Saturday, October 11, 2014

Tiga Peraturan Inovasi

Pada 9 Oktober 2014 (Khamis) saya berpeluang menyaksikan dan menjadi wakil kepada PPD untuk merasmikan Pertandingan Inovasi peringkat sekolah Menengah Daerah Kuala Penyu. Sampai saja di rumah, saya mengambil peluang untuk menggunakan kemudahan internet yang ada untuk mencari artikel tentang inovasi. Berikut adalah artikel tersebut:
 Adalah satu kesilapan jika ada yang merasakan untuk melakukan sesuatu inovasi memerlukan teknologi. Menurut penulis tanggapan itu sebenarnya tidak benar.
Jika dilihat kepada sejarah inovasi yang mengubah dunia, semuanya bukan bersandarkan kepada teknologi.
Inovasi seperti peluru berpandu balistik pertama dari India, jam matahari pertama dari Korea, percetakan pertama di China, sehinggalah walkman di Jepun - teknologi hanya sampingan. Bukan punca utama.
Manusia dapat mencapai inovasi dengan atmosfera keterbukaan - terbuka kepada idea baru, terbuka tanpa mengira sempadan dan terbuka untuk bekerjasama.
Agak sukar untuk mendefinisi akan keterbukaan. Lebih mudah mendemonstrasikannya yang mana apabila anda mencuba sesuatu atau sebarang perkara yang difikirkan, anda boleh mengatasinya.
Izinkan saya mulakan dengan apa yang dimaksudkan dengan keterbukaan untuk bekerjasama.
Apabila ramai bertanya apakah produk Google kegemaran saya, ia bukan Gmail atau Maps atau YouTube. Ia adalah Google - syarikat tersebut sendiri.
Untuk dekad yang lepas, keutamaan adalah membangunkan masyarakat dengan menggunakan bakat mereka yang menakjubkan. Matlamatnya supaya ia boleh bertahan lama setelah saya pergi. Malah semua produk semasa kami akan digantikan dengan gelombang inovasi yang baru.
Semua ganjaran, cabaran dan tanggungjawab dikongsi untuk membolehkan kami mengimpikan pelbagai perkara besar dan bersama-sama dengan masyarakat untuk mencapainya.
Internet memperluaskan konsep komuniti ini melangkaui batasan syarikat, atau sempadan negara.
Android merupakan contoh yang baik. Ia merupakan platform perisian untuk telefon pintar yang digunakan lebih 190 juta peranti mudah-alih hari ini.
Ia adalah sumber terbuka - yang bermaksud orang ramai boleh mengambil kod kami, mengubahnya, dan mengeluarkan produk mereka mengikut cita rasa mereka - yang mana dilakukan oleh syarikat seperti Samsung, LG, Sony Ericsson dan HTC.
Kerana itu, terdapat lebih banyak pilihan untuk pembangun dan juga pengguna.
Komuniti pembangun aplikasi dan usahawan seluruh dunia telah menghasilkan lebih 500,000 aplikasi dan menjadikannya satu industri.
Dengan keinginan dalam Google untuk bekerjasama, ia membolehkan kami bekerjasama bersama setiap pembangun Android dari seluruh dunia.
Contoh lain bagaimana keterbukaan untuk bekerjasama membawa kepada sebuah perubahan yang besar ialah beberapa tahun yang lepas jurutera kami di India kecewa dengan sistem pemetaan di negara tersebut.
Lalu dia memperkenalkan sebuah aplikasi ringkas yang membolehkan semua orang bersama-sama membangunkan peta digital menggunakan gambar satelit.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Sukarelawan bekerja bersama dalam mempertingkatkan lebih 180 peta pada aplikasi MapMaker.
Di Pakistan sahaja, pengguna menandakan lebih 25,000 kilometer jalan yang sebelum ini tidak pernah ditandakan.
Kita perlu membangunkan perkara seperti ini dalam masyarakat bukan hanya pada peringkat korporat.
Kita perlu membolehkan para pengguna bersatu supaya mereka boleh pelajari, kerjasama dan berinovasi dalam keadaan terbuka.
Ini bermakna, kita juga perlu terbuka kepada seluruh dunia.
Terima kasih kepada web, kini tiada had untuk cita-cita. Sempadan geografi tidak mempunyai persamaan digital. Jadi tiada perkara seperti perniagaan dan organisasi tempatan lagi.
