Friday, April 16, 2010

Kuala Penyu


Pusat pentadbiran daerah Kuala Penyu telah diwujudkan pada 30 Januari 1952 dengan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah di bawah kelolaan Pentadbiran Pejabat Residen Keningau ketika itu. Semasa zaman pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia kedua, pusat pentadbiran daerah ini berpusat di Mempakul.-

Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan kurang lebih 175ribu batu persegi (45,324.82 hektar) terletak di kawasan Pedalaman negeri Sabah. Ia terletak di penghujung Barat Laut Bahagian Pedalaman, bersempatan dengan daerah Beaufort ke arah Barat Laut China Selatan dan diseberangi Selat ke arah penghujung Barat Daya adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Jarak jauh daerah ini dari Kota Kinabalu ialah 130KM, dari Beaufort 45KM, Menumbok 45KM dan Membakut 30KM. Ia boleh dihubungi dengan bot laju ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui Menumbok. Hampir kesemua kampung-kampung di daerah ini dihubungi dengan jalanraya.
Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan 45,326 hektar atau 112,000 ekar. Daripada jumlah keluasan ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar atau 51% tanahnya adalah sesuai untuk diusahakan pembangunan aktiviti pertanian.

Dari segi Geografi, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali dipersisiran pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort. Rangkaian jalanraya merupakan jalan utama kepada sistem perhubungan ke kampung-kampung di daerah ini.

No comments:

Post a Comment