Sunday, November 15, 2009

Hampir 21,000 Dibuang Sekolah


ARKIB : 14/11/2007

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Seramai 20,627 pelajar sekolah rendah dan menengah telah dibuang sejak tahun 2003 sehingga April lalu, berikutan pelbagai kesalahan disiplin.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi berkata, ia melibatkan 5,025 pelajar yang dibuang sekolah pada tahun 2003, 5,427 orang (2004), 7,493 orang (2005) dan 2,526 orang (2006).
“Sepanjang Januari hingga April tahun ini, seramai 156 pelajar telah dikenakan tindakan yang sama,” katanya menjawab soalan Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN-Sabak Bernam) di sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mat Yasir bertanya mengenai langkah yang dilakukan kerajaan bagi memastikan pelajar tidak terjebak dalam gejala negatif yang merugikan negara.
Komala Devi berkata, hukuman buang sekolah dilaksanakan berikutan salah laku berat oleh pelajar termasuk kesalahan jenayah dan ponteng sekolah.
“Tindakan buang sekolah adalah pilihan terakhir dalam proses hukuman terhadap seseorang murid setelah usaha mencegah, membimbing dan memberi nasihat dilakukan.

No comments:

Post a Comment