Saturday, November 14, 2009

Produk Getah Dari Negara China


ARKIB : 13/11/2007
Kondom terpakai dijadikan getah gelang, ikat rambut


BEIJING 13 Nov. - Kondom terpakai yang dikitar semula menjadi getah gelang dan ikat rambut dijual di bazar di selatan wilayah Guangdong pada harga 25 fen (15 sen) bagi satu paket 10.
Doktor memberikan amaran yang ia boleh menyebarkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan pelbagai penyakit berjangkit seksual lain, menurut akhbar China Daily.
“Terdapat banyak bakteria dan virus pada getah gelang dan ikat rambut yang diperbuat daripada kondom terpakai,” kata seorang pakar dermatologi di Hospital Angkatan Tentera Guangzhou.
Pakar dermatologi itu yang hanya dikenali sebagai Dong, berkata, seseorang itu boleh dijangkiti jika mereka menggunakan mulut untuk memegang barangan kitar semula itu semasa mendandan rambut mereka sebelum mengikatnya.
Pekerja kolar putih Chen Wenlan, pelanggan tetap, berasa marah apabila mengetahui getah gelang yang diberikan kepadanya oleh pekerja sebuah salon kecantikan minggu lepas diperbuat daripada kondom kitar semula.
“Ramai daripada kawan saya masih belum tahu berita ini. Ia betul-betul dahsyat,” katanya.
Sumber bagi mendapatkan kondom terpakai itu dikatakan adalah dari pusat-pusat hiburan tempatan.
Pihak berkuasa Guangzhou berkata, adalah satu kesalahan membuat barangan daripada kondom terpakai.
- Bernama

No comments:

Post a Comment