Pasaran anda, pelanggan anda, rakan kerjasama anda, pengedar anda, semuanya adalah global.
Jadi persoalannya - adakah anda terbuka? Pada abad ini, dunia semakin mengecil.
Kita dapat melihat kebangkitan kuasa ekonomi baru di Asia, termasuk di Brazil, Rusia, dan Timur Tengah.
Kita juga melihat kelahiran pengguna global dari kelas pertengahan dengan kuasa membeli yang tinggi.
Internet akan menjadi salah satu cara baru untuk berhubung dengan dunia baru. Kita tahu lebih tiga billion pengguna akan berhubung secara atas talian pada penghujung dekad ini. Kebanyakannya daripada negara membangun.
Pada tahun lepas, apa juga jenis perniagaan akan dapat menggunakan peluang tersebut.
Perkara tersebut adalah benar termasuk salah satu syarikat perkhidmatan editorial di Malaysia.
Hanya setahun yang lalu, Dr. Yeang Hoong Yeet dan isteri beliau Helen Chew, mengambil keputusan menjalankan perniagaan atas-talian - menyediakan khidmat pengeditan dan pembacaan untuk bahan akademik dan perniagaan.
Dengan umur melebihi 60 tahun, mereka membuktikan usia bukan penghalang untuk memulakan perniagaan atas talian.
Melalui pengiklanan atas talian, mereka berjaya memperluaskan perniagaan dari Malaysia ke negara lain di rantau berdekatan. dan kini gembira dengan pulangan mereka.
Terima kasih kepada Internet, itu merupakan salah satu contoh ringkas bagaimana sebuah idea baru kini boleh dibawa ke konteks global.
Dengan merentasi Asia, kita tahu terdapat jutaan orang daripada pelbagai latar belakang kini menggunakan Internet sebagai salah satu platform untuk peluang dan kebaikan - untuk membangunkan jutaan idea baru milik mereka.
Mereka adalah pemilik kedai, pengeluar dan mungkin juga artis. Mereka mencuba pelbagai cara untuk mencapai pasaran baru, dengan kaedah baru dan bersama rakan kerjasama baru.
Sebahagian daripada mereka takut dengan kesan daripada keterbukaan, lebih-lebih lagi apabila Internet telah mengubah beberapa industri. Bagimanapun, kebaikan daripadanya adalah amat menakjubkan.
Di Australia, Internet menyumbang kepada 3.6 peratus Keluaran Dalan Negara Kasar KDNK) negara - lebih daripada eksport bijih-besi.
Di Jepun, ia menyumbang 3.7 peratus lebih daripada industri pengeluaran automotif.
Setiap perniagaan mendapat kebaikan daripada peningkatan Internet. Dianggarkan untuk setiap pekerjaan yang hilang disebabkan Internet, 2.6 lagi dihasilkan.
Tetapi nombor tersebut hanya boleh digunakan kepada Internet terbuka yang kita kenal pada hari ini. Ia tidak dijamin akan terus kekal sebegitu. Cara untuk memaksimumkan kebaikan ekonomi daripada Internet adalah dengan membiarkannya terbuka.
Lagipun, keterbukaan hadir untuk kekal. Tanpa keterbukaan, pengguna akan hilang pilihan.
Syarikat akan berpuas hati. Masyarakat akan kehilangan dinamik yang membawa kepada inovasi.
Ini adalah salah satu sebab mengapa kami komited untuk menjadikan Android itu terbuka. Ia merupakan mesej ringkas yang dihantar kepada semua rakan kerjasama di seluruh Asia.
Keterbukaan bukan hanya sekadar prinsip, ia merupakan salah satu strategi kemenangan bagi kita semua.
Kejayaan Android di Asia memperlihatkan perkara tersebut. Google telah berjaya kerana dasar terbuka kepada rakan kerjasama baru, rantau dan juga idea.
Kejayaan telefon pintar, merupakan kejayaan Google. Kejayaan pelbagai perniagaan juga bergantung pada platform terbuka - Internet - yang mana ia bukan milik sesiapa.
Oleh kerana tiada sesiapa yang memilikinya, Internet adalah milik semua orang dan berjaya apabila ia adalah terbuka.
Malaysia dianugerahkan dengan populasi yang kreatif dan berbakat serta ramai pembangun perniagaan dan usahawan yang pintar.
Ia penting untuk sesuatu perniagaan dan ahli politik meneruskan imaginasi mereka di Malaysia yang membolehkan kita semua bersama mendapat kebaikan.
 
