KERTAS 900/1 ( SOALAN OBJEKTIF)
Jumlah soalan 60 ( 45 soalan kenegaraan dan 15 soalan penyelesaian masalah)
Markah 60
Wajaran 37.5%
Masa 2 jam
KERTAS 900/2 (SOALAN ESEI)
Jumlah soalan 10 (Jawab 1 soalan Bahagian A, B, D, E dan 2 soalan Bahagian C )
Markah 100 (Bahagian A 25, Bahagian B 25, Bahagian C 20, Bahagian D 15 , Bahagian E 15 )
Wajaran 62.5%
Masa 3 jam
Thursday, May 20, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Selamat Hari Guru
"Selamat Hari Guru" terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik kita sehingga kita menjadi manusia yang berguna kepada Negara, Bangsa dan Agama.
Sunday, May 9, 2010
Akibat Pembangunan Bandar

Inilah pemandangan sebatang sungai yang masih wujud di dalam Bandar Raya Kota Kinabalu. Sungai Sembulan Lama namanya. Dahulu sungai ini begitu bersih dan banyak ikan. Pokok-pokok bakau menjadi sebahagian daripada habitat sungai ini. Setiap pagi kedengaran suara pelbagai spesis burung-burung berkicauan. Tapi kini segalanya telah berubah. Sungai Sembulan semakin cetek dan sempit. Kehidupan penduduk di kawasan ini semakin hari semakin gelisah kerana kampung-kampung berdekatan seperti Kg.Sembulan Tengah hanya menunggu masa untuk dilenyapkan dari pemandangan bandar raya kota kinabalu, semuanya kerana pembangunan.
Sungguhpun majoriti penduduk di kawasan ini adalah setinggan PTI, namun bagi mereka yang telah mendiami Kg.Sembulan Lama sejak tahun 1960an, hendak ke manakah mereka ini jika dalam tempoh 2 atau 3 tahun akan datang ada syarikat pemaju akan melaksanakan pembangunan di kawasan ini. Maka bertaburanlah penduduk asal Kg.Sembulan Lama. Manakala PTI seperti biasa, mereka akan membuka pula kawasan perkampungan baru. Inilah akibat pembangunan bandar. Hanya masyarakat berpendidikan tinggi sahaja yang boleh hidup selesa di dalam bandar. Kepada generasi pelajar Kg.Sembulan Lama, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan terpengaruh dengan kehidupan kaum PTI yang tidak kisah dengan pelajaran anak-anak mereka. Tanpa pelajaran hidup anda akan merempat di negeri sendiri.
Thursday, May 6, 2010
Hadiah Hari Ibu
"ibu...ibu engkau...lah ratu hatiku
bila ku berduka...engkau hiburkan hatiku
ibu...ibu engkau...lah ratu hatiku"
Tiada hadiah yang paling bernilai dapat ku berikan untukmu ibu melainkan kasih sayangku,
sepanjang hayat di kandung badan. Ku berdoa kepada Allah s.w.t agar ibu diberikan kehidupan
yang sejahtera selalu, murah rezeki, sihat wal'afait sepanjang masa. Amin!

Tuesday, May 4, 2010
Salah siapa?
Salah siapa...
bila anak-anak dibiarkan menonton tv sehingga larut malam
Salah siapa...
bila anak-anak dibiarkan bermain ps2 berjam-jam lamanya
Salah siapa...
bila anak-anak disuruh membeli rokok sedangkan kedai runcit hanya 100 ela dari rumah
Salah siapa...
bila anak-anak dibiarkan melayar internet sebebas-bebasnya
Salah siapa...
bila anak-anak dibelikan motorsikal
konon untuk memudahkannya pergi ke sekolah
Salah siapa...
bila anak-anak dibiarkan memandu tanpa lesen
Salah siapa...
bila anak-anak dibiarkan bersosial tanpa batasan
Salah siapa...
bila anak-anak menjadi penjenayah
Salah siapa...
bila anak-anak mati tanpa sempat mengucap dua kalimah syahadah
Tepuk dahi tanya diri sendiri
kerana
anak-anak lahir tidak terus pandai berjalan
anak-anak lahir tidak terus pandai membaca
anak-anak lahir tidak terus pandai berbohong
anak-anak lahir tidak terus pandai mencuri
Salah siapa...
Salah siapa...
Salah siapa...
Ibu Bapa?
Cikgu-Cikgu?
Polis-Polis?
Peniaga-Peniaga kedai runcit?
Pendatang Tanpa Izin?
Para Pemimpin?
Atau kita SEMUA

Sunday, May 2, 2010
Bola Sepak Malaysia Semakin Mundur
Ketika membuat catatan baru untuk dimuatkan dalam blog ini, mataku sesekali memandang ke arah tv yang sedang menayangkan perlawanan bola sepak liga perdana Inggeris. Kebetulan malam ini pasukan kegemaranku Manchester United sedang bermain menentang pasukan Sunderland. Kehebatan pemain-pemain MU seperti Ryan Giggs, Nani, W.Ronney,Van der Sar sememangnya menjadi pujaan kepada peminat-peminat bola sepak di Malaysia khususnya yang menyokong pasukan Manchester United. Mungkin agak bias jika saya hanya menonjolkan pasukan MU. Sebenarnya hampir semua pasukan hebat yang beraksi dalam liga eropah seperti Chelsea, Liverpool, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, Ac Milan, Bayern Munich, mempunyai peminat dan penyokong tersendiri di seluruh dunia termasuklah peminat di negara kita Malaysia. Inilah kehebatan bola sepak eropah jika dibandingkan dengan Liga bola sepak Malaysia.
Saya pernah bertanya kepada anak lelaki saya yang sekarang ini berumur 14 tahun. Siapakah pemain bola sepak Malaysia yang awak kenal dan minat. Dengan selamba dia berkata "tiada" tapi kalau pemain MU(Manchester United) saya tau lah..Ronney, dulu yang paling best christiano Ronaldo".
Apa yang ingin saya kongsi dalam blog ini ialah betapa mundurnya liga bola sepak negara kita Malaysia. Jangan marah!. saya bukan mahu menghina negara sendiri. Ini adalah kenyataan dan kalau dibuat kajian pun, jawapannya sudah pasti 90% akan menyokong bahawa mutu bola sepak negara kita semakin jauh ketinggalan. Usahlah kita buat perbandingan dengan EPL, La Liga atau Serie A, cuba kita lihat negara Jepun. Dahulu negara Jepun bukanlah kuasa bola sepak, negara matahari terbit ini lebih jaguh dalam permainan besball atau sumo. Tapi kini umumnya kita maklum akan kehebatan liga J pada hari ini. Pemain-pemain seperti Nakata, Nakamura, Shinji Ono adalah nadi kehebatan pasukan kebangsaan Jepun sehingga mereka layak bermain dalam kejohanan bola sepak dunia atau lebih popular disebut "World Cup".
Persoalannya bolahkah permainan bola sepak di Malaysia dimajukan, maksudnya pasukan kebangsaan kita hebat macam pasukan Jepun atau Korea Utara. Jawapannya ada pada mereka yang menjadi pemimpin persatuan-persatuan bola sepak yang bernaung dalam FAM. Jika mereka yang tidak tahu tentang bola sepak dilantik atau melantik diri sendiri sebagai pemimpin, maka bola sepak negara kita tidak akan berubah. Demikian juga dengan sistem persekolahan di negara ini, jika hanya mementingkan keputusan A dalam peperiksaan awam, maka anak-anak sekolah akan hanya pandai menjawab soalan peperiksaan dan menjadi kaki bangku ketika berada di padang permainan. Menendang bola adalah kepandaian semua manusia yang ada kaki, tetapi bermain bola sepak adalah manusia yang pandai menendang bola dengan akal fikiran.

Monday, April 26, 2010
P94 Hulu Selangor: Kuasa Rakyat Untuk BN
Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sudah pun diumumkan secara rasmi.
Kemenangan calon BN En.Kamalanathan adalah bukti kuasa rakyat khususnya para pengundi
di P94 kembali memihak kepada Barisan Nasional. Walau apapun alasan yang diberikan oleh
parti pakatan rakyat mengenai faktor kekalahan calon mereka, sesungguhnya peristiwa bersejarah ini telah membuktikan bahawa calon yang dieksploitasi untuk kepentingan peribadi, bukanlah individu yang layak menjadi wakil rakyat dan sudah semestinya ditolak oleh pengundi walau di mana kawasan pilihan raya itu diadakan. Kepada calon yang menang, laksanakanlah janji-janji yang telah dihebahkan semasa berkempen dahulu. Jangan jadi kacang lupakan kulit.
Tahniah kepada semua yang menyokong BN. Sejak merdeka 1957, hanya BN sahaja parti yang
boleh memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)