkenaan akan dipotong.


3.0 Objektif Kajian
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji
1. gaya penulisan esei jenis fakta yang ditulis oleh pelajar
2. strategi-strategi guru Pengajian Am menyelesaikan masalah penulisan pelajar
3. gaya penyemakan esei jenis fakta oleh guru-guru Pengajian Am


4.0 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif tersebut soalan berikut telah dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:
1.Sejauh manakah penyemakan esei-esei Pengajian Am jenis fakta dapat membantu meningkatkan kualiti esei pelajar- pelajar tingkatan enam atas?
2.Apakah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru-guru Pengajian Am untuk menyelesaikan masalah penulisan pelajar?
3.Apakah gaya penyemakan yang digunakan oleh guru-guru Pengajian Am apabila menilai esei pelajar?


5.0 Sorotan Literatur
5.1 Pengajaran Penulisan
Penulisan merupakan satu kemahiran yang penting dalam pemerolehan bahasa. Penulisan bukan sahaja membantu pelajar dalam akademik tetapi juga membantu mereka untuk mencari pekerjaan dalam pasaran kerja nanti. Penulisan merupakan satu cabaran kepada guru dan pelajar kerana masing-measing perlu mempelajari teknik-teknik penulisan yang lebih baik. Semua guru bersetuju bahawa penulisan adalah sama penting seperti pembacaan, lisan dan pendengaran. Bagaimanapun penulisan masih dianggap sebagai satu kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai oleh guru dan pelajar.Apabila guru mengajar penulisan esei dalam kelas, mereka bukan sahaja mengajar pelajar menjana idea untuk menulis tetapi juga mengajar mereka menggunakan bahasa yang betul untuk mengungkapkan makna.
Lee (2005) berpendapat bahawa keberkesanan penulisan tidak sekadar mengajar teori-teori penulisan dalam bilik darjah malah guru perlu menggalakkan pelajar membuat penilaian kendiri. Penilaian kendiri ini menyebabkan pelajar-pelajar dapat mengetahui ciri-ciri penulisan pelbagai genre dalam bilik darjah. Dalam penilaian penulisan, guru dikehendaki menegur setiap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar sama ada secara mekanis, organisasi atau bahasa. Untuk menegur kesilapan pelajar ini, guru boleh menggunakan satu sistem penyemakan yang mempunyai ciri-ciri penulisan yang baik.


5.2 Penyemakan
Salah satu cara untuk menghasilkan penulisan esei yang bermutu ialah guru perlu menyemak hasil tulisan pelajar dan memberi komen secara konstruktif. Pada penghujung penyemakan, guru perlu menjelaskan kepentingan komennya, kekuatan dan kelemahan penulisan pelajar. Penyemakan merupakan satu penilaian untuk memberi informasi tentang gaya penyampaian pelajar (Penny, 1996). Dalam konteks pengajaran, penyemakan merupakan informasi yang diberi kepada pelajar mengenai tugas pembelajarannya. Keadaan ini dapat membantu pelajar mengukuhkan gaya penyampaiannya. Penyemakan dan teguran oleh guru bukan untuk melemahkan semangat pelajar untuk menghasilkan penulisan. Pelajar akan memberi respons yang positif jika kesalahan mereka ditunjukkan dan dibetulkan. Cara ini dapat membantu pelajar mempelajari cara penulisan dengan lebih efektif (Roger, 2001).
Daripada kedua-dua definisi tadi ternyata bahawa penyemakan dan teguran guru adalah amat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu pelajar juga mempelajari bagaimana dapat menilai diri mereka dan membantu diri mereka memupuk keyakinan dalam pembelajaran dan setrusnya meningkatkan penyampaian mereka. Penyemakan dan teguran yang positif ini menggalakkan pelajar terus berkarya (Grabe dan Kaplan, 1996). Jadi dalam proses penulisan ini, guru sentiasa mendorong pelajar menulis esei-esei sehingga mereka benar-benar mahir.
Penyemakan guru merupakan tunjang dalam penulisan esei. Penyemakan dalam kajian ini dibataskan kepada penyemakan secara tidak langsung, iaitu guru memberi komen umum dan pelajar mengesan sendiri kesilapan mereka. Guru hanya menunjukkan lokasi-lokasi kesalahan dalam penulisan dengan menggaris, mewarna, membulat dan sebagainya tanpa memberitahu kesalahan mereka secara terang-terangan. Penyemakan tidak langsung ini membolehkan pelajar menulis semula esei dan dihantar kepada guru untuk dinilai semula.


