Contoh Soalan


 
















SMK KUALA PENYU

PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011


Arahan kepada calon:

            Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan
            dua soalan dalam Bahagian C.

            Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

            Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [   ].

NOTA

Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak,
sila minta daripada pengawas peperiksaan.












Kertas soalan ini terdiri daripada 08  halaman bercetak.
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.                                                                                  [ 25 ]

 
1.      Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2009 dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

Berdasarkan pernyataan di atas, agenda utama dalam konsep ini ialah mengutamakan semangat perpaduan di samping tidak mengabaikan perkara-perkara yang lain.  Bincangkan.


2.      Kes yang menimpa tiga lelaki peminjam yang dirantai leher dan kaki serta dikurung dalam  "lokap" buatan “ah long” pada bulan Mei 2009 di Serdang, Selangor telah membuka mata pelbagai pihak untuk mencari punca yang membawa kepada permasalahan tersebut dan mencari mekanisme untuk menanganinya.  Bincangkan.



Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.                                                                                  [ 25 ]

3.      Dunia sebelum ini telah dikejutkan dengan serangan pelbagai penyakit yang berjangkit dan membawa maut seperti AIDS, Ebola, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kolera, malaria dan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD). Negara yang mengalaminya akan menanggung kesengsaraan sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik.
Huraikan punca berlakunya penyakit berjangkit dan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.
4.      Satu botol kaca yang dikitar semula dapat menjimatkan tenaga dengan menyalakan satu mentol berkuasa 100 watt selama 4 jam. Di samping menjimatkan tenaga elektrik, kitar semula mempunyai kepentingan lain.  Bincangkan.




Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini . Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan satu daripada soalan 6 (a) atau 6 (b).                                                                      [ 20 ]

5 (a) “… bukan kerja mudah untuk mementaskan sebuah teater. Bermula dengan pembikinan kertas kerja, pemilihan skrip, tarikh dan tempat persembahan yang sesuai, juga kerja-kerja promosi serta mendapatkan tajaan. Seterusnya, kerja-kerja produksi akan mula digerakkan dengan pemilihan pelakon, muzik dan rekaan set. Hal ini memerlukan komitmen, kerjasama dalam kumpulan, tenaga kerja yang ramai dan masa yang agak panjang…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
http://sultanmuzaffar.blogspot.com)

(i)                                         Mengapakah pementasan sebuah teater bukan satu kerja yang mudah?

(ii)               Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan                 langkah-langkah untuk memajukan seni teater negara.


Atau
5 (b)     Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang yang melibatkan seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian atau seumpamanya kepada pihak-pihak tersebut.  Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) (sekarang dikenali sebagai SPRM), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama : meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, dan menyalahguna jawatan atau kedudukan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Abu Bakar bin Yang, Rasuah : “Terhakisnya Nilai Amanah Insan” Utusan Malaysia, November 2007)

(i)                 Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?

(ii)               Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan rasuah kepada masyarakat dan negara.








6 (a)     Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal.  Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan.  Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya.  Sebaliknya, bidang ini membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


(i)                 Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan?

(ii)               Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan sains sukan.


Atau

6 (b)     “…Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya tidak menutup sekolah yang dijangkiti H1N1 kerana bimbang akan menjejaskan sesi persekolahan pelajar terutamanya menjelang peperiksaan utama sebaliknya mahu langkah pencegahan di sekolah dipertingkatkan, selain mengkuarantin pelajar yang dijangkiti H1N1.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Berita Harian, 7 Ogos 2009)


(i)                 Mengapakah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan tidak menutup sekolah yang dijangkiti H1N1?

(ii)               Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan        langkah-langkah pencegahan penyakit H1N1.







Bahagian D
 
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.      [15]


7.         Berdasarkan petikan berikut lukiskan sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan buruh asing berdaftar di Malaysia bagi tahun 2004 hingga 2007.

Malaysia masih memerlukan perkhidmatan buruh asing dalam pelbagai sektor. Antara empat buah negara yang disenaraikan, buruh Indonesia mencatatkan angka yang terbesar, iaitu berjumlah 424.5 ribu orang pada tahun 2004. Tetapi, angka itu menurun seramai 13.9  ribu orang pada tahun yang berikutnya dan seterusnya turun lagi kepada 393.8 ribu orang. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2007, bilangannya bertambah seramai 20.0  ribu orang.

Seterusnya ialah buruh dari Thailand. Bilangan tertingginya  juga pada tahun 2004, iaitu seramai 117.4  ribu orang. Tahun yang berikutnya mencatatkan penurunan sebanyak 4.6 ribu orang, dan  turun lagi seramai 13.0 ribu orang pada tahun 2006. Bilangan buruh dari negara Thailand bertambah menjadi 101.5 ribu orang pada tahun 2007.

