Tuesday, June 23, 2015

Gempa Bumi : Ranau Panduan Keselamatan

Kejadian gempa bumi di daerah Ranau  khusunya di kawasan gunung Kinabalu adalah suatu kejadian yang jarang berlaku. Namun sejak kebelakangan ini gegaran terus berulang. Meskipun gunung Kinabalu dikategorikan sebagai gunung berapi mati, namun siri gegaran yang berlaku amat merisaukan penduduk Sabah. Akibat gegaran yang masih aktif banyak bangunan yang rosak terutamanya di Pekan Ranau. Masjid dan sekolah antara yang terjejas teruk. Kini sudah sampai masanya pengetahuan tentang aspek keselamatan amat penting didedahkan kepada penduduk Sabah amnya dan khususnya kepada kalangan pelajar sekolah di daerah Ranau yang sangat dekat dengan risiko gempa bumi.

Monday, May 4, 2015

Perkhidmatan feri ke Pulau Labuan

Hari ini saya kembali update blog Cikgu Jup yang sudah lama terbiar. Terima kasih kepada yang masih sudi membaca. Hari ini seperti biasa selepas beberapa hari cuti dan balik bermalam, anak kesayanganku Khairina Izzaty balik ke asrama Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL). Perkhidmatan Feri sudah sinonim dengan kami sekeluarga. Keadaan laut tidaklah begitu kuat ombaknya. Tenang namun demi menjaga keselamatan anak tersayang saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan feri. Biar lambat asal selamat. Lagi pun tambangnya agak murah berbanding dengan boat laju Menumbok. Cuma RM2.50 seorang.