5.3 Penyemakan Secara Tidak Langsung
Pelajar-pelajar tidak boleh menulis esei tanpa bimbingan guru. Penulisan ini bukan satu langkah tunggal tetapi merupakan satu proses. Dalam proses ini pelajar memerlukan bimbingan, sokongan dan nasihat guru daripada draf pertama hinggalah ke draf terakhir agar penulisan mereka menjadi lebih sempurna dan mantap. Oleh itu pelajar memerlukan seseorang untuk menyemak kesilapan yang dilakukan. Impresion dank omen yang diberikan oleh guru adalah lebih baik berbanding rakan sebaya pelajar kerana teguran yang dibuat oleh guru lebih menyeluruh dan meyakinkan pelajar untuk menulis draf-draf seterusnya (Ferris, 2002) Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membetulkan sendiri kesalahan gramatis dan fakta dalam penulisan. Penyemakan dan teguran guru tidak boleh dianggap sebagai langkah terakhir untuk pelajar menulis dan menghantar penulisan. Penyemakan dan teguran ini hanya untuk draf-draf berkenaan sahaja. Penyemakan ini akan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memurnikan hasil penulisan mereka. Penulisan draf terakhir bergantung kepada guru jika guru berpuas hati dengan penulisan pelajar tersebut. Penulisan semula setelah dibuat pembetulan, akan mendorong pelajar untuk mengubah sikap terhadap penulisan. Malah kaedah ini juga membantu pelajar untuk mengemukakan idea dalam penulisannya dengan lebih jelas. (Chandler, 2003)


5.4 Ciri-Ciri Esei Jenis Fakta
5.4.1. Kejelasan dan Keterbacaan
Penulisan esei yang jelas ialah penulisan yang tidak samar atau kabur dari segi makna. Idea dan fakta yang disampaikan oleh pelajar adalah secara langsung,tersurat dan tidak mempunyai sebarang makna yang tersirat. Esei mempunyai aliran fikiran yang teratur dan logik. Dalam konteks ini pelajar menggunakan ayat-ayat yang pendek dan berasingan untuk setiap idea. Justeru teks tersebut harus mempunyai hubungan timbale balik antara ayat sebelumnya dan selepasnya (Penny, 1996)
5.4.2 Koheren
Koheren mempunyai tiga ciri iaitu keselanjaran, kepautan dan kesatuan. Keselanjaran ialah pelajar menerangkan keteraturan ungkapan idea dari mula hingga akhir bagi menyampaikan maksudnya. Kepautan ialah hubungan kebahasaan antara idea penulisan sama ada antara satu ayat dengan ayat lain dalam satu perenggan, atau perenggan dengan perenggan yang lain. Untuk mewujudkan kepautan dalam teks, pelajar boleh menggunakan penanda wacana seperti namun, maka, sungguhpun, bagaimanapun dan sebagainya (Ismail Ahmad, 1996). Kesatuan merujuk kepada perkaitan fakta-fakta yang digunakan untuk menyokong idea yang disampaikan mengikut topik esei.
5.4.3 Mudah dan Langsung
Gaya penulisan yang tidak berbunga-bunga dan pelajar terus kepada maklumat yang disampaikan. Ayat yang mudah ialah ayat yang mempunyai satu idea dalam sesuatu ayat. Ayat ini mempunyai satu subjek dan satu predikat. Bilangan perkataan yang digunakan hendaklah minimum tanpa mendatangkan kekeliruan atau keciciran maksud. Dalam konteks ini tiada perkataan yang tidak diperlukan. Pendek kata ayat tersebut tidak janggal dan harus mendukung makna (Gorys Keraf, 1984).


5.4.4 Variasi
Esei Pengajian Am terdiri daripada dua laras iaitu laras sains dan laras sastera. Pelajar harus bijak menggunakan variasi dalam ayat dan kosa kata. Jika tidak penulisannya akan menjadi monotomus. Variasi ini menghilangkan kebosanan pembaca. Pelajar boleh membina ayat ringkas dan ayat kompleks secara berselang-seli (Ismail Ahmad, 1996). Variasi kosa kata untuk membezakan laras juga boleh digunakan seperti istilah-istilah khusus penyakit, sains, teknologi dan sebagainya dalam laras sains dan istilah-istilah umum dalam esei laras sastera.


5.5 Penilaian Teknik Penulisan Pelajar
Dalam penilaian penulisan, lima komponen kualiti penulisan yang dianjurkan oleh Jacob (1981) telah digunakan oleh guru-guru. Lima komponen tersebut ialah kandungan, organisasi, kosa kata, bahasa yang gramatis dan mekanis. Kandungan bermaksud, pelajar harus mempunyai pengetahuan mengenai topik yang ditulis, pembinaan tesis dan kerelevanan idea dengan topik. Organisasi penulisan bermaksud pelajar menyampaikan idea dengan lancar, jelas dan disokong dengan bukti-bukti yang nyata. Penulisan pelajar hendklah berpusat (terarah), mempunyai binaan yang mantap, mempunyai urutan logik dan mempunyai kesatuan. Kosa kata terdiri daripada pemilihan diksi, pemilihan kata-kata yang bertenaga, penggunaan ungkapan yang segar, kepelbagaian kata dan menggunakan laras yang betul mengikut topik karangan. Penggunaan bahasa gramatis bermaksud, pelajar menggunakan jalinan ayat berdasarkan idea dan menyususn kata-kata mengikut nahu yang betul. Manakala mekanis merujuk kepada penggunaan tanda-tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, tanda seru, tanda ikat kata dan sebagainya (Jacob, 1981)


