Isu beban tugas yang menimpa guru-guru di Malaysia kembali mengiasi akhbar-akhbar tempatan(Berita Harian & Utusan Malaysia). Pelbagai pendapat kedengaran daripada mereka yang faham kerana sememangnya mereka ini adalah guru, dan ada juga yang "hentam sajalah! "kerana mereka ini mungkin cemburu atau memang tidak faham dengan tugas guru yang terselindung di sebalik jadual waktu guru yang mengajar di sekolah.
Agak susah juga untuk menjelaskan hal ini secara saintifik kerana belum ada rekod atau dokumen yang benar-benar boleh dijadikan rujukan tentang beban tugas guru. Biasanya orang yang tidak terlibat secara langsung dalam profesion perguruan akan mudah memberi andaian dan pendapat yang kurang tepat. Mereka ini hanya melihat waktu bekerja guru, iaitu mula mengajar jam 7.00 pagi dan selesai jam 1.30 tengahari. Hal ini memang benar, tetapi bukan semua sekolah yang balik jam 1.30 tengahari. Ada sekolah yang mengarahkan guru-gurunya balik jam 4.00 petang.
Mungkin untuk lebih jelas kita tengok perbandingan cara bekerja guru dan mereka yang bekerja di dalam pejabat.
Guru di sekolah:
1. Mula bekerja jam 7.00 pagi ( datang ke sekolah seawal jam 6.30 pagi dan balik jam 4.00 ptg)
2. Menyampaikan ilmu pengetahuan.
3. Memeriksa buku latihan murid.
4. Memberi kelas tambahan
5. Mengawal disiplin murid
6. Menghantar murid sakit ke hospital
7. Melatih murid dalam permainan (sukan)
8. Melatih murid dalam aktiviti bahasa.
9. Menjadi guru pengiring aktiviti di luar sekolah ( duit belanja tanggung sendiri )
10. Menyiapkan laporan aktiviti sekolah ( buku rekod mengajar, fail panitia, fail kokum, dll)
11. Menghadiri / mengendalikan mesyuarat ( susah buat tuntutan elaun kerja lebih masa)
12. Menguruskan pendaftaran murid yang mengambil PMR,SPM,STPM
13. Menguruskan permohonan murid (biasiswa, insuran, buku teks, dll)
14. Menjaga keselamatan murid ketika mereka berada di sekolah atau di asrama
15. Membaiki kemudahan kelas yang rosak (kerusi,meja,papan tulis, dll)
Mereka yang bekerja di dalam pejabat:
1. Mula bekerja jam 8.00 pagi ( datang pejabat seawal 7.30 pagi balik jam 5.00 ptg)
2. Duduk dalam bilik berhawa dingin. ( Tidak berjemur selalu )
3. Menyiapkan / menyemak fail
4. Majoriti bertugas di dalam bandar.
5. Kerja-kerja pejabat jarang bawa balik rumah.
6. Tidak perlu menjaga/mengawal tingkah laku manusia bawah umur
7. Kerja dilakukan secara ikut saluran fail.
8. Masa rehat tengahari panjang 12.30 -2.00.( guru masih mengajar / bertugas di padang)
9. Urusan harian mudah diselesaikan (bayar kereta,astro,beli barang dapur,urusan bank) kerana pejabat berada di dalam bandar. Cuba bandingkan dengan guru yang bertugas di kawasan luar bandar.
10. Kurang tekanan mental.
No comments:
Post a Comment