Tuesday, April 13, 2010

Guru Akademik DG44 Tingkatan 6 : Penggredan yang tidak telus dan merendahkan motivasi guru.

Bermula Januari 2008 KPM memperkenalkan jawatan guru gred DG44 kepada guru-guru yang mengajar kelas Tingkatan 6. Fasa 1 telah dilantik secara KUP pada tahun 2009. Fasa 2 sedang dalam proses. Terdapat beberapa isu yang menjadi polemik di sekolah-sekolah yang tidak ada kelas Tingkatan 6. Guru-guru yang bertugas di sekolah yang hanya mempunyai kelas Tingkatan 5, tentulah merasa kecewa kerana mereka pada hakikatnya tidak berpeluang menjawat gred DG44 walaupun guru tersebut sudah lebih 10 tahun menjadi guru akademik DG41. Kedengaran suara-suara sumbang mengenai status guru-guru yang telah dilantik ke gred DG44 Tingkatan 6, yang tidak layak pada pandangan guru-guru yang mengajar kelas Tingkatan 5 atau Tingkatan 3. Bagi mereka tidak ada bezanya antara guru akademik tingkatan 6 dengan guru akademik tingkatan 5 dan 3. Dari segi pencapaian keputusan peperiksaan awam (PMR,SPM,STPM) ada sekolah yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang di peringkat PMR dan SPM, tetapi sebaliknya pencapaian pelajar-pelajar STPM berada pada tahap sederhana. Jadi adakah kerana guru yang mengajar tingkatan 6, maka mereka layak diberi gred DG44. Bagaimana dengan nasib guru-guru yang mengajar di sekolah yang tiada kelas Tingkatan 6. Bilakah mereka ini boleh dilantik ke gred DG44 guru akademik Tingkatan 5. Isu ini harus diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia demi keadilan kepada semua warga pendidik.

No comments:

Post a Comment