6.0 Kaedah Kajian
Pendekatan yang telah digunakan dalam kajian ini ialah kualitatif. Nota lapangan juga digunakan. Nota ini telah digunakan untuk mencatatkan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kekuatan dan kelemahan pengajaran penulisan. Prestasi pelajar dalam bilik darjah juga telah direkodkan dan kemudian dibandingkan dengan hasil tulisan pelajar. Penyelidik juga telah merekodkan bagaimana guru tersebut menyelesaikan masalah penulisan pelajar. Di samping itu, penyelidik juga telah menyediakan borang pemantauan. Borang ini telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar penulisan. Guru-guru perlu menandakan ya atau tidak dalam ruangan aktiviti guru dan aktiviti pelajar. Borang ini telah diedarkan sebanyak dua kali. Setiap kali guru masuk ke kelas, guru tersebut membuat penyemakan dan teguran secara tidak langsung.


6.1. Instrumen Kajian
Instrumen dalam kajian ini ialah sebanyak 54 esei yang ditulis oleh seramai 54 orang pelajar tingkatan enam atas di sebuah sekolah menengah di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kesemua instrumen ini telah disemak dan ditegur oleh guru-guru yang mengajar penulisan Pengajian Am sebanyak dua kali. Penyelidik memantau instrumen yakni esei pelajar sebelum dan selepas penyemakan dan teguran guru. Empat tajuk instrumen telah ditetapkan. Kesemua instrumen ini adalah soalan perbincangan fakta STPM tahun 2004 dan 2006. Instrumen tersebut adalah seperti berikut:
1. Rasional kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2. Keperluan Malaysia menumpukan perhatian untuk meningkatkan sektor perindustrian tanpa meminggirkan pertanian.
3. Alam sekitar yang kotor membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia.
4. Kelebihan negara-negara membangun mewujudkan proses urbanisasi.
6.2 Perincian Penyemakan dan Teguran
Penyemakan dan teguran dibuat berdasarkan satu panduan yang telah disediakan oleh penyelidik. Panduan tersebut terdiri daripada 11 elemen pembetulan. Guru hanya menandakan kod-kod tertentu dalam esei pelajar. Kod tersebut ialah PK- kesalahan pemilihan kata, KS-kesalahan penggunaan kata sendi, KW-kesalahan penggunaan keterangan waktu, PL-pertentangan logik, KE-kesalahan sistem ejaan. IM-kesalahan penggunaan imbuhan, OL-kesalahan agihan perenggan mengikut idea atau huraian, ^ -perkataan tercicir, ?-makna idea atau huraian samar atau kabur, BAIK-jika esei tersebut baik dari segi perkataan, idea, huraian dan sebagainya dan SP-susunan perkataan jika urutan ayat salah.


6.3 Prosedur Penyemakan dan Teguran Guru Terhadap Penulisan Esei Pelajar
Prosedur yang telah digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.Guru menerangkan karangan jenis fakta secara umum dan menjelaskan kod-kod yang
digunakan oleh guru semasa menyemak esei pelajar.
2.Pelajar memikirkan kehendak soalan dan merangka karangan
3.Pelajar menulis draf yang pertama
4.Guru memberi respons terhadap draf pertama dengan memberi penekanan terhadap semua
aspek penulisan dan tumpuan khusus telah diberikan pada penggunaan bahasa dan
organisasi esei. Kemudian guru mengembalikan esei kepada pelajar.
5.Pelajar memberi perhatian pada kod dan komen yang diberi oleh guru dan menulis semula esei buat kali kedua.
6.Sekarang draf pertama dan kedua telah dihantar kepada guru.
7.Guru menyemak dan memberi respons terhadap draf kedua serta memastikan pelajar dapat menulis esei dengan baik kali ini.
8.Setelah guru memulangkan draf kedua, pelajar dikehendaki menulis semula esei mereka dengan melakukan pembetulan.
9.Guru memberikan gred dan memuji pelajar kerana telah menyiapkan draf terakhir.



7.0 Skop Kajian
Secara khususnya kajian ini menyelidik sama ada kebolehen penulisan pelajar meningkat atau tidak setelah penulisan tersebut menerima penyemakan dan teguran guru. Penyemakan dan teguran yang diberikan adalah secara tidak langsung. Semua esei pelajar telah dinailai berdasarkan dua aspek penilaian penulisan iaitu bahasa yang digunakan oleh pelajar dan organisasi karangan. Aspek lain yang dikaji ialah penulisan esei jenis fakta iaitu esei laras sains dan sastera. Hanya dua aspek ini sahaja diberikan perhatian kerana berdasarkan pra pemantauan, penyelidik telah mendapati hamper semua pelajar mempunyai masalah dalam aspek penulisan dan pelajar boleh mengukuhkan keupayaan menulis jika guru membantu dengan memberikan penyemakan dan teguran yang membina. Responden dalam kajian ini ialah seramai 54 orang pelajar dari tiga buah kelas tingkatan enam atas. Instrumen yang digunakan ialah 27 buah esei laras sains dan 27 buah esei laras sastera.


8.0 Dapatan Kajian
Berdasarkan pemantauan penyelidik, sebelum penyemakan dan teguran terdapat banyak kesalahan penulisan esei dilakukan oleh pelajar khususnya dalam penggunana bahasa dan organisasi esei. Masalah pelajar dalam penulisan esei telah dihuraikan dalam bahagian latar belakang kajian. Tajuk karangan yang sama telah diberi kepada pelajar dalam kajian ini supaya penyelidik dapat memastikan prosedur penyemakan dan teguran yang dianjurkan oleh penyelidik dapat membantu pelajar meningkatkan kualiti penulisan.

Empat tajuk esei yang dinilai ialah:
1. Rasional kerajaan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
2. Keperluan Malaysia menumpukan perhatian untuk meningkatkan sektor perindustrian tanpa meminggirkan pertanian.
3. Alam sekitar yang kotor membawa pelbagai kesan negatif kepada manusia.
4. Kelebihan negara-negara membangun mewujudkan proses urbanisasi.


Berikut ialah hasil penulisan yang telah melalui penyemakan dan teguran sebanyak dua kali yakni setelah menyiapkan dua draf. Penyelidik dapat mengkaji esei yang telah dimurnikan oleh pelajar. Pelajar telah memperlihatkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam penulisan esei mereka.
Pertama, sebelum memilih tajuk esei, pelajar telah sedar bahawa mereka perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai tajuk yang dipilih. Terdapat beberapa orang pelajar telah menguasai beberapa bidang pengetahuan dengan mendalam seperti kawalan biologi, alam sekitar, urbanisasi dan PLKN. Pelajar sedar bahawa pengetahuan am sahaja tidak memadai untuk menghasilkan esei yang berkualiti malah mereka perlu menguasai pelbagai bidang. Penyelidik mendapati sebilangan pelajar menyediakan fail-fail tertentu untuk menyimpan segala catatan, keratan akhbar dan salinan fotostat bahan sebagai rujukan mereka.


Kedua, pelajar berjaya memahami kehendak soalan esei. Didapati pelajar-pelajar menggaris atau mewarna kehendak soalan dan kata kunci soalan dalam tajuk esei. Mereka juga dapat membezakan konsep-konsep supaya mereka tidak terjebak atau sesat fikiran. Hal ini membolehkan pelajar tidak menyimpang daripada persoalan utama atau tema esei. Pelajar dapat membezakan penyataan soalan dengan kata kunci soalan. Mereka sedar bahawa penyataan soalan adalah untuk mencungkil idea untuk menulis esei. Ada kalanya dalam penyataan soalan juga terdapat kehendak soalan. Hal ini dapat difahami oleh pelajar.


Ketiga, pelajar juga berjaya mewujudkan koheren dalam penulisan mereka. Esei pelajar sememangnya tertumpu pada tajuk. Oleh itu ketika memilih idea-idea, mereka amat berhati-hati. Di samping itu esei pelajar memperlihatkan keseimbangan dan pembahagian fakta dengan tepat. Mereka berjaya membahagikan bilangan baris bagi setiap huraian ideanya. Kebanyakan pelajar mencatatkan sekurang-kurangnya empat huraian kecil bagi setiap idea. Mereka telah berjaya menggabungkan ayat-ayat shingga menjadi perenggan atau satu wacana.


Keempat, pelajar telah berjaya membezakan idea sains dengan idea sastera. Setelah disemak dan ditegur oleh guru dalam kedua-dua draf sebelum ini, pelajar telah mengemukakan idea laras sastera seperti tindakan undang-undang, sikap, kos dan kempen bagi esei laras sastera. Pelajar juga berjaya mengemukakan idea sains seperti bahan fosil, pembangunan lestari, amalan kitar semula, merawat sisa-sisa industri dan bahan kumbahan.


Kelima, pelajar juga telah menguasai mekanis penulisan esei. Setelah disemak dan ditegur oleh guru, pelajar sangat berhati-hati apabila menggunakan kata, frasa dan ayat. Pelajar telah mencuba menggunakan sistem ejaan, imbuhan dan tanda baca dengan betul. Ayat-ayat terbalik jarang-jarang ditemukan dalam penulisan esei. Pelajar juga berhati-hati menggunakan perkataan kerana mereka sedar bahawa penggunaan perkataan yang salah boleh membawa kepada makna yang salah. Dari segi olahan pula, pelajar mencuba sedaya-upaya menghuraikan satu idea dalam satu perenggan sahaja.


9.0 Perbincangan
Input-input guru yang mengajar penulisan esei adalah sangat penting untuk memupuk dan mencungkil minat pelajar menulis esei dengan baik dan mantap. Penyemakan dan teguran yang dibuat oleh guru adalah dua input yang amat berkesan dalam pengajaran penulisan dengan lebih berkesan. Memang tidak dapat dinafikan guru-guru sekarang menyemak esei pelajar dengan teliti. Namun masih terdapat sebilangan guru menyemaknya secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Mereka tidak membantu pelajar mengesan dan mengenal pasti lokasi-lokasi kesalahan dalam karangan. Malah ada yang memberikan markah atau gred secara keseluruhan tanpa memperincikan markah mengikut aspek-aspek penulisan.


Kajian ini berjaya mengemukakan satu prosedur yang membantu guru-guru dalam menyemak esei pelajar. Guru-guru tidak boleh memberi alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk membaca draf esei pelajar sebanyak dua kali. Hal ini kerana mereka terpaksa mengajar lebih daripada dua kelas. Kaedah ini boleh digunakan sebulan sekali. Setiap kali guru masuk ke kelas untuk mengajar kertas dua, guru boleh mengambil sedikit masa untuk membuat teguran. Kerja-kerja penyemakan boleh dilakukan sewaktu guru lapang. Teguran boleh dibuat dalam kelas. Lagipun guru tidak perlu bersyarah untuk membuat teguran tersebut kerana guru telahpun menyemak esei tersebut secara tidak langsung dengan menggunakan kod-kod yang telah ditetapkan.


Proses penulisan dalam hidup pelajar adalah satu proses jangka panjang. Penulisan tidak terhenti di sekolah ataupun di dewan peperiksaan sahaja. Apabila pelajar menjadi seorang dewasa dan berkerjaya, maka penulisan tersebut masih diperlukan seperti menulis laporan prestasi organisasi, surat-menyurat, permohonan jawatan dan sebagainya. Seperti mana disentuh dalam pengenalan kajian ini, penguasaan pelajar dalam bidang penulisan esei membantu mereka mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan STPM nanti.


Penulisan esei yang efektif membantu pelajar dalam subjek-subjek lain seperti mata-mata pelajaran sains dan kemanusiaan. Penulisan esei Pengajian Am menuntut supaya pelajar menggunakan bahasa dengan baik untuk melahirkan idea. Idea yang dicetuskan itu pula memerlukan satu mekanisme untuk menghuraikannya. Tanpa penguasaan bahasa sudah tentu pelajar tidak dapat menghasilkan esei yang bermutu. Jadi para pendidik hendaklah memberi penekanan pada penguasaan bahasa pelajar. Di samping itu sebagai pendidik kita juga hendaklah sentiasa menggalakkan pelajar untuk membaca, meneroka dan mencari idea-idea baru bagi sesuatu tajuk yang diberi. Dalam hal ini pusat sumber sekolah, perpustakaan awam, pembelian majalah dan surat khabar oleh sekolah bolehlah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru.


Input-input penyemakan dan teguran sama sekali tidak boleh dipandang enteng oleh para guru. Pelajar sangat suka jika kerja mereka ditegur secara membina dan positif. Pelajar memang ingin belajar daripada kesilapan mereka. Maklum balas positif ini merupakan satu penilaian umum dan memberi informasi kepada pelajar untuk menghindarkan kesilapan-kesilapan pelajar dalam penulisan pada masa akan datang. Penyemakan dan teguran guru memudahkan mereka untuk merungkaikan masalah penulisan pelajar iaitu pelajar dapat memahami kehendak soalan karangan, pelajar dapat membezakan idea sains dengan idea sastera, pelajar dapat membezakan idea dengan huraian, pelajar dapat menggunakan olahan atau pemerengganan yang betul dan dapat menggunakan bahasa yang gramatis


10.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, kajian ini telah menunjukkan bahawa input penyemakan dan teguran guru yang positif dalam penulisan esei telah membantu pelajar menghasilkan penulisan esei yang menepati ciri-ciri penulisan esei fakta iaitu koheren, jelas, mudah difahami dan bervariasi. Input mereka juga menjadikan esei pelajar lebih terorganisasi dan pelajar dapat menguasai teknik penulisan esei jenis fakta dengan berkesan. Kajian ini juga telah berjaya mencapai objektifnya iaitu pelajar dapat mempelajari gaya penulisan esei jenis fakta, guru-guru dapat mengetahui strategi-strategi untuk menyelesaikan masalah penulisan pelajar dan guru-guru juga dapat mengetahui gaya penyemakan esei jenis fakta.

