Thursday, October 6, 2011

Karangan Pengajian Am Kertas 2


Dalam tempoh satu bulan ini, ramai calon STPM terutamanya pelajar yang ada di sekolah tempat saya bertugas...la. Setiap kali saya masuk kelas, ada saja yang mengadu  "Cikgu...macam mana ni, saya susah hati...la cikgu!, karangan saya selalu dapat markah yang rendah,...Cikgu tahu...kah apa tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan STPM tahun ini". 

Dipendekkan cerita, setelah beberapa minggu saya membuat sedikit kajian soalan-soalan pengajian am kertas 2, maka inilah hasilnya. Saya buat dalam bentuk grafik. Nampak ringkas, tapi kalau anda faham dan rajin berfikir, ianya sangat mudah dan saya pasti selepas ini anda tidak lagi bimbang tentang soalan yang akan keluar dalam peperiksaan STPM nanti. Apa saja isu yang akan dijadikan soalan, dengan memahami grafik ini, anda boleh menghasilkan banyak idea.

Walau bagaimanapun, idea atau tips yang saya kongsi ini tidak memberi sebarang makna jika anda kurang membaca dan tidak menghiraukan hal-hal yang berlaku di negara sendiri. Biasanya soalan akan berdasarkan isu-isu yang popular atau mendapat liputan meluas dalam media cetak serta media elektronik.

Contoh soalan STPM Tahun 2008

1. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

Idea atau isi karangan merujuk kepada kesan baik perkhidmatan (laman web) yang disediakan dan juga kesan buruk (masalah) yang wujud daripada laman web tersebut.

Sekian...selamat belajar.

1 comment: