Ketika membuat catatan baru untuk dimuatkan dalam blog ini, mataku sesekali memandang ke arah tv yang sedang menayangkan perlawanan bola sepak liga perdana Inggeris. Kebetulan malam ini pasukan kegemaranku Manchester United sedang bermain menentang pasukan Sunderland. Kehebatan pemain-pemain MU seperti Ryan Giggs, Nani, W.Ronney,Van der Sar sememangnya menjadi pujaan kepada peminat-peminat bola sepak di Malaysia khususnya yang menyokong pasukan Manchester United. Mungkin agak bias jika saya hanya menonjolkan pasukan MU. Sebenarnya hampir semua pasukan hebat yang beraksi dalam liga eropah seperti Chelsea, Liverpool, Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, Ac Milan, Bayern Munich, mempunyai peminat dan penyokong tersendiri di seluruh dunia termasuklah peminat di negara kita Malaysia. Inilah kehebatan bola sepak eropah jika dibandingkan dengan Liga bola sepak Malaysia.
Saya pernah bertanya kepada anak lelaki saya yang sekarang ini berumur 14 tahun. Siapakah pemain bola sepak Malaysia yang awak kenal dan minat. Dengan selamba dia berkata "tiada" tapi kalau pemain MU(Manchester United) saya tau lah..Ronney, dulu yang paling best christiano Ronaldo".
Apa yang ingin saya kongsi dalam blog ini ialah betapa mundurnya liga bola sepak negara kita Malaysia. Jangan marah!. saya bukan mahu menghina negara sendiri. Ini adalah kenyataan dan kalau dibuat kajian pun, jawapannya sudah pasti 90% akan menyokong bahawa mutu bola sepak negara kita semakin jauh ketinggalan. Usahlah kita buat perbandingan dengan EPL, La Liga atau Serie A, cuba kita lihat negara Jepun. Dahulu negara Jepun bukanlah kuasa bola sepak, negara matahari terbit ini lebih jaguh dalam permainan besball atau sumo. Tapi kini umumnya kita maklum akan kehebatan liga J pada hari ini. Pemain-pemain seperti Nakata, Nakamura, Shinji Ono adalah nadi kehebatan pasukan kebangsaan Jepun sehingga mereka layak bermain dalam kejohanan bola sepak dunia atau lebih popular disebut "World Cup".
Persoalannya bolahkah permainan bola sepak di Malaysia dimajukan, maksudnya pasukan kebangsaan kita hebat macam pasukan Jepun atau Korea Utara. Jawapannya ada pada mereka yang menjadi pemimpin persatuan-persatuan bola sepak yang bernaung dalam FAM. Jika mereka yang tidak tahu tentang bola sepak dilantik atau melantik diri sendiri sebagai pemimpin, maka bola sepak negara kita tidak akan berubah. Demikian juga dengan sistem persekolahan di negara ini, jika hanya mementingkan keputusan A dalam peperiksaan awam, maka anak-anak sekolah akan hanya pandai menjawab soalan peperiksaan dan menjadi kaki bangku ketika berada di padang permainan. Menendang bola adalah kepandaian semua manusia yang ada kaki, tetapi bermain bola sepak adalah manusia yang pandai menendang bola dengan akal fikiran.
No comments:
Post a Comment