RUJUKAN
Chandler, J. (2003). The efficacy of various kinds of error feedback for improvement in the accuracy and fluency of L2student writing. Journal of Second Language Writing, 12(3), 267-296.
Ferris, D. R. (2002). Treatment of Error in Second Language Student Writing. Ann Arbour: University of Michigan Press.
Gorys, Keraf.(1984). Diksi dan Gaya Bahasa- Komposisi Lanjutan. Penerbit Gramedia :
Jakarta
Grabe, William & Robbert B. Kaplan. 1996. Theory and practice of Writing. United States of America. Addison Wesley Longman.
Ismail Ahmad (1996). Penulisan Saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Jacob (1981). Testing composition Profile: A Practical Approach. Rowley MA. New Bury
House

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). http://online2.mohe.gov.my/stpm/panduan/bkpk

Lee, Icy. 2005. Enhancing the Effectiveness of Teacher Feedback in the Secondary Writing
Classroom. Chinese University of HongKong.

Majlis Peperiksaan Malaysia (2006,2007,2008) Laporan Prestasi Calon STPM. MPM:
Selayang
Penny. (1996). A Course in Language Teaching Practice and Theory. Cambridge Teacher
Training and Development. United Kingdom: Cambridge University Press.

Roger, Jenny. 2001. In Adults Learning; Buckingham: Open University Press (online). Retrieved
on January, 23 2008. www.findarticles.com/ articles/feedback/

Wednesday, March 16, 2011

Kepentingan Sukan Dalam Kehidupan Manusia


"Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Kejayaan" kata-kata bestari ini telah dibuktikan oleh jaguh-jaguh sukan negara kita. Misalnya Lee Chong Wei, Azizul Hasni Awang, Nicol Ann David dan Shalin Zulkifli telah beberapa kali mengharumkan nama MALAYSIA dalam kejohanan dunia. Kehebatan mereka ini seharusnya menjadi contoh ikutan kepada generasi pelajar yang masih aktif menceburkan diri dalam aktiviti sukan di sekolah.

Persepsi negatif tentang penglibatan para pelajar dalam bidang sukan daripada segelintir ibu bapa yang tidak yakin dengan sumbangan sukan dalam kehidupan harus dibetulkan malah wajib dibuang daripada kota pemikiran mereka. Sejak dahulu lagi ramai anak-anak miskin yang berjaya mengubah hidupnya setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kejayaan dalam bidang sukan yang diceburi. Tentu anda pernah atau mengenali wajah-wajah seperti Mike Tyson, Ronaldinho, Usain Bolt, Tiger woods dan ramai lagi.

Pemain-pemain bola keranjang NBA di Amerika Syarikat juga telah membuktikan bahawa selain akademik, kemahiran dan minat yang mendalam dalam acara sukan bukan penghalang kepada mereka untuk terus belajar di universiti atau kolej. Dalam hal ini sudah sampai masanya kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan Universiti yang menjurus kepada kecemerlangan sukan dan akademik, agar generasi pelajar sekolah mempunyai pilihan yang luas untuk memilih kerjaya.

Kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM semata-mata tidak lagi menjamin untuk seseorang itu mengumpul harta untuk membina kesenangan dalam kehidupan seharian. Tetapi dengan menceburkan diri dalam bidang sukan, hadiah-hadiah kemenangan boleh mencecah jutaan ringgit. Fikir-fikirkanlah apakah sistem pendidikan kita masih relevan dengan kehidupan zaman yang serba canggih ini.
Hari ini wang adalah penentu kesejahteraan hidup manusia. Manakala amal ibadat adalah bekalan yang wajib diperbanyakkan untuk kehidupan alam akhirat. Sekian.

Sunday, March 13, 2011

Kematangan Fikiran Penentu Kualiti Karangan STPM


Jika dicampur markah bahagian A (25m) + bahagian B (25m) + bahagian C (20m), jumlah ketiga-tiga bahagian ini membawa 70% daripada 100% markah peperiksaan. Selebihnya 30% daripada bahagian D dan bahagian E. Berdasarkan pengalaman saya sebagai guru yang mengajar Pengajian Am kertas 2, para pelajar gagal mendapatkan markah yang baik pada bahagian A,B dan C.

Antara punca yang dikenalpasti ialah pelajar menghasilkan karangan yang kurang bermutu atau lebih tepat penulisan calon tidak menepati standard pelajar Pra Universiti. Karangan yang ditulis masih menampakkan gaya penulisan dan pemikiran individu yang belum matang.

Menurut Jeniri Amir (Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak) “Sesiapa yang hendak maju dan mahir sebagai penulis perlu memiliki sikap positif seperti rajin membaca, menyayangi bahasa, analitis, suka mendengar dan menyoal serta beberapa lagi memastikan kemahiran, pengalaman dan pengetahuannya dapat dipertingkatkan dalam rangka meningkatkan mutu penulisannya”.

