Sunday, December 25, 2016

Cuti-cuti Malaysia Melancong ke Melaka

Salam semua....untuk memudahkan kawan-kawan dari Sabah yang bercadang mahu bawa anak-anak dan isteri melancong ke Melaka time cuti sekolah, di sini saya kongsikan pengalaman yang lalu. Tq kerana sudi membaca....selamat bercuti..mudah saja. Tidak perlu menyusahkan orang untuk jadi guide...atau driver...kita naik bas saja atau teksi tapi dalam perkongsian ini saya naik bas sebab rasa lebih selamat...

1. Naik kapal terbang ( memanglah bah!!...kereta mana boleh sampai ke Semenanjung..hehe ). Kalau naik MAS turun di KLIA tapi kalau AirAsia kita landing di KLIA 2.


2. Sampai airport cari kaunter jual tiket bas...lepas tu tunggu ketibaan bas...jalan saja menuju pintu keluar jumpalah itu.



3. Bas akan berhenti di Melaka Sentral. Nah!...pandai-pandailah sambung, mahu naik teksi atau bas untuk ke destinasi seterusnya...tapi kalau mahu cepat naik teksi lah dan pastikan hotel bajet untuk bermalam sudah ada sebab takut kena hotel yang mahal dan jauh dari tempat melancong.




Ok itu saja...sorry lah gambar lain malas mau upload. Sekian selamat bercuti dan semoga gembira serta selamat dalam perjalanan.







Monday, August 22, 2016

Kayuhan Patriotik 2016



  Tarikh : 20 Ogos 2016

  Kayuhan Patriotik, aktiviti berbasikal yang telah pun selesai dianjurkan. Sejak kembali bertugas di sekolah, aktiviti berbasikal adalah pilihan terbaik untuk saya menjaga kesihatan selain mengawal gaya pemakanan. Maklumlah penyakit Gout sudah mengetuk sendi-sendi tubuh badan yang semakin longgar. Kebetulan pula ada pesta Rumbia, kayuhan ini julung-julung kali dipertontonkan kepada masyarakat setempat.. Terima kasihlah kepada Jabatan Penerangan Malaysia cawangan Kuala Penyu yang sudi menjadi penganjur bersama dengan SMK Kuala Penyu. Begitu juga dengan kawan-kawan dari Beaufort Cycling team (BCT) yang lebih ramai pesertanya daripada tuan rumah....hahaha...mungkin masih belum ada minat tu. Seronok juga berbasikal secara konvoi...ramai kenalan baharu dan yang palig best...ada kenangan lucu terjadi...tapi biarlah rahsia, dan biarlah orang itu saja yang tahu.Keseronokan berbasikal secara beramai-ramai ini tidak dapat kongsikan bersama. Hanya kita sendiri yang merasakannya...jadi jom beli basikal. Jangan beli yang mahal-mahal...cukuplah sekadar yang kita mampu. Aktiviti berbasikal dapat mengeratkan hubungan kemanusiaan. Berbasikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang adalah satu daripada seribu aktiviti yang dapat memupuk semangat patriotik. Salam MERDEKA....

Sunday, May 29, 2016

Keghairahan yang melemahkan budaya

PENDIDIKAN anak-anak merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap ibu bapa. Setiap orang mahukan anak mereka berjaya dalam pendidikan dan mendapat keputusan yang baik.

Malah, anak-anak kecil yang masih belajar di sekolah rendah pun sudah diasak dengan pencapaian akademik yang cemerlang. Pada malam hari, mereka dihantar ke kelas tuisyen setelah kepenatan mengikuti persekolahan pada siang hari.

Persoalannya, apakah itu makna kejayaan? Mengapa kita terlalu teruja dengan kejayaan dan menganggap mereka yang tidak berjaya dalam dunia akademik sebagai gagal.

Pengalaman kita sebagai ibu bapa, adakah kita berjaya dalam semua keadaan? Mereka yang bekerja di kampung misalnya, tidak selalu mendapat pulangan yang baik ketika berkebun atau bertani.

Mereka yang bekerja di pejabat pula, tidak setiap tahun mendapat markah penilaian prestasi yang baik. Jadi, mengapa tatkala kita juga tidak selalu berjaya, kita meletakkan beban kejayaan yang terlalu tinggi kepada anak-anak?

Sebenarnya, kejayaan tidak sepatutnya diukur dengan prestasi akademik semata-mata. Kejayaan sepatutnya diukur dengan kemampuan menjadi seorang manusia.