 Idea drpd : Pengerusi Eksekutif Google Inc.


Saturday, September 20, 2014

Mutiara Kata Pencetus Minda

Ibnu Abbas
"Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia banci padamu"


Imam Syafie
"Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal akan kebodohanku"


Iskandar Zulkarnain
"Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba"

Sunday, June 15, 2014

Ujian PT3 ganti PMR bermula 1 Julai

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Jun - Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai.
Menurutnya, ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula akan diadakan pada 12 hingga 17 Oktober depan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini.
“Kita sudah buat keputusan bahawa PMR tidak diteruskan bermula tahun ini dan dalam tempoh beberapa minggu lagi akan diadakan ujian menggantikan peperiksaan awam berpusat iaitu PT3 bertujuan melihat pencapaian prestasi pelajar mengikut penilaian band 1 (paling lemah) hingga band 6 (paling baik).
“Dengan pentaksiran ini kita tahu bagaimana pencapaian pelajar-pelajar bukan di akhir tahun tetapi di peringkat awal tahun lagi dan guru akan mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar dan mereka yang mundur dapat kita baiki sejak awal dan apabila di hujung tahun mereka akan lebih cemerlang,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin meminta semua pihak termasuk ibu bapa untuk memberi peluang kepada pelaksanaan sistem penarafan baharu itu selaras dengan perkembangan sistem pendidikan peringkat global yang menuntut pelajar berfikir aras tinggi iaitu bukan semata-mata menghafal.
Menurutnya, walaupun corak penilaian agak berbeza, beliau percaya sistem berkenaan mampu diadaptasi oleh para pelajar dan guru sekali gus semua pihak dapat menerima kebaikan sistem tersebut apabila tahap pencapaian pelajar akan dinilai secara lebih telus.
“Ini tahun pertama dianjurkan, jadi kita faham ada pihak belum mengetahuinya dan saya sedar ibu bapa juga belum faham, tetapi kita akan memberi penjelasan berterusan melalui sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sehingga ibu bapa faham.
“Saya minta ibu bapa menerima usaha sebegini, ibu bapa boleh datang ke sekolah pada bila-bila masa untuk melihat prestasi pentaksiran yang dibuat lebih telus,’’ katanya.
Muhyiddin berkata, seramai 63,000 guru tingkatan tiga telah pun diberi latihan sewajarnya dan pihak sekolah akan diberi bantuan daripada Lembaga Peperiksaan yang akan menyediakan ‘tabung soalan’ untuk dipilih oleh guru sekolah bagi menguji kecekapan pelajar.
Muhyiddin berkata, pihak lembaga seterusnya akan mengumpul maklumat serta membuat analisis pencapaian pelajar secara keseluruhan dan perkara itu akan dijadikan penanda aras baharu penilaian tingkatan tiga.
“Sesetengah pihak juga ada menyatakan apabila penilaian di buat di sekolah maka berlaku ketidakadilan kerana pihak sekolah akan memberi penilaian tinggi walaupun pelajar mereka tidak cemerlang, namun perkara itu akan diatasi dengan bentuk penilaian dibuat oleh pemeriksa daripada sekolah lain supaya keputusannya selaras.
“Sijil yang akan dikeluarkan pula mengikut format baharu iaitu dengan diletakkan gred band kerana peperiksaan dibuat di sekolah dan tidak lagi secara berpusat,’’ katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140615/dn_02/Ujian-PT3-ganti-PMR-bermula-1-Julai#ixzz34i0rclqo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, June 8, 2014

FIFA World Cup 2014

Bermula 12 Jun ini, peminat bola sepak seluruh dunia akan menyaksikan sekali lagi kejohanan paling berprestij dalam sukan bola sepak dunia. Bintang-bintang utama Liga Eropah seperti L.Messi, C.Ronaldo, W.Ronney, Nyemar Jr. dan lain-lain, mencari kejayaan yang belum pernah mereka menangi. Untuk generasi tahun 2014, berikut adalah Negara-Negara yang pernah menjadi juara sejak 1982 ( ini tahun saya mula menonton world cup pada bulan ramadhan tahun 1982. Masa tu baharu tingkatan 1).

Juara                          N.Juara
1982 - Italy                Jerman
1986 - Argentina       Jerman
1990 - Jerman           Argentina
1994 - Brazil             Italy
1998 - Perancis         Brazil
2002 - Brazil            Jerman
2006 - Italy               Perancis
2010 - Sepanyol       Belanda
                                                                    2014 - ???

SELAMAT MENONTON.

Thursday, January 16, 2014

Ucapan lewat dari ku

Sudah 16 hari kita berada dalam tahun 2014, kehidupan semakin mencabar dan menguji kekebalan emosi. Apa tidaknya...kos hidup bertambah tinggi. Kalau 5 tahun lalu, gaji 3000 masih boleh memberi senyuman. Tapi hari ini nilai 3000 sudah macam 1500. Kesian dengan orang yang tiada kerja. Tapi kalau kita lihat di sekeliling bandar kita ini, para pendatang asing begitu mudah mencari rezeki. Ada yang jual sayur, jual buah tembikai, jual ikan di tepi jalan, sehinggakan tamu mingguan pun mereka ramai berniaga. Orang kita...ehhmmm! ...termasuk saya juga..lah. jadi pembeli setia. Di Sabah...semua daerah mereka jadi peniaga di pasar tamu. Ikan..ikan..bos ikan bos. Sayur kacang ada, sayur kubis ada, sayur kangkung pun ada bos..!