Buruh berdaftar dari Bangladesh juga adalah ramai. Bilangan tertingginya adalah pada tahun 2005 iaitu seramai 101.7 ribu orang. Pada tahun sebelumnya, jumlahnya kurang seramai 7.1 ribu orang berbanding tahun yang tertinggi itu, manakala pada tahun 2006 jumlahnya ialah 99.4 ribu orang. Tahun 2007 pula mencatatkan kurangan hanya seramai 2.3 ribu orang berbanding tahun sebelumnya.

Buruh Filipina mencatat angka terendah. Angka tertingginya adalah pada tahun 2007, iaitu seramai 35.2 ribu orang, manakala bilangan terendahnya adalah pada tahun 2004, iaitu 23.9 ribu orang. Dua tahun yang selebihnya, masing-masing ialah 34.5 ribu orang dan 30.3 ribu orang.


(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Laporan Kementerian Dalam Negeri, 2007)












8.         Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf yang sesuai untuk memperlihatkan jumlah jenayah harta benda yang berlaku di negara ini dari tahun 2005 hingga tahun 2008.

Di Malaysia, jenayah harta benda berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya ialah pengaruh sosial dan ekonomi. Pengaruh sosial yang dimaksudkan ialah pengaruh rakan sebaya, tempat tinggal seseorang dan seterusnya pengaruh media massa. Kekurangan pendidikan agama dan moral juga boleh dimasukkan dalam pengaruh sosial.

Jenayah harta benda yang dilaporkan pada tahun 2006 telah meningkat sebanyak 3 260 kes menjadi 53 251 kes berbanding tahun 2005. Di antara jenayah harta benda yang dikenal pasti pada tahun 2005 ialah pecah rumah dan kecurian yang mencatatkan 15 631 kes. Kes kecurian kenderaan pula mencatatkan 15 555 kes, manakala kecurian-kecurian lain bertambah menjadi 37.6% atau 18 805 kes.

Kecurian-kecurian lain yang dimaksudkan di sini termasuk kes-kes kecurian di pasar raya. Kes-kes seumpama ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2006 kes kecurian kenderaan mencatatkan 14 160 kes daripada jumlah kecurian yang berlaku pada tahun itu. Jenayah kecurian-kecurian lain juga turut bertambah menjadi 21 651 kes.

Sementara itu, jumlah kes kecurian yang dicatatkan pada tahun 2007 menampakkan sedikit penurunan berbanding dengan tahun 2006. Pada tahun 2007, sebanyak 49 480 kes dicatatkan berlaku. Daripada jumlah tersebut, jenayah kecurian kenderaan mencatatkan jumlah  sebanyak 13 607 kes, manakala jenayah pecah rumah dan kecurian ialah 15 883 kes. Kes kecurian lain juga menurun berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu kepada 19 990 kes.

Pada tahun 2008 pula, jenayah harta benda yang berlaku di Malaysia berjumlah 55 844 kes. Jenayah pecah rumah dan kecurian pula mencatat 19 029 kes, manakala jenayah kecurian kenderaan menurun sebanyak 3 715 kes berbanding jenayah pecah rumah dan kecurian. Jenayah kecurian lain pula mencatatkan sebanyak 21 501 kes.


(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada
 Laporan Polis Diraja Malaysia, 2008)











Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.                                                      [15] 
                                                                       

9.  Berdasarkan Jadual  di bawah, nyatakan keadaan eksport petroleum mentah Malaysia dari tahun 2002 hingga 2004.  Berikan sebab-sebab mengapa wujudnya keadaan yang sedemikian.


Kadar Eksport Petroleum Mentah Mengikut Negara Utama
dari Tahun 2002 hingga 2004 di Malaysia


Negara
2002 (%)
2003 (%)
2004 (%)

Australia
10.4
12.5
23.3
China
10.6
11.2
6.9
Filipina
15.2
19.0
16.0
India
5.9
7.2
8.3
Indonesia
13.2
8.0
5.8
Jepun
11.4
7.1
7.0
Korea
3.2
3.4
3.6
Singapura
1.3
2.6
4.8
Sri Lanka
3.0
2.4
2.2
Thailand
14.6
17.3
16.3
Negara-negara Lain
11.2
9.3
5.8

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2005)
















10.  Berdasarkan carta aliran di bawah, jelaskan sebab dan kesan daripada kitaran krisis kewangan yang melanda Malaysia.
      
Kitaran Krisis Kewangan Semasa


(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, Oktober 2003)










 
 






































KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment