Monday, May 7, 2018

Kepentingan Mata Pelajaran Pengajian Am

Setiap tahun pada bulan Mei, pelajar-pelajar lepasan SPM akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 bagi mengambil peperiksaan STPM. Sebelum ke peringkat Ijazah, lepasan SPM diberi peluang untuk belajar di pusat-pusat pengajian yang menawarkan Program Asasi, Diploma dan STPM. Untuk melayakan pelajar-pelajar lepasan STPM membuat permohonan UPU, jangan lupa ANDA WAJIB lulus penuh iaitu sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Pengajian AM. Ertinya subjek ini sangat penting dan tidak boleh ambil sikap mudah atau asal lulus. Jadi sebelum anda memulakan pembelajaran di Tingkatan 6, saya kongsikan sedikit maklumat tentang mata pelajaran Pengajian Am STPM.

Pengenalan Subjek


Pengajian Am ialah satu mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu, dan cabaran semasa. Kemahiran yang ditekankan dalam mata pelajaran ini ialah keupayaan berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif, melaksanakan kajian saintifik, serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga menerapkan kesedaran tentang pengalaman manusia dan persekitarannya termasuk warisan sendiri. Selain itu, memupuk rasa cinta akan negara, tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, komuniti, dan masyarakat serta hormat terhadap budaya dan masyarakat lain. 
Matlamat Subjek
Sukatan pelajaran Pengajian Am berhasrat melahirkan pelajar prauniversiti yang menguasai ilmu dan mengamalkannya secara bersepadu, berfikiran matang, berkemahiran, berakhlak, dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara, dan alam sejagat. 
Format Soalan STPM
1. Soalan Aneka Pilihan / Objektif , Soalan Struktur dan Soalan Esei.
Cara Belajar Pengajian Am
Oleh kerana subjek ini penting dan wajib lulus penuh, maka pelajar perlu rajin membaca. Walaupun ada banyak buku rujukan pengajian Am STPM yang boleh dibeli di kedai-kedai buku, namun pengetahuan am sangat besar pengaruhnya kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM. Bagaimana caranya, pelajar kena rajin mencari dan membaca maklumat dalam internet. Laman web rasmi kerajaan seperti Parlimen, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan, dan sebagainya. Selain itu majalah-majalah akademik yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Kosmik. Begitu juga maklumat-maklumat yang disiarkan dalam TV atau Radio. Contoh-contoh kajian ilmiah atau disebutkan juga penyelidikan ilmiah, perlu dibaca oleh para pelajar kerana pada penggal 2 nanti, pelajar akan melakukan kerja kursus. 
"Alang-alang belajar di Tingkatan 6, biar dapat keputusan cemerlang, jangan amalkan sikap asal lulus sahaja".
Belajarlah sampai ke menara gading. Target STPM dapat PNGK 3.00 ke atas..


No comments:

Post a Comment