Dalam sistem persekolahan di Barat misalnya, pelajar sekolah rendah tidak diberatkan dengan hal yang terlalu bersifat akademik.

Di Australia misalnya, pelajar disediakan dengan tempat bermain yang lengkap. Mereka juga diajar memasak, berenang serta berdebat. Malah, ia kelihatan seperti tidak ada kerja sekolah yang diberikan kepada mereka.

Mereka akan memulakan sesi persekolahan dengan bermain. Malah, ada kakitangan yang ditugaskan untuk memantau anak-anak bermain. Di sekolah inilah mereka tahu nilai persahabatan, kecewa dan gembira. Sebab itu, anak-anak begitu teruja untuk ke sekolah.

Persahabatan

Mereka menganggap sekolah tempat untuk bertemu dengan rakan-rakan sepermainan. Sebaliknya, dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita seolah-olah terlalu memberatkan dunia akademik.

Kita mahu memastikan setiap individu yang terhasil daripada sekolah ialah seorang ‘pengurus’. Sedangkan hakikatnya yang diperlukan ialah melahirkan seorang manusia.

Adakah ini bermakna sistem yang ‘ringkas’ di Barat itu sebagai gagal, sedangkan dalam dunia realiti, merekalah yang menguasai dunia. Mereka juga tidak banyak dikisahkan dengan manusia yang melakukan jenayah, penipuan, dan sikap tamak.

Sedangkan dalam tradisi yang begitu akademik, setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang mengejutkan. Kita dikejutkan dengan kisah pembuangan anak, gejala sosial, jenayah, dan dadah.

Mungkin sudah sampai waktunya, kita kembali kepada realiti yang sebenar. Manusia dilahirkan dengan bakat dan keupayaan yang tersendiri.

Tidak semua orang berjaya dalam akademik, seperti mana tidak semua orang berjaya dalam bidang selain akademik. Paling utama ialah sejauh mana mereka mampu menjadi manusia.

Sebab itulah, ibu bapa perlu menilai semula ‘tekanan’ keterlaluan yang diberikan kepada anak-anak. Lihatlah potensi mereka. Sekiranya mereka tidak berbakat dalam dunia akademik, lihatlah sama ada mereka berbakat dalam bidang yang lain, misalnya sukan atau kepimpinan.

Jadi latih mereka agar mampu menjadi diri sendiri. Kejayaan Khairul Idham Pawi mencipta sejarah menjadi pelumba Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina baru-baru ini adalah buktinya. Bukankah dia juga dianggap seorang manusia yang hebat?

Jangan kerana mereka tidak mampu dalam dunia akademik, kita menutup kejayaan anak-anak kita dalam bidang yang lain. Ini tidak bermakna kita mengabaikan dunia akademik mereka.

Namun, jangan mencerca mereka dengan kata-kata yang tidak sepatutnya atau melakukan ‘pengabaian’ hingga menyebabkan seumur hidup mereka berasakan seperti manusia yang gagal.

Seperti mana kita tidak selalu berjaya dan tidak juga selalu menjadi pelajar cemerlang, maka tidak perlulah kita terlalu membebankan anak-anak dengan keghairahan yang keterlaluan bahawa akademik itu adalah segala-galanya.

Aset masa depan

Sebagai ibu bapa, kita tentu telah melalui banyak pengalaman dalam hidup. Pada akhirnya, manusia yang berjaya bukanlah mereka yang hanya bergelar pengurus atau menjawat jawatan penting dalam organisasi tetapi ialah mereka yang mampu menikmati kebahagiaan dalam hidup.

Anak-anak kita adalah aset masa depan. Bentuk dan coraklah mereka sesuai dengan keupayaan sendiri. Lihat dan renungkan personaliti diri mereka sejak kecil sehingga remaja.

Pasti kita akan tahu bahawa mereka tidak semestinya menjadi seperti anak-anak orang lain kerana mereka adalah diri mereka sendiri.

Percayalah, jika kita tahu bahawa anak-anak ini ada kekuatan yang tersendiri, mereka pasti akan berjaya pada masa hadapan.

Sumber dipetik daripada akhbar Kosmo.

Thursday, March 31, 2016

Gelombang Haba

Malaysia kini berdepan dengan fenomena El Nino yang menyebabkan ancaman gelombang haba apabila beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dikenal pasti telah mencapai paras ambang gelombang haba melebihi 35 darjah Celsius.
Fenomena tersebut dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini yang boleh mengakibatkan komplikasi kepada sistem badan manusia jika terdedah kepada sinaran matahari pada suatu tempoh terutamanya kepada kanak-kanak yang sering terdedah dengan cuaca panas.
Dalam tempoh tersebut, aktiviti luar yang sering dilakukan pelajar sekolah seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, bersukan, berkawad, dan beriadah perlu dielakkan kerana berisiko untuk mendapat strok haba yang jarang sekali berlaku namun berpotensi untuk berlaku berikutan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara sejak bulan Januari lagi.

Monday, March 7, 2016

Penat tapi menyeronokkan

Kayuhan sejauh 60km melalui jalan-jalan  kampung sungguh menyeronokkan. Keadaan jalan yang baik ditambah lagi dengan kurangnya kenderaan..rasa selamat berkayuh basikal dengan rakan-rakan seperjuangan yang meminati aktiviti riadah ini. Bermula dari Pekan Kuala Penyu, kami melalui jalan pantai kampung Menumpang, Kiambor, Tempurong, Mansud sehingga ke Batu Linting. Paling seronok mendaki laluan berbukit batu Luang (nama tempat). Tiupan angin laut Cina Selatan sungguh segar. Terasa hilang stress.

Thursday, March 3, 2016

Renungan Seminit

Sebelum memulakan sebarang tugas, pastikan kita tahu 'Apa, Di mana, Bila dan Bagaimana berkenaan tugas yang diambil itu.Sekiranya tidak, bimbang kita hanya membazirkan masa yang digunakan. Kita mungkin perlu melakukan tugas yang bercampur baur, sesetengahnya relevan kepada gambaran besar dan sesetengahnya tidak relevan. Pastikan kita tahu tahap kepentingan supaya dapat mengenal pasti tugasan yang tidak relevan.

Saturday, January 30, 2016

Peniaga Online Wajib Daftar SSM

Kerugian lebih RM9 juta pembelian dalam Internet akibat ditipu oleh peniaga-peniaga dalam talian atau online melibatkan 2,669 mangsa sewajarnya membuka mata semua pihak terutama pihak berkuasa supaya nasib pengguna sentiasa dilindungi walaupun transaksi dilakukan di alam siber.

Keratan Utusan Malaysia semalam
Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, setiap hari sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan individu menjadi mangsa jenayah siber yang menyamar sebagai peniaga Internet.
Pendedahan ini tidak boleh dipandang sepi kerana dalam era digital hari ini proses transaksi serta urus niaga dalam talian semakin meningkat sejajar dengan pertambahan jumlah peniaga dalam talian.
Pelbagai produk dijual daripada pakaian pelbagai jenis, aksesori, barangan kulit, peralatan sukan, gajet sehinggalah produk-produk kesihatan.
Tidak dinafikan ada di antara harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding jika kita membeli produk yang sama di luar. Sebagai contoh, kita membeli beg tangan asli berjenama terkenal dari luar negara dan bukannya yang tiruan.
Kebanyakan harga yang ditawarkan dalam perniagaan dalam talian ini lebih murah dan kadang kala jauh lebih murah berbanding kita membelinya di butik atau di kedai.
Mungkin terdapat beberapa faktor mengapa peniaga-peniaga online ini mampu menawarkan harga yang lebih murah. Pertama, mereka tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyewa satu lot kedai yang mungkin boleh mencecah ribuan ringgit sebulan.
Kedua, sebahagian besar peniaga online akan mendapatkan bekalan barangan secara langsung dari rakan kongsi di luar negara atau pun mereka pergi sendiri ke Amerika Syarikat (AS) contohnya untuk membeli produk-produk yang diminati oleh para pelanggan mereka.
Di negara berkenaan mereka boleh mendapat harga yang berpatutan bagi jenama-jenama tertentu seperti Michael Kors, Coach, Kenneth Cole dan Kate Spade. Ini hanyalah sebagai contoh.
Barangan yang dibeli ini kemudiannya akan dihantar kepada pelanggan melalui Pos Laju atau syarikat kurier.
Memang tidak dinafikan pada kebiasaannya dalam transaksi sedemikian tiada masalah sekiranya pihak peniaga jujur namun pelanggan tetap terdedah dengan masalah penipuan memandangkan mereka perlu membuat bayaran terlebih dahulu secara dalam talian melalui bank.
Isunya sekarang pelanggan berpotensi untuk ditipu. Katakanlah barangan yang dibeli tidak sampai kepada pelanggan sedangkan wang telah pun dimasukkan. Bagaimanakah caranya pelanggan terbabit mahu mengesan peniaga yang seumpama ini?
Sebab itu kerajaan perlu mewajibkan secara mandatori iaitu setiap peniaga online mesti mendaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Kelmarin, saya ada terbaca yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mewajibkan peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.
Tujuannya bagi mengelakkan wujud kes penipuan melibatkan pengguna ekoran terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan menipu pembeli dengan menjual barangan tiruan.
Diharap melalui pihak KPDNKK selepas ini mengambil tindakan proaktif khususnya memburu peniaga-peniaga online yang tidak berdaftar dalam usaha memastikan kepentingan pengguna sentiasa dilindungi. Jika berlaku penipuan tindakan susulan mudah diambil
Peniaga-peniaga dalam talian pula tidak harus menganggap peraturan ini membebankan kerana untuk mendaftarkan syarikat yang berstatus enterprise dengan SSM tidak begitu sukar.
Bayaran pendaftaran yang dikenakan juga tidak mahal. Lainlah jika syarikat mereka berstatus sendirian berhad.
Malah seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan pernah berkata, langkah peniaga online mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM akan membuatkan syarikat-syarikat mereka dilihat lebih kredibiliti.
Selain itu tindakan itu juga dapat melindungi perniagaan online yang telah didaftarkan itu daripada menjadi mangsa sabotaj pihak lain terutama mereka yang mempunyai ramai pelanggan.
Sebenarnya dengan mendaftarkan perniagaan online dengan SSM banyak kelebihan yang akan diperoleh oleh para peniaga terbabit. Syarikat mereka akan lebih kredibiliti selain kebolehpercayaan orang ramai terhadap syarikat-syarikat ini akan lebih tinggi.
Saya yakin dengan langkah itu juga akan membuatkan jumlah pelanggan mereka boleh bertambah sekali ganda dan bukan setakat dari negara ini sahaja bahkan mungkin daripada Singapura dan Brunei.
NUR FATIHAH
Kuala Terengganu
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/peniaga-i-online-i-8232-wajib-daftar-ssm-1.183907#sthash.oUnx5Omg.dpuf

Friday, January 29, 2016

Berbasikal Untuk Kesihatan

Aktiviti berbasikal sejak kebelakangan ini semakin popular dalam kalangan penduduk Malaysia. Sungguhpun bermain basikal bukanlah perkara yang mengejutkan mata memandang kerana setiap daripada kita sudah tentu pernah memiliki basikal pada zaman kanak-kanak. Sebut saja basikal BMX, atau Chopper ramai yang tersenyum mengenagkan zaman kanak-kanaknya bermain basikal dengan kawan-kawan dari hujung kampung hingga ke hujung kampung yang lain. Bagi golongan dewasa atau yang lahir tahun 50an hingga tahun 70an basikal tua atau lebih dikenali dengan nama Basikal S26 tentu mengamit kenangan.
Hari ini aktiviti berbasikal sudah berubah fokus. Tidak lagi sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja atau ke sekolah. Anak-anak sekolah hari ini ramai sudah dihantar menggunakan kereta oleh ibu bapanya. Berbasikal merupakan aktiviti senaman yang menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan keluarga dan sahabat handai. Sejak berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal, saya merasa gembira dan cergas berbanding dahulu. Gembira dapat berbasikal dengan anak-anak dan kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama. Hilang rasa stress.

Saturday, January 16, 2016

Mutiara Kata Pencetus Minda

Abraham Lincoln pernah betkata...
# Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.
# Jangan bersedih kerana tidak memegang jawatan yang tinggi, lebih baik memikirkan cara memegang peranan yang sesuai dengan keperibadianmu.

Monday, January 11, 2016

Kembali Ke Sekolah 2016

Selamat datang Cikgu Jup...wellcome back Cikgu Jup...Hai Cikgu...
Indahnya gelaran CIKGU...walaupun hampir 3 tahun bertugas di PPD Kuala Penyu (Sept 2013-2015) gelaran dan panggilan CIKGU tetap hadir dalam diriku. Terima kasih semua. Itulah istimewanya menjadi CIKGU. Pencen pun nanti insyaAllah tetap juga dipanggil CIKGU.