Sunday, June 13, 2010

Filem Hebat Tahun 2010




"The Karate Kid" filem yang amat sesuai ditonton bersama keluarga, terutamanya pada musim cuti sekolah. Walaupun filem ini mempunyai tajuk yang sama dengan filem lakonan Ralf Machio sekitar tahun 1980-an dahulu, namun kehebatan filem ini terserlah melalui gandingan pelakon utamanya yang nampak begitu serasi walaupun baru pertama kali digandingkan. Kehebatan Jacky Chan tidak perlu didebatkan lagi, lagenda filem Hong Kong ini memang hebat setiap kali muncul dalam filem apatah lagi aksi-aksi pertarungan seni mempertahankan diri. Menonton filem ini seolah-olah anda sedang melancong ke negara China. Adegan Xiao Dre berlatih di Tembok Besar China begitu indah sekali pemandangannya. Begitu juga suasana penduduk China yang sedang lepak di taman-taman permainan. Ada yang bermain bola keranjang, bertaichi, bermain ping-pong dan berjoging. Satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah bagaimana pelajar-pelajar sekolah di negara China begitu seronok datang ke sekolah kerana wujud sistem pembelajaran yang tidak membosankan. Keadaan ini berbeza dengan negara kita yang asyik menekankan lulus peperiksaan dengan membaca buku. Buku..buku..buku. Tapi membaca buku secara online ok juga kan! taklah boring sangat. Bagi anda yang belum tengok filem ini, saya syorkan sementara cuti sekolah masih ada, belanjalah anak-anak tengok wayang sekali-sekala. Seronok..!! Selamat Menonton.

No comments:

Post a Comment