Aktiviti berbasikal sejak kebelakangan ini semakin popular dalam kalangan penduduk Malaysia. Sungguhpun bermain basikal bukanlah perkara yang mengejutkan mata memandang kerana setiap daripada kita sudah tentu pernah memiliki basikal pada zaman kanak-kanak. Sebut saja basikal BMX, atau Chopper ramai yang tersenyum mengenagkan zaman kanak-kanaknya bermain basikal dengan kawan-kawan dari hujung kampung hingga ke hujung kampung yang lain. Bagi golongan dewasa atau yang lahir tahun 50an hingga tahun 70an basikal tua atau lebih dikenali dengan nama Basikal S26 tentu mengamit kenangan.
Hari ini aktiviti berbasikal sudah berubah fokus. Tidak lagi sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja atau ke sekolah. Anak-anak sekolah hari ini ramai sudah dihantar menggunakan kereta oleh ibu bapanya. Berbasikal merupakan aktiviti senaman yang menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan keluarga dan sahabat handai. Sejak berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal, saya merasa gembira dan cergas berbanding dahulu. Gembira dapat berbasikal dengan anak-anak dan kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama. Hilang rasa stress.
Friday, January 29, 2016
Berbasikal Untuk Kesihatan
Saturday, January 16, 2016
Mutiara Kata Pencetus Minda
Abraham Lincoln pernah betkata...
# Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.
# Jangan bersedih kerana tidak memegang jawatan yang tinggi, lebih baik memikirkan cara memegang peranan yang sesuai dengan keperibadianmu.
Monday, January 11, 2016
Kembali Ke Sekolah 2016
Indahnya gelaran CIKGU...walaupun hampir 3 tahun bertugas di PPD Kuala Penyu (Sept 2013-2015) gelaran dan panggilan CIKGU tetap hadir dalam diriku. Terima kasih semua. Itulah istimewanya menjadi CIKGU. Pencen pun nanti insyaAllah tetap juga dipanggil CIKGU.
Monday, August 31, 2015
Tuesday, June 23, 2015
Gempa Bumi : Ranau Panduan Keselamatan
Kejadian gempa bumi di daerah Ranau khusunya di kawasan gunung Kinabalu adalah suatu kejadian yang jarang berlaku. Namun sejak kebelakangan ini gegaran terus berulang. Meskipun gunung Kinabalu dikategorikan sebagai gunung berapi mati, namun siri gegaran yang berlaku amat merisaukan penduduk Sabah. Akibat gegaran yang masih aktif banyak bangunan yang rosak terutamanya di Pekan Ranau. Masjid dan sekolah antara yang terjejas teruk. Kini sudah sampai masanya pengetahuan tentang aspek keselamatan amat penting didedahkan kepada penduduk Sabah amnya dan khususnya kepada kalangan pelajar sekolah di daerah Ranau yang sangat dekat dengan risiko gempa bumi.
Saturday, May 16, 2015
Monday, May 4, 2015
Perkhidmatan feri ke Pulau Labuan
Hari ini saya kembali update blog Cikgu Jup yang sudah lama terbiar. Terima kasih kepada yang masih sudi membaca. Hari ini seperti biasa selepas beberapa hari cuti dan balik bermalam, anak kesayanganku Khairina Izzaty balik ke asrama Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL). Perkhidmatan Feri sudah sinonim dengan kami sekeluarga. Keadaan laut tidaklah begitu kuat ombaknya. Tenang namun demi menjaga keselamatan anak tersayang saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan feri. Biar lambat asal selamat. Lagi pun tambangnya agak murah berbanding dengan boat laju Menumbok. Cuma RM2.50 seorang.
