Inilah pemandangan sebatang sungai yang masih wujud di dalam Bandar Raya Kota Kinabalu. Sungai Sembulan Lama namanya. Dahulu sungai ini begitu bersih dan banyak ikan. Pokok-pokok bakau menjadi sebahagian daripada habitat sungai ini. Setiap pagi kedengaran suara pelbagai spesis burung-burung berkicauan. Tapi kini segalanya telah berubah. Sungai Sembulan semakin cetek dan sempit. Kehidupan penduduk di kawasan ini semakin hari semakin gelisah kerana kampung-kampung berdekatan seperti Kg.Sembulan Tengah hanya menunggu masa untuk dilenyapkan dari pemandangan bandar raya kota kinabalu, semuanya kerana pembangunan.
Sungguhpun majoriti penduduk di kawasan ini adalah setinggan PTI, namun bagi mereka yang telah mendiami Kg.Sembulan Lama sejak tahun 1960an, hendak ke manakah mereka ini jika dalam tempoh 2 atau 3 tahun akan datang ada syarikat pemaju akan melaksanakan pembangunan di kawasan ini. Maka bertaburanlah penduduk asal Kg.Sembulan Lama. Manakala PTI seperti biasa, mereka akan membuka pula kawasan perkampungan baru. Inilah akibat pembangunan bandar. Hanya masyarakat berpendidikan tinggi sahaja yang boleh hidup selesa di dalam bandar. Kepada generasi pelajar Kg.Sembulan Lama, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan terpengaruh dengan kehidupan kaum PTI yang tidak kisah dengan pelajaran anak-anak mereka. Tanpa pelajaran hidup anda akan merempat di negeri sendiri.
No comments:
Post a Comment