Saturday, March 12, 2011

Usaha Kukuhkan Perpaduan Kaum Bermula Dari Rumah


MALAYSIA, sebagai sebuah negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa telah lama menjadi contoh terbaik di pentas dunia dalam mengamalkan hidup bermasyarakat yang bertoleransi, saling menghormati dan memahami antara satu kaum dengan kaum lain.

Apa yang negara kita nikmati sekarang amat jauh berbeza dengan negara-negara lain yang mempunyai penduduk berbilang kaum tetapi rakyatnya tidak pernah hidup aman lantaran perbezaan tersebut. Malah, ada negara yang memiliki penduduk daripada satu kaum sahaja tetapi masih gagal mengekalkan keamanan yang diingini kerana perpaduan rakyatnya yang rapuh.

Justeru, keunikan negara kita yang mempunyai penduduk pelbagai kaum yang dapat hidup dalam keadaan aman damai sentiasa menjadi perbualan masyarakat dunia. Itulah yang kita banggakan selama ini, tetapi soalnya apakah keadaan itu dapat dikekalkan?

Jawapan yang pasti adalah ia boleh dikekalkan dengan syarat setiap rakyat terutama pemimpin politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin kumpulan yang ditubuhkan berasaskan kaum saling bekerjasama erat dengan kerajaan dalam memastikan keamanan dan perpaduan yang dikecapi hari ini dapat kekal selamanya.

Itulah juga yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu apabila beliau menyeru setiap warga negara ini agar saling bekerjasama dalam mengeratkan perpaduan antara kaum. Najib ketika berucap pada majlis bertemu pengundi Cina, India dan Orang Asli di pekan Kerdau, Pahang, semalam, menegaskan betapa perpaduan perlu diperkukuhkan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara yang hebat dan disegani pada abad ke-21.

Usaha mengukuhkan perpaduan perlu bermula di rumah dan sekolah rendah. Ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya, selain kanak-kanak itu diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mana segala corak pada kain itu ditentukan oleh ibu bapa, penjaga dan guru-guru di sekolah.

Tidak kira sama ada anak-anak itu mengikuti persekolahan aliran kebangsaan, Cina, Tamil, Inggeris atau sekolah antarabangsa, tugas memperkukuhkan perpaduan terletak pada bahu ibu bapa dan guru. Merekalah yang bertanggungjawab sepenuhnya membentuk sikap anak- anak agar saling menerima perbezaan dan akhirnya membesar sebagai rakyat yang sanggup bertolak ansur, bertoleransi dan menghormati perasaan antara satu kaum dan kaum lain.

Memang diakui sukar untuk memuaskan hati semua kaum lantaran ledakan teknologi maklumat dan jaringan yang hebat sekarang, sehinggakan ada dalam kita lebih mempercayai apa yang ditulis blogger. Tetapi jika jiwa setiap rakyat sudah terdidik supaya menerima perbezaan yang ada, maka apa saja yang dipaparkan akan dianggap sebagai bahan bacaan ringan sahaja.

Dalam pada itu, kita sedih kerana perpaduan erat yang telah lama dijalin mahu dirosakkan oleh tindakan segelintir kumpulan kaum yang ekstrem. Berlakulah demonstrasi haram, tetapi kita bernasib baik kerana anggota polis bertindak pantas membendung gejala yang tidak diingini itu daripada merebak menguasai kota raya, bandar raya dan setiap ceruk pekan dan desa.

Maka dengan itu, marilah kita saling bekerjasama mengukuhkan perpaduan, bertindak reaktif, proaktif dan ikhlas menerima perbezaan di antara kaum.

Tuesday, March 8, 2011

Tsunami atau Ombak Besar


Fenomena yang dikenali sebagai tsunami ini merupakan sekumpulan ombak besar dan biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan aktiviti di dalam laut. Apabila berlaku perubahan air laut yang secara tiba-tiba atau berlakunya pergerakan plat lautan yang turun naik disebabkan oleh gempa bumi maka terbentuklah tsunami yang terjadi akibat daripada desakan graviti. Ombak yang bergerak ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga apabila menghempas ke pantai. Perkataan tsunami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud ombak pelabuhan. Pembentukan tsunami tidak berkaitan langsung dengan bidang astronomi- yang mana boleh dikaitkan dengan pergerakan planet, bulan dan matahari. Selain dari gempa bumi, tsunami juga disebabkan oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh di bawah laut dan beberapa kejadian yang lain.

Bagaimana gempa bumi menghasilkan Tsunami

Setakat ini, tsunami dihasilkan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar lautan. Ia selalunya muncul di sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. Apabila plat-plat ini bertembung di antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi berlaku yang mana akan berlaku perubahan pada permukaan laut dari hanya beberapa kilometer kepada lebih 1,000 kilometer. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan lautan, dan menghasilkan ombak tsunami yang besar.

Dimana dan bagaimana tsunami terhasil

Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samada kecil atau besar. Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi dimana kebanyakan gempa bumi berlaku di situ.

2004 Gempa bumi di Lautan Hindi menyebabkan tsunami melanda negara Acheh,Indonesia. Lebih 150,000 orang terkorban.

1998 dengan ukuran 7.0 skala Richter di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter dan mengorbankan nyawa lebih 6,000 orang

1976 Tsunami di Filipina. Lebih 5,000 orang mati.

1960 Gempa bumi sekuat 9.5 skala Richter menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik yang memusnahkan daratan Pulau Hawaii dan Chile.

1946 Gempa bumi berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak setinggi 35 meter.

1883 Letusan Gunung Berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia menghasilkan ombak setinggi 35 meter.

1755 Tsunami menghancurkan Lisbon,Portugal. Lebih 60,000 orang terkorban.

# Info selanjutnya sila rujuk http://www.tsunami.pnm.my/main.php


Sunday, March 6, 2011

Keselamatan Bangunan Sekolah



Penyelenggaraan secara berkala amat penting untuk memastikan bangunan sekolah dan kuarters kediaman guru sentiasa selamat untuk diduduki. Lazimnya, aspek penyelenggaraan dan baik pulih hanya dilakukan apabila pentadbir sekolah atau penghuni kuarters mengesan kerosakan fizikal yang mencolok mata seperti pintu atau tingkap pecah, tandas tersumbat dan rekahan pada bangunan. Malangnya ada juga kerosakan yang terbiar tidak diselenggara walaupun kerosakan telah dilaporkan. Salah siapa?

Menuding jari memang mudah tetapi sebaiknya adalah mencari jalan penyelesaian untuk keselamatan dan keselesaan bersama. Sebagai contoh, tangki air bocor atau lantai marmar pecah di kuarters guru tidak dibaik pulih kerana berlaku tarik-tali antara penghuni dan pemilik premis.

Kedua-dua pihak tidak mahu bertanggungjawab untuk memperbaikinya. Sepatutnya Kementerian Pelajaran selaku pemilik perlu bertanggungjawab dengan mengarahkan kontraktor yang diberi tender membina bangunan itu untuk membaiki segala kerosakan sekiranya ia masih dalam tempoh jaminan. Jika tempoh itu telah tamat, maka satu mekanisme lain perlu dilaksanakan. Apa pun penghuni kuarters iaitu guru tidak boleh dibebankan untuk membaikinya kerana mereka adalah penyewa. Secara teknikalnya, mereka membayar sewa melalui potongan elaun perumahan dan sebahagian daripada elaun COLA.

Selain itu, aspek penyelenggaraan yang lebih penting dan perlu diberi perhatian ialah pendawaian wayar elektrik dan kawalan serangga perosak. Mengikut piawaian standard antarabangsa, pendawaian dalam bangunan yang melebihi 15 tahun perlu diperiksa atau dibuat semula. Hal ini kerana ia berisiko tinggi untuk berlaku lintar pintas yang boleh mengakibatkan kebakaran. Pastinya bila ini terjadi, nasi sudah menjadi bubur.

Begitu juga dalam bab mengawal ancaman serangga perosak khususnya anai-anai. Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana natijahnya parah. Serangga kecil ini boleh menyebabkan bumbung dan siling runtuh. Bayangkan jika ia berlaku ketika anak-anak kita sedang tekun mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah. Aduh, sungguh memilukan! Sebelum musibah ini berlaku, Kementerian Pelajaran perlu proaktif untuk membuat langkah-langkah pencegahan.

Bagaimanapun, keutamaan harus diberi kepada 600 buah sekolah yang berada dalam keadaan amat daif dan hampir sujud ke bumi seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sarawak, baru-baru ini. Semua sekolah ini telah dalam pengetahuan Kementerian Pelajaran dan tindakan untuk membaik pulih atau membina semula sedang dirancang serta akan segera dilaksanakan termasuk dengan menggunakan pembiayaan pihak swasta jika perlu.

Apa yang membimbangkan adalah keadaan di sekolah-sekolah lain yang telah berusia lebih 15 tahun. Walaupun nampak kukuh fizikalnya, dikhuatiri tanpa penyelenggaraan yang sempurna akan menyebabkan kejadian tidak diingini. Kebimbangan ini berasas. Sedikit masa dahulu, ada bangunan makmal komputer sekolah runtuh sebelum sempat digunakan.

Malah baru-baru ini, dilaporkan ada sekolah baru yang dibina melibatkan kos jutaan ringgit dan belum pun satu dekad usianya telah berlaku keretakan pada struktur bangunannya. Keadaan ini amat mendukacitakan dan perlu perhatian serius. Sewajarnya satu kajian dibuat agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk pembinaan sekolah dan kuarters guru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Dalam konteks ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyarankan supaya bangunan sekolah dibuat secara lebih teliti dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan bagi mengelak berlakunya masalah seperti retakan kepada struktur bangunan.

sumber dipetik daripada : Utusan Malaysia.com