Friday, January 29, 2016

Berbasikal Untuk Kesihatan

Aktiviti berbasikal sejak kebelakangan ini semakin popular dalam kalangan penduduk Malaysia. Sungguhpun bermain basikal bukanlah perkara yang mengejutkan mata memandang kerana setiap daripada kita sudah tentu pernah memiliki basikal pada zaman kanak-kanak. Sebut saja basikal BMX, atau Chopper ramai yang tersenyum mengenagkan zaman kanak-kanaknya bermain basikal dengan kawan-kawan dari hujung kampung hingga ke hujung kampung yang lain. Bagi golongan dewasa atau yang lahir tahun 50an hingga tahun 70an basikal tua atau lebih dikenali dengan nama Basikal S26 tentu mengamit kenangan.
Hari ini aktiviti berbasikal sudah berubah fokus. Tidak lagi sebagai pengangkutan untuk ke tempat kerja atau ke sekolah. Anak-anak sekolah hari ini ramai sudah dihantar menggunakan kereta oleh ibu bapanya. Berbasikal merupakan aktiviti senaman yang menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan keluarga dan sahabat handai. Sejak berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal, saya merasa gembira dan cergas berbanding dahulu. Gembira dapat berbasikal dengan anak-anak dan kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama. Hilang rasa stress.

No comments:

Post a Comment