Apabila saya menonton dan mendengar ucapan pembukaan daripada Presiden parti, saya yakin malah seperti juga para pengundi yang lain bahawa PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Kalau mengikut perkembangan semasa yang dilaporkan oleh media tempatan dan juga daripada rakan-rakan yang sedang mengikuti perhimpunan ini, PRU 13 akan dilangsungkan pada atau sebelum April 2012.
Wednesday, November 30, 2011
Perhimpunan Agung Umno 2011
Apabila saya menonton dan mendengar ucapan pembukaan daripada Presiden parti, saya yakin malah seperti juga para pengundi yang lain bahawa PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Kalau mengikut perkembangan semasa yang dilaporkan oleh media tempatan dan juga daripada rakan-rakan yang sedang mengikuti perhimpunan ini, PRU 13 akan dilangsungkan pada atau sebelum April 2012.
Sunday, November 27, 2011
Sedikit Tapi Bernilai
Pemberian RM100 oleh kerajaan BN kepada anak-anak sekolah di seluruh negara, jelas menunjukkan betapa kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Malaysia ini mengambil berat atas masalah kewangan yang dihadapi oleh para ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah. Sungguhpun nilai RM100 itu tidaklah begitu banyak kepada orang yang kaya, namun kepada mereka yang berpendapatan rendah, pemberian RM100 oleh kerajaan itu sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan khususnya pada akhir tahun, kerana pada bulan ini (Disember) banyak wang digunakan untuk membeli kelengkapan anak-anak yang akan bersekolah pada bulan Januari. Terima kasih kepada kerajaan pimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib. Semoga usaha murni ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.
Tuesday, November 22, 2011
Malaysia Jaguh Bola Sepak Sukan Sea
Kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia dalam sukan sea memang tidak diragui lagi. Buktinya kejayaan menewaskan pasukan tuan rumah dua kali dalam perlawanan akhir acara bola sepak sangat mengkagumkan dan memang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Saya sendiri berkesempatan menonton perlawanan tersebut walau dari kaca tv di kampung. Kejayaan menumbangkan pasukan Vietnam pada tahun 2009 dan kali ini pasukan angkuh Indonesia, memang amat menyeronokan. Walaupun menang dengan cara penalti (4-3)...menang tetap menang. MALAYSIA BOLEH.
Sunday, November 20, 2011
Tips Selepas dan Sebelum Menjawab Soalan STPM
Sunday, November 13, 2011
Melayu Sudah Lupa Sejarah
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan parti-parti politik tertentu yang baru ditubuhkan tidak ubah seperti pengemis apabila sanggup meminta sokongan pihak antarabangsa untuk kepentingan diri.
Pemimpin-pemimpin parti terbabit, jelas beliau, tidak berjuang untuk kepentingan bangsa dan tanah air, sebaliknya mahu menjadi pemimpin negara walaupun pada hakikatnya langsung tidak mempunyai kekuatan dari segi ekonomi, senjata (tentera) dan politik.
"Orang Melayu hari ini sudah lupa sejarah, kita ada kekuatan, ada pendidikan tapi hanya kerana kita cepat lupa maka, kita sudah berpecah kepada banyak kumpulan, lalu siapa yang akan mempertahankan tanah air kita," katanya.
Beliau berucap pada majlis pelancaran buku bertajuk Selagi Hayat Dikandung Badan terbitan Alaf Baru (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Buku setebal 311 muka surat tersebut telah dimulakan penulisannya oleh tiga penulis daripada Alaf Baru pada penghujung 2006 dengan dibimbing oleh budayawan, Tan Sri Abdul Aziz Tapa.
Dr. Mahathir berkata, tidak mustahil rakyat negara ini melakukan kesilapan dan dijajah sekali lagi sekiranya mereka terus lupa tentang sejarah tanah air.
Jelasnya, negara mempunyai ramai cerdik pandai tetapi masih ada yang tidak boleh bersatu hati malah, merelakan untuk dibahagi-bahagikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu.
"Kita tahu ada pihak sekarang tidak bangga lagi dengan status sebagai 'orang Melayu'. Pada masa depan, apa akan jadi dengan anak cucu jika terus berpendirian begitu," ujarnya.
Beliau berkata, rakyat juga jangan terkejut sekiranya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti lebih banyak parti-parti baru diwujudkan kerana ada yang mahu menjadi Perdana Menteri.
Sumber : Utusan Malaysia
Saturday, November 12, 2011
Waktu Kerja Guru Perlu Dikekalkan
Cadangan waktu kerja guru 9 jam yang akan bermula pada tahun 2012, harus dikaji semula. Mungkin masih ramai yang tidak jelas waktu kerja guru yang sebenarnya.
Monday, November 7, 2011
Program tv yang berkualiti
Sudah agak lama kita disajikan dengan rancangan realiti tv yang menjurus kepada bidang nyanyian. Tentu sekali anda masih ingat dengan 'Akademi Fantasia". Para pemenang daripada program ini ada yang terserlah bakat nyanyiannya, namun pada masa yang sama ada juga yang hanyut hilang tanpa album.